Menu Utama

Pemilik The Edge mengaku tawar AS$2 juta kepada Justo

Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.

Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya.

Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.

“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

Utusan



« (Previous News)



6 Komen to Pemilik The Edge mengaku tawar AS$2 juta kepada Justo

  1. rosman mansur says:

    persoalannya adakah maklumat salah laku itu palsu sedangkn justo kata tidak mngubah apa2 maklumat??kenapa justo perlu ugut petrosaudi jika maklumat yg ada pada dia tidak betul?

  2. sman says:

    Kalau kerajaan yg ada sekarang ni tumbang,aku tak hairan,sebab terlalu relek dgn anasir-anasir macam apek tong kol ni.Si tong kol dan the edge dah lama berperangai ‘semua tak kena’ kalau apa yg kerajaan buat,tapi tak ada siapa yg jawab.tunggu nak tumbng baru sibuk.Selain daripada orang macam tong kol ni,orang macam Sarifuddin pun tak ada siapa yg peduli,biar kan saja apa dia nak cakap,masih di biarkan pegangan jawatan yg di lantik oleh PM Najib,tapi pada masa yg sama dia orang jadi penukul PM Najib.Sekarang ni tambah sorang lagi penukul ,darah daging Najib sendiri pulak tu,Nazir Razak.Siapa yg kesah?.Kalau masa Pak Mantan dulu,orang macam ni nak cari makan pun dah susah di buatnya.Zaman Najib orang macam ni di beri jawatan lagi.Sendiri relek sendiri tanggung le nanti.

  3. rockers says:

    klu dh buat salah x kira darah daging.najib ni aku rasa dia nk play safe.sbb tu psl 1mdb dia senyap.macai dia je yg lebih.

  4. itsme says:

    setuju ngan sman…
    zaman najib ni nampak undang2 sedia ada x ada fungsi. Semua org boleh hentam membabi buta…. lembik giler beb!!! ikut resmi jk beginilah lagaknya mcm byk hal sgt yg nak disembunyikan…

    tun m mungkin mahu “selamatkan” segalanya terutama anak2 & kroninya krn jk NAJIB trus jd PM maka akan tumbanglah UMNO/BN nanti..

    sape tak risau beb, anak tu…

  5. Memang Terok says:

    Alih2 semua tukang konspirasi mengaku kerja jahat mereka. Dan mereka nampaknya mengaku secara sukarela tanpa didesak. Maka, tanpa perlu taking sides atau menyebelahi sesiapa, kita semua manusia yang diberi akal fikiran oleh pencipta kita, pandai2 lah buat andaian sendiri.

    Timbang yang mana betul , yang mana palsu. Kalau nak jadi manusia betul, ambil yang betul. Kalau terus untuk tidak suka benda betul, teruskan dengan pemahaman anda sendiri tanpa dipaksa.

Leave a Reply