Menu Utama

Emel Pembaca: Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan dan Sahabat

Assalamualaikum Tan Sri Muhyiddin,

Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat.

Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi.

Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar.

Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah.

Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.

Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks.

Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.

Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO? Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO?

Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah.

Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Barisan Nasional.

Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat.

Ikhlas
Amin Yatim






41 Komen to Emel Pembaca: Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan dan Sahabat

  1. gambus says:

    Tu laa realitinya , bn berhadapan saingan paling sengit dlm pru juka diadakan arini dan org cina 98% masih takkan undi bn , harap najib faham

  2. itsme says:

    kalau org no 2 pun dh berbunyi pastinya teruk keadaan sebenarnya. harap dsnajib & rosmah faham.

    siapa yg khianat negara bangsa dan agama sebenarnya? PM.atau timbalannya??

    jgn berlindung disebalik keadaan dasar ekonomi yg sememangnya baik dan mantap? adakah dasar2 ini kabinet sekrg yg bina?? jgn lg duduk blkg felda, kuar kedepan dan jd panglima bugis spt dicanang.

    Rakyat pun dah nampak bagaimana akan ranapnya Msia jk PM Najib masih disinggahsana. Tunggu jelah kedatangannya. Bibit2 & angin sepoi2 dh mula bertiup masih lagi nak tunjuk spt tiada apa2? silakanlah….

  3. Pak Tho says:

    Ds Najib harus mempunyai hati yg besar dan berani demi survival UMNO. Tak perlu penyokong mengelarkan Ts Mahyuddin sebagai pengkhianat dan sewaktu dgnnya. Dengan sikap berdiam diri Ds Najib atas beberapa isu yg dibangkitkan tidak membantu pun persepsi rakyat terhadap beliau.Rakyat masih sayangkan Umno tetapi rakyat menolak Ds Najib sebagai pemimpin Umno. Apa pilihan yg rakyat ada sekarang. Nak kata Ds Najib menjadi mangsa fitnah oleh anasir² dalam dan luar negara utk menjatuhkan beliau mungkin juga, tetapi sikap membisu tdk membantu sedikit pun. Baik sangat ke dia?. Bila pelbagai tuduhan terhadapnya tdk berjawab. Berundur lah demi survival Umno. Kita perlu pemimpin yg tegas dan keras. Ds Rosmah sedikit sebanyak memrosakkan pandangan org ramai kepada PM. Kerosakan tdk boleh diperbaiki lagi. Jalan terbaik. UNDUR.

  4. frozz says:

    Aku org melayu…tsm mengkhianat aku…tidak…abis siapa?…lu pikir la sendiri..

  5. Badaruddin says:

    To all mykmu bloggers and guardians of najib’s galaxy, use the grey matter ALLAH gives us.

    2. Janganlah kerana tsmy dah bersuara terus dituduh pengkhianat pada melayu, umno dan sahabat

    3. Yang penyebab fiasco 1MDB adalah pengkhianat sebenar bukan sahaja pada melayu dan umno bahkan seluruh rakyat malaysia dan negara.

    4. Kalau betul, berani tampil ke hadapan. Kalau salah sememangnya takut bersemuka dengan realiti dan kenyataan.

    5. Be honest with yourselves and GOD…. do u defend a party which has been unnecessarily implicated by its one and only corrupt leader?

    6. It is not fair to us the BN voters in east malaysian states except salleh keruak and rahman dahlan

  6. azhar daeng says:

    saya ahli umno biasa ….saya ada hak bersuara….dan saya setuju tan sri menyatakan pendirian tentang isu-isu penting di atas pentas platform persidangan umno bahagian…keterangan penjelasan oleh tan sri lebih mulia dengan berucap perjelas depan di perhimpunan orang-orang melayu dan ini adalah hak suara akar umbi ahli parti…di mana keadilan hak ahli biasa UMNO kalau pemimpin tertinggi TPM atau MT pun tidak boleh berkata tidak boleh perjelas di pentas persidangan UMNO…adakah kita sanggup menerima pemimpin berbohong bersandiwara walhal yg nyata seluruh pelusok cerok kampung bandar kota desa sudah semakin hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan….pada saya pengkhianat parti yg sebenar adalah orang yg bersubahat bersekongkol sama menutup kesalahan dan membenarkan perkara yg mungkar salah malahan menghina pemimpin yg menyatakan pandangan benar demi kebaikan parti keramat orang melayu

  7. Tun Teja says:

    Kaedah Najib berpolitik diluar kemapuan TSMY..

