Menu Utama

PM mesti bertindak tegas terhadap pensabotaj politik.

PM disaran tidak lagi berlembut

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Abdul Halim Sidek berkata, tindakan perlu dikenakan terhadap komplot terancang itu kerana kaitannya dengan pihak asing dibimbangi mempunyai agenda untuk mengganggu gugat kedaulatan dan keamanan negara.

“Datuk Seri Najib adalah seorang yang berhemah dan tidak sukakan konfrontasi tetapi kita dapat lihat apabila isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diperjelaskan dan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Justo ditahan di Thailand, golongan ini memburukkan Datuk Seri Najib dengan menggunakan media asing pula.

“Mereka ini langsung tidak peduli pendekatan berhemah Datuk Seri Najib kerana mempunyai agenda untuk menjatuhkan pentadbiran negara, bagi saya, ini adalah berbahaya untuk kestabilan negara dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal yang menggugat kedaulatan negara,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Menurut Abdul Halim, beliau melihat sabotaj politik berkenaan merupakan perbuatan tersusun yang dirancang oleh golongan tertentu kerana siri serangan untuk memburukkan Perdana Menteri tidak pernah berhenti meskipun pelbagai penjelasan dan penafian dilakukan.

“Saya juga menyokong tindakan Datuk Seri Najib untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ). Bagi pendapat saya, komplot yang men­yerang Datuk Seri Najib ini hendak menghuru-harakan kepimpinan negara dan apabila perkara itu berlaku, sudah tentu pentadbiran dan ekonomi negara akan menjadi bermasalah,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, Perdana Menteri telah melakukan tindakan yang tepat apabila pantas menjawab dan menafikan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dikemukakan.

“Sesiapa pun boleh membuat tuduhan tetapi apa yang diperlukan sekarang adalah bukti, dalam hal ini, saya berpendapat ada kumpulan tertentu yang bersungguh-sungguh hendak mencemar nama baik Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa pun,” katanya.

Katanya, masyarakat di negara ini sewajarnya berhati-hati terhadap laporan media asing yang mempunyai agenda tertentu dan membuat tuduhan-tuduhan liar tanpa sebarang rasa tanggungjawab.

Utusan






5 Komen to PM mesti bertindak tegas terhadap pensabotaj politik.

  1. rosman mansur says:

    artikel ni nk buktikan PM kita lembik ke?smpi org lain plak kena ingatkn Jibby keras n tegas…hahaha..dia berani hapuskan ISA untuk undi org cina dan peenah disahkn Ismail sabri..nyaris akta hasutan pn nk digadainya..dgn Obama yahudi xtau plak apa yg digadainya..

    #telordigenggamYahudi
    #NWO
    #TPPA

  2. sireh ke gagang says:

    rosman mansur , kalau kau pandai , kau lah jadi perdana menteri. kau nak tadbir hidup kau pun tak reti , ada hati nk ckp najib telor digenggam yahudi. bodoh punya rakyat malaysia.

  3. Spy Bukit Gantang says:

    Tidak kan hilang bisa ular menyusur akar.

    Rosman Mansur jangan gadai otak kau leh tak?

  4. Semangat Ramadhan says:

    Apa yang PM perlu buat ialah :-

    Saman semua mereka yang terbabit, penyiar berita & pencetus berita
    Kedua pihak bank perlu jelaskan perkara sebenar mengenai pemilik akaun
    yang berkenaan yang didakwa menerima pemindahan duit sejumlah itu.
    Jika bank memang tertaklok pada akta bank , kita rasa masakan tak boleh
    bagi bank menyatakan bahawa PM tidak memiliki atau memiliki akaun peribadi
    dibank mereka.

  5. kamarul says:

    si kitul sebenar ialah dr mahathir dan barua2 dr mahathir iaitu muhydin dan shafie afdal. najib mesti berani bertindak terhadap si kitul ini terlebih dahulu. media asing memang kerja dia buat begitu, namun kalau tak ada si kitul, mereka pun tak akan bertindak.

Leave a Reply

Threesome