Menu Utama

Pemilik The Edge diselar dakwa Justo salah faham mengenai pembayaran

Pemilik Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong diselar kerana mendakwa bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo tersalah faham mengenai pembayaran yang dimaksudkan bagi pihaknya mendapatkan bukti.

Pengarah Komu­nikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rah­man Dahlan ber­kata, jika The Edge boleh ‘menipu’ se­li­cik Justo, tidak mengejutkan sekiranya media itu juga boleh ‘menipu’ rakyat biasa yang lain.

“Ya, organisasi be­rita beruntung kerana mendapatkan maklumat tanpa bayaran tetapi organisasi itu tidak sepatutnya menipu bagi mendapatkan maklumat.

“Sebaliknya, reputasi mereka juga terjejas kerana menipu untuk mencuri maklumat yang juga dicuri,’’ kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Justo ketika di dalam pusat tahanan reman kepada media Straits Times Singapura hari ini bahawa pengendali laman Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk ‘meminda’ maklumat dalam dokumen syarikat tersebut.

Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat itu berkata, dia bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan yang didakwanya dicuri dari syarikat PetroSaudi untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

Sementara itu, Kooi Ong mengakui mengelirukan Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu dibuat bagi memastikan pihaknya memperoleh bukti daripada bekas eksekutif kanan PetroSaudi tersebut.

“Ya, kami mengelirukan dia. Tetapi hanya itu cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia (membabitkan) AS$1.83 bilion (RM6.97 bilion).

“Kenyataannya mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini, kami tidak membayar kepada sesiapa,’’ kata Kooi Ong dalam kenyataannya hari ini.

Tambah Abdul Rahman, berikutan pendedahan itu, setiap yang diperkatakan The Edge selepas ini tidak lagi bernilai.

Malah, beliau memberitahu, fakta The Edge yang mengatakan dokumen-dokumen yang dicuri itu langsung tidak diganggu, amat tidak sejajar dengan pandangan pakar-pakar forensik komputer antarabangsa termasuk pihak berkuasa Thailand.

Sementara itu, Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu atau Kooi Ong yang menggunakan helah dengan menjanjikan wang AS$2 juta (RM7.63 juta) kepada Justo bagi membocorkan maklumat mengenai 1MDB.

Katanya, tindakan tersebut umpama mengkhianati negara walaupun menggunakan helah untuk mendapatkan maklumat.

Jelasnya, memandangkan ahli perniagaan itu dituduh terlibat menjanjikan wang berkenaan, maka timbul isu utama iaitu pengkhianatan dan cuba menjatuhkan kerajaan.

“Kalau ada unsur-unsur pengkhianatan, kerajaan atau Polis Diraja Malaysia perlu menyiasat Kooi Ong,’’ katanya.

Menurut Abdul Rahman, pengakuan Justo dan Kooi Ong itu membuktikan terdapat keraguan dalam dokumen yang didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ).

“Ada keraguan tentang data dan hal ini mempunyai agenda tersembunyi iaitu menjatuhkan kerajaan,“ ujarnya.

Utusan

image






10 Komen to Pemilik The Edge diselar dakwa Justo salah faham mengenai pembayaran

  1. James Wong says:

    Nampaknya memang patutlah THE EDGE disekat selama beberapa bulan. Suruh mereka jangan sengaja nak menjatuhkan negara dengan melaporkan benda yang tidak sahih lagi. Ia hanya akan menjejaskan rakyat Malaysia sendiri sahaja, tetapi mereka terus mendapat keuntungan daripada laporan mereka.

  2. justo says:

    keraguam…… pada dokumen betul atau salah ? masaalahnya keraguan juga di kalangan ahli2 UMNO terhadap presiden nya makin hari makin besar….

  3. Pemerhati says:

    apa aku faham ialah justo menjual dokumen ‘biasa sahaja’ yang boleh dikata tidak ‘meragukan\'(seperti berlaku penyelewengan, rasuah & sebagainya) berkaitan PetroSaudi kepada tong kooi ong(the edge) & clare brown(sarawak report

    mereka tidak membayar RM7.6 juta(seperti yang dijanjikan) kepada justo kerana telah diberikan dokumen ‘biasa sahaja…kenapa harus mereka bayar justo RM7.6 juta jika mereka(bersama mahadey) terpaksa merubah/menokok-tambah/memanipulasi(supaya dilihat berlaku penyelewengan, rasuah & sebagainya) sendiri dokumen tersebut untuk menjatuhkan DS Najib, 1MDB & kerajaan?

