Menu Utama

Musa Hitam Yg Pertama Jadi Timbalan Presiden Tanpa Jawatan TPM

pm-kabinet-420x272

PENYINGKIRAN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal dari kabinet hari ini, tidak menjadikan kedua mereka sebagai Timbalan Presiden/Naib Presiden UMNO pertama menjawat jawatan penting parti, tanpa disokong jawatan kabinet dalam sejarah negara ini.

Sebaliknya, ia adalah Tun Musa Hitam (1981-1986) yang terlebih dahulu mencatat sejarah sebagai Timbalan Presiden UMNO pertama tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih setahun sebelum kalah dalam pemilihan 1987.

Musa dipaksa melepaskan jawatan tersebut pada 27 Februari 1986 akibat tidak bersependapat dalam soal menguruskan tragedi Memali, tapi kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga 24 April 1987 bila kalah dengan majoriti 40 undi di tangan Tun Ghaffar Baba.

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula adalah Naib Presiden UMNO pertama yang tidak diberikan sebarang jawatan Menteri sekalipun menang dalam pemilihan 1987.  Sebelum pemilihan tahun tersebut, Tun Abdullah adalah Menteri Pertahanan tapi kerana kedudukannya sebagai antara orang penting dalam Team B, maka jawatan Menterinya dinafikan.

Semua ini berlaku dalam era pemerintahan orang yang sama – Tun Mahathir Mohamad.

Jadi bagi sesiapa yang memandang keputusan menggugurkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Afdal hari ini sebagai bukti kezaliman Najib, maka bandingkanlah dengan fakta yang disebutkan di atas, adakah ini satu kezaliman atau kewajaran?

Hakikatnya, kedudukan Menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri sementara jawatan dalam UMNO adalah kuasa mutlak ahli-ahli UMNO.  Pada hemat penulis jawatan Menteri tidak ada bezanya dengan semua jenis pekerjaan yang lain, ada ketua, ada tanggungjawab,  boleh dipecat, ditukarkan (kalau boss dah benci) dan sebagainya.

Kena pandai bezakan tu.  Sebetulnya, tak lantik Timbalan Perdana Menteri pun takpe sebab jawatan itu tidak disebut dalam perlembagaan negara tapi atas sebab-sebab tertentu sebaiknya pemegang jawatan tersebut ada.

Yang penting disini, baik Najib mahupun Mahathir dulu, keduanya tidak mengganggu hak ahli-ahli UMNO, kecuali dalam kes membabitkan Anwar Ibrahim sahaja dimana penyingkiran jawatan Tmbalan Presiden UMNO berlaku – itupun dengan kelulusan Majlis Tertinggi UMNO.

Jadi kalau Najib dikatakan zalim hari ini kerana keputusan yang dibuatnya itu, maka Mahathir terlebih dahulu zalim dari beliau.  Sanggup ke nak mengatakan Mahathir zalim?






39 Komen to Musa Hitam Yg Pertama Jadi Timbalan Presiden Tanpa Jawatan TPM

  1. omega says:

    Muhyiddin selaku tpm merupakan general perang utk jentera pilihanraya BN. Bila awai awai lagi dah mengaku kalah dan kondem merata maka elok dan wajar beliau digantikan.tu pun nasib baik ngan najib, kalau zaman tun mungkin Mahyuddin ni dah dituduh main pondan pulak.. haa..haa

  2. Abu Bakar says:

    Tak payah buat artikel bodohlah wahai bloggeri MYKMU.net, dalam isu Tun Musa Hitam, bukannya dia dipecat dari jawatan Perdana Menteri, tetapi dia sendiri yang menulis surat letak jawatan kerana memprotes pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi saingan politik Musa Hitam pada masa itu.

    Jadi jangan nak samakan keadaan Tun Musa Hitam dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang ini.

    Tak payah nak membohonglah tindakan Tun Musa Hitam meletak jawatan kononnya tak puas hati pasal isu Memali, kerana dalam isu Memali itu, siapa yang pangku jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kalau bukan Musa Hitam?

    Isu sebenar peletakan jawatan Musa Hitam adalah kerana dia tak puas hati kerana Tengku Razaleigh Hamzah masih dilantik jadi menteri oleh Tun Dr. Mahathir, perkara ini bukanlah isu baharu, kerana selepas PRU 1982, Musa Hitam sendiri telah mendesak Tun Dr. Mahathir supaya menyingkirkan Tengku Razaleigh Hamzah dari cabinet, tetapi Tun Dr. Mahathir melihat cadangan Musa Hitam itu tak munasabah dan boleh memecah belahkan UMNO, malahan Tengku Razaleigh adalah orang yang berpengalaman dalam kabinet, malahan antara menteri senior dan tak ada isu yang membolehkan beliau disingkirkan dari kabinet, maka Tun Dr. Mahathir mengekalkan Tengku Razaleigh sebagai menteri dalam barisan kabinet kerajaan Malaysia ketika itu.

    Sudah-sudahlah buat cerita palsu wahai blogger MYKMU.net, rakyat yang hidup pada masa tu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Malahan seperti Najib sendiri pun, dalam pemilihan 1987, pada mulanya Najib dalam kem Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam, tetapi kerana melihat kem Tun Dr. Mahathir lebih kuat dan berpotensi untuk mengalahkan kem Tengku Razaleigh Hamzah, maka Najib mengkhianati Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam, tanyalah pimpinan veteran UMNO pada masa itu, mereka tahu pasal perkara ini.

