Menu Utama

Printscreen Perbualan Pimpinan Pemuda Pro-Khairy

Semalam kami melaporkan sekumpulan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dipercayai sedang bergerak mempengaruhi pemuda agar tidak menyokong Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Kami tidak menyiarkan printscreen terbabit sebelum ini kerana hanya mahu memberi ingatan kepada mereka agar berhenti berbuat demikian bukannya memalukan mereka. Namun sebahagian “printscreen terbabit telah tersiar di ruang Facebook kebanyakan aktivis maya pro-UMNO.

Berikut adalah printscreen WhatsApp yang telah tersebar:

ibdil2

ibdil1

Isunya bukan Pemuda tidak boleh tegur atau bincang isu kepimpinan parti dan negara dalam Whatsapp Group.
Ada beza berbincang dan melakukan percambahan idea dengan merancang sesuatu. Yang membaca whatsapp terbabit tahu mereka merancang sesuatu.

Yang menjadi persoalan ialah mereka berpakat memberi sokongan palsu depan Perdana Menteri tetapi berazam bertindak sebaliknya.

Bukankah ini hanya mengesahkan lagi laporan kami sebelum ini dalam PRK Rompin beberapa bulan lalu yang mereka begitu bersungguh nafikan?






20 Komen to Printscreen Perbualan Pimpinan Pemuda Pro-Khairy

  1. rockers says:

    dalam politik mcm2 blh jadi.hari ni kawan esok lawan.mungkin dia orang dh pecaya kt najib.too many to hide.

  2. rockers says:

    dalam politik mcm2 blh jadi.hari ni kawan esok lawan.mungkin dia orang dh x pecaya kt najib.too many to hide.

  3. Badaruddin says:

    1. Apa yang rockers perkatakan memang tepat…mereka percaya najib memang has something to hide.

    2. Mykmu paid bloggers…ask your conscience what is the truth and falsity

    3. To Najib defenders, ask yourselves where is the 2.6 bil going and answer it in all honesty

    4. Try to coax najib to angkat sumpah mubahallah as hd had done for altantuya’s case

    5. Khairy, state your stand in crystal clear position……if you do not, do you think you have a future in politics?

  4. Anak_Nogori says:

    Kira mereka2 itu seperti gunting dalam lipatan lah…kalau mereka betul2 ikhlas, cakap terus terang..buat program mata ke mata dgn najib…jangan berselindung jadi bacul.

  5. Truht seeker says:

    Sape lg yg nk sokong najib?????sorry to say…those yg ada kpentingan n masyuk je la yg sokong.leave umno n bn la org2 tamak…save peoples.
    Kalau umno n bn jatuh….najib mesti btanggungjawab

    Save UMNO!!!!!

  6. System baru says:

    Aku sendiri yakin najib boleh hadapi nya,
    ingat isu 1mbd itu najib dah menang,kroni tun m gagal menbukti fakta dan bukti ada, anwar berjaya main tun m buat kali kedua dengan mengunakan media asing, najib buat keputusan dengan penuh hati2, kroni yg menyusah umno masih belum basmi, lambat laun mereka juga akan basmi, dulu semasa kroni tun m berkuasa seperti dasar dab gagal disebabnya sudah tiba masa basmi kroni2 macam ini suka jual tendar pada apek itu. sepatut nya kroni menbantu menperkukukan umno bukan menjahanamkan umno, umno banyak bagi projek mereka langsung tak terhutang budi, dulu aku hormati tun m pemikiran boleh terima rakyat. sekarang aku lihat tulisan dia seperti seorang berdendam dan ingin jatuh orang tampa bukti dan bukti di buat2, kalau dulu tun m suruh anwar berhenti disebabkan bukti yg mencukupi dah beliau telah bersalah, kenapa najib bukti tak mencukupi nak suruh berhenti, tak rasa pelik ke? satu aku nasihatkan pada kroni tun m jangan susahkan kan tun m untuk jatuhkan najib itu, sebagai orang tua patut beribadat di surau itu itu baik, dan nasihan aku pada tun m tinggalkan kroni tun m itu menyusahkan mereka hanya nak perguankan tun m je dan pembankang hanya tahu menpergunakan tun m dengan pujian2 menarut, di disebalik mereka puji pembankang mereka menikam tun m dari belakang, aku dah lama dalam

    lihat propaganda pkr
    1)Mereka menyamar jadi ahli umno
    2)Mereka Gunakan tentera cyber sebarkan propagandan mereka
    3)Mereka gunakan ke lemahan pemimpin walau benda kecih je dibesar2 kan
    4)Mereka memuji2 seorang pemimpin bn veteran, sebalik mereka cakap mereka teranya dah di sebalik pujuan mereka itu itu hiporkit macai pkr ,
    5)Mereka akan laga2 akan para peminpim bn itu. Untuk mencapai kemenangan
    6)Bikin fitnah dalam blog
    7)Mencipta bukti palsu dalam blog.
    8)Mengunakan pemimpim veteran bn tak mahir penipuan pkr ini dengan cara memuji2 pemimpim veteran itu, kemudian mengkutuk pemimpim baru.

