Menu Utama

Rafizi Terdesak dan Berbohong – Rahman Dahlan

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menganggap tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyerang dan berbohong mengenai dirinya adalah satu tindakan terdesak.

Rafizi marah dengan pendedahan Rahman mengenai satu laporan Polis ke atas Sarawak Report dan dirinya semalam yang mensabitkan dengan kegiatan memalsukan dokumen untuk menyerang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Rafizi hari ini menjawab laporan tersebut dengan menuduh Rahman di sebalik laporan tersebut.

Saya menyeru rakyat meneliti kredibiliti nama-nama yang terbabit di dalam perkara ini:

1. Datuk Abdul Rahman Dahlan dikenali sebagai penyokong kuat Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sebagai seorang ahli politik junior yang kalah di bahagian sendiri (beliau tewas bertanding Ketua Bahagian Umno Kota Belud), beliau telah mendapat manfaat besar dari Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga dilantik menjadi Menteri Persekutuan. Sudah tentu beliau mempunyai kepentingan (vested interest) untuk mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan apa cara sekalipun kerana jika ada Perdana Menteri baru, besar kemungkinan beliau digugurkan dari kabinet dan kerjaya politik beliau akan tamat.

2. Ramesh Rao Krishnan Naidu yang membuat laporan ini adalah seorang pesuruh bawahan yang selalu digunakan untuk menghentam pimpinan pembangkang selain membuat laporan-laporan polis tidak berasas. Malah, beliau dilihat pernah melobi untuk dilantik menjadi senator bagi menggantikan P. Waythamorthy yang meletakkan jawatan seperti yang ditulis di laman-laman maya http://tenteramaya.blogspot.com/2014/02/ramesh-rao-krishnan-naidu-paling-layak.html

3. Lester Melanyi adalah seorang bekas wartawan yang pernah menimbulkan kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam dalam tahun 2006 dahulu apabila sebagai editor, akhbarnya Sarawak Tribune menyiarkan kartun Rasulullah sebagai pengganas, seperti dilaporkan http://www.thesundaily.my/node/175163

rafizi-RDBagaimanapun Rahman menganggap serangan ke atas diri beliau sebagai sesuatu yang sangat aneh kerana beliau hanya meminta Polis menyiasat laporan terbabit bukannya individu yang membuat tuduhan mahu pun membuat laporan Polis.

“jawapan Rafizi sangat lemah dan bertentangan dengan saranan beliau sendiri sebelum ini bahawa jangan menyerang atau menembak penyampai mesej,” tweet Rahman sebentar tadi mengulas jawapan Rafizi.

Rahman juga terkejut dengan tuduhan Rafizi bahawa beliau pernah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kalah.

Untuk rekod Rahman tidak pernah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang kini disandang oleh Tan Sri Salleh Tun Said Keruak,






12 Komen to Rafizi Terdesak dan Berbohong – Rahman Dahlan

  1. burrpp.. says:

    Rafizi, you SUCKS!!

  2. coolshawn says:

    haha…Yg terdesak ialah rahman dahlan. mamat ni x guna satu sen pun. kata2 yang dia x leh buat apa 2 kalau pemaju nak naikkan harga rumah masih terngiang2 di telinga aku. bodoh punya menteri. Kalau kau jadi menteri tp x leh buat apa2 baik kau berenti je. idiot…..

  3. sman says:

    cooshawn,

    Saya tak faham engapa pula Raahman Dahalan yg terdesak,dia ke yg kena tuduh?.Terdesak nak jadi menteri dia dah jadi menteri,terdesak nak jadi ahli MT dah jadi ahli MT pun. Biasanya yg yg di katakan terdesak ialah yg marah-marah .Siapa yg marah-marah sekarang ni.?.

  4. bugeis says:

    Pihak yang mempersenda Rasulullah kini diangkat untuk dipercayai? ???
    Rafizi masih sopan jika menganggap Rahman sekadar terdesak dan tidak mempertikaikan keimanannya pada Rasul.

