Menu Utama

Muhyiddin Wajar Tunggu Siasatan Selesai – PM

Perdana Menteri mengingatkan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin agar bersabar menunggu hasil siasatan pasukan petugas khas mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini menegaskanmuhyidin_najib siasatan Pasukan Petugas Khas sedang berjalan dan semua pihak perlu beri ruang kepada proses siasatan.

“Semua pihak lebih-lebih lagi anggota Pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan.”

“Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan UMNO,” kata Pejabat Perdana Menteri.

IMG-20150727-WA0084






19 Komen to Muhyiddin Wajar Tunggu Siasatan Selesai – PM

  1. Anak_Nogori says:

    Macam mana Tim Perdana Menteri boleh kalut sampai macam ni sekali…lain lah Tun..dia dah berumur 90an.

  2. Abuya says:

    Nampaknya mereka dah brrjaya. Najib bukan matlamatnya. UMNO matlamatnya….welcome to the game. Takde makna kalau Najib jatuh tapi UMNO masih kuat….

  3. GT86 says:

    TMSY tidak kalut, dia hanya nak sampaikan apa yang di bimbangi rakyat dan mengejutkan seluruh jentera UMNO dari terus tido lena atau dari terus membodek dan menjilat Najib.

    Pecat ajelah kalau TSMY yang di labelkan pengkhianat tu di dapati melakukan kesalahan. Zahid dah tunggu lama tu.

  4. System baru says:

    Sebenar yg tidur lena tim tun m itu, tak tahu cara hadapi tentera cyber pr itu, mereka pandai gunakan kelemahan tun m itu,
    lihat je tim Tun m dah masuk perangkap anwar itu buat kali kedua untuk menipu tun m. Yg seri anwar, yg kalah tun m itu, najib macam itu juga

    analisis aku ini
    Macai RBA gunakan tun m
    Tun m tak sedar dia sedang provokasi oleh RBA
    Anwar menang buat kali kedua, tun m kalah pada anwar.
    tun m terperangkap dengan main media asing.
    Pemuda umno masih leka permain pr itu.
    Tun m sedang buai mimpi dengan puji2 macai RBA
    Macai RBA cakap rakyat menderita disebab najib, mereka mengadu pada tun m itu walau pun RBA menipu

  5. Awie nimo says:

    Harap tukar muhyidin, ganti dengan zahid hamidi atau hishamudi

  6. geekpuk2 says:

    Jho Low gagal dikesan. 4 orang 1mDB-2 Melayu dan 2 Cina gagal dikesan

    Jho Low dan PetroSaudi terang2 dituduh songlap duit. Tak pernah aku tengok Jho Low, Patrick Mahoney atau Tarek obaid datang sini dan depan kamera menafikan sekers-kerasnya tuduhan ini dan saman sampai bangkrap The Edge

    Tapi takpa. Tunggu report task Force. Tunggu audit. Lepas report keluar, masalah semua selesai

  7. sman says:

    PerangaiPak Midin ni lebih teruk dari pembangkang,sisatan dah kian mendalam tapi dia lah seolah-olah yg paling tak sabar menunggu hasilnya.ini tentu ada sebabnya.Mungkin dia dah takut,tak ada apa-apa bukti penyelewengan yg di jumpai,jadi melepas lah dia nak tendang Pak Jib.Penangkapan Josto dan pendedahan Lester juga nampak macam memalapkan lagi peluang dia utk menggantikan Pak Jib.Tambah pula AG dan PAC pun dah bayangkan setakat ini belum ada bukti sebarang kehilangan wang.Ini yg dia worry,bila saja dapat peluang ke mesyuarat Bhg yg di beri oleh Pak Arab,terus dia gunakan utk meluahkan niat sebenar dia.Pak Arab ni pula memang penyokong taksub Pak Mantan,dia pun saja-saja beri peluang pada Midin ni.

  8. Abu Bakar says:

    Najib tahu apa yang berlaku sebenarnya dalam isu 1MDB dan isu RM 2.63 billion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaunnya, apahal Najib tak menjelaskan mengenai perkara ini?

