Menu Utama

Rasuah Wang Polimer, Media Australia Merepek

Pendedahan media Australia bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Razak terbabit dalam mengambil rasuah pemeberian kontrak percetakan wang polimer Malaysia sangat tidak masuk akal.

Screenshot_2015-07-15-13-44-16Pertama, dakwaan Fairfax Media bahawa bekas ahli politik pernah menulis emel kepada RBA pada 2007 menyatakan beliau “managed to personally convince my prime minister/Finance minister [Abdullah Badawi] and the Malaysian cabinet to accept and adopt the polymer bank note technology” sangat mengelirukan kerana kontrak tersebut dikeluarkan pada 2004.

Kedua, penerbitan kali pertama wang polimer ini ialah pada 1998. Ketika itu kerajaan menerbitkan not RM 50 edisi Sukan Komanwel.

Ketiga, kontrak ini diberikan pada 2004 iaitu ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Keempat, pada 2011, kerajaan Malaysia telah mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia, membabitkan kontrak mata wang polimer antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Jadi walau apa pun tuduhan terhadap Mohd Najib Razak dalam kes ini, ia amat mustahil ada kebenarannya.

Pada 2011, Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menafikan dakwaan bahawa ada pihak cuba menyogok beliau untuk mendapatkan kontrak mencetak mata wang polimer bernilai kira-kira RM100 juta.

Bekas Perdana Menteri berkata, tiada kebenaran berhubung dakwaan itu yang dikatakan berlaku pada 2004 ketika beliau menyandang jawatan berkenaan dan menteri kewangan.

“Seingat saya tidak ada pihak yang membuat sebarang tawaran. Jika ada, tentu saya tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Abdullah berkata, tanpa sebarang asas, beliau terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan dakwaan yang disiarkan akhbar The Age, Australia itu.

Pada 2011 akhbar The Age, Australia melaporkan firma pengeluar mata wang, Reserve Bank Australia disyaki cuba menyogok Abdullah bagi mendapat kontrak mencetak mata wang polimer berjumlah kira-kira RM100 juta (AS$31 juta).

Difahamkan cubaan menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak pada 2003, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan menteri kewangan.

Akhbar itu dipetik berkata, Abdullah dipercayai terbabit apabila meluluskan kontrak kepada firma berkenaan untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004.-MYKMU.NET






2 Komen to Rasuah Wang Polimer, Media Australia Merepek

  1. dkds says:

    Ini merupakan kesinambungan fitnah yang cuba dilakukan oleh haters Najib. Dan ianya sangat memualkan…

Leave a Reply

Threesome