    Sekarang ni Najib dah gelabah, sebab penentang di seluruh negara berhubung kezaliman dia memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak ada buat salah apa-apa pun.

    Malahan pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail dari jawatan Peguam Negara, dibuat secara tergesa-gesa serta tidak mengikut peraturan perlembagaan adalah perkara yang memalukan.

    Malahan rombakan kabinet pada hari ini yang menyaksikan beberapa orang ahli PAC dilantik jadi menteri dan timbalan menteri yang mana perkara ini akan menggangu proses siasatan mengenai 1MDB adalah suatu yang sangat meragukan perbuatan Najib ini.

    Dapatlah kita simpulkan bahawa Najib menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan kabinet adalah kerana mereka berdua tidak menyokong segala salah laku Najib, maka Najib jadi tak puas hati dan ambil tindakan menindas mereka.

    Malahan tindakan Najib melantik beperapa orang yang terlibat dalam PAC adalah bertujuan supaya proses siasatn penyelewengan Najib dan kuncu-kuncu dalam 1MDB akan tergendala dan Najib akan mempergunakan dana negara untuk menutup segala penyelewengannya kerana barisan kabinet Najib sekarang ini adalah golongan yes men yang menjadi pecacai Najib sahajalah.

    Najib ingat dia dapat menipu rakyat ke? Kirim salam, rakyat ada banyak sumber untuk mendapatkan maklumat, bersiap sedialah dengan kemungkinan yang akan berlaku yang mana akan menyebabkan Najib tersungkur dan dihumban ke penjara akibat salah laku dan penyelewengannya selama ini.

  3. kri says:

    WAHAI PENULIS FITNAH ITU DOSANYA SAMA DENGAN SEORANG PEMBUNUH. TAKUTLAH SIKIT, ALLAH AMAT MENEGETAHUI.

  4. Memang Terok says:

    Perlucutan Muhyiddin dari kabinet adalah patut, pemecatan Ghani Patail jugak wajar. Ghani sepatutnya dipecat lama dulu, sementara Muhyiddin yang memboncing motor kapcai Mahathir dilihat membazir segala2nya.

    Mahathir orang tua nyanyok yang hampir lupa apa yang dia buat, jugak didenmgar orang. Alangkah malangnya orang2 itu.

    Sekarang mana Mahathir . Dia perlu bantu bekas TPM malang itu, tak boleh diam buat tak tahu.

  5. Abu Bakar says:

    Memang Terok, sesuai dengan nama kamu, apakah yang mewajarkan Tan Sri Muhyiddin dipecat? Tan Sri Muhyiddin tak ada skandal kes jenayah seperti Najib, maka apahal Tan Sri Muhyiddin dipecat pula? Sepatutnya yang perlu dipecat adalah Najib, Najib adalah suspek kes jenayah penyelewengan, penipuan, salah guna kuasa, serta penyonglapan wang hutang 1MDB, bukan sedikit, berpuluh billion wang hutang 1MDB diselewengkan, malahan sebanyak USD 700 juta bersamaan RM 2.63 billion wang hutang 1MDB disonglap oleh Najib ke dalam akaunnya.

    Melihat kepada senario berkenaan, orang yang patut dipecat adalah Najib, dia suspek kes jenayah, dia bebas bergentayangan membuat berbagai kerosakkan kerana dia dilindungi oleh Ketua Polis Negara yang dasar penipu iaitu Khalid Abu Bakar yang berharap jawatan dia sebagai Ketua Polis Negara akan disambung kontraknya.

    Sila Memang Terok nyatakan mengenai pelaburan oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, serta GIL Funds melibatkan RM 15.4 billion itu, apakah bidang pelaburannya, di manakah lokasi pelaburan itu dibuat? Najib dan 1MDB sendiri tak ada jawapan untuk menjelaskan perkara ini.

    Tak payahlah Memang Terok nak putar sana sini lagi, Memang Terok memang kuncu Najib, jenis balaci Najib yang bermentaliti CASH IS KING, dengan dua tiga ringgit dilempar ke muka, terus Memang Terok berkerumun menjadi balaci Najib bagi membela segala kemungkaran Najib itu.

  6. apsa says:

    Mengarot!

    Tindakan menyelamatkan diri .. ingat rakyat bodoh ker..

  7. Gengrembau says:

    Adamyan
    Kau org lama
    Dulu kiter sama sama hentam paklah
    The chulan, bigguy, dll
    Aper kene dgn ko sekarang?
    Sbb duit?
    Mana melayu kau?
    Dah jual sbb miskin?
    Embarassing betul mykmu now…
    Wat a shame

  8. tenno says:

    Bila berkuasa, jgn bongkak dan sombong dengan kuasa. Jgn ditarik hak rakyat utk bertanya kerana rakyat yg memberi hak PM utk memerintah. Hari ini jgn gembira dan jgn ingt bila menjadi PM maka secara lahiriahnya adalh tuhan di Malaysia. Hari ini juga jgn ketawa dan jangan riang gembira sbb bukan permulaan yg penting utk umat manusia tetapi pengakhirannya. Bagaimana jika sememangnya PM tidak punya jawapan semua soalan tersebut? Bagaimana jika mmg benar duit sebnayk USD700 juta itu masuk kedalam akaun peribadi PM?

