Menu Utama

Persepi Tidak Bertambah Baik Dgn Berkata “BN Akan Kalah Esok”

muhyidin_najib

DIKATAKAN bahawa Perdana Menteri dikelilingi oleh penasihat dan pegawai yang tidak berguna.  Selalu bagi nasihat salah kata mereka.

Sejauh mana kenyataan itu betul, masih boleh didebatkan kerana dari pandangan dan penglihatan, tidak ada kenyataan Datuk Seri Najib yang boleh diguna untuk melemahkan UMNO, setakat spin spin biasa macam itu sajalah, majoritinya tidak pernah disebut beliau pun.

Penulis dalam masa yang sama, tidak pasti penasihat dan pegawai bagaimana pula yang mengelilingi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganjurkan jika beliau berkata ‘BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok”, ia adalah satu cara untuk memberi persepsi positif kepada BN?

Agaknya penasihat dan pegawai yang sama juga yang menganjurkan dengan berkata “Saya Melayu Dulu, Malaysia Kemudian” akan meningkatkan imej beliau sebagai pemimpin untuk rakyat berbilang kaum di negara ini.

Mungkinlah, penulis tidak tahu.

Tapi yang penting penulis nak cakap, nasihat itu salah.  Ia tidak langsung membantu, menambah buruk lagi ada, terutama bila hanya sekerat saja yang diambil sebagai tajuk, sekerat lagi tak disebut, tapi begitulah permainan persepsi.

Muhyidin penulis rasa tahu, tapi entah kenapa, beliau masih memilih untuk menyebutkannya sekalipun tahu ia akan diputar belitkan.

Penulis akui, kebenaran kadang kala memang pahit, tapi ada cara mengendalikannya.

Kita tidak akan cerita kulit bapak kita berpanau kepada orang lain sekalipun itulah kebenarannya.  Komando tentera yang ditangkap, tidak akan menceritakan strategi pasukannya kepada musuh sekalipun itulah kebenarannya.

Faham maksud cakap tu?

Cheras adalah kawasan yang BN memang tidak pernah menang zaman berzaman.  Buruk-buruk Bukit Bintang pun calon BN pernah menang sekali disitu tapi Cheras seingat penulis tidak pernah.

Zaman cemerlang tak pernah, zaman tak berapa nak cemerlang apa lagi.

Justeru, jika yang dirujuk Muhyiddin bila berkata “BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok” adalah kawasan Cheras, maka itu masuk akal.  Memang kalau ikut bacaan sekarang, Cheras adalah kawasan yang kita tida boleh menang untuk satu jangka masa yang panjang.

Tapi, tak pula kita bagi mereka menang tanpa bertanding, betul gitu Tan Sri?

Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni.  Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan UMNO/BN, kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada UMNO/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi Timbalan yang setia, ikut macam nasihat dibawah.






62 Komen to Persepi Tidak Bertambah Baik Dgn Berkata “BN Akan Kalah Esok”

  1. ba alip ngang says:

    Setuju,

    Tetapi nasihat tu elok kepada Najib supaya bercakap benar walaupun pahit.

    Kalau nak sebut yes or no pun tak mampu, berundurlah.

    Tak perlu nak berbelit flip flop, berapa lama nak ampu bodek makan duit subahat. Insaflah.

  2. rosman mansur says:

    hahahahhaa…MYKMU boleh berkira2 tuk tutup..cuti sudah habis bro..lu org dah habis peluru..tungguu kami kasi bom tak lama lagi…

  3. Pak Tho says:

    Kebenaran itu pahit seperti ubat. Kita terpaksa telan juga demi utk sembuh. Cukup² lh klau nk membodek pun. Ibarat sokong membawa rebah. Kebanyakan menteri kebinet memang kurang bijak dalam menjawab isu² yg melibatkan rakyat. Mereka seperti tiada perasaan utk merasa denyut nadi rakyat marhaen. Lebih kenyataan syok sendiri je dan dimomokkn oleh org ramai dengan pelbagai gelaran yg menyedihkan. Masih tak rasa lgi ke?. Undur demi survival Umno. Itu adalah pilihan terbaik buat Ds Najib dan ahli kebinetnya. Kami dah letih utkk mempertahankan Umno. Kalau tak igauan ngeri Umno pasti berlaku pada pru 14 nanti.

  4. Abu Bakar says:

    Tetapi kerana isu ini sangatlah berat, melibatkan berpuluh bilion wang negara yang tak diketahui ke mana lesapnya, malahan dalam isu pelaburan melibatkan RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, serta GIL Funds, tidak diketahui pelaburan dalam bidang apa, di manakah pelaburan itu dibuat, tak diketahui langsung, malahan 1MDB sendiri menyembunyikan banyak dokumen semasa pihak Audit Negara datang membuat siasatan di pejabat 1MDB sebelum ini, tetapi yang peliknya boleh pula Menteri Kewangan Kedua iaitu Datuk Seri Husni dengan ‘bangga’nya menyatakan Audit Negara menyatakan ‘tiada salah laku’ dalam 1MDB sedangkan 1MDB sendiri menyembunyikan banyak dokumen siasatan, apahal pula Menteri Kewangan Kedua boleh kata tak ada salah laku dalam 1MDB? Malahan siap buat kenyataan media bagai, apa cerita ni?

    1MDB kata pelaburan sebanyak RM 15.4 billion di dalam agensi yang saya nyatakan di atas, maka Najib sebagai orang yang meluluskan pelaburan itu sepatutnya tahu, bukannya susah pun nak jawab, cuma bagi tau apakah bidang pelaburan dan di manakah pelaburan itu, saya bukannya minta jawab perkara yang bukan-bukan pun.

    Dengan jumlah RM 15.4 bilion itu, berjuta-juta pembangunan boleh dibuat, beribu-ribu buah sekolah, beratus buah hospital, berpuluh ribu buah rumah kos rendah, berjuta jambatan kampung, berjuta gelanggang futsal, badminton, takraw, dan padang permainan boleh dibuat, malahan boleh bina beratus ribu buah litar lumba motosikal di kampung untuk elakkan belia terjebak lumba haram, malahan peruntukkan subsidi untuk petrol bagi mengurangkan harga di bawah RM 2.00 boleh dapat setahun, malahan subsidi gula,tepung boleh dibiaya selama 10 tahun dengan kos sebanyak itu, kau tak faham ke berapa banyak rakyat Malaysia rugi kerana penyelewengan ini? Itu baru pelaburan RM 15.4 bilion, tak termasuk lagi penyelewengan tanah di TRX dan Bandar Malaysia, kerajaan rugi berpuluh bilion ringgit, tanah yang harga melebihi RM 30 bilion dijual dengan harga RM 630 juta sahaja. Tetapi yang peliknya tanah di Air Hitam, Pulau Pinang dibeli dengan harga yang tinggi, sedangkan tanah itu tak ada kelulusan untuk pembangunan pun. Itu sahaja pun berjuta-juta pembangunan lingkup kerana penyelewengan jual beli tanah tersebut. Kemudian IPP yang dah nak luput lesen, patutnya tunggu 3 tahun lagi boleh dapat IPP itu dengan harga hampir percuma, dalam dua tiga ribu sahaja kosnya, tapi dibeli dengan harga RM 18 bilion, berjuta lagi pembangunan untuk rakyat lingkup akibat penyelewengan tersebut.

  5. Abu Bakar says:

    Kemudian mengenai isu RM 2.63 bilion dan RM 2 juta dalam akaun Najib dan Rosmah, itu melibatkan Rosmah dan Najib, maka patutnya mereka tahu apa yang berlaku, pernah ke Najib ada dua akaun di AmBank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup selepas beberapa bulan PRU 13 dan apakah benar RM 2.63 bilion di masukkan ke dalam akaun tersebut? Takkan Najib tak tahu dengan akaunnya sendiri kot?