    Dalam isu 1MDB, patutnya Najib menjelaskan apakah jenis dan bidang serta di manakah pelaburan melibatkan RM 15.4 billion di dalam Aabar Deposit (RM 4.2 billion), GIL Funds (RM 5.1 billion), serta Brazen Sky (RM 6.1 billion)tersebut. Takkan ini pun Najib nak tunggu audit selesai buat siasatan, takkan Najib tak tau apakah pelaburan tersebut, di manakah pelaburan tersebut dibuat sedangkan Najib yang meluluskan pelaburan berkenaan?

    Lagi satu, mengenai USD 700 juta bersamaan RM 2.63 billion wang didedahkan dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank, takkan Najib tak tahu apakah dia pernah membuka dua buah akaun di AmBank pada sebelum PRU 13 dan menutupnya pada selepas beberapa bulan PRU 14, takkan Najib tak tau samada dia ada buka akaun tersebut atau tidak, mengapakah tidak membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini? Takkan ini pun pun nak tunggu siasatan selesai juga?

    Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah perkara yang benar, Najib perlu menjelaskan apa yang dia tahu mengenai perkara yang didedahkan itu, takkan Najib tak tahu apa yang Najib sendiri buat? Kalau sampai tak tahu apa yang diri sendiri buat, ni dah kes berat ni, tentunya orang sebegini bodoh piang, kerana apa yang diri sendiri buat pun tak tahu.

    Najib tak sepatutnya menyalahkan Tan Sri Muhyiddin dalam perkara ini, sebenarnya Najib yang salah, Najib yang membiarkan perkara ini berlarutan dengan begitu lama, menjadi barah yang sangat dahsyat kepada kerajaan, kepada Barisan Nasional, kepada UMNO, ini semua adalah salah Najib yang tak menjelaskan apakah dia melakukan penyelewengan itu atau tidak.

    Sudah-sudahlah Najib nak memutar belit, sedangkan The Wall Street Journal pun kamu tak berani nak saman, sekadar menghantar surat bodoh yang menjadi bahan jenaka kepada media di seluruh dunia dan peguam-peguam di seluruh dunia sahajalah.

  9. Abu Bakar says:

    Dalam isu ini, bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

    Seperti The Edge, mereka telah menyerahkan segala dokumen-dokumen termasuk e-mel serta cakera keras yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan yang dipercayai dilakukan oleh Najib berkaitan isu RM 2.63 billion serta isu-isu yang berkaitan.

    Malahan The Edge juga sanggup berhadapan dengan tindakan undang-undang iaitu saman oleh Najib jika Najib mahu menyaman mereka dengan alasan mereka memberikan dokumen yang ‘diubah suai’ dan ‘dipalsukan’, tetapi hingga kini Najib takut nak ambil tindakan saman terhada The Edge.

    Malahan Najib dengan pengecutnya telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dengan mengarahkan menteri balacinya iaitu Zahid Hamidi supaya menggantung permit The Edge pula.

    Mengapakah Najib menggunakan kaedah kotor sedemikian? Jika The Edge menipu dan memfitnah Najib, sepatutnya Najib menyaman The Edge, bukannya menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dengan memanipulasikan kementerian dalam negeri supaya menindas hak asasi The Edge dengan menggantung permit The Edge pula.

    Kononnya The Edge mahu menjatuhkan kerajaan, kononnya The Edge mahu mengancam demokrasi di Malaysia, sedangkan The Edge tidak membuat tuduhan apa-apa kepada kerajaan Malaysia, apa yang didedahkan hanyalah salah laku, salah guna kuasa, penipuan, penyelewengan, penyonglapan yang dibuat oleh Najib, apakah mendedahkan perbuatan jenayah sedemikian dikira sebagai mengancam demokrasi serta mahu menjatuhkan kerajaan?