    Org yg jatuh tersungkur dan berundur belum tentu kalah, sbb perang politik adalah panjang dan memenatkan dan menyimpan kudrat utk perang yg lebih sengit.

    Tahniah Najib…practically there’re none in your cabinet that’s going to give you a good advice now, to save you from making a mistake or to help you fend of the an attack. And you’re alone Najib because all you got now are mannequins that you going to hear a same words all over again and again ” yes boss”.

    Congrats..

  9. menantuorgfelda says:

    Macam mana musa hitam pangku jawatan perdana menteri bila mahathir masih dalam negara masa serangan dimulakan? Nak menipu pun agak2lah. Musa hitam masih hidup, bukan dah mati, ni mesti baca tulisan Sanusi kini – aka balaci madey.

  10. talatha says:

    Saya yang sudah akil baligh pada tahun 1987-1988 juga bersetuju dengan saudara/Abang Abu Bakar July 28th, 2015 at 8:42 PM tentang al-kisah Tun Musa Hitam. Saudara pentadbir MYKMU saya yakin pada waktu itu mungkin baru berkhitan

    Keduanya nak tambah saya memetik respon seorang pembaca di blog yang tak perlu saya sebut nama lamannya.

    “Rasa saya Najib dah langgar konvensyen bahawa TPM haruslah Timbalan Presiden UMNO. Zahid hanyalah Naib Presiden. Jika satu konvensyen boleh di langgar maka apa-apa konvensyen yang lain pun boleh di abaikan. Salah satunya ialah konvensyen utama ialah bahawa Perdana Menteri haruslah Presiden UMNO. Seingat saya ketika pemecatan Anwar hari itu kerusi Timbalan Perdana Menteri di kosongkan. (kerana pada hari pemecatan beliau masih Timbalan Presiden UMNO)

    Memang benar konvensyen tidak mempunyai ikatan perundangan. Akan tetapi ianya menjadi amalan sekian lama dengan atas kefahaman bersama-sama. Kalau tidak MCA, MIC atau mana-mana parti komponen boleh demand jawatan TPM tanpa segan silu. Konvensyen ini menjadi satu ikatan untuk kestabilan.”

    Kurang wajar jika saya paparkan blog tersebut di sini demi menghormati laman ini. Pada yang ingin baca lanjut google la perenggan-perenggan di atas

    Tun Mahathir tidak melanggar konvcensyen ini secara terus kerana Tun Musa Hitam yang meletak Jawatan TPM tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden. Maka tiada pilihan lain melainkan menaikkan Naib Presiden yakni Tun Ghaffar Baba sebagai pilihan seterusnya atau yang paling hampir. Tidak ada pilihan terpaksa melanggar konvensyen ini.

    Jelas ianya berbeza dengan kes Najib- Muhyiddin kerana Najib boleh memilih untuk melanggar konvensyen atau tidak. Nampaknya beliau sengaja langgar.

  11. Abu Bakar says:

    menantuorgfelda, semasa isu Memali itu, Tun Dr. Mahathir berada di China, bukan setakat akhbar dalam Malaysia yang membuat liputan mengenai perkara itu, malahan akhbar antarabangsa juga membuat liputan mengenai lawatan tersebut, jadi tak payah nak putarlah.

    Apakah kau Tun Dr. Mahathir datang rumah kau ke masa itu sampai begitu sekali tuduhan kau kerana hanya mengambil kenyataan penipu Musa Hitam itu. Baca ini: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-mahathir-dilapor-berada-di-china-sehari-selepas-peristiwa-memali-32821, malahan kalau kau ada baca akhbar pada masa tahun itu, kau tahu sendirilah bahawa Tun Dr. Mahathir memang membuat lawatan ke China malahan Tan Sri Lee Lam Thye juga antara delegasi ke China bersama rombongan Tun Dr. Mahathir itu.

    Tak payah nak putar belit kalau tak tahu apa-apa, hanya menyerlahkan bahawa balaci-balaci Najib memang golongan bodoh yang tak membaca dan hanya membuat penipuan untuk mengelirukan rakyat sedangkan rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku.

  12. Abu Bakar says:

    Berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail dari jawatan Peguam negara, tindakan pemecatan yang dibuat oleh Najib adalah bersalahan dengan peraturan perlembagaan di mana dalam urusan pemecatan seseorang peguam negara berdasarkan perkara 145 (6) memperuntukan bahawa kaedah pemecatan peguam negara adalah sama seperti kaedah pemecatan hakim mahkamah persekutuan iaitu melalui tribunal yang ditubuhkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong untuk menyiasat keperluan pemecatan peguam negara tersebut.

    Tetapi dalam isu pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail dari jawatan Peguam Negara, tidak mengikut kaedah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Kita mau tahu bila masa Najib menasihatkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat tahap kesihatan Tan Sri Abdul Gani Patail yang membolehkan Tan Sri Gani Patail dipecat dari jawatan Peguam Negara?

    Ada pernah Seri Paduka Yang DiPertuan Agong memperkenankan mana-mana tribunal bagi menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu kesihatan Tan Sri Gani Patail itu?

