Menu Utama

Najib janji tidak akan khianati rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang diberikan kepadanya dalam pilihan raya umum yang lalu.
Malah, katanya, beliau tidak akan membenarkan mana-mana pihak luar menjatuhkan kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional(BN) kerana ini merupakan pilihan rakyat.

“Kalau saya nak samun, buat apa masuk dalam akaun peribadi dalam negara.

“Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan khianati amanah yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. Itu janji saya,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim serta 22 pusat tahfiz di sekitar Selangor di sini hari ini.

UTUSAN ONLINE






6 Komen to Najib janji tidak akan khianati rakyat

  1. kamarul says:

    si kitul sebenar ialah dr mahathir dan barua2 dr mahathir iaitu muhydin dan shafie afdal. najib mesti berani bertindak terhadap si kitul ini terlebih dahulu. media asing memang kerja dia buat begitu, namun kalau tak ada si kitul, mereka pun tak akan bertindak.

  2. itsme says:

    sebagai rakyat yg biasa2 je ni…. aku tunggu dan lihat, sambil mohon pd Allah akan mana yg hak dan bathil. Moga2 kita semua masih dirahmati dan dilindungi.

  3. bugis says:

    Dah terantuk baru nak terngadah?
    Masih ada ke integriti janji?
    Bila tersepit baru nak ingat rakyat?
    Nasi dah jadi bubur jib oi..
    Ke depan kena ..undur pun kena..

    Hukum karma bila rakyat di khianati..

  4. acid says:

    Jadi bubur bugis ? Siapa yg jadi bubur ? Yg menuduh atau yg di tuduh yg lebih dulu jadi bubur ?

  5. sman says:

    Yg menghadapi masalah sekarang ialah PM Najib,tahu lah dia apa nak buat utk selamatkan diri dia.Kalau dia bersalah pun dia akan lawan juga,apatah lagi kalau dia benar.Kalau nasib nak kedalam juga macam Anwar,apa nak buat,terpaksa lah akur.Kalau tak ada bukti utk beliau di dakwa tapi rakyat dah tak mahu dia ,paling tinggi pun dia kena letak jawatan PM.

    Siapa pun jadi PM kita macam ni juga,apa nak kesah.Tak mungkin kalau Muhyeddin jadi PM ,harga barang akan turun,mustahil juga pendapatan kita akan bertambah ,entah-entah lagi teruk.Yang pasti kalau yg jadi PM menggantikan Najib nanti adalah proksi Mahathir,kroni Mahathirlah yg akan kaya. Yg dah kena declare bankrupt,akan beli beberapa buah lagi condo baru,yg dah mula malap business,akan dapat projek baru,yg dah menganggur akan dapat jawatan dlam BOD 1MDB dll GLC.Siapa yg nak beli kereta import sekarang lah masanya,kalau tidak melepas,harga kereeta import akan naik mendadak kalau proksi Mahathir jadi PM,keran nak selamatkan Proton.

    Yang pertahankan Najib tentu rasa Najib lebih baik,tapi kalau dah takdir dia nak kena turun nak wat cam mana.Redho je lah.Cuma marilah kita berdoa ramai-ramai ,supaya di jauhkan Allah dari proksi Mahathir yg jadi PM.

Leave a Reply