    Betapa rendahnya mentaliti Najib dan juak-juaknya menggunakan alasan sedemikian, kerana mereka ini akan menipu dan menggunakan alasan menipu untuk melindungi segala salah laku Najib, seperti sebelum ini, kerana nak elakkan Najib berhadapan dengan soalan dari Tun Dr. Mahathir dalam Program Nothing To Hide, maka Najib telah berpakat dengan Ketua Polis Negara yang penipu supaya Ali Tinju menggelupur, meracau seorang diri, dan menjerit-jerit tak tentu hala seorang di di luar pintu dewan tempat Nothing To Hide itu supaya dengan tindakan Ali Tinju yang menggelupur, meracau seorang diri, menjerit-jerit tak tentu hala itu sebagai alasan ‘factor keselamatan’ supaya Najib dapat larikan diri dari program tersebut.

    Tanyalah semua orang yang ada di program Nothing To Hide itu, tak ada huru hara, tak ada rampasan pentas, tak ada mikrofon dirampas oleh Tun Dr. Mahathir pun, hanyalah juak-juak Najib yang menipu terutama Tunku Aziz yang berada di hadapan pentas, dia sendiri mendengar penganjur menjemput Tun Dr. Mahathir beri ucapan, kemudian bila dia balik, dia tipu orang ramai, dia berpakat dengan TV3 memberikan penipuan bahawa terjadi huru hara yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dan penyokong Tun Dr. Mahathir, kemudian dia tuduh Tun Dr. Mahathir dengan penyokong Tun Dr. Mahathir merampas pentas, malahan dia tuduh Tun Dr. Mahathir merampas mikrofon dan berucap tanpa kebenaran.

    Sedarlah bahawa Tunku Aziz ni adalah ahli jawatankuasa panel SPRM, orang macam ni layak ke dalam SPRM? Dasar penipu!

    Sedarlah semua.

  10. tenno says:

    Abu Bakar,

    Mereka ini adalah loyalist PM dan presidency, bukan loyalist umno. Siapa shj yg menjadi PM atau Presiden Umno akan mendapat kesetian tidak berbelah bahagi mereka.

    Saya bersetuju dgn Abu Bakar dan saya berpendapat Najib melakukan blunder dlm hal pentadbirannya. Isu kegagalan 1MDB, termasuk standby kredit RM950juta duit kerajaan, pelan rasionalisasi duit Aabar Group, tunai kepada aset kepada unit yg 1MDB sendiri tidak tahu bila blh menebusnya? Pelaburan GIL, brazen sky dan rm6b liabiliti dari pembelian IPP dll yg kabur. Ada juag menteri yg masih kata 1MDB tiada masalah

    Zaman Tun dulu pun ada isu-isunya seperti Perwaja, BMF, proton, MAS dll tapi ditangani dengan berhemah kerana kerajaan tahu apa yg dibuatnya dan rakyat yakin kebolehan kerajaan menjaga mereka kerana itu kita tak melihat mereka merungut. Hari ini, lihat sahaja FB PM.

    Namun hari ini isu 1MDB telah menjadi hanya sebahagian dari ketidakpercayaan rakyat kepada pentadbir dlm kerajaan bersama isu2 lain seperti GST dan ketidaktentuan harga petrol yg gagal diurus dengan baik publisitinya mahupun persepsinya.

    Kita blh tutup mata dan biarkan semua ini berlalu dan berdoa agar Umno terus menang dan rakyat masih menagih khidmat Umno. Tp betul kata TSMY, tiada siapa yg berani memperjudikan nasib begitu. Namun begitu, kalau itu yg semua ahli Umno pikir, maka saya kira mereka sebenarnya lebih sayangkan seorang individu melebihi sayangnya kpd parti Umno itu sendiri.

    Maka kata2 no person bigger than organisation is just a false statement.

