Menu Utama

GHB: Ramai Dah Menjual, PAS Bila Nak Membeli?

Its-fair-that-we-give-Gerakan-Harapan-Baru-a-chance_BM_785x442

NIAT beberapa pemimpin PAS di peringkat pusat dan negeri mahu keluar dari parti itu untuk mengikut Mat Sabu yang menubuhkan parti baru, Gerakan Harapan Baru (GHB), sudah diketahui umum.

Puak-puak liberal awal-awal dah umum akan ikut Mat Sabu masuk DAP, eh silap GHB. Semalam, beberapa pesuruhjaya negeri – ada diantara mereka baru dilantik pun lepas muktamar yang lepas, buat pengumuman akan ikut GHB bila sah jadi parti politik kelak.

Mat Sabu sendiri pun masih kekal ahli PAS walaupun dia akan jadi Presiden pertama GHB nanti.

Entah kenapa, baik individu yang berkenaan dan PAS sendiri masih bermain tarik tali dengan tidak ada mana-mana pihak yang sukarela keluar atau dipaksa keluar walaupun dah nampak jelas tidak lagi menyokong PAS.

Masing-masing ada alasan, ada yang kata tunggu PAS buat keputusan, ada kata tunggu bila masuk parti baru automatik gugur keahlian, ada kata alasan sumpah dan sebagaiya.

Tak tahulah apa yang menghalang. PAS sendiri pun sebagai sebuah parti, patutnya bila dah tahu ular ada dalam rumah, nak buat apa simpan ular tu lagi ye tak? Takkan nak tunggu kita dipatuknya baru nak cari kayu pukul.

Mat Sabu, Kalid Samad kira ularlah semua tu, biar lagi buat apa?  Lemah benarlah PAS ni, hanya berani dengan UMNO, bila ada hal berlaku dalam rumah tangganya, naik ke atas kerandut tu semua ya.

Adil tak kalau penulis kata, ini semua hukuman dari Allah swt kerana PAS banyak mempermainan agama sebelum ini.  Sekarang, DAP berjaya pecah belahkan PAS dengan cara cukup licik.  Sejarah dah tak relevan sebab kali ini yang terlibat majoriti ahli parlimen yang disokong DAP.

Sebab itu dulu bila berpecah, PAS masih selamat, sekarang ni, penulis rasa makin melungkup.






3 Komen to GHB: Ramai Dah Menjual, PAS Bila Nak Membeli?

  1. Mr Y says:

    PAS sedang menunggu untuk ahli yang tubuh dan sertai parti GHB agar mereka langgar Baiah. Jika PAS pecat dah tentu mereka tak langgar baiah dan boleh berseronok dengan isteri masing-masing. Baiah makan tuan…

  2. ToraTora says:

    Betul jugak teori tu beb..talak 3 tuh..

  3. semangat dato' haron says:

    Lambatnya…aku x sabar DUN Selangor bubar. Aku nk tgk persaingan 3 penjuru UMNO, PAS dan PKR@GHB.

Leave a Reply