Menu Utama

Pembiayaan Dana Politik: Menangani realiti

Pertamanya, mari kita berbincang mengenai fakta.

Sumbangan untuk politik adalah sah dari segi undang-undang Malaysia.
Jika anda mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah parti politik dan meyakini perjuangannya, anda boleh membantu mereka mencapai matlamat dengan menyumbang wang dan/atau aset. Sebetulnya, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang dimahukan: RM10, RM1,000 atau sejuta ringgit – malah satu bilion ringgit sekalipun – jika mampu berbuat demikian.

Mengimbas kembali, saya pernah menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima tahun (2008-2013). Saya tahu barisan anggota SPRM berusaha keras untuk mendapatkan persetujuan parti politik dalam mewujudkan prosedur lebih telus berhubung sumbangan politik. SPRM berhasrat mahu melihat semua sumbangan diisytihar secara rasmi atas nama ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Apabila SPRM mula-mula mencadangkan perubahan dari segi pembiayaan politik, pemimpin politik pertama yang menyokong idea itu mungkin mengejutkan anda. Tidak lain tidak bukan, ia adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap cadangan SPRM dan mahukan ia dilaksanakan serta dimasukkan ke dalam inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah DAP. DAP memberi alasan yang mementingkan diri – dan itu amat mengecewakan. Pemimpin DAP bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit.

Dalam mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat melaporkan Tian Chua sebagai berkata: “Beliau bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskanpenyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang, kebimbangan bahawa penyumbang mungkin didakwa oleh parti yang menang kerana menyokong pakatan pembangkang dalam mana-mana pilihan raya umum. Ini dengan sendirinya akan menyebabkan pengurangan sumber kewangan bagi pakatan pembangkang.” Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke turut menyuarakan perkara sama menerusi Forum Majlis Peguam mengenai pembiayaan politik pada 29 September 2011.

Berdasarkan alasan sama, mengapa Pakatan Rakyat tidak boleh mendedahkan sumbangan diterima daripada ahli perniagaan dan individu sejak 2008 di dua negeri terkaya di Malaysia yang diperintahnya – Pulau Pinang dan Selangor? Jelas sekali, kebimbangan seperti disuarakan Tian Chua dan Anthony Loke tidak lebih daripada alasan remeh dan bukannya atas nama ketelusan.

Semua pihak mengetahui parti pembangkang agak kreatif dalam meraih dana bagi menampung operasinya. Bukan rahsia juga bahwa mereka menerima pembiayaan politik daripada ahli perniagaan dan individu yang menyokong perjuangan, selain penganjuran majlis makan malam amal yang berkesan dan diadakan hampir setiap minggu (jika bukan setiap malam).

Walaupun tiada yang terkejut jika pembiayaan diterima daripada sumber domestik, ramai yang membuat spekulasi bahawa parti pembangkang turut menerima sumbangan daripada sumber luar negara. Sesetengahnya berselindung sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya membiayai bagi kemajuan aspirasi demokratik. Lebih kurang begitulah.

Kembali kepada isu diperkatakan dan dengan bantahan keras daripada DAP, inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan – tanpa sempat dimulakan. Ia tidak pernah digerakkan. Ia terbantut. Sehingga sekarang, ramai yang sukar mempercayai mengapa DAP – parti politik yang menjulang dirinya sebagai parti reformis – tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

Bagi kebanyakan pihak, sumbangan politik adalah amat penting bagi DAP. Justeru, sebarang gangguan terhadap aliran pembiayaan politik akan memusnahkan rancangan besar DAP ke arah membentuk Malaysian Malaysia. Jika tidak, tentangan jelas DAP terhadap inisiatif perubahan seperti ini tentungan kelihatan aneh.

Gara-gara DAP, Malaysia kehilangan peluang keemasan untuk menangani kebimbangan banyak pihak terhadap kerahsiaan yang melingkari pembiayaan politik di negara ini.

Oleh itu, saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Sri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan mereka dengan keras menentang inisiatif perubahan pembiayaan politik sejak awal.

