Menu Utama

Perdana Menteri hadiri rumah terbuka Abdullah

PUTRAJAYA 26 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri pada pukul 1.45 petang itu disambut oleh Abdullah serta isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Abdullah itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5 ribu orang.

Utusan






Satu Komen to Perdana Menteri hadiri rumah terbuka Abdullah

Leave a Reply

Threesome