    Ini aku lihat sekarang dilakuan oleh macai RBA itu ,jika bn tak tahu lawan atau kawan, susah untuk hadapi mereka ini

  7. Pak Tho says:

    Sokong BN tapi tak mahu DS Najib jadi PM. Berundurlh survival Umno. UMno perlu pemimpin yg tegas lagi keras.

  8. System baru says:

    Bagi aku Pro-Khairy tak ada kebolehan mereka hanya pandai bercakap sokong khairy itu sebaliknya mereka gunakan khairy jatuh najib,
    Itu khairy bela lagi peliwat tegak dalam lepas Mendapat rawatan anwar pergi ke germen itu. Khairy terpaksa pikul tangangjawap pengikut nya dan menghukum mereka sepatut umno gunakan kuasa jawatan kausa disipilin memangil mereka ini dah khairy dan pengikut harus dipangil untuk hadapi jawatan kuasan disipilin

  9. Abu Bakar says:

    Tetapi kerana isu ini sangatlah berat, melibatkan berpuluh bilion wang negara yang tak diketahui ke mana lesapnya, malahan dalam isu pelaburan melibatkan RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, serta GIL Funds, tidak diketahui pelaburan dalam bidang apa, di manakah pelaburan itu dibuat, tak diketahui langsung, malahan 1MDB sendiri menyembunyikan banyak dokumen semasa pihak Audit Negara datang membuat siasatan di pejabat 1MDB sebelum ini, tetapi yang peliknya boleh pula Menteri Kewangan Kedua iaitu Datuk Seri Husni dengan ‘bangga’nya menyatakan Audit Negara menyatakan ‘tiada salah laku’ dalam 1MDB sedangkan 1MDB sendiri menyembunyikan banyak dokumen siasatan, apahal pula Menteri Kewangan Kedua boleh kata tak ada salah laku dalam 1MDB? Malahan siap buat kenyataan media bagai, apa cerita ni?

    1MDB kata pelaburan sebanyak RM 15.4 billion di dalam agensi yang saya nyatakan di atas, maka Najib sebagai orang yang meluluskan pelaburan itu sepatutnya tahu, bukannya susah pun nak jawab, cuma bagi tau apakah bidang pelaburan dan di manakah pelaburan itu, saya bukannya minta jawab perkara yang bukan-bukan pun.

    Dengan jumlah RM 15.4 bilion itu, berjuta-juta pembangunan boleh dibuat, beribu-ribu buah sekolah, beratus buah hospital, berpuluh ribu buah rumah kos rendah, berjuta jambatan kampung, berjuta gelanggang futsal, badminton, takraw, dan padang permainan boleh dibuat, malahan boleh bina beratus ribu buah litar lumba motosikal di kampung untuk elakkan belia terjebak lumba haram, malahan peruntukkan subsidi untuk petrol bagi mengurangkan harga di bawah RM 2.00 boleh dapat setahun, malahan subsidi gula,tepung boleh dibiaya selama 10 tahun dengan kos sebanyak itu, kau tak faham ke berapa banyak rakyat Malaysia rugi kerana penyelewengan ini? Itu baru pelaburan RM 15.4 bilion, tak termasuk lagi penyelewengan tanah di TRX dan Bandar Malaysia, kerajaan rugi berpuluh bilion ringgit, tanah yang harga melebihi RM 30 bilion dijual dengan harga RM 630 juta sahaja. Tetapi yang peliknya tanah di Air Hitam, Pulau Pinang dibeli dengan harga yang tinggi, sedangkan tanah itu tak ada kelulusan untuk pembangunan pun. Itu sahaja pun berjuta-juta pembangunan lingkup kerana penyelewengan jual beli tanah tersebut. Kemudian IPP yang dah nak luput lesen, patutnya tunggu 3 tahun lagi boleh dapat IPP itu dengan harga hampir percuma, dalam dua tiga ribu sahaja kosnya, tapi dibeli dengan harga RM 18 bilion, berjuta lagi pembangunan untuk rakyat lingkup akibat penyelewengan tersebut.