    Sedarlah bahawa RM 2.63 bilion itu boleh biaya BRIM sebanyak RM 950 setiap orang bagi lebih 2.7 juta orang, tapi lingkup macam tu sahaja, ingat sikit ke yang terjejas? Kalau untuk bantuan orang miskin bagi jumlah RM 1000.00 seorang, akan menyebabkan sebanyak 2.63 juta orang miskin kehilangan peruntukkan, itu kalau peruntukkan sebanyak RM 1,000.00 seorang, kalau peruntukkan hanya RM 500 seorang, maka akan menyebabkan sebanyak 5.26 juta orang penerima yang akan terjejas.

    Kemudian Rosmah pula, melalui peguamnya mengaku nombor akaun itu adalah akaunnya, tetapi dia sendiri tak berani nak jelaskan mengenai RM 2 juta yang yang di masukkan dalam akaunnya, pasal apa takut nak jelaskan?

    Dengan jumlah RM 2 juta itu, boleh membiaya gaji minimum RM 900.00 kepada 2,222 orang pekerja, tetapi disonglap ke akaun Rosmah begitu sahaja.

    Kepada macai Najib, bila nak berhujah tu biar dengan fakta, biar ada analisa, bukannya komen macam sampah sarap.

    Isu melibatkan perkara-perkara di atas tidak pernah di jawab samada oleh pengurusan 1MDB, Najib dan Rosmah, malahan tukang jawab seperti Menteri Datuk Seri Husni pun hanya tau kata tak ada kaitan dengan 1MDB, tapi tak dapat berikan jawapan mengenai perkara pelaburan dalam 1MDB itu, Najib pula sampai kini tak berani saman Sarawak Report, Wall Street Journal mahu pun The Edge, hanya mengarahkan balacinya si Khalid Abu Bakar untuk buat itu dan ini bagi menyekat lebih banyak maklumat penyelewengan Najib terbongkar.

  6. Abu Bakar says:

    Apa yang peliknya sekarang ini adalah suspek kes penyelewengan wang hutang 1MDB serta penyelewengan harta-harta kerajaan dengan menggunakan kedudukan dalam kerajaan tak pula ditangkap atau disoal siasat atau ditahan dari keluar negara, tetapi yang mempunyai maklumat mengenai kes penyelewengan itu pula yang ditahan dan dihalang ke luar negara, undang-undang di Malaysia dah jadi undang-undang rimba, yang disyaki buat jenayah tak ditahan, tetapi orang yang mendedahkan kegiatan jenayah pula yang ditahan, apa nak dihairankan, jawatan Ketua Polis Negara adalah jawatan kontrak, membodek sakanlah dia supaya kontrak jawatannya disambung lagi lepas ini, kerana kepentingan kontrak jawatan, amanah tugas pun boleh dipam dalam lubang jamban oleh manusia seperti Ketua Polis Negara sekarang ini.

    Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?

    Malahan sila buat penjelasan umum mengenai apakah Najib pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan berakhirnya PRU 13 dan apakah benar wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib atau tidak.

    Malahan sila Najib berikan penjelasan mengapakah Rosmah si penganggur tua yang haram tak ada pekerjaan tetap boleh ada RM 2 juta dalam akaunnya melibatkan beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang antara RM 150,000.00 hingg RM 300,000.00, dari mana sumber wang itu? Malahan Rosmah melalui peguamnya pun dah mengaku itu akaunnya, tapi dia hingga kini tak menafikan mengenai RM 2 juta itu.

    Tak payah nak putar belit, sekarang ni dah terdedah bahawa Justo tu bukannya memalsukan dokumen 1MDB pun, sekarang kerana nak cover line, maka didedahkan satu watak baru iaitu James Steward pula yang dituduh bersekongkol untuk memalsukan dokumen 1MDB pula.

    Lepas ni kalau kantoi lagi bukan James Steward ini yang memalsukan dokumen berkenaan, saya tak akan tekejut jika juak-juak Najib termasuklah si Khalid Abu Bakar KPN Penipu tu akan menangkap dan menggari seekor beruk di Zoo Negara serta beruk itu diheret ke dalam Black Maria dan dibawa ke Bukit Aman serta dilokapkan untuk dituduh membuat ‘pemalsuan’ dokumen melibatkan 1MDB-Petrosaudi ini.

    Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

    Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

  7. Abu Bakar says:

    Malahan orang yang menegur untuk kebaikan pun dituduh dan difitnah macam-macam. Seperti Tan Sri Muhyiddin, beliau bercakap berdasarkan realiti semasa, bukannya macam macam juak-juak Najib, terutama MYKMU ni, masih terawang-awangan sambil ‘mimpi basah’ tak tentu hala.

    Memang benar bahawa jika PRU 14 diadakan esok, maka Barisan Nasional akan tumbang, kerana gelombang di akar umbi UMNO sendiri sudah meluat dengan Najib akibat perbuatannya itu, malahan pengundi atas pagar sendiri sudah menjauhkan diri dari BArisan Nasional, kita nak tunggu apa lagi? Nak tunggu kehancuran Barisan Nasional baru nak puas? Puaskah hati MYKMU ni dengan menjulang Najib tinggi-tinggi sedangkan Najib penuh dengan masalah yang memudaratkan parti hingga parti jatuh tersungkur dalam PRU 14 kelak?

    Semua isu tak dijawab oleh Najib dengan jawapan yang memuaskan, malahan tiada tindakan undang-undang dibuat oleh Najib terhadap pihak yang dikatakan ‘memfitnahnya’ itu.

    Sudah-sudahlah membohong, kebenaran pasti akan terbongkar jua akhirnya.

  8. azhar daeng says:

    tun m atau tan sri dah beri nasihat dikatakan salah …tak beri nasihat pun jadi salah…jadi serba salah…realiti nyata beban kos kehidupan warga malaysia semakin sempit kais pagi makan pagi cukup makan pakai dan setakat berkenderaan proton perodua…. tetapi hanya golongan tertentu sahaja mewah kaya raya ke puncak langit…najib rosmah nak buat apa duit berbillion tuh???

  9. Rakyat Jelata says:

    aku punya komen kena delete daaaa…

  10. Tun Teja says:

    Kaedah Najib berpolitik diluar kemapuan TSMY..

    Bagi TSMY persepsi adalah politik yg benar dan bakal mempengaruhi pengundi. Malah persepsi dijadikan fakta didalam menuduh seseorang.

    Sbg contoh disebabkan WSJ menuduh Najib rasuah dan disebabkan 52% rakyat menolak BN atas sebab itu menjadi viral maka TSMY terus mengatakan itulah fakta.

    Benarkah?

    Persepsi dikuasai pembangkang kerana semnagat menjatuhkan UMNO cukup kuat.Tanpa dibayar mereka terus menerus membuat persepsi..

    Kita nak katakan kpd TSMY siapa cybertrooper beliau? Dimana TSMY melawan persepsi???

    Selama ni persepsi ditangani blogger pro Najib..Benarkan?

    Dimana cybertrooper Pemuda?

    Persepsi bukan kebenaran tetapi disebabkan ianya menjadi KESUKAAN RAKYAT YG ROSAK AKHLAKNYA TSMY MENJADIKAN IANYA SEBAGAI BENAR DAN SAHIH.

    Rakyat rosak akhlaknya?

    Ya bila Najib menyerahkan semua isu berkaitan 1MDB kepada agensi beramnah PDRM,Bank Negara,AG dan SPRM rakyat menjadi bangang..

    Sepatutnya rakyat bersyukur kerana tugas menyelesaikanmasalah diberi kuasa kpd pihak yg benar benar telus.

    Politik sekadar menjawab tanpa mengunakan pihak berkuasa menyiasat sudah berakhir dibawah kepimpionan Najib..Samada suka atau tidak Najib sudah buat transformasi politik,Tiada lagi perbahasan penyelewengan semua diserahkan kpd PDRM dan mahkamah.

    Bukan Rakyat menjadi Hakim tetapi Mahkamah.

    Cuma TSMY masih di era politik lama dan TIADA CYBERTROOPER.Mampukah beliau mengemudi isu2 yg bakal melanda??? Jawapan tentulah lagi teruk facebook pun tidak aktif..