    Bagi TSMY persepsi adalah politik yg benar dan bakal mempengaruhi pengundi. Malah persepsi dijadikan fakta didalam menuduh seseorang.

    Sbg contoh disebabkan WSJ menuduh Najib rasuah dan disebabkan 52% rakyat menolak BN atas sebab itu menjadi viral maka TSMY terus mengatakan itulah fakta.

    Benarkah?

    Persepsi dikuasai pembangkang kerana semnagat menjatuhkan UMNO cukup kuat.Tanpa dibayar mereka terus menerus membuat persepsi..

    Kita nak katakan kpd TSMY siapa cybertrooper beliau? Dimana TSMY melawan persepsi???

    Selama ni persepsi ditangani blogger pro Najib..Benarkan?

    Dimana cybertrooper Pemuda?

    Persepsi bukan kebenaran tetapi disebabkan ianya menjadi KESUKAAN RAKYAT YG ROSAK AKHLAKNYA TSMY MENJADIKAN IANYA SEBAGAI BENAR DAN SAHIH.

    Rakyat rosak akhlaknya?

    Ya bila Najib menyerahkan semua isu berkaitan 1MDB kepada agensi beramnah PDRM,Bank Negara,AG dan SPRM rakyat menjadi bangang..

    Sepatutnya rakyat bersyukur kerana tugas menyelesaikanmasalah diberi kuasa kpd pihak yg benar benar telus.

    Politik sekadar menjawab tanpa mengunakan pihak berkuasa menyiasat sudah berakhir dibawah kepimpionan Najib..Samada suka atau tidak Najib sudah buat transformasi politik,Tiada lagi perbahasan penyelewengan semua diserahkan kpd PDRM dan mahkamah.

    Bukan Rakyat menjadi Hakim tetapi Mahkamah.

    Cuma TSMY masih di era politik lama dan TIADA CYBERTROOPER.Mampukah beliau mengemudi isu2 yg bakal melanda??? Jawapan tentulah lagi teruk facebook pun tidak aktif..

  8. Umnojuga says:

    Tun Teja,

    Yang memburukkan lagi persepsi khalayak terhadap Umno adalah orang macam awak; yang bermati-matian menegakkan benang yang terang-terang ‘kelihatan’ basah.

    Ya, cybertrooper pro Najib yang berusaha membetulkan persepsi yang kononnya salah itu? Tapi soalnya, apakah berjaya? Atau sebenarnya setakat syok sendiri? Setakat untuk dapatkan tambahan duit raya?

    Tak perlu tanya di mana cybertropper TSMY atau Pemuda atau sesiapa pun. Yang perlu ditanya adalah kenapa mereka tidak bermati-matian mempertahankan kepimpinan dalam isu 1MDB ni? Jangan salahkan mereka kerana tidak ada orang bermaruah sanggup mempertahankan sesuatu yang tampak ‘karut dan mengarut’.

    Tentang persepsi juga, apabila DSN tidak menjawab ya atau tidak tentang wang AS$700 yang didakwa masuk ke akaunnya itu, sebaliknya memberi jawapan lain yang bersifat konar baring, maka tidak dapat tidak ia mencetuskan pelbagai tanggapan. Jadi, persepsi tidak muncul dengan sendiri, tidak juga hanya kerana permainan musuh politik, tapi acap kalinya kerana perlakuan dan gerak watak kita sendiri!

  9. azhar daeng says:

    Serangan berlapik Tan Sri Muhyiddin tidak akan sampai ke mana..

    Satu panggilan kepada Ketua Perhubungan Negeri memungkinkan tiada Bahagian lain pun yang berbunyi selepas ini.

    Di dalam UMNO kini, demi Melayu, Bangsa, Ugama dan Negara sudah menjadi janggal dan asing.