  10. Abu Bakar says:

    Kemudian mengenai isu RM 2.63 bilion dan RM 2 juta dalam akaun Najib dan Rosmah, itu melibatkan Rosmah dan Najib, maka patutnya mereka tahu apa yang berlaku, pernah ke Najib ada dua akaun di AmBank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup selepas beberapa bulan PRU 13 dan apakah benar RM 2.63 bilion di masukkan ke dalam akaun tersebut? Takkan Najib tak tahu dengan akaunnya sendiri kot?

    Sedarlah bahawa RM 2.63 bilion itu boleh biaya BRIM sebanyak RM 950 setiap orang bagi lebih 2.7 juta orang, tapi lingkup macam tu sahaja, ingat sikit ke yang terjejas? Kalau untuk bantuan orang miskin bagi jumlah RM 1000.00 seorang, akan menyebabkan sebanyak 2.63 juta orang miskin kehilangan peruntukkan, itu kalau peruntukkan sebanyak RM 1,000.00 seorang, kalau peruntukkan hanya RM 500 seorang, maka akan menyebabkan sebanyak 5.26 juta orang penerima yang akan terjejas.

    Kemudian Rosmah pula, melalui peguamnya mengaku nombor akaun itu adalah akaunnya, tetapi dia sendiri tak berani nak jelaskan mengenai RM 2 juta yang yang di masukkan dalam akaunnya, pasal apa takut nak jelaskan?

    Dengan jumlah RM 2 juta itu, boleh membiaya gaji minimum RM 900.00 kepada 2,222 orang pekerja, tetapi disonglap ke akaun Rosmah begitu sahaja.

    Kepada macai Najib, bila nak berhujah tu biar dengan fakta, biar ada analisa, bukannya komen macam sampah sarap.

    Isu melibatkan perkara-perkara di atas tidak pernah di jawab samada oleh pengurusan 1MDB, Najib dan Rosmah, malahan tukang jawab seperti Menteri Datuk Seri Husni pun hanya tau kata tak ada kaitan dengan 1MDB, tapi tak dapat berikan jawapan mengenai perkara pelaburan dalam 1MDB itu, Najib pula sampai kini tak berani saman Sarawak Report, Wall Street Journal mahu pun The Edge, hanya mengarahkan balacinya si Khalid Abu Bakar untuk buat itu dan ini bagi menyekat lebih banyak maklumat penyelewengan Najib terbongkar.

  11. Abu Bakar says:

    Apa yang peliknya sekarang ini adalah suspek kes penyelewengan wang hutang 1MDB serta penyelewengan harta-harta kerajaan dengan menggunakan kedudukan dalam kerajaan tak pula ditangkap atau disoal siasat atau ditahan dari keluar negara, tetapi yang mempunyai maklumat mengenai kes penyelewengan itu pula yang ditahan dan dihalang ke luar negara, undang-undang di Malaysia dah jadi undang-undang rimba, yang disyaki buat jenayah tak ditahan, tetapi orang yang mendedahkan kegiatan jenayah pula yang ditahan, apa nak dihairankan, jawatan Ketua Polis Negara adalah jawatan kontrak, membodek sakanlah dia supaya kontrak jawatannya disambung lagi lepas ini, kerana kepentingan kontrak jawatan, amanah tugas pun boleh dipam dalam lubang jamban oleh manusia seperti Ketua Polis Negara sekarang ini.

    Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?

    Malahan sila buat penjelasan umum mengenai apakah Najib pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan berakhirnya PRU 13 dan apakah benar wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib atau tidak.

    Malahan sila Najib berikan penjelasan mengapakah Rosmah si penganggur tua yang haram tak ada pekerjaan tetap boleh ada RM 2 juta dalam akaunnya melibatkan beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang antara RM 150,000.00 hingg RM 300,000.00, dari mana sumber wang itu? Malahan Rosmah melalui peguamnya pun dah mengaku itu akaunnya, tapi dia hingga kini tak menafikan mengenai RM 2 juta itu.

    Tak payah nak putar belit, sekarang ni dah terdedah bahawa Justo tu bukannya memalsukan dokumen 1MDB pun, sekarang kerana nak cover line, maka didedahkan satu watak baru iaitu James Steward pula yang dituduh bersekongkol untuk memalsukan dokumen 1MDB pula.

    Lepas ni kalau kantoi lagi bukan James Steward ini yang memalsukan dokumen berkenaan, saya tak akan tekejut jika juak-juak Najib termasuklah si Khalid Abu Bakar KPN Penipu tu akan menangkap dan menggari seekor beruk di Zoo Negara serta beruk itu diheret ke dalam Black Maria dan dibawa ke Bukit Aman serta dilokapkan untuk dituduh membuat ‘pemalsuan’ dokumen melibatkan 1MDB-Petrosaudi ini.

    Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

    Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

  12. raplahjingaa says:

    Sapa-sapa ahli UMNO yang tak minat pada Najib dikatakan menyamar menjadi ahli UMNO ?? hehehehe….

    Udah-udah la tu…lagi cepat Najib berundur lagi cepat UMNO dapat diselamatkan, nak selamatkan Najib atau nak selamatkan UMNO ?? Najib dah jadi beban yang amat berat pada UMNO, as a person mungkin Najib seorang yang lemah lembut, baik hati or whatever…sebagai seorang pemimpin bangsa Melayu dan negara…Najib failed BIG TIME !!

    MYKMU spin la kot mana pun…itu kenyataan !!

    p/s kunta kinte pasangan bahagia hang si adamyan tu dok jolly “duit raya” tak habis lagi ke ??

  13. system baru says:

    kalau setakat 2juta apa ada pada zaman sekarang nak beli rumah banglo pun tak lepas, kalau beli ferrari macam azmin itu tak lepas, penah anwar dan dedahkan penah, korang tengok kekayaan anwar dan azmin itu ahli umno tak penah pertikaikan nya,
    raplahjingaa, Abu Bakar cuba nafirkan nya barang kali najib dah tak bagi projek pada kroni tun m ini suka jual projek

    lihat propaganda pkr dan macai kroni tun m ini
    1)Mereka menyamar jadi ahli umno
    2)Mereka Gunakan tentera cyber sebarkan propagandan mereka
    3)Mereka gunakan ke lemahan pemimpin walau benda kecih je dibesar2 kan
    4)Mereka memuji2 seorang pemimpin bn veteran, sebalik mereka cakap mereka teranya dah di sebalik pujuan mereka itu itu hiporkit macai pkr ,
    5)Mereka akan laga2 akan para peminpim bn itu. Untuk mencapai kemenangan
    6)Bikin fitnah dalam blog
    7)Mencipta bukti palsu dalam blog.
    8)Mengunakan pemimpim veteran bn tak mahir penipuan pkr ini dengan cara memuji2 pemimpim veteran itu, kemudian mengkutuk pemimpim baru.
    9)jadi ahli umno semata nak kan projek kemudian jual nya
    10)mereka masuk umno bukan untuk perjuangkan melayu dan islam tapi imbuhan dari umno

    cuba bercakap benarlah raplahjingaa, Abu Bakar aku kenal orang jenis macam ini, aku dulu selalu pergi dalam perhimpunan umno, bapa aku ahli umno dan aku bukan ahli umno tapi tahu segala dalam umno itu aku sokong umno walau aku bukan ahli umno.

  14. Anak_Nogori says:

    Umno sepatutnya tidak menyimpan lagi ahli2 yg bermuka muka ini..ramai ahli tapi bermuka2 seharusnya dihapuskan dari umno..biar sikit tapi ikhlas berjuang dan mempunyai kualiti.

    Harap displin umno pandang serius isu ini..siasat sampai ke akar umbi..

  15. dkds says:

    Rasanya pihak tertinggi parti perlu lihat2lah pemuda ini , dah lama sangat mereka ini berbohong pada kepimpinan parti kononnya sokongan orang muda kembali pada BN tapi rupanya nak sebat peruntukan ….

  16. anakmalaysia says:

    @abu bakar…hemat saya lebih baik biarkan urusan kerajaan diselesaikan oleh pihak berkuasa dan tak payah la susah payah dan menaip panjang lebar kat sini hanya untuk menafikan blogger hak nya…lebih baik saudara jadi blogger baru RBA…bawa sekali rakan2 lain tu seperti @badarudin, rockers dan lain2…pihak asing cuba nak jatuhkan negara ni..tolong pertahankan ya…salam

  17. semangat dato' haron says:

    #SayNO!!!toKJ

  18. raplahjingaa says:

    Kalau UMNO nak pecat ahli UMNO yang persoalkan 1 MDB, aku rasa by the end of the day, ahli UMNO seluruh Negara tinggal tak sampai pun 10,000 orang !! hehehehe…

    ada berani ke ???

  19. rockers says:

    anakmalaysia..
    sy setuju pihak berkuasa menjlnkn tugas mereka tp najib mesti bercuti dulu dr tugas.and pihak berkuasa mesti repot terus pd parlimen siasatan mereka @ agong.slg najib ade siasatan x ke mana…

Leave a Reply