Menu Utama

Najib mulakan proses perundangan terhadap WSJ.

PM Ambil Langkah Pertama Tindakan Undang-undang Terhadap WSJ

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengambil langkah pertama tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal berkaitan artikel yang mendakwa Perdana Menteri menyelewengkan hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bertindak bagi pihaknya ialah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang menghantar surat hari ini kepada Dow Jones, penerbit WSJ, meminta pengesahan tentang pendiriannya berkaitan dakwaan dalam artikel-artikel itu yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai.

Mereka berkata artikel-artikel itu mengandungi “a plethora of convoluted, scumlous and vague allegations against our client” (pelbagai tuduhan yang berbelit, ofensif dan kabur terhadap anak guam kami).

“Dalam hal ini, kami diarahkan oleh anak guam kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ini adalah pendirian kamu seperti yang dinyatakan dalam artikel-artikel itu bahawa anak guam kami menyelewengkan hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad”.

Para peguam itu berkata artikel-artikel berkenaan “mencadangkan secara kolektif bahawa kamu tidak pasti akan ‘sumber asal wang itu dan apa yang terjadi terhadap wang berkenaan’ sementara dari satu segi, intipati keseluruhan artikel-artikel itu mencetuskan tanggapan jelas anak guam kami telah menyelewengkan kira-kira US$700 juta milik 1MDB”.

“Dalam keadaan ini dan demi kepentingan anak guam kami, kami berharap akhbar kamu yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa untuk tanpa ragu-ragu menyatakan dengan jelas sama ada adalah pendirian kamu yang anak guam kami telah menyelewengkan kira-kira US$700 juta milik 1MDB,” kata mereka dalam surat itu yang dihantar menerusi e-mel.

“Kamu tidak syak lagi mengetahui betapa seriusnya tuduhan-tuduhan itu terhadap anak guam kami dalam artikel-artikel berkenaan dam pengesahan ini diminta bagi membolehkan kami menasihatkan anak guam kami tentang langkah undang-undang yang beliau boleh ambil untuk mendapatkan keadilan berhubung penerbitan artikel-artikel itu.

Para peguam itu menuntut jawapan kepada surat berkenaan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.

Mereka juga meminta untuk diberitahu sama ada WSJ telah melantik peguam dalam Malaysia untuk menerima khidmat prosiding undang-undang bagi pihaknya dan pemberita yang menulis artikel-artikel itu “jika prosiding undang-undang menjadi perlu.”

— BERNAMA






3 Komen to Najib mulakan proses perundangan terhadap WSJ.

  1. dkds says:

    Rasanya wsj pasti tidak akan memperdulikan notis ini, namun kerana kebenaran perlu ditegakkan prosedur sebelum saman difailkan perlu dilakukan bagi memastikan setiap aspek teknikal tdk dijadikan alasan bagi mahkamah menolak pendengaran

  2. musanghitam says:

    Baru padan muka ! Elok di hantar notis ini pada madey kutty sekali

  3. Osmani says:

    Sian…. http://www.mykmu.net/ pun org UMNO sendiri meluat nak baca… nnti bungkus la site ni, x masyukkkkk!!!

Leave a Reply

Threesome