    Berdasarkan apa yang berlaku, sudah jelas bahawa Najib mempunyai sebab yang sangat mendesak supaya Tan Sri Gani Patail disingkirkan dari jawatan Peguam Negara, kerana berdasarkan laporan dari beberapa sumber, Tan Sri Gani Patail dan barisan penyiasat Task Force yang ditubuhkan telah menemui bukti kukuh untuk mengheret dalang utama kes penyelewengan di dalam 1MDB ke muka pengadilan.

    Kita percaya dalang yang dimaksudkan itu adalah Najib dan kuncu-kuncunya, oleh kerana terdesak, maka tiada tribunal ditubuhkan untuk memecat Tan Sri Gani dari jawatan Peguam Negara, hanya melalui pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga merupakan ahli lembaga penasihat 1MDB bersama-sama Najib.

    Sudah jelas Najib bahawa sangat terdesak, Najib sanggup membelakangkan undang-undang, menindas para bekas meneri kabinet yang tidak bersekongkol dalam penyelewengan 1MDB dengan memeat mereka.

    Isu ini sangat serius, melibatkan kepentingan negara, maka Najib perlu diheret ke muka pengadilan untuk diadili terhadap segala jenayah, penyelewengan, penipuan, penindasan serta penyonglapan wang hutang 1MDB yang dilakukan olehnya selama ini bersama-sama kuncu-kuncunya itu.

    Sedarlah semua.

  13. sman says:

    Mahathir yg dah jadi mantan pun mengada-ngada nak ‘pecat’ Najib, sedangkan Najib lagi lah Presiden Umno pulak tu.Jadi tak ada masalah langsung kalau Najib yg merupakan Presiden Umno dan Perdana Menteri pecat Timbalan Presiden.Lebih power lah tu.

  14. Abu Bakar says:

    Sman, bila masa Tun Dr. Mahathir nak pecat Najib? Tun Dr. Mahathir hanya minta Najib berundur kerana isu skandal melibatkan Najib dah tak terkawal dan menjadi makin buruk, tetapi Najib ingkar dan degil, kesannya dia sedang gelabah ketika ini kerana skandal melibatkan 1MDB serta akaun AmBank Najib melibatkan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion telah bejaya dikesan oleh Tan Sri Abdul Gani dan para penyiasat pasukan khas, oleh itu Najib melakukan apa sahaja untuk menyekat kebenaran itu terbongkar, dia pecat Tan Sri Abdul Gani, malahan mengganggu siasatan di dalam PAC apabila ramai ahli PAC di kalangan Barisan Nasional dilantik menjadi menteri, sekarang ini bagaimanakah ahli Baru PAC, malahan pengerusi baharu PAC nak meneruskan siasatan kerana buat kerja di tengah jalan, bukannya di awal jalan.

    Power ke Power Rangers ke, itu tak ada kena mengena, yang penting Najib perlu jelaskan justifikasi memecat Tan Sri Muhyiddin dari jawatan Perdana Menteri kerana Tan Sri Muhyiddin tak ada skandal yang besar seperti jenayah melibatkan Najib itu, jadi yang patut letak jawatan adalah Najib, bukannya memecat Tan Sri Muhyiddin pula.

    Jawapan tukang jawab Najib yang bermentaliti CASH IS KING seperti Sman ni hanya menjadi bola tanggung untuk Najib terus dikecam teruk sahajalah, meraka ini kononnya nak kelirukan rakyat, tapi dengan hujah bodoh, maka nak kelirukan macam mana lagi?

    Sedarlah semua.

  15. Abu Bakar says:

    Gelombang penentangan terhadap kezaliman Najib akan berterusan, sekarang ini isu bukan setakat isu 1MDB menjadi tumpuan media antarabangsa, malahan isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak ada buat salah apa-apa pun menjadi topik utama di media antarabangsa, tak percaya sila baca BBC, Wall Street Journal, Channel News Asia, Al Jazira, Bloomberg dan banyak lagi akhbar-akhbar utama dunia.

    Tidakkah Najib malu dengan perbuatannya ini yang sudah jadi seperti Kim Jong Un di Korea Utara, menindas para jeneral yang tidak sehaluan dengannya dengan hukuman yang sangat kejam.

    Di manakah maruah negara kita akibat perbuatan Najib ini? Media antarabangsa, masyarakat antarabangsa menjadikan isu ini sebagai bahan kelakar di negara mereka.

    Sedarlah semua.

  16. Pak Tho says:

    Kalau nak tahu rakyat setuju atau tidak tindakan Najib.cuba layari fb beliau dan juga fb TMY. Bagai langit dan bumi perbezaannya. Lu fikir lh sendiri.

  17. Abu Bakar says:

    Bukan hanya isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin oleh Najib kerana Najib nak meyorokkan kegiatan penyelewegannya dalam 1MDB itu, malahan tindakan Najib memecat Tan Sri Abdul Gani Patail dari jawatan Peguam Negara yang sedang menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB serta isu dua akaun Najib yang pernah dibuka di AmBank melibatkan penyonglapan RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu turut menjadi topik yang panas yang dibincangkan di dalam media utama dunia.

    Malaysia menanggung malu akibat perbuatan keji Najib ini.