  11. Pak Tho says:

    Nak tunggu lepas pru 14 nanti ke?, tunggu punya tunggu , bulan tak timbul-timbul. Apa?. Depa ingat lepas laporan keluar, pemikiran rakyat boleh swing serta merta ke?. Jgn mimpi weii. Damage is all ready done. Persepsi negatif Ds Najib tdk akan hilang serta merta. Adakah kamu ingat isu 1MDB sahaja adalah kunci persepsi negatif terhadap Ds Najib. Renung² kan. Selamat buat pppilihan dan keputusan. Tersingkir TMY alamat UMNO bakal di TALKIN kan. Jangan nk cari penyakit. Cukup lah Pekung dan kudis yg membusung dalam UMNO sekarang. Biar kita menongkah arus dari hanyut entah kemana.

  12. itsme says:

    komentar saudara abu bakar sgt tepat, sewajarnya sebagai pemimpin tertinggi mnjadi tugas PM utk mententeramkan suasana politik semasa, ini tdk beliau masih lagi bersikap seperti “tiada apa2” krn menganggap org Melayu tiada tmpt lain bergantung selain UMNO, kita tdk setuju dgn Najib shj bukannya UMNO secara keseluruhannya.

    jk PM bersikap begini apa pilihan yg ada bg org2 bawahan UMNO, tsmy hanya menyuarakannya dikalangan ahli umno shj, apakah beliau keterlaluan??

    PM perlu keluar dr rangka selesa yg beliau “singgah” skrg.

  13. Abu Bakar says:

    Najib perlu sedar dengan apa yang sedang berlaku, sudah-sudahlah Najib hendak menipu dirinya, berdasarkan apa yang berlaku kini, Najib dan kuncu-kuncu serta puak-puak mereka lebih rela menipu diri sendiri, menafikan kebenaran, tidak mempedulikan kesan kepada parti, tidak peduli apa akan berlaku kepada Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak.

    Najib boleh kalau nak menipu orang lain, tetapi Najib tidak mampu menipu dirinya, sila dedahkan mengenai isu penyelewengan di dalam 1MDB serta isu RM 2.63 billion di dalam akaun Najib di AmBank, serta RM 2 juta di dalam akaun Rosmah di Affin Bank, jika Najib benar-benar seorang yang berjati diri yang tinggi, seorang yang berprinsip, seorang yang mempunyai maruah yang tinggi, sila ambil tanggungjawab terhadap apa yang telah beliau buat.

    Najib perlu pilih, antara nak mempergunakan UMNO dan Barisan Nasional bagi kepentingan dirinya hingga Barisan Nasional dan UMNO menjadi mangsa akibat keserakahan Najib, ataupun Najib sanggup bertanggungjawab atas apa yang telah dibuatnya dan mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO walaupun Najib terpaksa berhadapan dengan tindakan mahkamah dan dihumban ke penjara.

    Sudah tak ada jalan keluar kepada Najib dalam isu ini, apa yang dibuat sudah terlalu parah, jalan berliku telah jauh dilalui oleh Najib walaupun dinasihatkan oleh Tun Dr. Mahathir supaya berhentilah membuat perkara yang tak betul itu, tetapi kedegilan Najib menyebabkan Najib sendiri perlu menanggung akibatnya tanpa dapat berpatah balik untuk mengelakkan kerosakkan yang telah berlaku itu.

    Masa Tun Dr. Mahathir menasihatkan Najib supaya berundur, isu adalah sekadar isu 1MDB, sekarang dah melarat kepada isu TNB, isu Tabung Haji, isu Felda, isu Felcra, isu KWAP, isu KWSP, malahan akaun Najib di AmBank, RM 2 juta dalam akaun Rosmah, isu dengan media-media seperti Wall Street Journal, The Edge dan sebagainya, maka sudah tak ada jalan keluar bagi Najib, dia samada berhenti dan dan ambil tanggungjawab walaupun terpaksa menanggung akibat yang sangat pahit, atau Najib terus berpaut pada kuasa yang ada dan mengheret UMNO dan Barisan Nasional turut hancur bersama-sama Najib selepas PRU 14 kelak.