    Tan Sri Muhyiddin sekarang mula dicemuh sebagai pengkhianat,musuh nombor satu, gunting dalam lipatan dan dilondehkan dengan segala bentuk keburukan.
    Tidak mustahil ada Bahagian akan menggesanya berundur jika sudah tidak sokong Najib.

    Who is king?

  10. GT86 says:

    Apa maksud admin, dengan menyiarkan artikel ini?
    Mahu menguji populariti Najib atau memecahbelahkan lagi UMNO…???
    Jangan di jolok sarang tebuan, TMSY telah menyatakan sokongannya, walau ramai yang kecewa.
    Adakah salah TMSY menyatakan pendiriannya?
    Adik kandung sendiri tidak bersetuju dengan cara abang kandungnya. Adakah dia pengkhianat?

    Seorang rakyat biasa kepada rakyat biasa,
    Amin Yatim, anda tidak ikhlas …..

  11. alisya says:

    Macam nilah admin

    Aku ahli UMNO dan pengundi tegar tapi aku seperti orang lain ingin tahu kebenaran .. kes yang satu ini … bagaimana nak menerangkannya …
    1. Duit disimpan di Cayman Island
    2. Duit disimpan diSwiss bank di Singapura
    3. Duit dalam bentuk cash
    4. Duit bertukar Saham
    5. Saham bertukar unit ..

    aku tak peduli kau nak kata TSM khianat ke, Tun tanya 42b ke .. bla bla bla … aku orang kampung cuma nak penjelasan bagaimana duit tu boleh berpindah randah dan bertukar status .. kau nak jadi pengampu najib lantak kaulah admin ..tapi tolong pesan kat Najib ..BERHENTILAH JADI PEMBOHONG ..

  12. sman says:

    Ala hai,tak kan semua dah lupa,siapa yg lebih ‘berbunyi’ masa Pak Lah diminta meletak jawatan oleh Pak Mantan dulu,dia juga lah orangnya.Sedangkan Najib sendiri masa tu tak kata apa pun selain kata berdiri teguh di belakang Pak Lah.Masa tu anak tangga tinggal dua mata saja dan sekarang tinggal satu mata saja lagi.kalau tak tolak menolak mana nak sampai di mata tangga teratas,waktu pun dah hampir Maghrib.Biarkan saja lah mereka nak tolak menolak,siapa pun yg duduk di atas kita sama saja.Ini bukan soal khianat mengkhiant,tapi soal rebut merebut.

    Orang Melayu tak usahlah cepat berputus asa,kalau siapa pun jadi pemimpin,perangai Melayu tak berubah,tunggu subsidi,tunggu pertolongan,tunggu durian runtuh,letak PaK Mantan yg di puja-puja tu kembali jadi PM pun orng Melayu terkebelakang juga.Jadi kalau TSMY nak jadi PM silakan,Najib nak terus jadi PM silakan.Tapi tang Najib ni dia kena berani menikam lawan,kalau tidak rasanya dia memang akan diundurkan.

    Pada aku kalau nak di kirakan dari segi polisi,utk jangka panjang nya PM Najib lebih bagus.Polisi ekonomi Najib memang baik utk masa depan,walau pun sekarang agak memeritkan.

  13. raplahjingaa says:

    Senyap sunyi artikel ni dari komen peminat Najib….tengah berfikir ke ?? Hangpa jangan dok berfikir lama-lama…UMNO harus di selamatkan dari kemusnahan yang Najib bawa.

    Tan Sri Muhyiddin telah menongkah arus sungai yang kotor untuk membawa harapan yang menggunung tinggi.

    Persepsi..filasi..perkataan-perkataan yg digunakan peminat Najib untuk ” mengaburkan ” kelemahan Najib dari pandangan…tapi sayang, kelemahan Najib sudah tak dapat dikaburi, kerana ianya dah menjadi gunung yang berdiri dan nampak kelihatan sejauh mata memandang.

  14. sman says:

    Raplahjingga,

    Terus terang aku nak katakan aku masih peminat Najib,cuma yg aku mahu PM Najib bertindak agresiff utk menghapuskan musuh politiknya,biar pun terpaksa kelihatan kasar,termasuklah terhadap Pak Mantan yg kau sanjugi tu.Sehinggalah PM Najib terbukti bersalah,barulah aku akan menukar pendirian ku,tapi walau apa pun jauh sekali dari aku menyokong Pak Mantan.