  18. Abu Bakar says:

    Betul tu Pak Tho, rakyat Malaysia memberikan sokongan padu dan kata-kata semangat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi Najib pula dimaki hamun, serta menerima kemarahan dari rakyat yang begitu dahsyat, walaupun terdapat beribu-ribu komen dalam facebook Najib, 99% komen tersebut memarahi Najib, memaki Najib, malahan mendesak Najib meletak jawatan kerana tak pasal-pasal Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadikan mangsa akibat penyelewengan dan penyamunan yang dibuat oleh Najib dna kuncu-kuncunya itu.

  19. System baru says:

    abu bakar tukar nama kepada macai abu ya, abu ya bukan ahli umno hanya menyamar je, lupa macai abu ya ini taat setia pada nepostism utara itu. Bila masanya gani pecat, jangan nak buat2 cerita abu ya, di nak berhenti awal, dia ada 2bulan apa salah dia behenti, kalau kes menyebab berbulan dia dah behenti tak akan suruh orang lain sambung kerja dia ke?, semasa tun m dulu kes pkzf ambil betahun-tahun lebih untuk disiasat dan di selesaikan, tahap kesihatan apa bendanya abu ya, macai abu ya, kalau kes manbabit berjuta2 tak kan dua bulan boleh diselesaikan, kes nak tangkap anwar 4 bertahun baru berjaya di selesaikan, sebab dia menarik diri dari awal sebab dia kerja lebih setahun baru berjaya dia selesaikan

  20. System baru says:

    kroni Tun m patut saman sinar apakah tun musa berbohong abu ya Yg penyokong nepostism utara semua ajaran anwar. Apakah tun m sudah nyanyuk apa di cakap itu sila jawab abu ya
    Ini petikan berita dari sinar di ambil dari blog che det, apakah tun m suka menyalahkan orang lain::

    SEMASA saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

    Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis.

    Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

    Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting.

    Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan negara China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

    Saya tidak ingat yang Tun Musa Hitam datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China. Pada waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

    Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. Empat anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

    Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri.

    Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

    Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

    Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan negara yang besar, menteri bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya merestui tindakan.

    Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem Kabinet yang kita amalkan, semua anggota Kabinet terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

    Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan supaya keselamatan negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan negara pada keseluruhannya. Sebab itulah kerajaan tidak akan berkompromi………..”

    Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Tun Musa ialah Menteri Dalam Negeri, di samping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

    Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

    Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

    Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

    Sumber: http://www.chedet.cc

    Sinar ambil dari blog chedet.

  21. khalid gagap says:

    Kih..kih.. lepas ni mahyuddin boleh la relax dan siap sedia jawab kat sprm pasai bisteri.net yg dah hangus begitu besar. Semuanya dibuat atas semangat direct nego dengan ytl. Ada ngo yg dah buat laporan pada sprm

  22. System baru says:

    http://chedet.cc/?p=1300

    petik betul dari blog cet det itu
    abu ya cuba tengok, perangai tun m suka menyalahkan tun musa itu dia sangup tinggal tun musa seorang2 hadapi kes memali itu, itu pemimpin baik ke?.
    Ini aku petik dari blog tun m itu,

    Sebab aku nasihatkan tun m tinggilkan lah kroni tun m menyusahkan itu. Mereka hanya akan menyusahkan tun m je

  23. Anak_Nogori says:

    Apa cerita pun..berapa timbalan presiden umno atau timbalan perdana menteri yg selamat dibawah tun m?.

    Pasal tu tun senyap je…kalau tak…dia yg mengelupor dulu…bila najib pecat midin dan sapiee afdal.

  24. menantuorgfelda says:

    Abu bakar, link kau bagi tu hanya membenarkan kata aku bahawa madey ada dalam negara ketika serangan bermula. Dia pegi china esoknya. Kalau ada akhbar antarabangsa mana yg lapor, bagi la link, air liur kau saja sapa nak percaya? Kau nak tuduh musa penipu siapa pulak kau? Kau menteri ke masa tu? Madey pun tak pernah nafi kenyataan musa, kau pulak yg terlebih. Puluh tahun kau ditipu madey, padanlah bodo

  25. rockers says:

    najib dan kabinet kayunye blh lah berpesta ria.blogger bangang bertambahlah rezeki.cash is king.

  26. bacabetul2 says:

    Terang-terang System baru spin petikan dari blog chedet.Jika baca dengan betul-betul Tun M bertanggungjawab dan tidak menyalahkan Tun Musa pun.Tindakan menteri dalam negeri yang juga pemangku Perdana Menteri dipersetujui oleh Tun M.Tun M berkeyakinan pada Tun Musa menanganinya, sebab itu dia boleh keluar negeri.

    Jelas kita tak boleh ramal dan tahu apa akan terjadi pada masa depan semasa awal kejadian memali bagaimana akan cerita kesudahannya mengakibatkan banyak kematian. Walau apa pun tindakan polis adalah betul dan tepat pada ketika itu dan ini dipertahankan oleh Tun M.

  27. azhar daeng says:

    Muka-muka pengampu dan muka-muka kitar semula dlm kabinet baru..alahai kabinet bebal
    yg jujur terbujur terkubur
    yg bodek bedek ampu sakom bley stay

  28. Abu Bakar says:

    System Baru, kau sendiri tak ada bukti menuduh Tun Dr. Mahathir menyebakan kejadian di Baling tu, jangan nak putar belitlah, sila tanya kepada anggota tentera dan polis, mereka sebenarnya cuba untuk mengelakkan tindakan keras, tetapi pihak penentang menggunakan kekerasan dan telah bersiap sedia dengan senapang, parang, buluh runcing dan berbagai senjata bahaya yang lain, malahan pihak polis dibunuh dengan kejam, maka pihak polis perlu bertindak balas untuk menghentikan keganasan itu dengan tindakan kekerasan, bukannya salah pihak polis pun, kalau kau sendiri orang kejar nak tetak kau, takkan kau nak berdiri macam tunggul dan biarkan diri kau kena tetak?