  11. sman says:

    Ini lah yg akan berlaku kalau panglima yg ada berbagai senjata dan kekuatan tapi tak tahu menikam musuh,cakap saja berdegar-degar.Mana musuh nak takut,sudahnya nanti,pengikut pun akan lari bertempiaran.jangan sampai anak bini pun melarikan diri sudah lah.Adik sendiri pun dah main kayu tiga,tak nampak lagi ke?.

    Kalau aku yg jadi panglima, Pak Mantan pun dah kena reman dengan siasatan salah laku masa lampaunya,ajar sama dia.Ramai yg dah buka pintu dgn membuat lapuran tapi ,si Panglima yg terkial-kial,entah apa yg di tunggunya.Kalau buat siasatan betul-betul,tobat lahum jumpa ‘taiknya’.Kalau tak tahu buat keputusan,atau tak tahu bertindak elok panglima letak jawatan.

  12. Tun Teja says:

    Isu 1MDb sudah sampai ke penghujungnya..

    Rakyat secara umumnya mengetahui 42 billion yg diwar2kan oleh Tun Mahathir adalah merupakan pembohongan besar.Berbulan-bulan lama Tun Mahathir menyihir penyokong2 yg bangang hingga melahirkan penyokong taksub.Masih ramai tetap percaya pembohongan 42 billion tersebut.

    Audit Negara sudah hampir selesai manakala PAC sudah mengeluarkan pra kenyataan taiada isu rasuah.

    ISu 1MDB sudah mula berpihak kpd UMNO bila mana isu konspirasi dilonjakkan…

    1MDB dijadikan senjata jatuhkan Najib dgn tuduhan fitnah bukan fakta,
    Rakyat menjadi hakim dan peguan negara.Rakyat mendesak mengunakan undang2 hawa nafsu.

    Ketika Najib menyerahkan kepada pihak berkuasa berlandaskan undang2 rakyat semakin binggung.

    Masing2 tidak memahami mengapa isu konspirasi ketua plis yg perlu tangani.Bg rakyat gila Najib yg kena bercakap bkn ketua polis negara.

    Isu akaun peribadi diserahkan kepada Task Force yg dianggotai oleh 4 pasukan apa yvb terjadi pd rakyat yg gila? rakyat yg gila tidak suka kerana bagi mereka Bank Negara tiada hakbercakap soal akaun yg berhak adalah rakyat yg gila..

    Masalahnya bila mana kepimpinan UMNO sindiri tidak memahami agensi yg bertugas Bank Negara..Fungsi SPRM..Siapa PDRM dan penyiasatan AG maka bertambah tolol lah politk malaysia…

  13. dkds says:

    Midin ini dah jadi macam KJ zaman Pak Lah…buat perkara yang menaikkan dirinya bukan parti , itu sebab BN makin teruk .

    moga DS Najib gantilah midin ini dengan segera , adanya dalam pasukan tempur umpama meletakkan pondan di medan hadapan dalam pertempuran

  14. Tun Teja says:

    Kepada MYKMU saya bersyukur kpd pihak tuan krn telah berjuang sehingga saat ni didalam mempertahan PM UMNO dan Negara.

    Perjuangan Tuan yg berlandaskan undang2 dan mempertahankan sistem negara amat dihargai..

    Semoga Allah terus memberi kekuatan dan kefahaman jelas betapa pentingnya institusi kerajaan dipertahankan.

    Tuan perlu memahami institusi negara

    1.PDRM
    2,Bank Negara
    3.SPRM
    4.AG

    berada dalam radar pembangkang sejak dahulu lagi.Sejak akhir2 ini gerakan merosakkan imej institusi negara giat dijalan.Jika mereka berjaya membuat persepsi teruk maka berakhirlah kepercayaan rakyat kepada institusi pasak bumi di malaysia.

    Tuan Mykmu bila Mahkamah sudah dipertikaikan dan 4 instusi berpengaruh dianggap dibawah kuasa Najib maka bersedialah kita UMNO bakal ditumbangkan.

    Ingat Tuan Mykmu berakhirnya institusi ini maka berakhirlah UMNO…

    Semoga Allah memberkati dan memberi kekuatan…

  15. sman says:

    PM Najib asyik bermegah dgn panglima Bugis,rating yg meningkat di sana sini ,KPI melebihi target,pertumbuhan ekonomi berterusan,ECR,UTC dan sebagainya.Tapi dalam keadaan sekarang ini semua tidak mampu menyelamatkan beliau,walau pun beliau di pihak yg benar.Hanya dengan kenaikan 10 saen harga petrol,semua kebaikan tersebut akan lenyap,di tambah pula dengan satu pembohongan pihak lawan mengenai 1MDB,habis hancur semua benda yg di megahkan oleh PM Najib tersebut.

    Apa yg perlu di buat oleh PM Najib ialah keberanian bertindak, ketangkasan berpencak,kebijaksanaan melangkah dan kekuatan memusnahkan lawan.Kalau berada di pihak yg salah pun beliau boleh menang.Ethika? dalam soal ini sekarang jangan cermin diri tapi lihat sejauhmana beretikanya pihak lawan.Baru adil.

  16. Tun Teja says:

    Sman…

    Dizaman whassap ni viral amat mudah.
    Rakyat yg mewah tiada lagi sifat bersyukur.
    Hanya 10 sen barang naik rakyat mudah dibeli oleh anasir jahat.

    Faktanya rakyat Malaysia tiada jati diri .Hanya cukup 10 sen kenaikan harga maka berakhirlah akhaknya yg ada maki hamun Najib.

    Najib tidak boleh hanya bercakap seperti burung kaka tua .Zaman sekarang Najib mesti menggunakan Institusi yg diberi amanah.

    Najib sudah serahkan kpd pihak berwajib dan kesabaran Najib amat dihargai.

    Agensi kerajaan yg terkenal bekerja ikut time maka bersabarlah kita.Ingat agensi kerajaan bukan bekerja seperti dunai nak kiamat mereka masih bersenang lenang dan buat tak peduli.Bagi mereka cukup bulan ada gaji.

    Bukan mudah utk transformasi agnesi kerajaan.Rakyat kena bersabar terutama TSMY.Bagi kerjasama kpd semua agensi yg bertugas….

  17. Memang Terok says:

    Dalam pada kenyataan Muhyiddin semasa baru dilantik TPM berkata ‘ saya bersyukur diatas pelantikan ini. Ini merupakan pencapaian tertinggi buat diri saya dalam parti’ . Orang dengar akan beri tafsiran bahawa TPM ambik itu sebagai ceiling baginya dan dia tak ada cita2 untuk jadi PM. Buat masa itu, mengambil kira umur PM dan umur dia.

    Tetapi manusia kan sentiasa berubah percepsi dan citarasa mengikut masa, cuaca dan suasana. Sekarang TPM di ampu dari belakang oleh barisan yang kuat untuk naik gantikan Najib. Harapan baru mula timbul. Terbayanglah segala yang besar dan indah.

    Bukan sesuatu luar biasa w/bagaimana pun kerana ini lah politik. Manusia sopan tidak lagi perlu maintain sopan dalam survival politik. Wallahu alam.

  18. Memang Terok says:

    Penentang2 Najib mula timbul lepas satu , satu sekarang. Ternyata musuh dari dalam lebih bahaya dari musuh diluar, walau bilangan kurang penting untuk diambil kira. Musuh tetap musuh.

    Najib seharusnya tahu apa nak buat. Beliau jugak ada sahabat2 yang mahu beliau terus meneraju kerajaan. Sahabat2 ini perlu proactive pertahankan survival boss mereka.

  19. azhar daeng says:

    Serangan berlapik Tan Sri Muhyiddin tidak akan sampai ke mana..

    Satu panggilan kepada Ketua Perhubungan Negeri memungkinkan tiada Bahagian lain pun yang berbunyi selepas ini.

    Di dalam UMNO kini, demi Melayu, Bangsa, Ugama dan Negara sudah menjadi janggal dan asing.