    Kepada ahli-ahli UMNO, sedarlah, ini bukannya soal nak mengancam proses demokrasi, bukannya soal nak menjatuhkan kerajaan, tetapi ini adalah perjuangan untuk memartabatkan kembali UMNO, memperkasakan kembali Barisan Nasional dalam menghadapi PRU 14 dengan lebih cemerlang dan jaya.

    Sedarlah semua.

    Sedarlah semua.

  14. Abu Bakar says:

    Sebagaimana pendedahan Encik Tenno mengenai Standby Credit oleh pihak kerajaan kepada 1MDB dengan nilai sebanyak RM 950 juta, apakah yang dibuat oleh 1MDB dengan wang sebanyak itu?

    Malahan sekarang ini, bagaimanakah dengan operasi 1MDB itu sendiri, 1MDB sendiri sudah kering kontang kewangan mereka, bagaimanakah mereka nak menguruskan dan mengoperasikan 1MDB itu sendiri?

    Begitu juga dengan pendedahan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni dalam wawancara dalam sebuah program di TV 1 sebelum ini, berdasarkan penerangan beliau, 1MDB akan dibubarkan menjelang Februari 2016, menjadi isu di sini adalah bagaimanakah dengan pelaburan di dalam bon serta standby credit kerajaan di dalam 1MDB itu? Bagaimanakah 1MDB nak menyelesaikan hutang dan bon-bon serta faedah terhadap bon-bon berkenaan dengan keadaan kewangan 1MDB kini yang dah sangat tenat sekarang ini?

    Malahan berdasarkan kenyataan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni juga, selepas 1MDB dibubarkan, akan diwujudkan tiga entiti baharu iaitu Edra Global Energy, Bandar Malaysia, dan TRX. Tetapi berdasarkan kenyataan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni, 70% kepentingan Edra akan dikuasai oleh pihak luar, hanya 30% oleh pihak kerajaan. Dalam TRX dan Bandar Malaysia pula, pihak luar akan menguasai 60%, manakala pihak kerajaan hanya menguasai 40% sahaja, ini bermakna pihak luar yang akan menguasai entiti yang ditubuhkan itu, malahan seperti tanah di TRX dan Bandar Malaysia, akan dikuasai oleh pihak luar dengan begitu sahaja, sedangkan Najib sebelum ni dengan gahnya menyatakan TRX akan dijadikan pusat perniagaan bumiputera, tetapi dengan penguasaan 60% penguasaan oleh pihak asing, apakah perkara ini dapat dilaksanakan?

    Begitu juga dengan Edra Global Energy, saya sangat meragui dengan Edra Global Energy ini, apakah Edra Global Energy ini boleh disenaraikan seperti yang dirancangkan? Melihat kepada isu stesen janakuasa Jimah Timur 3B, Edra Global Energy gagal untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan stesen janakuasa berkenaan, malahan tapak projek pun tak disediakan lagi, malahan TNB pula dipaksa beli ekuiti dalam projek Jimah Timur 3B itu dengan pelaburan RM 11.7 billion, bagaimanakah pelabur akan yakin dengan Edra Global Energy itu sedangkan Edra Energy itu wang pun tak berapa nak ada, malahan tak mampu nak laksanakan projek sendiri pun.

    Isu ini menjadi makin parah, maka Najib dan kuncu-kuncu sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini kerana semua masalah ini berpunca dari mereka juga, jangan heret UMNO dan kerajaan Barisan Nasional lagi dalam masalah peribadi Najib dan kuncu-kuncunya berkaitan isu 1MDB, RM 2.63 billion dalam akaun Najib, RM 2 juta dalam akaun Rosmah, isu ini perlu diselesaikan oleh Najib laki isteri dan kuncu-kuncu tanpa menyeret UMNO dan Barisan Nasional dalam masalah mereka.

    Sudah-sudah membuat kerosakkan, jangan kerana kepentingan diri yang membuat kesalahan maka seluruh Barisan Nasional hendak dihancurkan pula.

