Menu Utama

Otak Macai: Foto Bersama PM Bermakna Jho Low Ada Kaitan Dengan 1MDB

otak macaiKalau lah ada anugerah “kitab suci” terbaik untuk pembangkang, maka waktu ini, tentunya Sarawak Report menjadi senarai teratas kepada penganut-penganut “hatred politics” ini.

Hanya kerana benci kepada Perdana Menteri Najib Razak dan ingin menggulingkan kerajaan, mereka menjadikan apa jua modal yang ada untuk berbuat demikian, waima ianya tidak berasas dan tidak masuk akal.

Hampir segala-galanya dipercayai bulat-bulat tanpa ada tapisan, persis kata pujangga “mereka hanya mahu percaya apa yang mereka mahu percaya”. Penulis tidak ada masalah tentang itu, kerana tiada daya upaya untuk menghalang apa yang mereka mahu percaya.

Cuma, rasa kasihan terhadap mereka, apabila berjaya diperbodohkan sebegitu hina oleh Sarawak Report.

Seperti “printscreen” diatas, si pemilik akaun media sosial cuba memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Najib Razak berbohong apabila berkata Jho Low tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Soalan penulis, apakah foto tersebut boleh membuktikan bahawa Jho Low berkait dengan 1MDB?

Kalau lah foto tersebut dijadikan sandaran untuk pertuduhan bahawa Perdana Menteri Najib Razak berbohong, si pemilik media sosial harus buktikan yang Perdana Menteri Najib Razak pernah berkata “Saya tidak mengenali Jho Low” atau “Saya tidak pernah jumpa Jho Low”. Apa pula kaitannya dengan 1MDB?

Sehingga saat ini, penulis tidak pernah mendengar kata-kata tersebut dari Perdana Menteri sendiri, kecuali ayat “Saya tidak pernah mengenali individu bernama Altantuya Shariibu”. Itu pun ramai yang percaya dengan fitnah seumpamanya itu walaupun telah dinafikan dengan sumpah mubahalah, sehingga membabitkan pula Sirul sebelum diminta oleh empunya badan agar tidak mempolitikkan perkara tersebut.

Gambar diatas adalah “printscreen” dari komentar milik individu di media sosial. Ini hanyalah salah satu contoh, dari ramai yang menggunakan hujah sama untuk mengaitkan Jho Low dengan 1MDB lantas membuktikan Perdana Menteri Najib Razak berbohong .

Lucu sungguh cara mereka-mereka ini berfikir.

Katakanlah penulis menerima foto si pemilik akaun media sosial tersebut bersama dengan Lim Guan Eng atau Vincent Tan, apakah foto tersebut membawa makna bahawa pemilik akaun terbabit adalah pemakan babi?






Satu Komen to Otak Macai: Foto Bersama PM Bermakna Jho Low Ada Kaitan Dengan 1MDB

  1. ToraTora says:

    “saya tidak kenal datuk eskay” – Anwar..tapi gambar mereka bersama memang banyak..he3

Leave a Reply

Threesome