    Fikir guna akal, jangan guna kepala lutut.

  29. Abu Bakar says:

    menantuorgfelda, tak payahlah nak putar belit lagi, kau ada bukti ke yang Tun Dr. Mahathir mengarahkan pembunuhan di Baling itu? Kau tak peduli pun pasal anggota keselamatan dibunuh dan dicederakan dengan ganas.

    Pihak keselamatan telah sedaya upaya untuk menenangkan keadaan di Memali pada waktu itu, tetapi para perusuh dan penentang telah nekad untuk melakukan keganasan terhadap pihak keselamatan, mereka telah bersedia dengan senapang, buluh runcing, parang, dan lain-lain senjata berbahaya untuk melakukan keganasan terhadap pihak keselamatan.

    Kau jangan nak putar belitlah, hakikat tetap hakikat, orang-orang di sekitar kawasan berkenaan tahulah bagaimana perusuh melakukan keganasan, hinggakan jika perusuh itu nampak polis atau tentera, mereka akan terus menyerangnya tanpa belas kasihan, ditetak umpama batang pisang. Kau tak tahu apa-apa tak payah nak putar belit.

  30. Abu Bakar says:

    Anak Negori, memang Tun Dr. Mahathir ada 4 orang timbalan, tapi macam Musa Hitam, dia sendiri yang letak jawatan, bila Tun Dr. Mahathir dah lantik Tun Ghafar ganti Musa Hitam, terhegeh-hegeh pula Musa Hitam nak balik jawatannya, malahan Tun Musa Hitam letak jawatan bukannya kena dipaksa oleh Tun Dr. Mahathir atau sesiapa, tetapi kerana dia dengki terhadap Tengku Razaleigh yang masih dilantik menjadi menteri oleh Tun Dr. Mahathir selepas PRU 1986, kerana pada PRU 1982, Musa Hitam pernah hasut Tun Dr. Mahathir supaya singkirkan Tengku Razaleigh dari jawatan menteri, tetapi Tun Dr. Mahathir melihat Tengku Razaleigh adalah menteri senior yang mempunyai banyak pengalaman dan diperlukan negara. Tetapi selepas PRU 1986, Tun Dr. Mahathir masih mengekalkan Tengku Razaliegh sebagai menteri maka Musa Hitam menjadi makin sakit hati, dihasutnya Tengku Razaleigh supaya menentang Tun Dr. Mahathir, malahan Tengku Razaleigh sendiri diperdaya oleh Musa Hitam, di mana dalam pertandingan pemilihan UMNO 1987, Musa Hitam terus bertanding jawatan Timbalan Presiden, maka Tengku Razaleigh terpaksa berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir bagi jawatan Presiden.

    Musa Hitam ingat dia dapat tumbangkan Tun Ghafar dengan mudah dan Tengku Razaleigh akan tewas dalam pertandingan jawatan Presiden dan karier politik Tengku Razaleigh akan hancur buat selamanya.

    Tanggapan Musa Hitam meleset, Musa Hitam pun kalah dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden, dan seperti dijangka Tengku Razaleigh juga tewas dalam pertandingan jawatan Presiden.

    Karier politik Musa Hitam terus terumbang ambing dan tersekat selepas tewas dalam pertandingan tersebut, malahan Musa Hitam tidak bersama-sama pun dengan Tengku Razaleigh dalam Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas UMNO diharamkan oleh mahkamah, tetapi Musa Hitam mengambil keputusan untuk terus kekal dalam UMNO, dia hantar permohonan menjadi ahli, itu pun selepas UMNO mempunyai ahli seramai lebih sejuta barulah terhegeh-hegeh Musa Hitam ni nak masuk UMNO.

    Kau boleh nilai sendirilah perangai Musa Hitam tu, batu api besar yang menyebabkan perpecahan kepada UMNO pada tahun 1987.

    Kemudian Tun Ghafar Baba, beliau menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1993 kerana permainan licik Anwar yang menggunakan kedudukannya sebagai menteri kewangan untuk mendapatkan pengaruh di kalangan ketua-ketua bahagian. Ini dijelaskan sendiri oleh Tan Sri Mohamed Rahmat (Allahyarham) di dalam memoirnya di mana beliau menulis bahawa Anwar sedang ghairah untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden dengan menggunakan pengaruh sebagaim menteri kewangan, malahan Tan Sri Mohamed Rahmat pernah dimarahi Anwar kerana Anwar menuduhnya memberitahu kepada Tun Dr. Mahathir berhubung tindakan Anwar yang mahu mencabar kedudukan Tun Ghafar Baba pada ketika itu. Tun Ghafar Baba tidak mahu kemelut dalam parti berpanjangan, beliau telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

    Kemudian Anwar pula selepas berjaya menyingkirkan Tun Ghafar Baba secara taktik liciknya itu, disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir disebabkan masalah kelakuan seksual yang tak senonoh dan di luar norma manusia. Anwar bukannya terus dipecat begitu sahaja, Tun Dr. Mahathir memberikan peluang kepada Anwar untuk bela diri dalam perjumpaan dengan ahli-ahli jemaah kabinet dan ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO. Anwar menafikannya, tetapi dia sendiri tak dapat membuktikan segala bukti yang telah diperolehi oleh Tun Dr. Mahathir berhubung kegiatan seksual peliknya itu. Anwar menumbuk meja semasa sesi perjumpaan tersebut. Kemudian Anwar dipecat dan terus membuat huru hara di seluruh negara sedangkan Tun Ghafar Baba sebelum itu walaupun diainaya oleh Anwar, tak pula dia buat seperti Anwar pun.

