Menu Utama

Penguatkuasa KPDNKK kecewa dituduh lindungi peniaga Plaza Low Yat

Kesatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu di laman sosial kononnya pegawai penguatkuasa kementerian itu menerima rasuah untuk melindungi kesalahan peniaga di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Presidennya, Rus Bakarurraini Shahfie berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak adil bagi pegawai penguatkuasa kerana ia mencalarkan imej pegawai serta kementerian.

“Pegawai telah menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya dan adil. Tuduhan sedemikian bukan sahaja merosakkan nama pegawai penguatkuasa malah kementerian itu sendiri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sehubungan itu, kesatuan akan membuat laporan polis dalam tempoh seminggu sekiranya individu terbabit tidak mengemukakan bukti berhubung perkara itu.

“Daripada membuat tuduhan liar, mereka perlu memberikan bukti bahawa pegawai kami telah menerima rasuah itu,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pegawai melakukan penyelewengan pihaknya tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau bahagian integriti di KPDNKK.

“Kita tidak nafikan ada pegawai menyalahgunakan kuasa dan sebagainya dan ada pegawai yang telah diambil tindakan tetapi kita tidak akan bersekongkol dengan mereka (pegawai) yang bersalah ini,” katanya.

BERNAMA



(Next News) »



4 Komen to Penguatkuasa KPDNKK kecewa dituduh lindungi peniaga Plaza Low Yat

  1. bugis says:

    Dalam dunia serba canggih ini, yang terang-terang telan duit pun susah nak ambil tindakan, apatah lagi yang berselindung.

    Apapun baguslah kalau kesatuan sudah sedar ada tohmahan berlaku ke atas mereka, sudah tentu ada angin, masakan pokok bergoyang.

    Bagi rakyat jika penipuan itu berleluasa, secara terbuka dan terus tidak nampak ada penguatkuasaan yang serius, rakyat berpersepsi something is wrong.

    Cara itu mungkin salah, tetapi sedikit sebanyak ada betulnya. Kecekapan dan dedikasi pegawai kerajaan diminta berterusan dan mengawal rakan-rakan sekerja yang membawa lumpur.

  2. naktaujer says:

    Kpdnkk klu buat betul2 alamat banyak org kena tutup periuk nasi.
    Peniaga2 online, peniaga downtown etc

    Alamat Orang yg tak berkemampuan terpaksa pki jenama Cik Joyah la jwbnya.
    Kpdnkk bertidak hasil aduan dari pemunya cap dagangan.

    Rata2 Pengguna tak kesah walaupun tiruan asal berpadan dgn harga.
    Ko sanggup ka belikan jersi bola original utk anak berharga 200 ?

    Sapa suruh jual mahal2.. Kompom la kena ciplak.
    Cuba jual murah… Takde sapa nak n hingin menciplak.

    Kes HP tiruan masih terkawal kerana HP clone senang nak tahu.
    Org yang kurang pengetahuan ja kena tipu HP clone sebagai HP ori.

    HP original ada 2
    1.Malaysia original set (warranty official distributor di Malaysia)
    2.AP Original set (di import dari luar negara & warranty oleh penjual)

    AP set mungkin ada perbezaan version & paparan kerana berasal dari Negara Lain.
    Tapi hati2 AP set kadang2 diorg buka ambik hardware atau accessori original dan tukar dgn tiruan.

    KPDNKK memang kena tembak lah sebab sebelumni buat operasi di poslaju. Memeriksa hingga barangan rosak. Menyebabkn ramai yang rugi. Tanggapan mereka KPDNKK hanya berani menangkap ikan2 bilis sahaja.
    Babak2 jerung pemborong barangan palsu diorang tak kacau.

    Mari kita persoalkan..
    Bagaimana barang barang ini di bawak masuk
    Melepasi Sempadan Malaysia?
    Takde supplier peniaga tak boleh naik jual.

    So nak stop semua ni bunuh akar dia. Bukan patah kan ranting2 yang kecil.
    Kalau tidak sampai bila2 takkan habis.

    Tengok DVD cetak rompak…
    Slot misin Judi…
    Perniagaan berunsur perniagaan kongsi gelap.
    Hasil perniagaan digunakan untuk kegiatan mereka…
    Dari aku kecik smpi beso… Makin rancak mereka berniaga.
    Apa tindakan polis & KPDNKK

    Jadi siapa yang salah sebenarnya..?

    Tegas sangat pun kesian pula diorg nak cari makan.. Terutama peniaga online untuk buat side income. Dah la sekarang ada GST. Perbelanjaan Keluarga meningkat.
    budak sekolah pun mengeluh.. Gula2 cadbury harga 30sen sebiji kerana gst. Senkuang Calif naik harga. Keropok naik harga. Ice cream naik harga.
    Budak sekolah pun tahu harga banyak sudah naik selepas GST laksanakan oleh kerajaan.

    So KPDNKK jika nak tangkap..
    Saya syorkan..
    Tangkap Bapak Jerung dulu.. Ada berani ??

  3. cina malaysia says:

    kadang-kala beli brg tiruan lebih baik drpd brg tulen…harga brg tulen mahal!

  4. semangat dato' haron says:

    #BoikotBarangCina. Simple je mcmlah melayu x de meniaga. Mahal sikit x pelah yg penting duit tu bergerak sesama ummah. Kejadian low yatt memberi pengajaran pd semua terutama generasi muda melayu supaya jgn leka kerana bila2 masa sahaja melayu akan menjadi hamba semula di Tanah Melayu. Slogan2 retorik equality, liberal, demokratik, keadilan dan progresif itu hanyalah perangkap menghasut anak2. muda melayu menghancurkan kuasa politik mereka sendiri. #PadanMukaBudakMudaMelayu.

Leave a Reply

Threesome