    Tan Sri Muhyiddin sekarang mula dicemuh sebagai pengkhianat,musuh nombor satu, gunting dalam lipatan dan dilondehkan dengan segala bentuk keburukan.
    Tidak mustahil ada Bahagian akan menggesanya berundur jika sudah tidak sokong Najib.

    Who is king?

  20. Rakyat Jelata says:

    Takyah cerita banyak..kalau apa yang dikatakan TSM tak betul..bubarkan parlimen esok…buat PRU..kita tengok UMNO bungkus ke tak….

  21. Rakyat Jelata says:

    Kalau x nak PRU pun..sbb memakan belanja yang tinggi…apa kata buat pungutan suara samada Ah Jib Gor patut dikekalkan sbg PM atau tidak…demokrasi kan…..

  22. Abu Bakar says:

    Isunya bukan kecil, tetapi besar, melibatkan berpuluh bilion ringgit wang negara, isu ini akan menjadi barah kepada Barisan Nasional, dan barah ini akan menyebabkan rosaknya Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak.

    Rakyat melihat bahawa dengan berpuluh bilion yang tak dapat dijelaskan ke mana perginya wang itu dan pembelian yang tidak munasabah menyebabkan peruntukkan pembangunan untuk rakyat terjejas, rakyat berasa marah bila pembangunan untuk mereka tergendala, tidak dapat dibuat, ditangguhkan, itu dan ini kerana banyak wang negara lenyap tak tentu hala.

    Misalnya seperti komen saya mengenai ‘pelaburan’ oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, serta GIL Funds, rakyat mahu tahu apakah jenis pelaburan yang dibuat, di mana pelaburan itu dibuat, dalam bidang apa pelaburan itu dibuat, bukannya hanya kata melabur dalam Brazen Sky RM 6.1 bilion, melabur dalam Aabar Deposit sebanyak RM 4.2 bilion, kemudian melabur dalam GIL Funds sebanyak 5.1 bilion, sekadar jumlah, tetapi tak diketahui apakah yang dilaburkan dengan wang sebanyak itu, apa kejadahnya?

    Malahan pembelian stesen janakuasa elektrik yang nak luput lesennya, yang dah buruk, yang mana kalau lagi tiga tahun, stesen janakuasa berkenaan boleh dibeli dengan harga beberapa ribu ringgit sahaja, tetapi 1MDB melalui kelulusan Najib membeli dengan harga RM 18 bilion, malahan stesen janakuasa elektrik Genting Sanyen yang harga semasanya adalah RM 400 juta dibeli dengan harga RM 2.3 bilion, apa kejadahnya beli dengan melebihi nilai pasaran, bukan sedikit, RM 1.9 bilion lebih dari harga pasaran.

    Rakyat melihat dengan jumlah RM 18 bilion itu mereka boleh dapat beratus ribu rumah kos rendah, beribu kilometer jalan R5, berjuta jambatan kampung, berjuta gelanggang takraw, gelanggang badminton, gelanggang futsal, malahan beratus buah sekolah dan hospital boleh dibina dengan jumlah RM 18 bilion itu, rakyat jadi marah kerana hak pembangunan mereka telah dilingkupkan melalui penyelewengan sebegini.

    Malahan mengenai RM 2.63 bilion wang yang dituduh dimasukkan ke dalam akaun Najib, mengapakah Najib tak menafikan wang itu pernah masuk ke akaunnya? Malahan mengapakah Najib tidak menafikan bahawa dia pernah membuka dua buah akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan kemudiannya beberapa bulan selepas PRU 13 Najib menutupnya pula, atas sebab apa menutupnya pun tak diterangkan, mengapakah Najib takut memberikan penjelasan mengenai perkara ini?

    Malahan Rosmah yang di dalam akaunnya mempunyai RM 2 juta melibatkan beberapa transaksi dengan jumlah setiap transaksi antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00, apakah pekerjaan Rosmah? Umum mengetahui bahawa Rosmah tak ada pekerjaan tetap yang bergaji, jadi mengapakah boleh ada transkasi beratus ribu ringgit dalam beberapa transaksi melibatkan RM 2 juta di dalam akaun Rosmah itu? Ada yang menjadikan isu ini sebagai sinis dengan mengatakah apakah Rosmah membuat jualan langsung melalui Online, dan apakah bisnesnya?

    Ini semua menjadi beban dan masalah kepada parti, masalah peribadi pemimpin diheret menjadi masalah parti, malahan pemimpian menggunakan psikologi bodoh dengan mengatakan bahawa pendedahan mengenai salah laku pemimpin itu adalah sebagai ‘percubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan mengganggu gugat demokrasi’ betapa bodohnya kenyataan sebagini, apa yang didedahkan adalah penyelewengan dan jenayah pemimpin bukannya nak menjatuhkan kerajaan pun.

    Sedarlah, dalam PRU 14 kelak, kalau Najib terus kemaruk kuasa nak jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, maka janganlah Najib dan kuncu-kuncunya menyalahkan orang lain jika Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14, kerana itu semua adalah perlu ditanggung oleh Najib dan kuncu-kuncunya kerana mereka inilah punca segala malapetaka di dalam negara ini sekarang ini.

  23. Abu Bakar says:

    Sebagaimana ucapan oleh Tan Sri Muhyiddin, jika 1MDB itu sendiri mengelirukan bukan setakat rakyat, malahan jemaah kabinet seperti Tan Sri Muhyiddin sendiri tak faham dengan 1MDB itu, malah sebelum ini Datuk Seri Shafie Apdal sendiri pun pening dan tak faham dengan 1MDB, apakah 1MDB ini dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan jemaah kabinet?

    Malahan jika Najib, kuncu-kuncu mengatakan laporan Wall Street Journal, The Edge itu palsu, sila nyatakan, di manakah yang dipalsukan di dalam laporan tersebut?

    Najib dan kuncu-kuncu tak ada arah tujuan lagi, sekarang ini mereka hanya mempergunakan UMNO dan mempergunakan Barisan Nasional untuk selamatkan diri mereka sahaja, bukannya mereka nak menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional.

    Kepada Najib dan kuncu-kuncu, sila beri penjelasan, bukannya merapu tak tentu hala.

  24. raplahjingaa says:

    Adamyan berkata…

    ” DIKATAKAN bahawa Perdana Menteri dikelilingi oleh penasihat dan pegawai yang tidak berguna. Selalu bagi nasihat salah kata mereka.”

    aloooo…bukan dikatakan..itu kenyataan, malah artikel writer macam hang dan jugak pasangan hang si kunta kinte jugak termasuk dalam golongan tersebut !!

    Jangan generalize thing…Jangan samakan menjatuhkan Najib dengan menjatuhkan UMNO, Najib harus diturunkan demi untuk menyelamatkan UMNO ! hang faham tak ???

    kalau orang no 2 Negara pun keliru dengan 1MBD..apatah lagi hangpa yang makan minum pun mengharapkan ikhsan SUA PM ?? tapi sebab makan minum tu la hangpa dok spin merata…sampai tahap apa yang hangpa spin pun hangpa tak faham !!

    SELAMATKAN UMNO…TURUNKAN NAJIB !!

  25. Rakyat Jelata says:

    Aku tidak bersetuju dengan TSMY..UMNO/BN dibawah Najib semakin bertambah baik dan semakin kuat. Dengan kewibawaan Najib..UMNO/BN dengan bantuan MCA akan dapat menarik semula sokongan masyarakat Cina kepada UMNO/BN. Kejayaan 1MDB dalam perlaburannya..yang dicemburui oleh musuh2nya..telah membawa kemakmuran kepada negara dan telah meningkatkan keyakinan kepada pelaburan di dalam negara. 1MDB juga akan memungkinkan negara mencapai hasrat sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Justeru..pada PRU14…UMNO/BN dijangka akan dapat mencapai kejayaan yang lebih besar dari PRU13 dan diyakini dapat meningkatkan majoriti penguasaannya di parlimen. Ditambah dengan kehebatan Najib sebagai PM malaysia yang terabik setakat ini diantara semua PM2 sebelum ini..UMNO/BN akan terus dapat meneruskan penguasaannya dalam pemerintah negara yang kita cintai ini.

