Menu Utama

Sarawak Report : Pembohongan, ancaman menunggu masa meletup

Sarawak Report (SR) terus dengan konspirasi jahatnya yang berkemungkinan disokong indvidu atau pihak tertentu di negara ini dengan menyalurkan maklumat tidak betul bagi agenda masing-masing.

Pembohongan terbaru dengar memaparkan draf pertuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak jelas melampaui politik dan melibatkan keselamatan negara.

Bermula dengan dokumen PetroSaudi yang dicuri oleh Xavier Andre Justo, kemudian kemungkinan besar diubahsuai oleh SR serta pembabitan The Edge, kini amat jelas pengasas SR, Clare Rewcastle Brown sudah merupakan ancaman kepada negara.

Dengan pengakuan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua yang beberapa kali berjumpa Clare di Singapura, Indonesia dan London, ini mendedahkan bahawa ujud konspirasi bukan sahaja mahu menjatuhkan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB, tetapi boleh menjadi ancaman keselamatan kepada negara.

Sedikit sebanyak apa dilaporkan SR berdasarkan sumber dalaman pihak tertentu di negara ini menyebabkan ada pemimpin negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad mempercayainya dan menjadikan laporan SR untuk menyerang Najib.

Tidak mustahil juga Tan Sri Muhyiddin Yassin turut jadi ‘mangsa’ kerana turut percaya dengan pendedahan demi pendedahan yang tidak benar oleh media asing termasuk SR sehingga memaksa beliau menekan Perdana Menteri dalam isu 1MDB.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan sudah mendesak polis memberi perhatian khusus kepada Clare Brown termasuk mendapatkan khidmat Interpol untuk bertindak terhadap pengendali sesawang SR tersebut.

Amat jelas pemalsuan fakta atau pengubahsuaian yang diarah Clare Brown seperti didedahkan oleh bekas editor SR Lester Melanyi, amat serius kerana media tempatan termasuk portal pro pembangkang dan The Edge turut memetik sumber SR dalam laporan masing-masing.

Namun, selepas pendedahan dan tidak ada sebarang tindakan pihak berkuasa terhadap pembohongan dan cerita yang direka, SR walaupun sedang berdepan sekatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM), terus ‘menyerang’ menggunakan deraf pertuduhan palsu terhadap Najib.

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, tentu menerima kebenaran deraf berkenaan setelah mengambil kira keputusan kerajaan menamatkan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara, Selasa lalu.

Tambahan pula, SR yang mendedahkan dokumen itu, mendakwa draf kertas pertuduhan itu diberi kepada mereka oleh sumber dalaman dan SR mendakwa telah mengesahkan kesahihan dokumen itu dengan ‘pihak atasan’ yang lain. Sebab itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak menyifatkan perbuatan SR ini amamat melampau kerana SR telah membayangkan bahawa dokumen itu adalah tulen.

“Berita yang mereka cuba putar belitkan ialah peguam negara akan menahan perdana menteri pada hari sama beliau dipecat, bermaksud ini merupakan sebab peguam negara dipecat.

“Tindakan seperti ini adalah berbahaya kerana ia bukan sahaja tentang fitnah bertulis atau fitnah tetapi ugutan untuk menimbulkan kekacauan,” katanya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com pada Jumaat. Menurut beliau , dokumen itu adalah kertas pertuduhan palsu terhadap Perdana Menteri yang peguam negara sebelum ini didakwa sedang menyiapkan pertuduhan tersebut.

“Dokumen ini hanyalah rekaan dan dakwaan semata-mata, satu penipuan bertujuan mencetuskan kekacauan,” katanya yang percaya disebabkan implikasi dokumen itu, ia telah menjadi viral dan ramai orang telah bercakap mengenai isu tersebut. Menurut Salleh, tuduhan seperti itu sudah pasti akan mengecewakan ramai orang dan menjadikan mereka amat marah dan mungkin akan mencetuskan kekacauan di negara ini.

Beliau menggesa agar tindakan diambil untuk memelihara undang-undang dan menjamin rakyat Malaysia bahawa keselamatan mereka tidak diletakkan dalam bahaya.

Amat jelas, sudah tiba masanya pihak berkuasa sama ada polis, SKMM dan pihak berkuasa lain perlu membendung serangan siber musuh asing yang masih bebas terhadap pemimpin dan negara kerana sudah jelas motif SR menyebarkan dokumen tersebut.