Saya teringat perbahasan di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Saya bertanya kepada Ahli Parlimen DAP dari mana DAP mendapat wang yang banyak bagi membina ibu pejabat parti yang baru bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh 2 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri. Tambahan pula, saya katakan, Gerakan mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu pejabatnya yang kebetulan hanya merupakan sebuah premis biasa. Saya turut mengingatkan DAP supaya tidak melupakan asal usul sosialis parti itu, termasuk menolak sebarang bentuk kemewahan.

Bagai dirancang, beberapa Ahli Parlimen DAP bangkit dan mencelah bagi mengganggu perbahasan saya. Seorang daripadanya, Ahli Parlimen DAP dari Bruas, Ngeh Koo Ham, menjerit dari tempat duduknya dan mengatakan DAP mempunyai ramai penyokong yang sanggup memberi sumbangan wang ringgit kepada DAP.

Dalam satu lagi contoh, pada Pilihan Raya Umum 2008 di Permatang Pauh (ketika Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen) buat pertama kalinya dalam kerjaya politik saya, BN benar-benar berhabis dari segi logistik dan jentera pilihan raya seperti poster, kain rentang dan aktiviti kempen.

Saya masih ingat, setiap kali pekerja parti BN memacak satu bendera BN, ia pasti ditenggelami oleh bendera pembangkang dalam tempoh dua jam. Setiap kali BN memasang kain rentang besar, pembangkang akan melakukan perkara sama dengan kain rentang yang dua kali besar saiznya pada hari yang sama.

Ternyata, tanpa pembiayaan politik yang banyak, parti pembangkang tidak mungkin dapat menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran.

Berdasarkan persekitaran pembiayaan politik sedemikian, BN juga tidak terlepas daripada amalannya. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad mengingati catatan dalam blognya yang disiarkan pada 13 Jun 2008, yang mana beliau mengaku menyerahkan lebih RM1.4 bilion – dalam bentuk tunai dan aset – kepada Presiden UMNO yang baharu ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003. Itu adalah nilai tunai dan aset UMNO pada waktu itu.

Melangkah 12 tahun ke hadapan ke hari ini, dengan mengambil kira inflasi sepanjang beberapa tahun dan cabaran lebih hebat dalam membiayai jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri UMNO dan BN di empat negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) sejak 2008, saya tidak akan terkejut jika pucuk pimpinan perlu bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan pembiayaan daripada penyokong serta penyumbang.

Di akhirnya, kini wujud keperluan lebih mendesak untuk mengawasi pembiayaan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh pembangkang terutama DAP.
Bagaimanapun, sementara menunggu lonjakan keyakinan itu menjadi kenyataan dalam kalangan pakatan pembangkang, tiada pihak yang berhak mendabik dada dan mendakwa dirinya lebih baik berbanding yang lain.

31 July 2015
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Director of Strategic Communication, Barisan Nasional

terjemahan asal dari :

Political Funding: Addressing a reality

First, let’s talk facts. Political donation is legal in Malaysia.

If you have special preference for a political party and believe in their struggle, you can help them achieve their goals by donating your money and/or assets. Truth be told, you can donate any amount you like: 10 ringgit, 1000 ringgit or even a million – or a billion ringgit for that matter – if you have that kind of amount to spare.

Looking back, I used to be a member of the MACC’s Special Committee on Corruption for a span of 5 years (2008-2013). I know for a fact that those fine men and women of the MACC have been trying to get political parties to agree to a more transparent procedure when it comes to political donations. MACC has said that they aspire to have all donations officially declared in the name of transparency and accountability.

When the MACC came up with the notion of political funding reforms, the first head of a political party who supported the idea, would probably surprise you. It was none other than Dato’ Sri Najib Tun Razak, the Chairman of Barisan Nasional and UMNO President who publicly declared his support to the MACC’s proposal and wanted it to be implemented and co-opted under the Government Transformation Program’s initiative.

One of the first parties to object to the funding reform was DAP. The reason given by DAP was largely self-serving – and what a huge disappointment that had been. DAP’s leaders said they feared that the reform would put DAP at a disadvantage.

On 1 December 2010, in a meeting with Transparency International – Malaysia (TI-M) with Pakatan Rakyat’s members of parliament, Tian Chua was reported in the minutes of the meeting to have said, “he feared that full disclosure would hurt their contributors and consequently the financing for the opposition, the fear is that the donors might be prosecuted by the winning coalition for supporting the losing coalition in any general election. This would result in a substantial decline of income source for the loosing coalition”. DAP’s Rasah MP Anthony Loke said essentially the same in a Bar Council Forum about political funding on 29 September 2011.