  26. Gengrembau says:

    Lu spin la bro
    Frust dgn mykmu sekarang.. Dapat duit spin citer lain pasal muhyidin
    Cuba citer kisah tsm mintak najib resign macam blog blog lain… Apalah mykmu ni makin truk..
    Sebagai org lama sejk zaman pak lah dulu… Now mykmu sudah bikin malu aje….
    Wat la you all ni…

  27. DAP says:

    Sedih nye la tgk MYKMU ni…mmg dasar syok sendiri…camne la nk survive nnt…yg patut disokong UMNO…tapi MYKMU ni terbalik…org yg dijulang..

  28. raplahjingaa says:

    Apa nak buat…MYKMU la ni dibarisi oleh penulis-penulis muda picisan yang pentingkan perut dari maruah bangsa…

  29. Rakyat Jelata says:

    Aku sokong orang..sebab dengan ORANG tu lar maka negara dan juga UMNO/BN menjadi semakin kuat. Tanpa orang tu, negara akan menuju kepada kehancuran..begitu juga dengan UMNO/BN…tanpa orang tu…UMNO/BN akan menuju kehancuran…

    HIDUP UMNO..KEKAL NAJIB!!!

  30. raplahjingaa says:

    PRU 12 55%-45%, PRU 13 49%-51%….BN/UMNO semakin kuat ??? hehehehehe….

  31. Pak Tho says:

    Rakyat Malaysia bukan semuanya bijak. Tanpa penilaian yg bijak tuduhan walaupun tdk benar tanpa penjelasan yg sepatutnya akan memberi gambaran ianya adalah benar. Walaupun PM di pihak yg benar tetapi persepsi rakyat adalah disebaliknya. Atas sikap berdiam diri dn menyerahkan kepada org lain utk menjelaskan ada tindakan kurang bijak. Bila rakyat dh menyampah , kentut wangi pun org akan kata busuk. Kerosakan tdk dpt di baiki lgi. Pusing nmcmna pun ianya tetap busuk juga. Maka itu kita mengharapkn Ds Najib mempunyai jiwa dan hati yg besar agar berUNDUR secara terhormmat demi masa depan Umno. Walaupun iannya hanya memberi sedikit harapan untuk Umno terus bernafas. Budak sekolah rendah sekarang ni pun sudah pandai utk memomokkan Ds Najib dan Rosmah. Persepsi buruk semakin membelenggu beliau dn isteri. Amat menyedihkan tetapi itulah hakikatnya yg berlaku sekarang.

  32. GT86 says:

    Najib PM terbaik…???
    UMNO semakin kuat…wtf..????
    Aku ni x tau lah, nak ketawa or nak menangis….
    Penat melayan budak2 yg baru kenal / gilakan “cash is king”.
    Tapi yg aku khuatiri skrg ni, Najib sign TPPA. Lagi jahanam Tanah Melayu.
    Memang sahih, dengan resputasi sekarang, melayu/umno/bn akn kalah.
    Apa yang nak diselindungi lagi?

    TSMY minta Najib buat apa? susah sgt ke?

  33. Rakyat Jelata says:

    hahahahaha..rap..apa yang aku tulis tu..ko terbalikkan jer..atau lawankan ker…contoh..halal lwn haram..nnt dpt maksud sebenarnya…almaklum..nak bagi persepsi baik pada UMNO/BN mengikut apa yg admin kata..hahahahahaha

  34. Rakyat Jelata says:

    MYKMU kan nak dengar yg baik2 jer pasal Najib..aku tulis lar yang baik2..hehehehe

  35. System baru says:

    Sila bagi bukti ada, macai pkr ini aku tengok tak ada hanya persepi beranikah kroni tun m menyusah tun m ,sila bagi bukti 1mbd pada polis, sprm dan pac, aku tengok tak ada , ingat kes perwaja dan pkfz boleh pulak itu orang itu di lepaskan. Sila jawab kroni.

    Aku tengok najib berjaya basmi penipuan anwar itu
    Aku tengok tun m gagal beri bukti ada
    Aku tengok tun m dah masuk perangkap anwar itu isu 1mbd
    Aku tengok kroni tun m yg apek itu berjaya gunakannya
    Aku tengok tun m telah kalah isu 1mbd itu.

    keputusan 1Mbd yg Aku lihat
    Najib menang isu 1mbd
    Tun m gagal menbukti najib bersalah hanya persepi yg bina
    Tun m telah masuk perangkap anwar
    tun m telah masuk perangkap media asing
    Tun m marahkan najib dia telah merosak diri dia sendiri
    tun m Marahkan najib dia merosakan melayu itu

    Kena ingat najib pemimpin sekarang tun m hanya rakyat biasa jadi adalah hak najib itu untuk tak ikut cakap tun m , rakyat biasa hanya boleh menasihat najib je, tapi sampai nak suruh orang berhenti apa hak tun m itu, macam itu hak pengundi mejoriti yg undi bn itu tak hak ke?, macam ini kalau tun m tak puas hati pergi berkempin untuk parti pembankang macan dia buat dulu semasa dia di buang dari umno itu. Nanti pru dah nak dekaf tun m pergi berkempin pr itu.

    Tun m kena ingat najib cuba betul kesalahan tun m yg paling besar gagal dalam dasar 30% DEB itu. Aku tengok najib terpaksa tanggung kesalahan orang lain,fikirkan lah.

  36. Rakyat Jelata says:

    aiks..sejak bila pulak orang yang dipilih rakyat untuk menjadi wakil rakyat..boleh menjadi rakyat luar biasa..sejak bila najib menjadi rakyat luar biasa dibandingkan dengan Tun hanya sbg rakyat biasa…nampak sgt orang2 UMNo ni x sedar diri..KORANG TU PUN RAKYAT BIASA LARRR..bukann anak raja pun…kami pilih korang untuk jadi wakil kami..bukan TUAN KAMI…..bila2 masa kami sbg pengundi boleh menjadikan ko jadi rakyat biasa seperti Tun M tu…
    Pasal dasar DEB..ko dah semak ke pencapaian sebelum krisis matawang dan selepas krisis matawang 1998 tu? Bagaimana krisis matawang 1998 telah menghakis pencapaian DEB sebelum tu? Salah Tun ke matawang kena serang dulu???

  37. Sulahuddin says:

    Camni la. Kita bercakap pasal persepsi, pepsi ke…persepesi ke, elok2 kita semak realiti pandangan majoriti pengundi sekarang. Sama ada betul atau tidak kes 1MDB tu, please org2 yg kat atas tu….sila turun padang buat survey sndiri kat akar umbi, setakat manakah sokongan org terhadap najib skrg. Pendapat atas kertas kita tentang persepsi org….tidak membantu apa2. Yg penting pendapat sebenar pengundi2, itu yg akan diterjemahkn kt atas kertas undi. Dan itu yang dikira. Bkn persepsi atas kertas. Pleasseee la…tolong celik…lihat realiti. Jgn sekadar syok2 sendiri…dengar2 pendapat pengampu2. Sekali lgi sya nk nyatakan…sama ada betul atau tidak dakwaan kes 1MBD ni, realiti skrg ni, sokongan terhadap najib teruk sgt2.

  38. Rakyat Jelata says:

    I luv PM…oopsss..sorry..bkn Prime Minister..tp Prophet Muhammad…huhu

  39. System baru says:

    Macai pembankang hanya pandai menipu gunakan nama rosma itu macai, untuk mendatang kebencian pada isteri pm itu, taktik itu dah tak boleh pakai lagi lah.
    Macam ini isteri azmin tak ke dedah akaun pada rakyat. Kalau setakat 2juta apa ada pada zaman sekarang ini beli rumah banglo tak lepas ,di bandingkan kereta ferrali azmin harga lebih lagi dari dua juta itu.

