Menu Utama

Rakyat Malaysia Makin Sakit: Video Gurauan Disunting Jadi Video Perkauman

Beberapa hari lalu disebarkan sebuah video klip yang berunsur perkauman menunjukkan seorang jurujual wanita berbangsa Cina enggan bersalam dengan seorang lelaki Melayu yang berpakaian baju Melayu lengkap.

Video klip tersebut dirakam ketika lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Kurup ke Plaza Low Yatt bagi melihat sendiri keadaan kawasan terbabit selepas hampir tercetus insiden pergaduhan antara kaum.

Namun kami menerima video versi yang lebih panjang yang jelas menunjukkan jurujual wanita kaum cina tersebut bergurau dengan pegawai lelaki tersebut dan mereka kelihatan saling mengenali.

Lihatlah bagaimana niat jahat seseorang hampir sahaja mencetuskan satu lagi insiden perbalahan antara kaum jika tidak diselidiki dan ditapis dulu maklumat yang tersebar.

Media sosial semakin hilang kredebiliti! Rakyat Malaysia pula semakin sakit mental dan jiwa.

KITA BOLEH BOIKOT LOW YATT TAPI JANGAN BERLANDASKAN FAKTA YANG SALAH DAN MEROSAKKAN KETENTERAMAN AWAM.






4 Komen to Rakyat Malaysia Makin Sakit: Video Gurauan Disunting Jadi Video Perkauman

  1. semangat dato' haron says:

    Malaysia semakin GILA!!!!!

  2. rosman mansur says:

    kan mudah macam ni..bila ada tuduhan cepat je keluarkan cerita sebenar?? ni tidak cerita 1mdb dok pusing2..suh org yg tuduh bg bukti bagai..kalu dah di pihak benar buktikan la macam video ni..NI NAK TANYA DUIT 700USD tu masuk akaun JIBBY KE TAK??JAWAB JE YE KE TAK??xpayah konar2 mcm BACUL BODOH!!

  3. bajak says:

    apa ke bodo rosman ni…satu2 kes itu kene la siasat dulu teliti betul2…tgk la kes nye mcm mne…bukan maen jawab je…

  4. ToraTora says:

    Ada lagi sorang yg otak macam rapizi kat sini

Leave a Reply

Threesome