Going along the same argument, why couldn’t Pakatan Rakyat reveal since 2008 the donations they have received from businessmen and individuals in the two richest states they governed – Penang and Selangor – in Malaysia? Clearly the fear of backlash as cited by Tian Chua and Anthony Loke was just a lame excuse and not done in the best interest of transparency.

Everyone knows that the opposition parties are quite savvy in raising funds for their operations. It is also an open secret that they receive political funding from interested businesses and individuals, not to mention from the traditional but effective fund-raising dinners held almost weekly (if not nightly). While no one will be surprised if the funding comes from domestic sources, many people have been speculating that opposition parties also receive funding from foreign sources, too. Some seem to be disguised as NGO funding for the advancement of democratic ideals. Or so it would seem.

Coming back to matters at hand and with that strong objection from DAP, the political funding reform initiative was effectively shelved – it became a non-starter. It never took off. It stalled. Until now many people couldn’t believe why DAP – a political party that prides itself as reformist party – didn’t accede to the idea. It seems to many people political contribution for DAP is very crucial. Thus any disruption to the free flow of political funding would be disastrous to DAP’s grand plan of Malaysian Malaysia. Otherwise, an unequivocal rejection by DAP of a sure slam-dunk reform initiative like this seemed very odd indeed. No thanks to DAP, Malaysia has lost a great opportunity to address the growing concerns of secrecy regarding political funding in this country.

So, I find it rather perplexing that lately the likes of Tony Pua and Lim Kit Siang have been hypocrite enough in demanding Dato’ Sri Najib to reveal the sources of political funding for BN and UMNO, when they have maliciously rejected the political funding reform initiative in the first place.

I recall in minute detail a debate I had in parliament after the 12th general election. I asked DAP MPs how did DAP get so much money to build their new spanking multi million state headquarters in Penang within a mere 2 years of Lim Guan Eng becoming the Chief Minister. After alI, I said it took Gerakan a long 12 years to build its state headquarters which happens to be just an ordinary premise. And I reminded DAP not to forget its socialist roots, which includes loathing anything that smacks of grandeur. As if on cue, several DAP MPs rose to their feet and started hackling me in the middle of my speech. One of them, Ngeh Koo Ham, DAP’s MP for Bruas, shouted across the divide, that DAP had plenty of supporters who were willing to donate their money for DAP’s cause.

On another occasion, during the Permatang Pauh election in 2008 (when Anwar Ibrahim stood as parliamentary candidate), for the first time in my whole political career, BN was absolutely out-spent in terms of logistics and election machinery e.g. posters, banners and campaign activities. I remember, every time BN party workers planted one BN flag, within 2 hours it would be drowned by hundreds of opposition flags. Whenever BN put up sizeable banners, the opposition would outdo us with twice the magnitude within half a day.

It is clear that without huge political donation, there is no way for the opposition parties to run their massive election machinery.

Based on this ethos of political funding, BN is familiar too to such pursuit. It is my hope that Tun Dr Mahathir does remember his blog posting, which was published on 13 June 2008, where he admitted that he handed over RM1.4 billion – in cash and assets – to the then newly minted UMNO president, Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2003. That was the value of UMNO’s cash and assets back then. Fast forward 12 years to the present day, taking into consideration inflation over the years and the greater challenges to fund UMNO and BN state liaison committees in the 4 states (namely Selangor, Penang, Kedah and Kelantan) which they lost since 2008, I won’t be surprised if the leadership has to be more proactive to solicit more funding from its supporters and donors.

All said and done, there is now a louder demand to regulate political donations and the opposition especially DAP can’t ignore it anymore. But until such monumental leap of faith becomes a reality within the opposition’s coalition, one should never be deluded enough to hold the higher ground against another.

