Menu Utama

Pemimpin Pemuda UMNO pro-KJ Rancang Sabotaj Najib kali Kedua?

Sekumpulan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dipercayai sedang bergerak mempengaruhi pemuda agar tidak menyokong Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Kami menerima “printscreen” rangkaian perbualan Whatsapp yang mengandungi perbualan individu-individu YANG DIPERCAYAI sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun (Wan Bro), Pengerusi Media Sosial Pemuda UMNO (EXCO) Ibdillah Ishak, EXCO Pemuda UMNO (Pengkaderan Politik), Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz, EXCO Pemuda UMNO (Profesional Muda), Shahril Hamdan, Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Dax Muhammad. Turut terdapat dalam perbualan terbabit ialah Penolong Setiausaha Datuk Saffri Abdul Aziz namun tidak mengulas panjang.

Perbualan mereka antara lain mendakwa Perdana Menteri seorang yang berpura-pura jadi tidak salah mereka berpura-pura sokong PM tetapi berbuat sebaliknya. Individu yang menggunakan nama DAX Muhammad juga menyatakan PM merayu sokongan Khairy Jamaludin.

Ibdillah meyakinkan kumpulan ini bahawa beliau mempunyai pasukan media siber yang besar yang boleh menentang penyokong Najib Razak namun enggan menggunakan buat masa ini bagi menyembunyikan kekuatan.

Mereka juga mengkritik Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhamad Khairun Aseh yang dikatakan sedang menarik sokongan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyokong Perdana Menteri.

Beberapa bulan lalu kami mendedahkan bahawa terdapat gerakan dalam Pemuda UMNO Malaysia yang mahu menjatuhkan atau sekurang-kurangnya melemahkan kedudukan Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Tun Razak – MYKMU.NET






20 Komen to Pemimpin Pemuda UMNO pro-KJ Rancang Sabotaj Najib kali Kedua?

  1. dkds says:

    Sudah sampai masanya mereka di “sembelih” dijadikan korban

  2. hanzz mcfly says:

    Doomsday has arrive…lebih baik mengaku dan di persilakan keluar dari umno secara hormat.

  3. semangat dato' haron says:

    #SayNO!!!toKJ

  4. Awie nimo says:

    Ini cume perbuatan utk melaga2kan pemimpin dlm umno, admin jg. Mudah terpengaruh dan ikut permainan pembangkang tp usul periksa.. Setakat wasap tu apela sgt, setaraf grafik yg dibuat oleh the efge

  5. semangat dato' haron says:

    Don’t ever Trust KJ!!!!!

  6. rockers says:

    skandal 1mdbgate akan terbongkar jua.

  7. Chindai says:

    K.J. di persilakan berambus dari UMNO sekarang juga. Buek parti Baru mcm Sabu..tu. Ini duduk dlm UMNO…sajo nak tumpang kemasyuran UMNO… musang bobulu ayam, kosan ea. Samo yo kau dongan madey. Hampeh kosan ea…

  8. sman says:

    Kalau aku jadi mereka pun aku berani nak sabotag PM Najib kerana ,sure tak jadi apa nya, selamat je.Najib kan baik ,lemah lembut ,biarkan,biarkan,biarkan .Najib kata rakyat di utamakan,tapi sebenar nya tidak yg di utamakan ialah mereka yg mahu negara ini haru biru dgn menjadikan beliau sendiri sebagai sasaran.Pak Mantan yg banyak buat onar,memfitnah dan rekod kesalahan lama kronisma,nepotisma,menjahanamkan BNM di biarkan terus berleluasa walau pun report polis telah beberapa kali di buat,tidak nampak pun mahu di bongkar oleh PM Najib.Tapi dia sebagai PM pula yg di siasat,alangkah lucunya.