    Kemudian Pak Lah ganti Anwar, Pak Lah berada dalam kedudukan selamat kerana Tun Dr. Mahathir dah merancang untuk meletakkan jawatan pada awal alaf 2000, tetapi didesak oleh ahli-ahli UMNO dan Tun Dr. Mahathir menangguhkannya sehinggalah 30 Oktober 2003.

    Pak Lah waktu jadi Timbalan Perdana Menteri pun pandai berlakon juga, depan Tun Dr. Mahahtir, masa jadi Timbalan Perdana Menteri, pijak semut pun tak mati, kononnya betapa baik dan setianya Pak Lah terhadap Tun Dr. Mahathir, tapi lepas berkuasa, terutama selepas menang besar dalam PRU 2004, Pak Lah mula tunjuk taringnya, projek untuk kepentingan negara seperti Jambatan Bengkok yang telah dalam pembinaan pun dibatalkan, kemudian syarikat permotoran MV Augustan yang mana Tun Dr. Mahathir merancang menggunakan teknologi enjin motosikal bagi menghasilan kereta kecil yang ber CC kecil untuk golongan yang kurang berkemampuan serta dieksport ke negara-negara yang berkDNK rendah telah dijual oleh Pak Lah dengan harga yang sangat mengejutkan, sekadar Euro 1.00 yang bersamaan RM 4.80 ketika itu, dijual kepada GiVi Spa, entah syarikat apalah GiVi Spa itu, sedangkan setahun kemudian, GiVi Spa dapat jual kepada Harley Davidson dengan harga 100 juta kali ganda (100,000,000 kali ganda) dari harga belian yang dijual oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya itu.

    Saya berhujah panjang lebar kerana nak menjelaskan kepada anda, bahawa usahlah menipu tak tentu hala kerana anda tak ada maklumat mengenai perkara ini.

  31. menantuorgfelda says:

    Bilq yg aku tuduh madey arah bunuh org Kat memali? Aku kata madey ada Kat Malaysia masa pembunuhan tu berlaku, kau kata madey dah Kat China. Bahalol betul kau ni, padanlah bangang. Ni, soal Malaysia malu pasal najib pecat Muhyiddin, apa asas kau? Madey pecat Anwar dulu org puji ka maki madey? Aku tau kau bodoh tapi jangan tunjuk boleh? Setakat ukuran Kat fb ni kau pakai budak2 tak matang pun boleh komen, apa tak ganti pilihanraya dgn undi Kat fb?

    Yg aku geran ni, Muhyiddin pun redho, yg bukan Muhyiddin pulak lebey

  32. raplahjingaa says:

    Marah sungguh peminat-peminat Najib kat Tun….orang tua tu cuma persoalakan 1MDB…seperti jugak berjuta-juta lagi rakyaat Malaysia .

  33. wtf studio says:

    aku ingatkan najib mahu lantik Rosmah jadi TPM, senang sikit memerentah secara kuku besi. hahaha

  34. System baru says:

    Tak payah kau ubah fakta abu ya, tun m berada di malaysia itu susah sangat kau akui,kalau dah tahu musa hitam Mula marah pada tun m dengar nasihat berikan supaya tangguh lawatan ke china, dan tumpukan kes memali ,batu api kenapa tun m buang anwar itu dari awal2 lagi, lagi mencutuskan permusuhan, Muhyiddin bersalaman antara satu sama lain dengan najib

    kalau mahathir pecat tum musa dan anwar, mana lagi teruk, tun musa banyak bantu dia, kalau anwar tak berguna, hasil didik tun m ,lawan anwar lawan telah berjanji tak lawan dia. Anwar lawan sama tun ghafar, kami tahu semuanya jasa tun ghafar selamatkan sabah,apa tun m buat untuk rakyat sabah hanya tahu arah orang kami tahu kelemahan tu ghafar perempuan tapi anwar kelemahan anwar laki jambu, perempuan dan wang, mana lagi teruk dari kedua2 pemimpin itu tentu anwar itu masih di simpam lagi tun m itu, sehinga krisis ekonomi

    Kalau betul kenapa agustar tak bergabung dengan modenas, kanapa dia bawah proton tak mahir dalam buat motor itu,ramai pun tahu kelemahan pak lah jual agustar itu
    tak bini Jabatan benkok. Masalah tun m bukan tahu berfikir, jika bina jabatan benkok itu akan cetus lebih banyak pemusahan antara dua negara akan meundang campur tangan kuasa asing jika tak behati2.ia cetus lebih banyak pemusuhan negara, kenapa tun m tak halang terusan kra bakal ancam ekonomi kedah itu, projek itu antara china dan thailand, jawapan mudah lebih kita tumpu bina produk boleh membanggakan malaysia ini, dari bergaduh pasal laluan kapal,lihat jepun dan korea Kalau produk boleh banggakan kapal nak masuk pun. Lihat jepun dan korean itu mereka pun ada tuntutan pulau antara rusia,china, taiwan mereka lagi terpaksa berhati2 isu pulau tuntutan di sempadan mereka itu menbabit kuasa besar