    kesalahan(mencuri dokumen) justo hanya dengan PetroSaudi tiada kena-mengena dengan nak jatuhkan DS Najib, 1MDB & kerajaan…kesalahan tong kooi ong, clare brown & mahadey pula memperoleh dokumen yang dicuri dengan cara menipu si justo…perbuatan mereka ini lebih ‘jenayah’ dari jenayah mencuri yang dilakukan si justo kerana mereka bukan sahaja telah sama mencuri dokumen yang telah dicuri malah mereka telah melakukan jenayah merubah/menokok-tambah/memanipulasi dokumen tersebut untuk tujuan memfitnah DS Najib. 1MDB & kerajaan supaya dapat dijatuhkan

    kepada pihak berkuasa, fokaskan terlebih dahulu agar pendakwaan & hukuman tegas dapat dikenakan terhadap tong kooi ong(the edge) & clare brown(sarawak report)…biarkan mahadey ‘dilepaskan’ buat sementara waktu, nanti bila ada pihak bising2 buat kecoh mempersoal kerajaan kenapa tak dakwa mahadey baru boleh pihak berkuasa mulakan dakwaan terhadap mahadey…kalau mahadey sibuk bertanya “dakwalah saya sekarang bersama tong kooi ong & clare brown”, pihak berkuasa hanya perlu jawab kata “bersabarlah tun”

  4. rockers says:

    fokus pd penyelewangan 1mdb, bkn justo.akaun najib,rosmah.jgn nk spin le.

  5. Pemerhati says:

    rockers…

    1. bila masa akaun(kononnya RM2 bilion lebih telah diseleweng & dimasukkan) itu pihak berkuasa kata milik PM?

    2. kalau betul pun RM2 juta dalam akaun itu milik DS Rosmah, pihak berkuasa mana pula kata itu duit 1MDB yang telah diseleweng?

    berjuta juga duit si rafizi ada dalam akaun bank, engkau tak nak bersangka buruk juga ke terhadap rafizi?

    kalau nak bersangka buruk kenalah adil kalau tidak ‘rockers’ boleh dicop sebagai haramjadah

  6. rockers says:

    pemerhati…

    ko ni x paham agaknye.knp susah sgt najib nk ckp duit tu ade masuk akaun dia ke tidak.ddrpd mane sumber tu kenalh pihak berkenaan yg berkecuali siasat.bkn pegawai bawahan najib.dan najib kena amik cuti supaya x mengganggu siasatan.n dr mane rosmah dpt 2j dlm masa bbrp bln.aku pun pelik knp sampai skg najib masih membisu.macai plak yg telebih haramjadah…sori..

  7. Pemerhati says:

    buto says:

    July 25th, 2015 at 12:52 PM

    “keraguam…… pada dokumen betul atau salah ? masaalahnya keraguan juga di kalangan ahli2 UMNO terhadap presiden nya makin hari makin besar….”

    ayat diatas untuk nak syok sendiri…makin besar apa kebendanya kalau ramai kawan & sedara aku yang pro mahadey sekarang ini sudah ragu & sampai maki-maki mamak kutty itu

    ‘buto’ pun sama bingai dengan tong kooi ong & clare brown, kalau dokumen itu betul terdapat keraguan(bukti berlaku penyelewengan) kenapa awal-awal lagi tak serah pada pihak berkuasa & kenapa bersusah-payah buat pengubahan/tokok-tambah/manipulasi pada dokumen?

  8. Pemerhati says:

    rockers….

    PM membiarkan pihak berkuasa sahaja yang jawab sama ada benar atau tidak duit berbilion itu masuk dalam akaun miliknya…kalau PM sendiri yang nafi atau kata tidak benar duit berbilion itu masuk dalam akauan miliknya, haramjadah seperti ‘rockers’ nak percaya ke?

    haramjadah seperti ‘rockers’ memang tak adil sebab dia cuma pelik pada duit RM2 juta dalam akaun isteri PM tapi dia tak pelik pada si rafizi yang ada berjuta ringgit dalam akaun bank

    BNM, PDRM, SPRM & PAC bukan badan berkecuali ke yang membuat siasatan?

    engkau mabuk ketum atau memang haramjadah yang sesuka hati & memandai-mandai kata pegawai bawahan PM membuat siasatan?

    haramjadah seperti ‘rockers’ kenalah buktikan PM mengganggu siasatan kalau nak suruh PM ambil cuti

  9. Spy Bukit Gantang says:

    Rockers nanti gua masuk lu punyia akaun RM2. A/c no please.

Leave a Reply