Menu Utama

Muhyiddin Pun Tak Kecoh, Orang Lain Pulak Yg Gila

51438144741_MUHYIDDINPC

SIDANG media Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya pagi tadi memang dinanti-nantikan.   Masing-masing wartawan yang hadir, menunggu-nunggu dengan semangat bahan yang boleh dijadikan ibu berita, maklumlah, benda tengah panas.

Tapi bak kata pepatah Melayu, diharap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Jauh dari jangkaan, tidak ada komitmen untuk menentang pemecatan habis-habisan, tidak ada rancangan demo menjatuhkan kerajaan, undi tak percaya dan seumpama itu, sebaliknya Muhyiddin menunjukkan dia adalah pemimpin berjiwa besar dengan mengutamakan perpaduan parti dan negara.

Mana tak muncung semua yang mengharap dapat ambil kesempatan termasuk kelompok pengikut Tun Mahathir yang katanya berkampung dari malam tadi.  Mana tahan setakat dapat air mineral dengan lebih-lebih mee goreng tak habis dimakan orang ye tak?

Jadi penulis hairan, yang kecoh-kecoh dari semalam ni apahal?  Artikel penulis yang cuba menjelaskan bukan aneh Timbalan Presiden UMNO tidak ada jawatan kabinet pun penuh dengan komen-komen yang tidak berkaitan langsung dengan apa yang cuba disampaikan.

Muhyiddin yang kena pecat pun tidak ada apa-apa nampaknya, yang takde hubung kait sama sekali pulak kecoh lebih. Kononnya 4.30 petang semalam akan ada pertemuan dengan YDPA untuk memecat Perdana Menteri, kononnya Wanita UMNO menyerbu rumah dan berikrar untuk berdiri di belakang Muhyiddin dan sebagainya.

Padahal satu pun tak berlaku, Muhyiddin nampak tenang saja.

Bagaimanapun jangan silap.  Kita tahu apa yang sedang berlaku, tapi sekurang-kurangnya berdasarkan kenyataan hari ini tidak menunjukkan Muhyiddin ada terjejas apa-apa dengan pengguguran semalam.  Seperti yang sudah penulis jelaskan, yang gugur hanya jawatan kabinet, jawatan parti Perdana Menteri tak usik sebab itu hak ahli UMNO.

Jadi kalau rasa penyokong Muhyiddin sangat, terima sajalah yang Muhyiddin dah terima hakikat dia digugurkan, jangan pulak fitnahkan dia.  Kalau gerakan Muhyiddin dah bermula betul-betul esok, kita peranglah sungguh-sungguh.

Sementara masa itu sampai, buang masa saja bergaduh.






15 Komen to Muhyiddin Pun Tak Kecoh, Orang Lain Pulak Yg Gila

  1. System baru says:

    Yg kecoh cuma abu bakar je betul tak. Macai dari RBA tak akan berjaya pecah umno itu sekian terima kasih,

  2. adamyussof says:

    sebenarnya mereka yang merapu kat dalam portal ni adalah golongan mereka yang berumur b40 atau mereka yang baca paper keadilan atau harakah atau paper yang merapu…….kalau mereka mengikuti perkembangan politik sejak dari 1986 sampai hari ini, mereka akan tahu sebenarnya siapa yang BENAR DAN BETUL,SIAPA PEMBOHONG DAN PENIPU,SIAPA MENJUAL AGAMA………..nasib baik nik aziz dah mati , kalau tak pas akan lagi merapu…haron din ni nampaknya rasional sikit, cakap pun ada pakai akal……!!!!!

  3. frozz says:

    Korang dh tgk video najib mengaku duit 2bn masuk akaun dia….cari la sendiri

  4. Badrole Amin says:

    sikit pun aku tak percaya anak haram(abu bakar) itu ahli UMNO

    rasa macam nak ludah bertepek muka kapir tua laknat lim kit siang & juga macai seperti anak haram(abu bakar) itu, macam manalah aku tak nak ludah muka mereka….