-Ends-

31 July 2015
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Director of Strategic Communication, Barisan Nasional






19 Komen to Pembiayaan Dana Politik: Menangani realiti

  1. Tun says:

    Wowww…Datuk Abdul Rahman Dahlan aka Director of Strategic Communication, Barisan Nasional…literally what you meant was CASH IS KING, right? This is a good start to promote “money talks” style of politic to win votes by selling Tun M’s good deeds for preparing enough fund for UMNO to survive….which you guys have swindled and took for granted what it meant for in the first place.

  2. Abu Bakar says:

    Dalam isu ini, sepatutnya Najib yang memberi pejelasan. Menjadi persoalan kepada kita, mengapakah Najib tidak membuat pengakuan mengenai perkara ini? Ya atau pun Tidak dia membuka dua buah akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan menutupnya beberapa bulan sebelum PRU 13 dan apakah benar wang sebanyak USD 700 juta bersamaan 2.63 bilion dimasukkan ke dalam akaun-akaun tersebut?

    Apakah Abdul Rahman Dahlan mengakui bahawa USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion di dimasukkan ke dalam akaun-akaun Najib yang hanya dibuka beberapa bulan itu?

    Dalam isu memberi sumbangan kepada mana-mana organisasi, itu tak menjadi isu, tetapi isunya adalah mengapakah wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Itu sudah menjadi isu persendirian, bukannya sumbangan untuk organisasi lagi.

    Jika wang itu dimasukkan ke dalam akaun Najib, maka akan jadi konflik kepentingan di mana Najib boleh menyalahgunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya. Malahan apakah wang yang dimasukkan itu diaudit di dalam penyata kira-kira parti?

    Malahan mengenai isu Tun Dr. Mahathir menyatakan aset UMNO berjumlah RM 1.4 bilion semasa beliau bersara jadi ahli UMNO, Tun Dr. Mahathir berani mendedahkannya, kerana beliau yakin bukan dari sumber yang salah, kerana UMNO pun ada membuat pelaburan, pemberian oleh ahli-ahli dan sebagainya yang sah dari undang-undang.

    Tapi dalam isu Najib ini, jumlahnya lagi besar, RM 2.63 bilion, tak tahulah ke manakah wang itu telah pergi, kerana dibimbangi wang itu digunakan untuk pemilihan UMNO bagi menyekat individu tertentu berjaya dalam pemilihan sebelum ini.

    Malahan jika Tan Sri Muhyiddin menipu, sila Najib ambil tindakan undang-undang dengan menyaman Tan Sri Muhyiddin. Tapi saya pasti Najib tak berani buat, kerana nak menafikan pun takut, apatah lagi nak ambil tindakan saman, nanti lagi banyak yang akan terbongkar di mahkamah.

    Inilah Najib mengambil para menteri, timbalan menteri dan penasihat dikalangan manusia jenis ‘tunggul kayu’, mereka hanya tau membodek Najib, tapi mereka tak tahu bagaimana nak memajukan parti, hujah bodoh mereka hanya memburukkan imej parti, masalah peribadi Najib melibatkan skandal jenayah telah dijadikan masalah kepada UMNO dan Barisan Nasional pula, seperti Barisan Nasional dan UMNO pula yang melakukan perbuatan jenayah tersebut, sedangkan perbuatan jenayah itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, Najib dan kuncu-kuncunya hanya berselindung di sebalik UMNO dan Barisan Nasional untuk kerja-kerja jenayah mereka itu, tak pasal-pasal kerana Najib dan kuncu-kuncu, maka UMNO dan Barisan Nasional pula yang mendapat nama buruk, ibarat pepatah, orang lain sedap-sedap makan nangka, tapi orang lain pula yang terkena getahnya.

    Sedarlah.

  3. rakyat smart says:

    Memang sesuai Abdul Rahman Dahlan ni jadi Director of Strategic Communication, penjelasan yang jelas dan tidak membosankan.

  4. Hadi says:

    tanya Tun mana dapat dana tuk election? Masuk acc siapa?

  5. raplahjingaa says:

    Sumbangan untuk politik…sah ! masuk dalam account mana ?? Buat masa ni Najib tak terbukti langsung bercakap benar…itu kenyataan !

