Menu Utama

PM putuskan tindakan isu 1MDB dalam masa terdekat

Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan tentang tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pihak-pihak yang menuduh beliau mengambil sejumlah dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam masa terdekat.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut telah dirujuk kepada peguam-peguamnya dan mereka akan memberi nasihat kepada beliau tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil di dalam serta luar negara.

“Insya-Allah saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi tentang tindakan selanjutnya yang akan saya ambil terhadap dakwaan yang cukup jahat ini,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis berbuka puasa bersama orang ramai di Masjid Bandar Rinching, Semenyih dekat sini hari ini.

The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini menyiarkan laporan yang mendakwa Najib menerima sejumlah dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Kelmarin, Perdana Menteri dalam kenyataannya antara lain menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana 1MDB atau mana-mana entiti untuk kepentingan peribadi dan menyifatkan dakwaan palsu itu sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkannya.

UTUSAN






2 Komen to PM putuskan tindakan isu 1MDB dalam masa terdekat

  1. itsme says:

    sokong!! at least jgn mengaku kalah sblm berjuang. semoga berjaya, ramai rakyat punyai fikiran yg positif.

Leave a Reply