    1. semasa Ghani Patail umum dia menjadi ketua pasukan penyiasat khas(task force) bersama BNM, PDRM & SPRM, kapir tua laknat itu kata siasatan akan menjadi berat sebelah, tidak telus, sebab nak selamatkan(sebut tutup ‘penyelewengan’) Najib tentang isu 1MDB & USD700 juta yang kononnya dimasukkan dalam akaun milik Najib

    2. bila Najib menggantikan(bukan pecat) Ghani Patail dengan AG baru, haramjadah2 ini mempertahankan Ghani Patail pula…apa punya gila ni?

    selain TS Muhyiddin digantikan, Ghani Patail pun tak kecoh digantikan tapi anak haram(abu bakar) itu pula yang meroyan serupa orang gila…sundal betul!

  5. Pak Tho says:

    Ha. Haa.haaa. Dengan tindakan cool TS Mahyuddin Yassin membuatkan rakyat melihat dia seorang HERO , manakala Najib dilihat sebagai BAGERO. Haaa. Haaa. Bijak..bijak.

  6. Badrole Amin says:

    rakyat pun berkata dalam hati, dah kena gugur pun HERO masih nak tolong BAGERO kuatkan parti…HERO apa kebendanya Pak Tho?

  7. Pak Tho says:

    Badrole amin . Cuba sahabat lihat orang yg sekeliling kita bila berbicara tentang isu pemecatan TMY ni. Pasti sahabat kebenaran hujah saya tu. Buka mata dan pasang telinga.

  8. Badrole Amin says:

    buka mata dan pasang telinga harus pandai membuat tapisan sebab banyak yang masuk ke dalam telinga merupakan keladak, memanglah keladak ini Pak Tho pun suka ianya masuk sehingga dihadam dari mendengar fakta atau sesuatu yang sudah dijelaskan…bila sudah jelas kalau sengaja masukkan keladak banyak2 apa yang jelas menjadi tidak jelas, menjadi tidak jelas sehingga perkara yang sudah difahami menjadi satu kepelikkan dan sebagainya

    setakat ini, orang2 disekeliling sahabat lebih ramai yang menyokong DS Najib menggugurkan TSMY…memang ada yang kata tidak patut DS Najib gugurkan TSMY dari jawatan TPM tapi setelah sahabat terangkan mereka boleh faham

  9. nana says:

    Najib ikut kata Tun supaya pecat orang x sehaluan. Jadi salahkan Tun. TSMY pula nampaknya jadi pengikut Tun, maknaya beliau setuju dipecat. So whats wrong? Apapun perubahan ini untuk kebaikan. Bagi peluang orang lain pegang jawatan x gitu? Lagipun hidup ni macam roda kejap di atas kejap di bawah, redha jelah. Semuanya kadha dan kadar Allah.

  10. Sarah says:

    Sepatutnya kita rakyat Malaysia bersatu padu bagi tekanan pada Najib utk letak jawatan atau sekurang2nya berehat sementara siasatan dijalankan.

    Sebagai seorang yg dikaitkan secara langsung dengan penyelewengan 1MDB, Najib selaku Perdana Menteri perlu ambil tindakan yg bertanggungjawab dengan meletak jawatan atau sekurang2 nya berundur sementara, tetapi beliau enggan.

    Dari segi moral dan maruah negara adalah sangat memalukan utk Najib masih memegang jawatan Perdana Menteri dengan dirinya dikaitkan dengan sejarah penyelewengan yang sebesar ini. Jika di negara maju pastinya tindakan meletakkan jawatan adalah sesuatu yang dijangka jika seseorang pemimpin dikaitkan dengan kesalahan yang menjejaskan kredibilitinya tetapi tidak buat negara kita, Malah dalam situasi di negara kita Najib sendiri menjadi ketua dan mempunyai kuasa kepada semua agensi yang sedang menyiasatnya. Beliau juga bebas menamatkan perkhidmatan mereka dengan serta merta atau menukar mereka kepada jawatan lain semasa siasatan sedang berjalan.