  6. Abu Bakar says:

    Hadi, isu sekarang ni melibatkan Najib, bukan isu melibatkan Tun Dr. Mahathir, malahan dalam isu Tun Dr. Mahathir, tak ada rekod dan bukti pun, sedangkan dalam isu Najib ni, rekod perjalanan wang, bukti transaksi bank, telah dijelaskan oleh 3 pihak, Sarawak Report, The Wall Street Journal, dan The Edge, malahan The Edge juga telah menyertakan bukti mengenai apa yang mereka dedahkan sebelum ini.

    Malahan dalam isu Kertas Pertuduhan yang dituduh sebagai palsu oleh kuncu-kuncu Najib dan juga penafian oleh Pejabat Peguam Negara, mengapakah Khalid Abu Bakar Ketua Polis yang penipu tu tak mau panggil ‘Peguam Negara’ yang baharu dan mantan Peguam Negara yang dipecat secara tergesa-gesa itu untuk diambil keterangan mereka? Mengapakah hanya disiasat terhadap Sarawak Report sahaja, kerana dokumen berkenaan berdasarkan kenyataan oleh Sarawak Report adalah draf awal pertuduhan yang hendak didakwa terhadap Najib dan dua lagi rakan subahatnya iaitu Samsul dan Nik Faisal, draf itu disediakan oleh mantan Peguam Negara, patutnya pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara pun patut turut dipanggil untuk diambil keterangan, kerana dokumen itu itu dikatakan berasal dari Pejabat Peguam Negara semasa Tan Sri Abdul Gani menjadi Peguam Negara sebelum ini, keterangan dari jurutaip, malahan lagi tiga orang Tan Sri iaitu Khalid Abu Bakar Penipu, Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kasim juga perlu dipanggil untuku diambil keterangan kerana apa yang dicatatkan di dalam Kertas Pertuduhan yang dikatakan palsu itu adalah dikatakan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas yang turut melibatkan 3 orang Tan Sri itu.

    Khalid Abu Bakar Penipu ni seperti nak menyorokkan isu ini dari pengetahuan umum, dia ni sanggup jadi barua Najib semata-mata untuk kontrak jawatannya disambung lebih lama lagi, dan selepas tamat kontrak nanti dia harap dilantik jadi senator dan dijadikan timbalan menteri atau menteri kot.

    Sepatutnya siasatan adalah secara menyeluruh, bukannya pakai tangkap muat, secara pilih bulu, hingga menyebabkan siasatan itu tak sempurna dan menyeleweng pula.

    Rakyat Malaysia cerdik, tahu permainan politik Najib dan permainan Khalid Abu Bakar Penipu ni, mereka tak payah kelentonglah, rakyat ada fikiran untuk berfikir dengan waras dan rasional.

  7. Abu Bakar says:

    Betul tu saudara Raplah Jingga, hingga kini Najib tak berani nak menafikan secara rasmi, dia hanya tau menipu dan bercakap putar belit sahajalah, tapi rakyat Malaysia ni cerdik, tak akan terpengaruh dengan putar alam Najib tu, cuma para balaci sahajalah yang yang akan menyokong segala salah laku Najib ini walaupun mereka tahu itu salah, tapi mereka sokongn juga, sebab mentaliti mereka CASH IS KING, dengan CASH, maruah mereka boleh dibeli secara timbang kilo sahajalah.

  8. Tun says:

    Najib tak sedar yg produk2 hasil era Tun M masih setia ramai di luar tu…yg cerdik2 dan pandai berfikir…yg tak semua berfikiran CASH IS KING…yg maruah tidak boleh dibeli. Jgn kelentong atau belit2 tak tentu pasal lerr.

  9. Anak_Nogori says:

    jadi era tun..tarak dana politik ka?..dia guna wang hasil kutipan klinik dan jual roti ka?.

    Gitu gak, Lim dynasti, Anwar, Hadi dan Nik Aziz..

  10. sman says:

    Mengapa saya masih sokong PM Najib.

    1/.Berkaitan dgn 1MDB; Kenyataan Mahathir berkaitan dgn 1MDB tidak meyakinkan saya.Mana mungkin kehilangan wang sebanyak itu tidak di sedari oleh juruaudit.Sama ada jumlah awal,RM 42 billion,atau kemudiannya RM 27 billion ianya jumlah yg besar utk terlepas pandang.Walaupun saya tidak pernah bekerja sebagai auditor,namun sebagai akauntan berurusan dgn pihak auditor adalah asam garam kerja saya,baik semasa saya berkerja di jabatan kerajaan mahu pun semasa berkerja dgn pihak swasta.