    Ini sikap ada pada macai pkr
    Orang umno tak boleh bermewah2
    orang pkr boleh bermewah2
    orang umno di suruh pakai baju pasar malam
    Orang pkr boleh pakai baju butik mewah
    Orang pkr boleh melancong sana sini
    Orang bn dia suruh duduk rumah.
    Orang umno tak boleh pakai jet peribadi
    Orang pkr boleh belagak pakai jet peribadi
    Orang tak boleh pakai jet kerajaan untuk buat kerja untuk kerajaan
    Orang pkr boleh sewa jet peribadi berjalan2 luar negara.

    Ini politik macam pkr yg dah ketinggalan zaman .ramai tak percaya pada RBA ini

  40. System baru says:

    dah bagi 22thaun apa lagi alasan kroni tun m itu ,kenapa dasar DEB itu Gagal, jawab nama Rakyat Jelata. 30Tahun proton dan 7tahun 1mbd itu, kenapa 30tahun proton keuntungan merosot mungkin kroni tun m boleh jawab,

  41. jokowi says:

    Bagus la tu?

  42. WTF says:

    Come on lah, kata2 Muhyiddin Yassin berbunyi “BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok” hanyalah peringatan untuk kita semua.

    Kenapa lah hangpa semua (yg taksub Najib Razak dan yg taksub Mahathir Mohamad) melompat sana sini macam kera dapat bunga ni.

    Be rational and dan jangan bertelagah antara satu sama lain.

  43. Rakyat Jelata says:

    gagal ke dasar DEB tu? adalah zaman najib sebagai rakyat luar biasa dia semakin mengukuhkan kearah pencapaian DEB atau semakin melemahkan? kurang2 kegagalan Tun M dulu yang dah jadi rakyat biasa sekarang adalah kerana faktor luaran..sdgkan apa yang najib rakyat luar biasa buat skrg ni adalah dari faktor dalaman iaitu dasar2 yang direka dia atas nasihat penasihat2 liberal rakyat luar biasa ni.
    Tentang Proton tu..takleh salahkan 100% Proton gak..kalau kat Jepun tu..rakyat mereka jiwa patriotik tinggi..susah kereta foreign nak masuk sbb rakyat dia akan mengutamakan kereta2 Jepun dulu…

  44. 164 says:

    Turunlah Najib.. Kamu sudah tidak relevan untuk UMNO. Kamu jadi beban. UMNO bukan milik kamu. Berundurlah dengan cara terhormat.

  45. P164 says:

    MUHYIDDIN BUKAN SEORANG PENGKHIANAT.
    Tan Sri Muhyiddin Yassin dikenali sebagai seorang ahli politik yang jujur dan sentiasa bercakap benar. Mungkin kerana hakikat itu, blogger pro-Datuk Seri Najib Razak panas punggung apabila Muhyiddin mula bercakap tentang sesuatu yang sudah lama menjadi isu di dalam Umno mutakhir ini.
    Intipati ucapan Muhyiddin sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian semalam:-
    – Umno/Barisan Nasional di ambang kekalahan jika sesuatu tidak dilakukan
    – Sudah acapkali menasihati Najib untuk berundur daripada 1MDB
    – Masalah 1MDB ini cukup besar dan meruncing
    – Umno jangan cuba untuk selindungkan masalah
    – Perubahan mesti dilakukan segera
    – Tindakan terhadap The Edge adalah kurang bernas
    – Rakyat semakin meluat dengan Umno/Pimpinan
    Semua inti ucapan ini adalah perkara yang sedang bermain di minda rakyat. Kami mahukan jawapan, dan setakat ini yang kami dapat hanyalah permainan kata yang kosong dan dangkal.
    Mesej Muhyiddin ini bukan pertama kali dikemukakan. Sebelum ini, dalam majlis tertutup di ILMU, Janda Baik (Pusat Latihan Umno) ianya pernah ditimbulkan. Muhyiddin dihentam kanan dan kiri.
    Hari ini Muhyiddin digelar sebagai “pengkhianat”.
    Pengkhianat parti? pejuang negara?
    Muhyiddin mungkin sedar, pilihan yang ada cukup terhad. Umno tidak boleh terus lena dengan sokongan jadi-jadian yang sedang lunak dilayan Najib.
    Walaupun apa yang diperkatakan mungkin pahit dan mengecewakan ramai pihak, namun Muhyiddin bertanggungjawab bukan sekadar kepada 3.3 juta ahli Umno; tetapi 28.3 juta rakyat Malaysia.
    Walaupun portal seperti MyKMU galak menggelar Muhyiddin sebagai pengkhianat, mereka juga harus sedar, inilah tugas ahli politik yang sebenar. Muhyiddin hanya menyatakan pandangan sebagai orang no 2 di dalam parti dan kerajaan.
    Apakah Umno sudah tidak boleh menerima berita kebenaran?
    Muhyiddin tahu akan risiko bila beliau berkata sedemikian. Tapi, jika itulah yang perlu ditempuh, pastinya beliau redha dan siap berhadapan dengan apa juga kesan.
    Yang pasti, dengan lenggok bahasa jujur seperti ini, Muhyiddin tidak layak digelar sebagai pengkhianat.
    Lenggok bahasa Muhyiddin adalah lenggok bahasa rakyat. Tanpa selindung, kami hanya mahukan kebenaran. Isu pokoknya, kebenaran yang tertangguh adalah pengkhianatan yang paling besar kepada negara.
    Mungkin elok sahaja didedahkan Laporan Interim mengenai 1MDB kepada umum. Mungkin itu adalah jalan awal untuk kita menentukan samada Muhyiddin atau orang lain yang lebih khianat kepada Melayu dan negara.
    Tak usahlah mudah melabel orang lain pengkhianat, jika pasukan sendiri lebih cenderung menipu dan membohongi rakyat.
    Abraham Lincoln pernah berkata: “You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today”.
    Muhyiddin hanya tidak mahu digelar sebagai seorang timbalan yang bodoh dan hanya mendengar kata. Kebenaran mesti disuarakan. Walaupun berisiko digelar pengkhianat. Zaman timbalan menjadi “yes man” sudah berlalu.
    SELAMAT BERJUANG MUHYIDDIN!
    Oleh Zasyaf Ishak

  46. anwar says:

    inilah budaya umno. semua nak tutup. penuh dengan hypocrites. semua yg ada jawatan dalam umno buat duit. semua muka puki
    mak. pru 14 taulah nasib.

  47. rockers says:

    aku x nampak pun kemana halatuju 1mdb ni.bnyk hutang adelh.klu terbukti ade penyelewengan n najib mesti berhenti jd pm dunia x kiamat pun..x tau lh klu macai najib ni nk berdemo plak.

  48. Pemerhati says:

    aku percaya DS Najib menerima dengan hati terbuka apa telah diperkatakan TS Muhyiddin…PM & TPM tidak akan ada apa-apa salah-faham apatah lagi bersangka buruk sesama mereka cuma mereka2 yang dibawah sahaja mengikut lumrah/tabie suka cepat melatah…melatah yang dimaksudkan ialah cepat bersangka buruk, terlebih sudu dari kuah, tidak berapa cerdik membodek(PM), tidak berapa cerdik memberi kritikan ‘membina’ sebaliknya banyak mengikut emosi(sebenarnya meluahkan kemarahan & ketidakpuasan-hati kerana ‘kepentingan peribadi’ tidak mendapat perhatian & layanan dari parti)…mereka ini boleh juga dinamakan golongan opportunis, banyak lagi sikap(positif & negatif) golongan opportunis ini jika hendak disenaraikan

    kalau ada yang rasa atau terasa antara golongan opportunis itu ialah TS Muhyiddin, aku nak kata betul lah tu

    setuju dengan ‘WTF’…TS Muhyiddin kata “BN Akan Kalah Kalau Pilihanraya Diadakan Esok” mempunyai maksud yang luas bukannya bermaksud ‘esok hari’, ianya bukan ditujukan kepada PM sahaja tapi kepada seluruh ahli parti baik UMNO & BN ‘tentang apa harus dilakukan lagi’ untuk memastikan jika PRU diadakan esok BN tidak akan kalah…aku kata ‘tentang apa harus dilakukan lagi oleh UMNO & BN’ itu juga mempunyai maksud yang luas, kepada yang cetek pemikiran sudah tentu dia akan berpendapat PM harus diganti padahal DS Najib sudah pun tahu & faham TS Muhyiddin tidak bermaksud begitu

  49. raplahjingaa says:

    laaaaa…sampai ke proton pulak dah !! hehehehe….