    Rahman dikira terdesak hingga gagal membezakan Sarawak Tribune dan Sarawak Report dalam ketika cuba menabur budi kepada Najib.

    Setuju, Rahman tidak pernah bertanding Ketua Bahagian Kota Belud sebaliknya sekadar budak suruhan [junior] Salleh Said Keruak.

  5. ToraTora says:

    bapok xminat perempuan memang cepat terasa bro..cepat melenting melebihi perempuan dengan suara lemah gemalainya..
    Dalam politik tentulah wujud permainan kotor tapi politik mainan piji lembut dan Toni Phuaka ni memang paling bangsat!!

  6. EVLee says:

    Hi hi hi … Boss Coolshawn,
    Awat tembak sakan kat menteri tu … dia dah ngaku kan, yg dia cuma seorang mesenger; iaitu membawa mesej dari point X ke point2 seterusnya. Message verification … itu BUKAN kerja dia lah(sibuk beb, jadi menteri lagi, Pengarah Komunikasi Strategik BN, dan lain2).
    Contohnya:
    > http://www.mykmu.net/2015/07/laporan-polis-ke-atas-konspirasi-jatuhkan-perdana-menteri/
    Menurut menteri tu, dalam para akhir ” “Saya DIFAHAMKAN bahawa bukti baru … termasuklah sebuah video PENGAKUAN seorang individu yang TERLIBAT SECARA LANGSUNG dalam PERBUATAN memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu … ”
    Manakala:
    > http://www.mykmu.net/2015/07/video-wawancara-bekas-konspirator-sarawak-report-muncul/
    Dalam video tsb, individu terbabit TIADA membuat pengakuan langsung dalam perbuatan memalsu, menerbit atau menyebar fakta palsu. Malah, dalam minit 3.37 dia mengatakan bahawa ” … then I told her, I DON’T WANT to be part of the scheme …”

    Mungkin dia TAK TENGOK video tu … atau ada bahagian2 lain video yg kita BELUM TENGOK … atau ‘Saya difahamkan’ tu merujuk bahawa dia CUMA faham menerusi pemahaman si pengadu(pembuat laporan polis). Siapa faham APA … sama2lah kita tunggu(tunggu apa2 pulak yg polis faham agaknya) … yek? Hi hi hi

  7. System baru says:

    Rafizi dan macai pkr sebenar yg terdesak Segala penipuan dia dah terbongkar
    Isu jalan percuma kerajaan selangor tak manpu jalan percuma walau perpunya tol kerajaan negari punya ,bagi konon kita tiru finland, finland gst 10% memang dapat jalan percuma
    Rafizi suruh tiru macam negara bazil yuran univesiti percuma gst 17%.
    Rafizi bercakap tampa fakta sebenar itu macai rafizi.
    Sekarang dah keluar video bekas wartawan serawak repot tuduh rafizi bersekongkol dengan pihak asing apa lagi alasan rafizi itu.
    Macai rafizi suruh gantikan cukai gst digantikan cukai saham, nanti asb bumiputera dapat pun tak seberapa dan dividen kurangkan lagi disebab terpaksa menbayar cukai saham ia kan menbebankan warga tua yg bekas Perkerja swasta itu, itu pun rafizi tak tahu berfikir

    Macai pkr sebuk pertahankan rafizi itu.

  8. pungkok says:

    Macam ni pengarah strategik komunikasi bn? Macam hampeh dah terdesak sangat nak cover 1mdb. Study dulu,sebelum buat sidang media. Tak pasal2 membodohkan diri sendiri jer… Lester tu sendiri tak penah tulis sepatah perkataan pun di SR, alih2 terus claim ex editor? Menteri dan bodoh berpisah tiada…

  9. anakmalaysia says:

    Rafizi…check your facts first before publication…idiot!!

  10. […] beberapa hari lalu Tony Pua dan Rafizi Ramli telah gagal menjawab dakwaan mereka bersandarkan laporan Sarawak Report yang telah disunting dan […]

  11. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/07/rafizi-terdesak-dan-berbohong-rahman-dahlan/ […]

Leave a Reply