    Jangan kerana Najib dah tak ada arah untuk lepaskan diri dari perbuatan buruknya ini, maka segala dengan UMNO, parti komponen Barisan Nasional pula turut nak diheret hingga rosak binasa pula.

    Kepada ahli UMNO sedarlah, bertindaklah dengan waras, keutamaan kita adalah kepada Barisan Nasional, dalam isu Najib ini, masalah ini dibuat olehnya, dia perlu selesaikannya dan bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri itu.

    Sedarlah semua.

  15. raplahjingaa says:

    hmmmmmm…..desas desus Zahid pulak dok mengelabah…nak jaga Najib atau nak jaga kedudukan dia dalam UMNO dalam jangka panjang, lantak hang lah Zahid ! hehehehe..

  16. sman says:

    Dulu keadaan masih gelap gelita RM 42 billion lesap kata Pak Mantan ,ramai puak yg bengap buta huruf tak tahu baca Penyata Kewang 1MDB yg percaya,Midin dan Shafie pun cepat buat kenyataan ketuk kepala Najib kerana temakan cakap Pak Mantan,tapi akhirnya diam-diam tukar arah,bila di minta letak jawatan siapa yg tak setuju,semua menyepi macam tikus jatuh ke beras.

    Sekarang pulak keadaan dah semakin cerah,Jasto dah tertangkap,polis Thailand dah buat kenyataan ,ST S’pore dan wawancara Jesto.Lester dah dedahkan kedudukan,PAC dan AG dah kata setakat ini belum ada bukti wang hilang,Special Task Force,tak jumpa-jumpa lagi wang 2.6 billion masuk akaun Najib,susah benar ke nak cari.1MDB pula dah langsai hutang RM 3.6 billion,13. billion lagi tunggu masa nak langsai.TNB pula dah tawar diri nak ambil alih sebahgian IPP ,Najib pula confidence je tunggu lapuran siasatan.Agak-agak Midin ni akan buat pusingan U lagi ke macam dulu ,atau dah kali ke dua terlajak ni,kena lah angkat kaki ikut Pak Mantan jadi Mantan TPM pulak.Apa-apa pun yg dua tiga kerat baru mengangkat kepala semula tu akan terkejut beruk dan mungkin juga pengsan nanti dgn hasil siasatan.

  17. raplahjingaa says:

    hmmm…bila pulak Tun kata 42 billion lesap ??? hehehehe…dah gelabah sampai jadi macam cai PAS pulak hangpa ni.

  18. t kamarulzaman t ismail says:

    Terlalu banyak rahsia tersembunyi dalam kes 1mdb. Sebuah badan yang 100% dibantu oleh kerajaan sehingga kerajaan sanggup mengambil risiko yang boleh membawa kepada kemusnahan ekonomi negara tidak mungkin tersilap sana sini tambahan pula dipengerusikan oleh Ts Najib Pm sendiri.

    Banyak perkara yang tidak dijawab contoh siapa Jhow Low dan peranannya dalam 1mdb dan apa kaitan anak tiri Tsn dengan Jhow Low.

    Jawaban kepada kekeliruan 1mdb berbelit2 dan tidak konsisten.

    Kadang2 Menteri2 dan tokoh2 yang penting yang hendak perbetulkan keresahan memberi komen tanpa asas sebaliknya memberi komen yang merupakan bentuk tuduhan kepada pihak yang ingin tahu. Nampak sangat one sided comment saolah2 memberi komen untuk ambil hati Tsn sahaja.

    Persoalannya kenapa 1mdb terlalu berahsia dan membiarkan sehingga mahu buat tangkapan teradap orang yang kononnya membocorkan rahsia. Kewajarannya siasatlah pembocaran itu dari orang yang tahu rahsianya. Kalau terdapat kebenarannya siasatlah rahsia yang telah dibongkarkan bukan tangkap dan hukum.

    Perkara2 seperti inilah salah satu daripada keraguan2 yang susah hendak diterima. Nampak semacam banyak perkara tersembunyi dan meragukan disebalik kewujudan 1mdb.

Leave a Reply