Menu Utama

Palsu Dokumen 1MDB: Penglibatan Orang UMNO Tidak Mengejutkan

1484093_705060339545950_1937048308_n

BILA polis Thailand mengesahkan bahawa selain pemimpin-pemimpin pembangkang, ada juga orang UMNO yang bertemu dengan Xavier Andre Justo di Singapura dalam komplot menjatuhkan Perdana Menteri dengan menggunakan dokumen yang telah di ubah suai, balaci pembangkang mengambil separuh fakta itu dan menuduh ini semua adalah kerja orang UMNO sendiri.

Bukan mereka.

Walhal sudah didedahkan polis Thailand awal-awal lagi bahawa ada beberapa pemimpin pembangkang – termasuk ketua mereka (kini ditahan di penjara) turut terlibat, tapi balaci tidak mengambil kira fakta ini. dia hujah bab yang orang UMNO itu saja.

Penulis nak sebut disini bahawa, kalau benar pun orang UMNO terlibat, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kalau dilihat gerakan menjatuhkan Perdana Menteri yang dikepalai Tun Mahathir Mohamad sebagai contoh, majoriti yang mengikut beliau adalah orang-orang UMNO.

Seorang bekas Naib Ketua Bahagian, seorang Ketua Wanita dari Perak dan beberapa yang lain, mereka ini masih lagi ahli UMNO tapi dilihat terlibat dalam gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Tun Mahathir sendiri pun masih ahli UMNO.

Jadi, kalau mana-mana seorang dari mereka ini adalah orang yang dimaksudkan polis Thailand berjumpa dengan Justo di Singapura dalam konspirasi ini, nak pelik apa?

Sememangnya banyak kejatuhan parti-parti politik di Malaysia ini adalah kerana sabotaj dari ahli mereka sendiri.  PAS umpamanya, berpecah kepada beberapa bahagian hari ini kerana sesetengah pemimpin parti tersebut lebih mengikut telunjuk DAP dari kepimpinan mereka sendiri.

Justeru, jika boleh, UMNO perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut siapakah ahli UMNO yang dimaksudkan supaya tindakan buang parti boleh dikenakan ke atasnya,  Tak pedulilah siapa, ada jasa 22 tahun ke dan sebagainya, buang tetap kena buang,






6 Komen to Palsu Dokumen 1MDB: Penglibatan Orang UMNO Tidak Mengejutkan

  1. System baru says:

    Jawapan mudah 10 pemimpin umno sebenar tak dapat projek dari najib, kroni menyusah umno itu mereka kaya sebenar bukan kaya tapi kaya sebab jual projek pada apek, aku ingat dulu lagi masa tun m projek buat jamban class e mahu jual pada apek sebab itu sebah dasar DEB ini gagal,kalau jual balik pun biar jual pada bumiputra tak ada aku tak marah sangat, disebab tun m gagal meningkat bumiputera 30% ekonomi bumiputera itu, ingat najib jangan lagi gagal meningkat 30% ekonomi bumiputera,tun m dah bagi peluang 22tahun masih menyalahkan orang lain,jika wawasan 2020 telah tercapai bumiputera masih ketinggalan ramai orang melayu akan salah umno itu termasuk tun m paling lama memeritah itu. Sebab ingat akan umno jangan terlalu leka seperti tun m leka memeritah 22tahun tapi masih gagal mencapai 30% ekonomi bumiputera itu

  2. anakmalaysia says:

    @system baru….saya amat menyokong komen saudara…semoga Dato Seri Najib berjaya membawa Bumiputera ke tahap yg lebih tinggi…insyaAllah

  3. Memang Terok says:

    Diakui yang menjatuhkan seorang pemimpin bukan pembangkang tapi orang sendiri yang berada didalam bersama pemimpin itu. Ini yang sudah kerap berlaku dimasa lalu.

    Pembangkang atas dasar membangkang , akan mengutuk, menghina , memfitnah dan berkata apa yang buruk mengenai pemimpin. Sedangkan individu munafik gunting dalam lipatan akan memuji, mengampu dan berbuat baik dihadapan sedangkan dibelakang mereka menembak, meracun dan menghidupkan unggun api.

    Kita rasa Najib tentunya sudah lama kenal mereka itu, malangnya tindakan belum apa dan tindakan self defence dilihat berjalan terlalu perlahan.

  4. raplahjingaa says:

    hehehehe…adamyan, banyak duit raya tahun ni ?? tak sokong Najib hang kata sabotaj..adoiiilaaaa…

  5. Omega says:

    Raplajingga.

    Kalau setakat memuja karala kutty dari jauh maka hasilnya dapatlah penyokong buta perot. Kutty karala memang licik serta akan menginaya org yg pernah membantu beliau. Lihat sahaja Tun Ghaffar baba. Akhirnya dimalukan dan diaibkan. Mamak karala kutty memang pembelit tegar

Leave a Reply

Threesome