    Satu isu yg sentiasa jadi bahan ejekan penyokong Mahathir ialah berkaitan dgn kenyataan Arul mengenai simpanan di BSI dari tunai kepada unit.Ini bagi saya bukan lah perkara besar ,selagi ianya dalam bentuk USD dan setiap unit mempunyai tempuh matang yg bakal membawa perolehan keuntungan,yg biasanya lebih besar dari kadar faedah simpanan tunai.

    Asset-asset 1MDB juga di katakan terlebih nilai.Ini pun sesuatu yg sukar di terima ,kerana penilaian di buat oleh jurunilai yg profesional dan pihak pemberi pinjaman juga bukanlah menerima penilaian yg di buat oleh pihak 1MDB semudah yg di sangka.Pinjaman yg mereka mahu kelurkan bernilai ratusan juta,mana mungkin mereka sanggup menerima nilai cagaran yg lebih rendah dari nilai pinjaman yg mereka kuluarkan.Pinjaman memberli kereta 2nd hand pun paling tinggi boleh main sampaia 100 % dari nilai kereta,itu pun mistilah mereka yg bergaji tetap tertutama kakitangan gomen.

    Kesimpulan nya mengenai 1MDB saya lebih percaya ‘audit opinion’,berbanding dgn kenyataan mereka yg entah apa latar belakang nya,tetapi memberi ulasan mengenai kewangan dan akun.Ada sebagiannya saya amati adalah mereka yg memang buta huruf dalam membaca Penyata Kewangan, soalan mereka pun memang menampakan kejahilan mereka.Bila lapuran awal AG dan kenyataan PAC mengenai 1MDB di keluarkan ,ianya mengesahkan apa yg saya sangka.

    2/.RM 2.6 billion akaun pribadi PM Najib: Walau pun jika saya menerima percakapan TSMY dan menganggapnya sebagai betul,saya masih boleh menerima PM Najib sebagai PM saya dgn penjelasan berikut;

    Wang tersebut bukan lah dari 1MDB tapi dari sesuatu pihak yg igin membatu Umno menghadapi PRU.Ianya di masukan kedalam akaun PM Najib kerana tidak mempunyai alternatif lain,tetapi ianya tidak utk kegunaan pribadi Najib.Tak kira lah siapa pihak tersebut,tapi ianya adalah orang Islam yg ingin melihat Islam terus berkuasa dalam menghadapi puaK songsang dan anti Islam(walau pun ada parti Islam tergulung dalam kelompok tersebut asalnya,tapi ianya kerana terpedaya,sekarang telah pun terbukti).Lebih baik menerima bantuan dari pihak Islam berbanding dgn menerima dari ahli corporate yg opportunist,yg sudah tentu akan menuntut sesuatu selepas piliharaya nanti.

    Dizaman Najib menerajuai Umno,sumber kewangan sudah kering,kerana syarikat-syarikat dulunya milik Umno yg biasanya menjadi sumber kewangan sudah lenyap entah kemana,di songlap oleh para kroni yg dulunya memegang syarikat berkenaan sebagai proksi.Kalau ada pun sedikit bakinya ianya mungkin sudah habis di gunakan dalam Piliharaya semasa PL.Najib juga tidak mengamalkan memberi projek mega yg ditinggikan harganya sebelum piharaya,utk di jadikan ‘belanja’ pliharaya.Jadi darimana lagi balanja plihanraya mahu di cari.Pak Mantan pun hanya tahu komplen tapi langsung tidak membantu,walahal beliau lah yg sepatunya tahu kemana hilangnya ‘lombong emas’ Umno.

    PRU13 jauh berbeda ,kerana pihak lawan mempunyai sumber kewangan yg sangat kukuh,dgn sumber dari dalam dan luar negara.Premis judi di negeri milik mereka,tumbuh bagai cendawan selepas hujan sebelum piliharaya di adakan,untuk di jadikan sebagai salah satu sumber belanja piliharaya.Para taiko dalam negara pun sudah beralih arah memberi sumbangan mereka,hasil dari keyakinan mereka pada kemapuan pihak lawan Umno.Kalau kekurangn kewangan Umno memang akan tewas.Pemberi dana berkenaan(akaun personel Najib) mungkin menganggap ianya sebagai satu ‘jihad’ mengambil contoh dari Saidina Uthman yg memberi 1000 ekor unta utk peperangan di zaman Rasullullah dulu,mana kita tahu niat seseorang.

