Menu Utama

Mukhriz Nafi Terbabit, Tapi Sahkan Dakwaan MYKMU Tahu Perakam Video

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan beliau berpakat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membuat maklumat palsu bahawa RM 2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

“Saya ada dalam majlis tersebut tetapi saya tidak bercakap apa-apa pun. Saya tidak boleh menghalang tuan rumah bercakap dengan tetamunya,” kata Mukhriz kepada Sin Chew Daily dan dipetik oleh Malaysiakini.

Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. Dalam video tersebut turut kelihatan Mukhriz tetapi beliau tidak mengambil apa-apa bahagian dalam perbualan tersebut.

Semalam editor MYKMU.NET bertanya sama ada Mukhriz bersengkongkol dengan Tan Sri Muhyiddin bagi memberi maklumat tidak benar kepada Tun Mahathir Mohamad mengenai Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Dalam laporan semalam kami juga menulis, “Dakwaan Muhyiddin bahawa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri. Video tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka tidak menyedari siapa yang merakamnya.”

Mukhriz hari ini mengakui kepada wartawan Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau mengetahui siapa perakam terbabit tetapi enggan memberitahu.






16 Komen to Mukhriz Nafi Terbabit, Tapi Sahkan Dakwaan MYKMU Tahu Perakam Video

  1. […] Mukhriz hari ini mengakui kepada wartawan Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau mengetahui siapa perakam terbabit tetapi enggan memberitahu. – myKMU […]

  2. cecibo says:

    mana 1 lebih penting org yg merakam atau kenyataan Muhyiddin???

  3. kaki Bakar says:

    Waiting for Abu Bakar utk gila meroyan

  4. dkds says:

    Patutnya mukhriz dedahkan siapa perakamnnya supaya boleh polis siasat video penuh…

  5. Abu Bakar says:

    Patutnya Najib jelaskan samada dia ada atau tidak membuka dua buah akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudiannya menutup akaun itu beberapa bulan selepas PRU 13 dalam dalam tempoh akaun itu aktif, apakah benar USD 700 juta bersamaan RM 2.63 billion di masukkan ke dalam akaun tersebut.

    Ini lebih penting dari nak tahu siapa perakamnya kerana hingga kini Najib tak berani nafikan tuduhan tersebut, kalau Najib di pihak yang benar, sudah tentu Najib dah ambil tindakan saman dan menafikan tuduhan berkenaan, tetapi sehingga kini Najib tak berani ambil tindakan saman, malahan Najib sendiri tak berani membuat pengakuan secara rasmi.

    Semua huru hara yang berlaku kini adalah disebabkan Najib menyeret masalah peribadinya iaitu skandal jenayah yang disyaki dibuat oleh beliau menjadi isu kepada Barisan Nasional dan UMNO pula, kesannya huru hara dalam UMNO dan huru hara dalam kerajaan disebabkan hanya masalah peribadi Najib ini.

    Sedarlah.

  6. Badrole Amin says:

    kiranya malam ini pun ‘abu bakar’ tak dapat tidur(kalau tidur pun tak lena) sebab nak layankan hatinya yang huru-hara sebab Najib masih tak nak buat pengakuan, baguslah tu lagi lama Najib diam semoga jadi gila betul2 ‘abu bakar’

    hehehehehe

    komen ‘abu bakar’ fasal MH370, kenapa TUDM tak pintas pesawat tu memang ‘BERNAJ’ lah!

  7. Abu Bakar says:

    Saya tak ada masalah, saya tidur lena macam biasa setiap malam, kerana bukan saya yang membuat jenayah itu, yang membuatnya adalah Najib, malahan para balaci Najib yang tidur tak lena kerana asyik teringat pendedahan dan soalan yang saya utarakan.

    Tak ada saya nak gila pula, kerana bukannya saya kena tangkap kalau Najib tak mengaku, saya tak buat jenayah apa-apa, yang buat jenayah adalah Najib, yang berhempas pula membohong, menipu, mengkelentong dengan maklumat palsu bagi bela Najib adalah para balaci dan barua Najib seperti Badrole Amin inilah.

    Teruskan perasan, peduli apa samada Najib jawab atau tak jawab, kerana makin lama kredebiliti Najib makin teruk dan tak dipercayai rakyat, kerana mengkhianat Negara, takut nak berhadapan dengan kebenaran.

    Malahan mungkin kau kot yang akan gila wahai Badrole Amin, sebab saya terus memberi komen tanpa mempedulikan kebodohan kau dan rakan-rakan mentality CASH IS KING kau tu.