    Tengok saja Sarifuddin dgn Nazir Razak buat apa dan cakap apa pun yg secara tidak langsungnya kelihatan menentang Najib,sepatah pun tak pernah PM Najib ‘cuit’ mereka ,malah mungkin dia makin sayang lagi pada keduanya.Nampaknya semua yg di sekeliling PM najib membawa masalah kepada beliau,tapi itu semua menjdikan mereka lebih di sayangi.Bertuahnya.

  9. […] kerja untuk menjatuhkan Najib Razak selaku Presiden UMNO. Sangkakala baca berita ni dalam portal MyKMU tentang satu print screen yang menunjukkan beberapa orang exco pemuda sedang berkomunikasi untuk […]

  10. rosman mansur says:

    hahaha..XNAK TANGKAP KE PULAK???INI CUBAAB KONSPIRASI MENJATUHKN PERDANA MENTERI!! APA LAGI HARAMKAN PULA PEMUDA UMNO?? TAK LAMA LAGI DAH JIBBY MASUK LOKAP SATU SEL DGN ALJUBURI!!

  11. rockers says:

    ala macai.pak mantan yg bnyk buat onar tu juga yg dipuja dan dijulang dulu .

  12. […] Beberapa bulan lalu kami mendedahkan bahawa terdapat gerakan dalam Pemuda UMNO Malaysia yang mahu menjatuhkan atau sekurang-kurangnya melemahkan kedudukan Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Tun Razak – MYKMU.NET […]

  13. […] kami melaporkan sekumpulan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia […]

  14. raplahjingaa says:

    Pemuda nak sabotaj Najib ?? bukan takat pemuda..ahli UMNO yang lain pun nak kan Najib Berundur….tak percaya ? buat pungutan suara…hehehehe

  15. […] http://www.mykmu.net/2015/07/pemimpin-pemuda-umno-pro-kj-rancang-sabotaj-najib-kali-kedua/ […]

  16. […] http://www.mykmu.net/2015/07/pemimpin-pemuda-umno-pro-kj-rancang-sabotaj-najib-kali-kedua/ […]

  17. […] http://www.mykmu.net/2015/07/pemimpin-pemuda-umno-pro-kj-rancang-sabotaj-najib-kali-kedua/ […]

  18. roziah arief says:

    Ala kj tu dari dulu bercita -cita nak jadi PM termuda di msia ni.
    Tak heran lah kalau dia ada konspirasi nak jatuh kan najib. Tapi terus terang
    Lah memang skrg org dah tak percaya pada najib. Susah najib nak yakin kan
    Kepercayaan rakyat. Saya ada lah ahli umno . Saya rasa najib
    Perlu berundur demi parti umno dan kalau sayang kan umno sebab pru 14
    Bn pasti kalah sebab ramai org bkn dah tak percaya dgn najib. Saya bkn penentang
    Najib. Tapi ini nasihat saya pada PM naiib kita berundur sebelum umno dan bn
    Hancur . Nyawa BN skrg di hujung tanduk. Pls PM najib anda tiada pilihan sebab
    Anda gagal yakin kan rakyat anda sebagai pemimpin yg kami perlukan
    Maaf kan saya jika kata2 saya ni akan meluka kan hati pm kita najib tun razak

  19. alisya says:

    raplahjingga .. kalau ada sesiapa yang pandai buat survey d fb ..tolong buat ..sebab aku orang pertama yang akan kata TIDAK pada najib ..
    Korang nak ampu ampulah ..
    macam lah korang je sayang kan parti …
    Jangan jadikan pemimpin itu macam patung..dah korang ukir lepas tu korang sembah bagai nak rak ..lepas tu korang takut pula nak buang .. kalau UMNO tumbang pru14 ..koranglah yang akan aku akan sumpah 7 keturunan sebab membodek tak berpada pada ..duit duit juaglah …

  20. […] Beberapa bulan lalu kami mendedahkan bahawa terdapat gerakan dalam Pemuda UMNO Malaysia yang mahu menjatuhkan atau sekurang-kurangnya melemahkan kedudukan Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Tun Razak – MYKMU.NET […]

Leave a Reply