    Alhamdullillah akhirnya kuasa masih di tangan kita.Kalau tidak bayangkanlah apa yg akan terjadi,mungkin saja yg di Sg Buloh sekarang bukannya ibn Brahim ,tapi adalah Pak Mantan,yg merupakan musuh ketat ibn Brahim.PM Najib pun ketika itu sudah beraku janji akan melepaskan kuasa dgn rela hati jika pihak lawan menang.Pak Mantan lah yg mungkin terjerat kerana skandal lama yg sering di ungkit-ungkit oleh pihak lawan dan desakan akar umbi mereka utk tidak memafakan Pak Mantan cukup kuat,saya sendiri dalam PRU 12 masih bersama mereka dan itu adalah sentimen kami.Jadi Pak Mantan sepatutnya berterima kasih kepada PM Najib yg berusaha keras untuk menang,tapi sebaliknya yg berlaku,Pak Mantan pula lah yg mahukan PM Najib meletak jawatan.Eloknya perangai.

    Ini adalah alasan saya utk diri saya,walau pun dgn mengandaikan apa yg TSMY katakan dalam video berkenaan adalah betul.Pendirian saya menyokong PM najib masih tak berubah.Apatah lagi jika apa yg di katakan oleh TSMY adalah tidak benar.

  11. frozz says:

    Kenapa baru skrg bg statement mcm ni…sebelum ni nafikan ada duit masuk akaun najib…klau isu ni x keluar, senyap je la ya….

  12. frozz says:

    Kenapa baru skrg bg statement mcm ni…sebelum ni nafikan ada duit masuk akaun najib…klau isu ni x keluar, senyap je la ya….h

  13. ToraTora says:

    artikel yg bagus..sampaila baca komen Bro Abu Bakar yang berjela2 ulang2 ayat yang sama..terus aku boring..

  14. rockers says:

    nampak mcm pembodek ni x menafikan duit tu masuk akaun najib.2.6b bkn sikit.rasa x habis pakai tu.time mahathir dana tu ade masuk akaun dia ke atau umno.klu 2.6b tu ade masuk akaun personal najib sapa yg audit?.rosmah ke..

  15. rockers says:

    tp pelik ye. duit yg masuk akaun najib tu x de sapa tau ke.even tmy pun x tau.kata duit sumbangan parti.

  16. Tun says:

    ToraTora July 31st, 2015 at 8:19 PM….kena la ulang2 menda perkara pokok sebab puak2 CASH IS KING selalu kona sana sini mcm keling walhal ini UMNO..bukan MIC…

  17. rockers says:

    budak2 skg dh x main lg tora-tora.tu zaman 80an.skg dh pakai gajet.

  18. Jack Gill says:

    Strategi Dato Najib adalah membiarkan musuh masing2 menjerat leher masing2 denagn memberikan tali gantung kepada mereka untuk melilitkan ke leher masing2.

    Tun M pun kerapkali menukar2 tuduhan ke atas Dato Najib. Silap langkah kesemua “kesalahan2” Dato Najib akhirnya akan menuding kepada Tun M semula.

    KIni ramai orang bertanya punca sebenar MAS jatuh, kekayaan anak Tun M, penerimaan sumbangan derma politik dan sebagainya…

    ANalogi, bagaiman strategi Dato Najib dikagumi dunia apabila kes MH17, dimana secara tiba-tiba ketika pemimpin2 besar dunia bertekak sesama sendiri tiba-tiba pasukan Malaysia dengan selamber masuk mengambil kotak hitam secara depan2 gentleman.

    Dan orang yang deal perkara ni ialah Dato Najib sendiri first hand!!

    TAHNIAH DATO NAJIB!!

  19. Tun says:

    Jack Gill August 1st, 2015 at 5:53 AM…hehehehe…merepek la ko.

Leave a Reply