Menu Utama

Pengerusi dan CEO MARA Inc Digantung Tugas

PERKEMBANGAN TERKINI ISU PELABURAN DUDLEY INTERNATIONAL HOUSE OLEH MARA INCORPORATED SDN BHD, ANAK SYARIKAT MILIK
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR BIN HAJI MUSA MEMBUAT KENYATAAN:

Susulan daripada isu pelaburan Dudley International House oleh MARA Incorporated Sdn Bhd dan beberapa lagi aset di Australia dan United Kingdom, MARA ingin memberi penjelasan serta memaklumkan perkembangan siasatan ke atas pembelian hartanah tersebut.

Mesyuarat Majlis hari ini telah membincangkan secara terperinci mengenai isu tatacara perolehan aset dan perundingan sebelum aset tersebut dimiliki. Semua pegawai tertinggi MARA Inc Sdn Bhd, termasuk pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan.

Majlis MARA mendapati ada keraguan yang munasabah mengenai banyak perkara dalam urusan pembelian ini. Selaras dengan komitmen MARA untuk mengekalkan budaya integriti yang tinggi, Mesyuarat Majlis MARA telah memutuskan untuk melantik satu badan juruaudit bertauliah Pricewaterhouse Coopers (PwC) untuk mengendalikan urusan pengauditan lebih mendalam terutama isu-isu yang berkaitan dengan semua perolehan aset MARA Inc Sdn Bhd yang dibeli di luar negara.

MARA sedang memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya membantu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan ke atas semua aset pelaburan milik MARA Inc Sdn Bhd di luar negara. Majlis MARA mengambil maklum kenyataan PDRM bahawa tidak ada unsur pecah amanah (Criminal Breach Trust) di dalam kes ini. Namun MARA kurang berpuas hati dan akan menemui PDRM dalam masa terdekat untuk memberi kerjasama seterusnya kepada PDRM.

Majlis MARA setelah mengambilkira fakta awalan kes ini, mengambil keputusan untuk merehatkan sementara dua (2) pegawai kanan sepanjang siasatan berjalan iaitu:

​1. Pengerusi MARA Incorporated Sdn. Bhd.
​2. Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd.

MARA mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam proses penyiasatan berkenaan isu ini.

Pihak MARA juga telah menerima memorandum daripada Dewan Ulamak PAS pada 29 Jun 2015 yang lalu. MARA telah meneliti dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Pihak MARA menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak berkenaan.






4 Komen to Pengerusi dan CEO MARA Inc Digantung Tugas

  1. suhaimi says:

    Realiti dan persepsi rakyat trhadap tindakan dan amalan ranggah dan kedarah harta awam bukan perkara baru dikalangan ktangan dan pemimpin kerajaan begitu yg berlaku pd mara, satu ketika dulu bila mana hotel squere point dijual kpd mara katanya harga trpaksa dibuat dgn nilaian yg jauh lebih tinggi dari harga pasaran …….ini apa yg dperkata ketika itu namun tiada apa2 tindakan dari pihak berwajib…..pohon rrspon dari pembaca yg lebih arif ttg perkara ini…..harapan rakyat jauhi sifat anjing dimana bukan shj bila lapar pun jelir masa dia kenyang pun jelir……….

  2. shamsol bahari says:

    Banyak yang tak kena dgn MARA ni, paling mudah tengok bangunan institusi pendidikan milik MARA… IKM Besut sebagai contoh,majoriti bumbung/zink berkarat sedangkan kalau kontraktor menggunakan material mengikut piawaian perkara ini tak akan terjadi sebab atap zink (G32)rumah kampung pun ada jaminan 25 tahun dari pembekal

  3. […] ketika itu menasihatkan Majlis MARA “merehatkan sementara” dua (2) pegawai kanan sepanjang siasatan berjalan […]

Leave a Reply

Threesome