  50. Abu Bakar says:

    Jika The Edge melakukan pembohongan, sila 1MDB, Najib, serta kuncu-kuncunya seperti Salleh Said Keruak, Shahrir Samad, Zamil KITA, Tunku Aziz, Abdul Rahman Dahalan, Ahmad Maslan, Hassan Malek serta lain-lain kuncu serta pecacai dan balaci mereka memberikan penjelasan mengenai isu mengenai RM 2.63 bilion di dalam akaun Najib di AmBank serta RM 2 juta dalam akaun Rosmah di Affin Bank.

    Rakyat mahukan penjelasan apakah Najib pernah membuka dua buah akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan kemudiannya menutupnya selepas beberapa bulan PRU 13, serta kita mahu tahu apakah benar wang berjumlah RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib itu.

    Najib mesti membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri untuk menafikan beliau pernah ada dua akaun di AmBank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup selepas beberapa bulan PRU 13 dan nafikan tidak pernah ada wang berjumlah RM 2.63 bilon yang bersamaan USD 700 juta itu. Malahan jika pernah ada akaun berkenaan dibuka pada sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, perlu dijelaskan mengapakah akaun itu ditutup dalam tempoh yang singkat?

    Keduanya, Najib dan Rosmah juga perlu membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri atau kalau tak mau buat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri, maka buatlah Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration) untuk menafikan bahawa RM 2 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Rosmah melalui beberapa transaksi melibatkan jumlah antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00.

    Sekiranya Najib dan Rosmah sendiri tidak dapat membuat penjelasan secara rasmi, malahan asyik menyalahkan media, menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, menggantung permit media seperti The Edge, menyalahkan pengkritik, menyalahkan orang yang tidak menyokong mereka, maka macam mana nak tahu kebenarannya?

    Patunya jika MYKMU.net benar-benar yakin bahawa Najib tidak bersalah, sila buktikan bahawa tuduhan yang disiarkan di dalam media, yang menjadi perbualan rakyat sekarang ini itu adalah tidak benar, jika hanya menafikan tanpa bukti, tak ada gunanya, kerana pihak yang membuat pendedahan itu menunjukkan bukti berupa dokumen perbankan melibatkan transaksi wang yang besar ke dalam akaun Najib dan Rosmah, jika kata dokumen itu tipu, dipalsukan, sila MYKMU.net dapatkan dokumen asli dari Najib dan Rosmah dan tunjukkan kepada umum.

    Jika MYKMU.net sendiri tak mampu nak menangkis bukti yang dikemukakan oleh The Edge, Sarawak Report, serta Wall Street Journal itu, bagaimanakah boleh dikatakan bahawa dokumen yang disiarkan oleh media-media tersebut sebagai palsu dan diubah suai?

    Sila beri penjelasan, bukannya merapu tak tentu hala. Rakyat menantikan penjelasan, kerana apa yang berlaku itu melibatkan kepentingan rakyat, rakyat tidak mahu wang negara diselewengkan untuk kegunaan peribadi, untuk tujuan yang tak betul, kerana ini merugikan peruntukkan pembangunan untuk rakyat.

  51. Abu Bakar says:

    Mengenai tuduhan oleh Najib dan kuncu-kuncunya bahawa penyiaran dokumen serta maklumat mengenai salah laku Najib sebagai bertujuan untuk mengganggu gugat demokrasi, mahu menjatuhkan kerajaan adalah suatu kenyataan yang sangat bodoh.

    Malahan tindakan Najib dan kuncu-kuncunya menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, kemudian menggantung permit The Edge dengan alasan melakukan ancaman terhadap demokrasi dan mahu menjatuhkan kerajaan adalah perbuatan yang sangat bodoh dan melucukan.

    Dalam isu ini, The Edge dan Sarawak Report tidak memburuk-burukkan Malaysia, mereka tidak menyerang dan mengecam Malaysia hingga boleh menggugat kepentingan Malaysia. Apa yang dibuat oleh The Edge, Sarawak Report, serta The Wall Street Journal adalah mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan oleh Najib. Mereka mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan serta pengkhianatan Najib terhadap negara dan rakyat, apakah perbuatan mendedahkan perlakuan jenayah oleh Najib itu sebagai ancaman terhadap demokrasi?

    Apakah tindakan Najib yang melakukan penyelewengan boleh dianggap memuliakan demokrasi serta menyelamatkan negara ini?

    Kebodohan demi kebodohan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya hanya menyebabkan maruah Malaysia makin tercalar di peringkat antarabangsa, malahan ekonomi Malaysia menjunam bukan disebabkan oleh kritikan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Najib mengenai 1MDB, tetapi penyelewengan, salah guna kuasa, kuku besi yang diamalkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang menjadikan negara ini dan harta negara ini sebagai harta mak bapak mereka, pelabur asing takut dengan kepimpinan yang bersikap kuku besi, menyeleweng serta menindas media dan orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.

    Dalam isu ini, Najib dan kuncu-kuncunya yang perlu dipersalahkan, meraka adalah punca segala kemelut ini.

    Sedarlah semua.

  52. kri says:

    HAMPIR BERPULUH PULUH KOMEN TIDAK ADA YANG MENYEBELAHI ADAMYAN. KEBANYAKAN KOMEN SURUH NAJIB LETAK JAWATAN. KESIAN KEPADA ADAMYAN. RAKYAT SUDAH MULAI MELUAT, KALAU BOLEH TUTUP SAJALAH BLOG INI

  53. Omega says:

    Kri,

    Sahaja nak tengok yg berpuluh hentam dan kritik adamyan tu ke mana selepas BN tumbang nanti. Kalau Mahyuddin naik pun paling lama dia bertahan hanya satu penggal. lepas tu boleh ucap goodbye dah. Ini negara bakal beralih arah kepada DAP kerana adanya sibebal mcm mamak dan mahyuddin

  54. Omega says:

    Mahyuddin merupakan pengkhianat kpd rakan. Inilah fakta kelak

  55. System baru says:

    Puluhan koman pun menipu cuma macai pkr je, aku tengok bukti macai bagi itu menipu je, isu Akaun rosmah
    Jawab soalan aku mudah satu surat boleh keluarkan wang dua bank kawasan berbeza
    Kalau alamat surat itu patut serahkan kawasan bank bangunan getah tapi surat di serah kan di kawasan damansara ini je dah nampak menipu
    Dalam surat itu pun dah tambah a dalam no ic ini je dah nampak menipu
    Bank itu bina pada 1982 ini je dah nampak menipu.
    Kalau aku jadi pegawai bank aku tak pindah wang itu akaun lain, surah je menipu,
    Macai pkr pandai menipu tapi gagal buat buktikan ada betul2 100% orang percaya, 804 bukti yg dia bagi palsu

  56. Anak_Nogori says:

    Sepatutnya dlm satu pasukan bola misalannya…geng atau pemainnya bantai kaki kawan ke?..kalau gini lah permainannya…eloklah jangan mainlah..keluar je..pencen lebih baik.

    betul kata MB N9 tu..tak suka boss…berhenti jelah..jangan buat perangai Tun…tak suka presiden UMNO..tapi masih terhegeh2 duduk dlm UMNO..masuk DAP lah..

  57. Abu Bakar says:

    Encik Omega dan System Baru, macam mana pula dengan pemimpin yang mengkhianat kepada parti? Menggunakan kedudukan dalam parti untuk menipu, menyeleweng, menyalahguna kuasa, menyonglap berbilion ringgit dalam akaun sendiri dan RM 2 juta dalam akaun bininya?

