Menu Utama

Pas sudah tidak relevan – Mat Sabu

Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan parti Pas sudah tidak relevan pada masa kini dalam landskap politik negara.

Katanya, ini adalah kerana Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan.

Sehubungan itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kewujudan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai beliau tepat pada masanya.

“Kita perlukan cara baru untuk tarik sokongan dan ya mereka (Pas) tidak relevan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di sini hari ini.

Mat Sabu sebelum ini kalah dalam pemilihan pada Muktamar Tahun Pas Kali Ke-61 di Kuala Se­langor pada Jun lepas dan beliau dilaporkan akan menubuhkan parti baharu bagi meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR.

Ini berikutan golongan ulama dalam Pas yang diketuai Pre­sidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan putus hubungan dengan DAP selepas kecewa dipermainkan parti itu dalam beberapa isu sejak tahun lalu.

Pergeseran berkenaan juga menyaksikan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng melabelkan Abdul hadi sebagai tidak jujur sekali gus mencetuskan kemarahan ahli akar umbi Pas.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, beliau dan rakan-rakannya akan mengadakan siri jelajah dengan lebih agresif selepas ini bagi memberi penerangan mengenai kewujudan GHB.

Katanya, antara golongan sasaran termasuklah ahli Pas di seluruh negara supaya mereka memahami matlamat penubuhan GHB.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan reaksi Guan Eng gagal apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu terus meninggalkan maj­lis tersebut.

Utusan






2 Komen to Pas sudah tidak relevan – Mat Sabu

  1. semangat dato' haron says:

    Talk to yourself lah mat sabun. Pilihanraya pun kalah, pilihanraya parti pun kalah. Kau sama x relevan spt Saifuddin Abdullah GMM tu…

Leave a Reply

Threesome