Walaupun, bidang komunasi atau media dianggap dunia tanpa sepadan, tidak ada manusia patut berada di atas undang-undang.

Lagipun ibarat kata Salleh, pembohongan ini sudah memuncak dan menunggu masa menjadi bahan letupan kerana SR telah melampaui politik dan melibatkan keselamatan negara.

sumber BNBBC






9 Komen to Sarawak Report : Pembohongan, ancaman menunggu masa meletup

  1. Abu Bakar says:

    Sama-sama kita nantikan siapakah yang membohong dan apakah pembohongan yang akan meletup itu.

    Sarawak Report tentu sedar dia bukannya menulis mengenai orang perseorang yang biasa, melibatkan Perdana Menteri sebuah negara, sudah tentulah dia ada bukti kukuh untuk menyokong apa yang didedahkannya itu.

    Isunya kini hingga kini Najib tak berani nafikan apakah dia pernah membuka dua buah akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudian menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13, dan dikatakan juga RM 2.63 bilion, bersamaan USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun-akaun itu, dan mengapakah akaun itu dibuka hanya untuk tempoh yang singkat, tak pula dijelaskan.

    Sedarlah, kalau nak menipu perkara sebegini, pastinya akan terbongkar juga, isu 1MDB adalah salah satu contohnya, tipu sana sini itu ini sebelum ini, tapi akhirnya terbongkar, maka nak kacau siasatan supaya kes ini jadi dapat diselewengkan, maka buat alasan dengan melantik Pengerusi PAC jadi timbalan menteri, manakala seorang ahli PAC dilantik jadi menteri, dua orang lagi ahli PAC dilantik jadi timbalan menteri, tujuannya supaya kes ini tergendala kerana PAC dah tak ada pengerusi dan PAC tak mempunyai komposisi wakil parti mengikut komposisi supaya kes ini dapat dilengahkan dan dibiarkan tergendalah, kena tunggu seawal-awalnya bulan 10 nanti baru boleh buat lantikan baharu, hampir 3 bulan lagi.

    Sedarlah.

  2. Anak_Nogori says:

    Kenapa Tun tetiba tak nak cakap lagi pasal 1MDB?…pasal pendedahan video Midin, Tun pun tak mahu komen…takut dana politiknya yg dulu2 kena korek korek korek ke?.

  3. System baru says:

    Berpakat dengan orang asing tak bodoh ke abu ya, kau tahu tak betul kenapa Clare Brown berada england kau tak fikir kepala otak kau itu, media barat bila2 akan tabur propaganda mereka jatuh negara islam itu, masalah dia tahu ke pasal serawak itu, kes pkfz dan perwaja ambil betahun2 untuk tangkap, dari zaman tun m hingga zaman pak lah baru berjaya di tangkap, adalah orang tak berguna selamat orang itu dari di penjarakan, kau fikir siapa orang itu, 700juta mana buktinya. Aku dah kalau bagi bukti media asing pandai di palsu bukti contoh tak ada no ic Macai pkr ini percaya surat itu, apa lagi putar belik macai RBA ini.

  4. safuan bensa says:

    Jangan cakap banyak .. tangkap pemfitnah itu dan dakwa di mahkamah . Tak kan tak reti buat kerja kot ??

  5. safuan bensa says:

    Jangan biarkan cerita fitnah ini berpanjangan sehingga mmbuatkan rakyat percaya .. aku harap admin provok lebeh sikit kpd badan bertanggungjawab yg berkenaan ,biar mereka buat kerja !! Penyokong kerajaan dah bosan dgn ini semua

  6. geekpuk2 says:

    kecoh punya kecoh

    Jho Low, Nik faisal, Patrick Mahoney dan Tariq obaid ada kesah?

    Baik rehat kat French Riveira masa autumn ni. Kl panas lembab. Peluh melekit

    Minta halalkan billion-billion USD ni ya rakyat malaysia.

  7. rockers says:

    anak nogori baru kluar kandang kot.skg klu ckp psl 1mdb kena yg ok ok je.klu x ok nanti kena pota plak.anak nogori faham apa tu 1mdb.

  8. Tun says:

    Anak_Nogori+•safuan bensa+System baruA Abuya Abuya…asalkan saudara Abu Bakar masuk komen berbondong2 korang keluar drp sarang beramai2 mcm tebuan…hehehe..sengat2 kt bontot korang tu lak mcm tak lut je kat saudara kita sorang tu…hehehehe…

Leave a Reply

Threesome