Menu Utama

Perdana Menteri ada kekuatan harungi cabaran getir

MACAM mana Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report boleh memperoleh statistik berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan, terus tetap menimbulkan persoalan.

Berkaitan duit, amaun dan bank, dari mana punca maklumatnya? Ini masih tidak dapat dijawab. Spekulasi ini menerawang. Tepatkah, berfaktakah atau auta, palsukah maklumat-maklumat ini dengan unsur-unsur dipinda dan ditokok tambah – hanya semata-mata motifnya untuk menjadikan segalanya berkaitan isu 1MDB ini bercelaru. Dan akibatnya, sebahagian besar rakyat Malaysia ‘terpinga-pinga’.

Setakat ini, WSJ masih mempertahankan dakwaan dalam laporannya mengenai isu 1MDB. Mengapa WSJ begitu beria-ria memfokuskan politik Malaysia dan kepemimpinan negara ini?

Dengan kedudukan Malaysia yang stabil kedudukan politiknya, terus bertahan ekonominya – apa agenda WSJ? Mungkinkah benar telahan bahawa tuduhan WSJ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai niat jahat yang disokong oleh pihak tertentu dalam negara ini? Wujudkah ‘orang dalam’ yang telah membocorkan atau menyampaikan maklumat salah kepada WSJ?

Mengenali WSJ, tindak-tanduk­nya pada masa lepas tetap tidak boleh menyembunyikan ‘agendanya’. Di rantau ini, Singapura pernah menjadi mangsanya.

Empat tahun kemudian, WSJ yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini melaporkan pula penglibatan Sam Bacile (Israel-Amerika) di sebalik pembohongan filem berkaitan Nabi Muhammad SAW. Padahal, Sam Bacile sendiri tidak wujud.

Begitu juga apabila laporan WSJ jelas tersasar dengan merujuk PetroSaudi berpangkalan di Abu Dhabi sedangkan ia syarikat Arab Saudi.

Dalam mengharungi kehidupan ini kita didedahkan dengan tiga jenis kebenaran (truth). My truth, your truth and the truth. Yang kita bimbangkan adalah media-media asing ini cuba memperjuangkan kebenaran (truth) mereka. Sewajar­nya bukan my truth, your truth tetapi the truth (kebenaran itu). Dan the truth untuk digapai, haruslah berlandaskan bukti konkrit dan bukan daripada sumber tidak berwibawa.

Corak pemberitaan media asing agak terbiasa ‘terpengaruh dengan sentimen’. Apa lagi jika ditulis dalam bentuk begitu meyakinkan dengan teknik penulisan seolah-olah profesional.

Kita percaya Perdana Menteri ada kekuatan untuk mengharungi cabaran getir yang cuba memalitkan imej dan kerajaan beliau.

“Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti,” kata Perdana Menteri semasa merasmikan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut baru-baru ini.

Dan ungkapan itu, diulangi beliau dalam satu pertemuan tertutup dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa hari lalu.

Zulkifli Jalil
Utusan.






6 Komen to Perdana Menteri ada kekuatan harungi cabaran getir

  1. geekpuk2 says:

    Makin lama makin ngarut. Nak settle senang aja

    Sepatutnya macam ni

    1. Menafikan mempunyai akaun nombor berkenaan di bank2 berkenaan
    2. Menafikan menerima jumlah amaun deposit pada tarikh berkenaan sebab akaun tersebut tak wujud
    3. Tulis surat demand tarik barik artikel .
    4. Tak tarik balik dalam masa 14 hari, fail saman kat mahkamah New York dan London

    Jangan jadi cerita konar “…tak makan untuk kegunaan sendiri, …tak khianati rakyat”

    Siasatan pasukan petugas seperti yang dilaporkan WSJ adalah spesifik.Siap ada no akaun, jumlah, tarikh dan nama bank. Penafian kena spesifik juga.

    Jangan benda senang dibuat-buat susah

  2. raplahjingaa says:

    Selamat ulang tahun Tun Dr Mahathir, semoga dianugerahkan kesihatan yang baik, dan diberkati kehidupan seperti selalu.

  3. Meriam Buluh says:

    Sama-samalah kita berdoa di bulan Ramadhan yang mulia ini semoga Tun M diberikan hidayah oleh Allah. Dah banyak menyimpang dia ni…

  4. Ahmad says:

    Jangan terpedaya dengan WSJ dan SR ni, semua nak buat fitnah jerr. Tun M pun kena adil juga pada Najib, jangan benda yang fitnah pun nak sokong.

  5. sman says:

    Senang je nak sattle benda bi,sumbat je Pak Mantan ke penjara kerana menghasut.Najib kena buat macam Pak Mantan buat pada Nuar Brahim.Bila Nuar tak mahu bail out syarikat kapal anak dia dan Nuar pro IMF dia tangkap Nuar masuk ke penjara atas dakwaan sodomi kononnya,wal hal pasal sodomi ni Pak Mantan dah tahu bertahun-tahun sebelum itu.KPN Hanif dah breaf dia lama,dan Wan JIjah pun dah hantar surat mengadu hal pada dia,tapi dia buat tak kesah je.Ini lah otak putarPak Mantan.

Leave a Reply

Threesome