    Apa yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin adalah untuk menyelamatkan UMNO dari dijahanamkan oleh Najib, masalah ini timbul bila Najib menggunakan UMNO dan Barisan Nasional melalui jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk kepentingan dirinya hingga UMNO dan Barisan Nasional menjadi mangsa maki hamun, caci maki, ditolak oleh rakyat.

    Tan Sri Muhyiddin perlu utamakan kepentingan parti, takkan nak bersekongkol dengan perbuatan yang yang dibuat oleh Najib itu.

    Malahan Tan Sri Muhyiddin pun bukannya tuduh melulu, dia suruh Najib dan kuncu-kuncunya jawab mengenai isu yang menjadi perbualan rakyat sekarang ini, itu tak salah pun, yang salahnya adalah para penjilat seperti Encik Omega dan System Baru yang menjilat membawa lingkup kepada parti dan kerajaan.

    Mengenai isu RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta yang dikatakan dimasukkkan ke dalam akaun Najib di AmBank, mengapakah Najib tak berani menafikan secara rasmi melalui kenyataan rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri bahawa dia pernah membuka dua buah akaun di bank tersebut dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu. Malahan mengapakah hingga kini Najib juga tak pernah menafikan mengapakah dia menutup kedua-dua akaun itu selepas PRU 13 kalau akaun itu pernah dibuka. Bila Najib takut nak beri penjelasan, bermakna Najib menyembunyikan sesuatu, Najib dipercayai membuat perbuatan yang salah, sebab itulah dia takut nak buat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri atau membuat Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration).

    Malahan dalam isu RM 2 juta dalam akaun Rosmah, telah diakui sendiri oleh Rosmah melalui peguamnya bahawa akaun berkenaan memang akaunnya, tetapi Rosmah takut juga nak menafikan mengenai RM 2 juta yang didedahkan dimasukkan ke dalam akaunnya itu. Mengapakah Rosmah takut untuk menafikan secara rasmi melalui Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration) bahawa tak ada RM 2 juta melibatkan beberapa transaksi melibatkan kemasukkan wang berjumlah antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00 ke dalam akaunnya itu? Sudah tentulah Rosmah pun macam Najib juga, dia takut untuk menjelaskan perkara ini kerana dia takut rahsianya terbongkar, sebab itu dia putar belit sana sini sampai siap suruh Bank Negara tangkap orang yang siarkan perkara ini kepada umum dalam tempoh 24 jam sebagaimana dalam kenyataan Rosmah melalui peguamnya sebelum ini.

    Sudahlah-sudahlah membohong wahai Encik Omega dan System Baru, kalau Najib dan Rosmah sendiri takut nak menafikan perkara ini secara rasmi seperti kenyataan rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri serta Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration), sudah tentulah Rosmah dan Najib di pihak yang salah, sebab itulah mereka takut nak berhadapan dengan perkara tersebut.
    Sedarlah semua.

  58. Abu Bakar says:

    Anak Negori, lebih baik kau cakap kepada Mentori Bosar Negori Sombilan tu, kalau nak menyokong penyamun yang menyelewengkan harta negara, lebih baik berhenti jadi Mentori Bosar, lebih baik sertai kumpulan penyamun yang diketuai oleh Najib tu. Malahan suruh Mentori Bosar tu cakap kepada Najib, kalau nak menyamun harta negara, tak payah jadi Perdano Mentori, lebih elok jadi penyamun sajo.

  59. Abdul says:

    Persepi Tidak Bertambah Baik Dgn Berkata “BN Akan Kalah Esok”….Tapi ini fakta.

  60. […] http://www.mykmu.net/2015/07/persepi-tidak-bertambah-baik-dgn-berkata-bn-akan-kalah-esok/ […]

  61. Tayeb says:

    Beza pendekatan Muhyidin dengan Najib amat ketara: TSM berhujah berdasarkan fakta yang mempunyai asas. Walaupun ada tuduhan fakta yang digunakan dipalsukan, setakat ini pihak yang mendakwa sedemikian belum lagi kemukan bukti dimana pemalsuan tersebut dilakukan. Ini seakan bersumpah dimasjid terus membersihkan seseorang dari sebarang pertuduhan. Kalau sumpah dimasjid diterima sebagai bukti sahih dari perlakuan salah, sesungguhnya semua warga Islam di Malaysia tidak akan masuk ke penjara kerana buat sumpah dimasjid terus lepas sebaraang pertuduhan 🙂

    Berbalik kepada isu dalam perbincangan,apabila berhujah dalam konteks apa sekalipun; harus berlandaskan fakta dan menjawab hujah juga harus berlandaskan fakta. Ini hakikat. tanpa fakta, sebarang hujah atau jawapan adalah imaginasi semata-mata.

    Contohnya hujah bahawa isu 1MDB adalah usaha kuasa asing menjatuhkan kerajaan demoktratik. Tiada hujah konkrit, tiada bukti sahih, tiada “paper trail”, tiada “smoking gun”. Hujah isu wang 1MDB diselewengkan sebaliknya ada bukti sahih: 1MDB rugi besar, sarat hutang dibuktikan laporan Juruaudit Negara. Ada “paper trail” melalui aliran serta transaksi kewangan yang penuh tanda tanya. Ada “smoking gun” dengan penglibatan akaun2 peribadi yang melibatkan Najib selaku Pengerusi 1MDB juga PM. Kedua dua “paper trail” dan “smoking gun” sampai saat ini tidak pernah dinafikan oleh Najib sendiri.

    Masalah terbesar yang harus kita bangsa Melayu di Malaysia harus akui adalah kita takut mengakui kesalahan diri sendiri kerana takut hilang sokongan. Terus kita merumuskan kalau hilang sokongan, negara akan diperintah bangsa lain. Fikirkan secara logik: Melayu adalah etnik terbesar di Malaysia. Melainkan lain lain bangsa dapat menambah populasi mereka sebanyak 10 ke 20 juta dalam tempoh singkat, dominasi tetap ditangan kita.

    Tetapi untuk bangsa kita terus maju dan melangkah ke hadapan, apa yang kita perlukan adalah pemimpin Melayu yang jujur dan telus dalam pentadbiran dan mengurus kewangan negara. Ini penting kerana sebahagian wang yang diurus itu datangnya dari titik peluh Melayu. Pada masa yang sama, kita perlukan pemimpin Melayu yang tegas dalam hal dominasi politik antara etnik. DS Najib jelas tidak punya kedua dua sifat ini. Majoriti ahli kabinetnya juga secara jujur, tidak cerdik dan mati akal.

    UMNO ada lebih 2 juta ahli: ada banyak dikalangan ahlinya yang bersih, jujur, berani, tegas dan amanah. paling penting, mempunyai kebijakan dan kepandaian dari segi ilmu. Setiap cawangan pasti kenal siapa mereka cuma nama mereka tidak pernah dikenali kerana yang meneraju cawangan,negeri dan pusat rata rata mereka yang ada kepentingan material demi memenuhkan poket dan tabungan sendiri.

    Apa salahnya bangsa Melayu menyanggah pemimpin Melayu yang tidak berkaliber, penakut dan tidak jujur seperti Najib Razak? Jika Najib sahaja dilihat sebagai satu satunya Melayu yang layak memimpin negara, ertinya selebihnya 2 juta Melayu ahli UMNO itu adalah warga kurang upaya yang terencat akal semata mata. Pemimpin pemimpin itu wujud kerana dipilih rakyat kecil seperti kita. Tugas mereka adalah untuk berkhidmat kepada kita dan bukan mengkhianati dan merompak kita. Kerana khidmat yang wajib mereka laksanakan demi kita rakyat, mereka dibayar gaji dan elaun dari wang titik peluh kita rakyat. Bukan kita yang meminta mereka berkhidmat kepada kita, mereka yang meminta sokongan kita untuk diangkat ke jawatan itu.

    Apa ertinya ketaatan buta kepada pemimpin yang curang jika mangsanya kita?

Leave a Reply