Menu Utama

Rahman Dahlan Cabar Tony Pua Dedahkan Pembabitannya

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mencabar ahli jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua, agar menjawab sama ada beliau pernah berjumpa pemilik Sarawak Report dan Justo atau tidak.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud tampak tidak berpuas hati dengan sikap rakannya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang kelihatan agak bias dan selalu menyerang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), biarpun beliau menjadi salah seorang panel PAC menyiasat hal ini.

Rahman melalui akaun twitternya hari ini berasa hairan dengan sokongan keterlaluan ahli PAC tersebut kepada Sarawak Report dan:

“Melihat kesungguhannya mempertahankan (isu yang dibangkitkan oleh) Sarawak Report, saya ingin bertanya apakah Tony Pua pernah berjumpa dengan Clare Rewcastle atau Justo? Memadai dengan memberikan jawapan ya atau pun tidak.

“Soalan kedua saya kepada YB Tony Pua ialah, bolehkah beliau mengesahkan sama ada PAC akan menyiasat dakwaan berhubung kehilangan RM42 billion?” soalnya di laman media sosial itu sebentar tadi.

Clare Rewcastle Brown merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia.

Manakala Justo atau nama sebenarnya Xavier Andre Justo, merupakan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi) yang ditahan di Thailand baru-baru ini.

Justo didakwa mengugut dan menokok tambah sebahagian maklumat PetroSaudi kepada syarikat pesaing dan pihak lain melalui e-mel.

Kenyataan Rahman ini dipercayai kerana beliau melihat PAC sudah tidak lagi menjadi satu badan penyiasat kewangan negara yang adil dan saksama berikutan pembabitan keterlaluan salah seorang ahlinya menyerang 1MDB.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengemukakan saman fitnah ke atas Tony kerana membuat kenyataan tidak benar.

Beberapa blog juga pernah menerbitkan artikel mengaitkan Tony Pua dengan syarikat Konglomerat YTL yang kalah dalam tender terbuka projek pembinaan Janakuasa Elektrik Fasa 3B.






Satu Komen to Rahman Dahlan Cabar Tony Pua Dedahkan Pembabitannya

  1. RuleofLaw says:

    Rahman Dahlan tidak baca suratkhabar ataupun sosial media ke? Tony Pua sudah lama mengaku dia ada jumpa dengan Claire Brown di Singapura tetapi menafi dia ada kenal mengenal Justo. Apa yang Rahman Dahlan nak bukti? Tony Pua telah pun menerang tujuan temuan dengan Claire Brown di Singapura ialah untuk mendapat bukti selanjut betentangan 1MDB sbg. Adakah ini bukti konspirasi haram antara Tony dan Claire untuk meruntuhkan kerajaan? Adakah salah disesi undang undang seorang menerima bukti bukti yang berkaitan dengan kemungkinan adanya pelencongan wang kerajaan dalam 1MDB? Bukankah pendedahan salahlaku walaupun di dalam ataupun diluar kerajaan satu amalan yang baik and mesti di galakkan?

Leave a Reply

Threesome