Menu Utama

Pertahan Anwar OK, Pertahan Najib Tak OK

nik nazmiApabila Nik Nazmi membidas Rahman Dahlan dan Khairy berikutan sokongan yang diberikan oleh kedua-duanya kepada Perdana Menteri Najib Razak berhubung laporan Wall Street Journal (WSJ), ia bukanlah satu yang luar biasa.

Hujah sokongan adalah mudah, iaitu tuduhan yang dilaporkan oleh WSJ adalah umpama “menanam tebu di tepi bibir” untuk hidangan halwa telinga untuk terus menyemarakkan anti-Najib dan bermotif jahat.

Mana mungkin kita yang waras fikiran, dan jiwa yang tenang mampu percaya satu-satu tuduhan tanpa ada sebarang bukti kukuh, saksi dan sumber yang diyakini?

Anehnya, Nik Nazmi tidak pula membidas rakan-rakan PKR nya yang membabi-buta, membuta-tuli menyokong Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang disertakan bukti dan mangsa yang sahih? Bahkan, Nik Nazmi sendiri dilihat berada di lokasi perbicaraan dijalankan dan menyatakan sokongan kepada Anwar.

Mengapa perlu “double-standard” sekiranya Nik Nazmi benar-benar tidak mahu mengkhianati rakyat dengan membiarkan kemungkinan rakyat dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermoral, dan songsang?

Penulis mengganggap bahawa Nik Nazmi sudah mula risau melihat sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri Najib Razak, yang sebelum ini diasak dari dalam dan luar parti. Trend sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini benar-benar memberi tamparan kepada pembangkang dalam cita-cita menggulingkan kerajaan waima berpandukan fitnah semata-mata.

Selain itu, penulis tidak menolak kemungkinan bahawa Nik Nazmi juga bermotif untuk menaikkan suhu karier politiknya, yang semakin lama semakin suram, terutamanya publisiti di media.

Bagi penulis, nama Nik Nazmi semakin sirna di dalam arus politik Selangor, dan ini adalah cubaan yang baik untuk mengelakkan dirinya dari gagal dikesan oleh radar politik.






4 Komen to Pertahan Anwar OK, Pertahan Najib Tak OK

  1. sman says:

    Jangan ambil pot lah cakap bebudak PKR ni,aku kenal semua mereka tu,kan nya bagus sangat.ramai yg berjaya pegang jawatan dalam PKR bukan kerana ketokohan mereka ,tapi kerana Nuar ‘kenal’ mereka.Kalau yg mana Nuar ‘kenal’ ,selalu panggil,boleh talipon,bertemu kat mana-mana Nuar boleh perasan dan tegur,sure kalau bertanding akan menang,tambah pula bila pandai mainkan nama Nuar ,terutamnya pertahankanlah Nuar cukup-cukup dalam kes sodomi nya,walau pun hati sendiri memang terdetik yg Nuar memang betul buat kerja tu,tapi pura-pura je macam Nuar tu tak bersalah.Sure kutu gerahak PKR akan undi kita,merasalah pegang jawatan.Ini memang pengalaman aku sendiri dalam PKR.Aku orang daerah lain pun boleh jadi Ketua Cabang daerah lain,special di jemput jadi ahli Cabang berkenaan utk di lantik jadi Ketua Cabang pasal Nuar kenal aku.Seronok we kalau kenal Nuar ni,special treatment dalam PKR.

  2. burrpp.. says:

    Dah ketua nya songsang, anak buah pun perangai dan pemikiran pun songsang jugak.lah

  3. dkds says:

    apa yang boleh diharapkan dari seorang amk yang dah tiada pengaruh? kalau mangkaq sekor ini kumpul orang buat demo, rasanya bolehlah kumpul 10 orang paling ramai pun

Leave a Reply

Threesome