    Saya merayu kepada perwakilan – perwakilan UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan supaya menyebelahi kebenaran dalam perkara ini. Anda adalah wakil suara kami rakyat biasa yang mahukan kebenaran, lakukanlah perkara yang betul demi sebuah negara yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Janganlah bersama pemimpin yang menyeleweng, beranilah berkata benar, beranilah bersuara menentang penyelewengan ini. Janganlah melindungi pemimpin yang salah. Terima kasih kepada yang berjuang menyatakan kebenaran walaupun anda bukan majoriti dalam perjuangan ini. Terima kasih kepada yang terkorban demi menentang penyelewengan ini. Jasamu dikenang.

  11. Sarah says:

    Saya kesal komen saya sebentar tadi telah dipadam dari ruangan komen ini. Nampaknya hanya komen2 yang menepati citarasa blog ini saja yang dibenarkan. Sedih bila tidak ada ruang untuk rakyat biasa macam saya yang tidak punya apa2 jawatan dalam UMNO dihalang untuk menyuarakan kebimbangan dan harapan.

  12. Abu Bakar says:

    Ikut sukalah kamu nak tuduh saya ‘anak haram’ pun wahai Badrole Amin, kerana saya yakin saya anak sah taraf, saya lahir selepas dua tahun ibu bapa saya berkahwin.

    Berhubung kononnya sekarang ni ramai yang menyokong Najib, kau tak payah nak auta wahai Badrole Amin, kerana ahli akar umbi UMNO sendiri ramai yang terkejut kerana mereka sendiri berpandangan kerana Najib diselubungi skandal jenayah, malahan Najib tak boleh jawab atau nafikan skandal jenayah yang bersepah-sepah di sekelilingnya itu, maka ahli-ahli akar umbi UMNO sendiri berharap Najib yang samada letak jawatan terus atau ‘berehat’ seketika untuk pihak berkuasa menyiasat perkara ini tanpa sebarang gangguan.

    Tetapi lain pula yang jadi, Najib yang ‘berak di tengah’ jalan, tetapi Najib suruh Tan Sri Muhyiddin tanggung akibatnya pula, memang tak kena langsung, Najib yang ada skandal jenayah, tapi Tan Sri Muhyiddin yang dipecat pula.

    Bukan itu sahaja, sekarang ini di peringkat akar umbi sudah tak dapat nak menerima Najib sebagai Presiden lagi, kerana bukan sahaja memecat Tan Sri Muhyiddin, malahan Najib menggangu siasatan kes melibatkan jenayah yang disyaki dia buat itu dengan memecat Peguam Negara, lepas tu dia lantik pula pengerusi dan tiga orang ahli PAC jadi timbalan menteri dan menteri, maka sekarang ini PAC tak boleh beroperasi untuk menyiasat kerana pengerusi dan ahli PAC yang dilantik jadi timbalan menteri dan menteri itu perlu meletak jawatan dalam PAC dan nak lantik semula pengerusi dah ahli PAC yang baharu perlu diluluskan dalam sidang dewan rakyat yang lagi sekurang-kurangnya 3 bulan lagi.

    Ahli akar umbi UMNO sendiri mengesyaki Najib membuat semua itu untuk menghalang siasatan terhadap kes jenayahnya itu, malahan tak pasal-pasal pejabat dalam Bagunan PDRM Bukit Aman boleh terbakar, yang terbakar itu fail-fail pula tu.

    Tak payahlah nak putar lagi wahai Badrole Amin, kerana dah banyak bukti mengenai salah laku Najib bersepah-sepah di sana sini sekarang ini.

  13. Spy Bukit Gantang says:

    Lotih lah ABU BAKAR. Dah terbakar jadi abu laa. Tak dak modal lain ka? Asyik ulang tayang fitnah tu je, boring lah.

  14. Budin bin Madin says:

    Hidup UMNO! Hidup DSN! Nyahkan pengkhianat parti!

Leave a Reply

Threesome