  35. sireh ke gagang says:

    sy cadangkan , sdr Abu bakar melawan najib dalam PRU1 akan datang di parlimen pekan . kita nk tengok jugak , org yg berdegar bercakap pasal “fakta” perdana menteri ini turun gelanggang politik dan beradu di dalam PRU Nanti. setakat pom-pang dalam blog takde guna jugakkan ? sebab aku tengok , ramai yg komen kat sini , semua dia BASH kaw2 punya. dia mesti sangat kenal dengan mohd najib razak , mengalahkan rosmah manusr kenal lakinya sendiri. heheh

  36. sireh ke gagang says:

    PRU14 *

  37. Anak_Nogori says:

    Saya pun tak pasti siapa yg cakap kat bawah ni..mungkin jin kot.

    “Kalau Saya Najib Saya Buang Sajalah Menteri Tak Setuju Dengan Saya” – Tun M
    Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 4:24 PM
    IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
    izra@thestar.com.my

    PUTRAJAYA: Mana-mana menteri Kabinet yang tidak sehaluan dengan kepimpinan yang diterajui Perdana Menteri patut disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga bertindak sedemikian apabila menteri-menteri di bawah pentadbirannya dahulu tidak setuju dengan apa yang beliau putuskan dalam sesuatu isu.

    Justeru, beliau menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan melakukan tindakan sama dengan memecat mana-mana menteri yang tidak bersetuju dengan cara beliau mengendalikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

    “Saya kalau jadi Najib saya buang sajalah orang yang tak suka dengan saya…saya buang.

    “Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto 2015 anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

    Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa menteri dan pemimpin parti yang mengkritik cara Najib menangani isu 1MDB dan terus mendesak agar beliau memecat ahli lembaga pengarah 1MDB.

    Antara yang membuat gesaan dan memberi pandangan sedemikian termasuklah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Perdana Menteri tidak harus mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ dalam isu ini kerana ia akan dijadikan modal politik pembangkang dan menyebabkan pentadbiran kerajaan tumbang.

    Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan juga bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin bahawa penyingkiran ahli lembaga pengarah 1MDB dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai skandal itu.

    Turut berpandangan sama adalah Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang turut menggesa agar polis menyiasat syarikat tersebut.

    Sementara itu, veteran Umno dan juga bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata, seluruh Kabinet perlu bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB.

    Tengku Razaleigh ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, seluruh Kabinet perlu bertanggungjawab kerana bebannya bukan terletak di bahu perdana menteri sahaja.

  38. Anak_Nogori says:

    And tetiba..Mukris pi jilat Najib plak..

    PM berhak rombak kabinet, semua pihak perlu terima – Mukhriz
    29 Julai 2015 4:17 PM
    73 3 Google +0
    ALOR SETAR 29 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk melakukan rombakan Kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukannya, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
    Beliau melahirkan keyakinan bahawa perdana menteri telah pun memikirkan ‘semasak-masaknya’ tentang apa yang terbaik untuk kerajaan dan politik.
    “Perdana menteri mempunyai hak untuk membuat sebarang rombakan (Kabinet) dan beliau telah menggunakan kuasa beliau untuk melakukan rombakan semalam. Kita mesti terima apa-apa sekali pun perubahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
    Dalam rombakan Kabinet semalam, Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.
    Beliau melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.
    Selain itu, perdana menteri turut melantik tujuh muka baharu sebagai menteri dalam barisan Kabinetnya dan menggugurkan empat menteri serta satu timbalan menteri daripada jawatan mereka.
    Beliau turut membawa masuk beberapa muka baharu sebagai Timbalan Menteri.
    Mengenai pertemuan dengan Muhyiddin di kediamannya semalam, Mukhriz berkata, ia adalah kunjungan biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin di atas jasa-jasanya terhadap Kedah selama ini.
    “Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, banyak sekolah dan pelajar-pelajar di Kedah menerima faedah daripada penyaluran peruntukan yang diluluskan oleh Muhyiddin.
    “Atas sebab itu, saya rasa terpanggil untuk sekurang-kurangnya berjumpa dengan beliau (Muhyiddin) dan mengucapkan terima kasih banyak daripada kerajaan negeri Kedah di atas semua budi baik beliau,” katanya.
    Rombakan semalam turut menyaksikan dua pemimpin dari Kedah iaitu bekas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Menteri Pendidikan manakala Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Johari Baharom dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.
    Pelantikan Mahdzir sebagai Menteri Pendidikan, yang dianggap jawatan kanan dalam Kabinet, merupakan satu penghormatan kepada Kedah, kata Mukhriz sambil mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri.
    “Ia adalah kementerian yang amat mustahak,” katanya dan mengucapkan tahniah kepada Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah. – BERNAMA
    – See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pm-berhak-rombak-kabinet-semua-pihak-perlu-terima-mukhriz-1.118307#sthash.dkqbMzXa.dpuf

Leave a Reply

Threesome