  8. Pak Tho says:

    Heran ye. Yang patut di highlight kn intipati statement TMY. Ini sibuk nak tahu sape yg rakam dan sebarkan. Cuba lh PM jawab skit tuduhan¬≤ tu. Ini tdak. Masih lgi membisu. Harap macai yg jawab. Mana rakyat hendak puas hati. Yang macai pula , tak boleh jawab persoalan pokok mula nak perlekeh orang yg mahu penjelasan. Sebab itu imej Najib semakin buruk bila pencacai bagi jawapan super bangang. Malu lh wei…. Satu dunia sedang memerhatikan Malaysia sekarang ni. X caya cuba google. Taip je ” Malaysia prime minister sacked his deputy” lihat apa tanggapan org luar terhadap Najib. Bangga kah kita?.
    Kepada saudara Badrole amin. Saya syorkan saudara cuba. Lihat apa tanggapan org luar terhadap Najib. Semoga saudara bkn lh dalam kategori penyokong yg bawa rebah. Kesian lh kat Najib tu. Dah lh org gelarkan kabinet dia kayu. Jgn lh kita juga jadi kayu. Tak tahu saya nak gelak atau nangis.

  9. sman says:

    PM Najib tak usah peduli apa pun dgn rakaman vidro tu ,buat je macam Russia yg veto resolusi MH17 tu walau pun jelas nak lindung kesalan pemberontak Ukrain,awak ada kuasa.Mahathir dulu pun macam tu juga.

  10. Pak Tho says:

    Dkds. Dh dengar ke penjelasan IGp bila ditanya tentang lapuran yg dibuat berkenaan video tu dan tndakan dan siasatan yg sepatutnya di ambil?. Saudara cari lh sendiri .

  11. Pak Tho says:

    Saudara sman. Saranan saudara itu seperti Malaysia ini diperintah oleh ditaktor atau rejom kuku besi. Akhirnya Najib juga akan dpt imej yg buruk. Kalau tak mengapa dulu gatal sangat nak mansuh kan ISA. Lain kali jgn syok sendiri. Orang tua2 ada berpesan. Biar muka hodoh jangan jadi ..doh.

  12. Badrole Amin says:

    Abu Bakar says:
    July 30th, 2015 at 11:36 PM

    “Saya tak ada masalah, saya tidur lena macam biasa setiap malam, kerana bukan saya yang membuat jenayah itu, yang membuatnya adalah Najib, malahan para balaci Najib yang tidur tak lena kerana asyik teringat pendedahan dan soalan yang saya utarakan.”

    bohonglah mana ada pendedahan & soalan sampah ‘abu bakar’ boleh membuat orang tidur tak lena…terlayan komen ‘abu bakar’ pun boleh membuat saya menguap

    hehehehehe

    Abu Bakar says:
    July 30th, 2015 at 11:36 PM

    “Tak ada saya nak gila pula, kerana bukannya saya kena tangkap kalau Najib tak mengaku, saya tak buat jenayah apa-apa, yang buat jenayah adalah Najib, yang berhempas pula membohong, menipu, mengkelentong dengan maklumat palsu bagi bela Najib adalah para balaci dan barua Najib seperti Badrole Amin inilah.”

    kata Najib buat jenayah ialah kata2 sampah, lagi sampahnya ‘abu bakar’ berbohong kata penyokong Najib membohong, menipu, mengkelentong dengan maklumat palsu…ada orang gila tidak suka mengaku kata dia gila walaupun orang tahu dia gila, contohnya ‘abu bakar’

    hehehehehe

  13. bangKano says:

    Tidak usah layan individu-individu pandir yang suka buat komen berunsurkan persepsi….mereka itu tidak ubah macam orang kecewa gagal hendak dapatkan apa yang diimpikan……macam gelagat Anuar yang dah kena penjara tu…..!!!!

  14. Tun says:

    Badrole Amin July 31st, 2015 at 12:47 AM…hehehehehe…tu je ke modal ko nak balas hujah Abu Bakar? Low class la brader….tergelak aku nengok..

    bangKano July 31st, 2015 at 1:40 AM…ko pon sama…menda aaa komen persepsi…apa2 yg against Najib=persepsi…takde menda lain kaa?

    Saudara Abu Bakar…keep up the good job….lagi banyak saudara komen lagi menyerlahkan kebijaksanaan anda against pandir2 melayu terover yg perasan mcm hulubalang cyber Najib nie…

  15. bujuk says:

    Hehe… Kebanyakan firumer d cni tak kretif bila defend Najib. Biasalah nak defend benda salah… Mesti pusing dunia punya, tapi kosong.

  16. raplahjingaa says:

    hehehehe..bangkano..bangkano…hang tak berubah dari dulu…mangkaq !! hang tak boleh berhujah hang hasut semua orang suruh lari…jangan layan !! hahahaha..

Leave a Reply

Threesome