  15. raplahjingaa says:

    sman..sampai berjanggut lah kalau hang nak tunggu Najib bertindak agresif, jangankan kata musuh politik, pada musuh Negara pun dibiarkan mereka berkubu berminggu-minggu di lahad datu…hang dah lupa ke ??

    Yup…secara terbuka aku mengaku aku sanjung Tun Mahathir, dia tak sempurna, kerana kesempurnaan itu adalah mustahil, tapi dia telah meletakkan Negara pada landasan yang betul.

    Tun hanya bersuara lantang tentang 1MDB…kenapa tiba-tiba hangpa peminat-peminat Najib menjadi ultra defensive ?? Apa salah sangat ke bertanya tentang 1 MDB ??

    Dibawah pentadbiran Najib…belaku pekara-pekata taboo yang tak pernah berlaku selama ini…bangsa melayu dihina secara terbuka, agama Islam di cemuh, Raja-Raja Melayu di maki hamun, malah cina tidak lagi menyokong BN, hatta cina MCA pun.

    Yang paling teruk sekali sokongan rakyaat yang boleh mengundi hanya 49% berpihak kepada BN, Majority 2/3 terpaksa kita lupakan. Nasib baik Negara ini mengikut system westminister, kita selamat.

    Hangpa belum matang untuk melihat kenyataan…mempertahankan Najib bererti meruntuhkan UMNO !!

  16. Messiah says:

    Yang mengkhianat melayu adalah orang saperti awak yang mengyakan perbuatan terkutuk mencuri wang rakyat olih Bugis Warrior.Awak Tanya tak dia duit itu masuk akaun dia cara magik ke atau Tuahn yang bagi kat dia atau wang 1MDB yang dia kebas sampai syarikat itu tenant. Orang islam bercakap benar awak membelakangi kebenaran dan sial akan menimpa awak dalam masa terdekat kerana laknsat Allah akan terkena pada awak yang membenarkan kemungkaran.

  17. PakLong says:

    Melayu…melayu..tak habis habis bersengketa sesame sendiri…
    Pepatah Hang Tuah..”Tak melayu hilang di dunia” sebenarnya salah
    Tak melayu kalau tak bersengketa sesame sendiri…

  18. […] ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO,Kerajaan Malaysia dan para sahabat. IkhlasAmin Yatim APA KATA ANDA ??? […]

  19. anakmalaysia says:

    @azhar daeng dan @sman…komen anda memang bernas…TSMY sudah jadi penghianat kepada Malaysia…sepatutnya beliau memberi sokongan tapi ada segelintir ahli yg sanggup mengadai maruah hanya untuk berkuasa…pendapat saya IQ TSMY ni tak kemana juga…lebih baik bagi jawatan TPM kepada salah satu timbalan presiden….

  20. kamal says:

    kami yg silap , TPM ambil tindakkan yg bagus kerana menjaga HAK UMNO dan BN bukan mcm kamu yg tulis ni bahan nasi kangkang byk sgt sampai lupa hak rakyat dan melayu … Isu IMDB hanya satu jawapan aje PM ke bagi iaitu mane duit 42Billon . dan siapa JHO .. Tapi kenapa tak jawap .. ? kamu silap lah …kita nak selamat kan umno bukan mcm kamu dah ada kuasa sikit tapi lupa diri buat selamanya ..

    Nak pandai lagi masuk sekolah semua , ingat rakyat malaysia bodoh mcm boss kamu aje

  21. mohd safri zohdi says:

    kepada penulis mykmu.net.kamu mesti faham angkara yang dilakukan Dato Seri Najib sangat mengecewakan orang Melayu. jika kamu buat servey dan pendapat orang Melayu sekarang ini apa yang dikatakan oleh YB Tan Seri Muhyiddin adalah betul.Jika kita hendak menyokong atau mendokong peminpin tu berpada-padalah dan guna pemikiran yang siuman, jangan gunakan akal yang sempit seolah tidak berakal dan membabi buta.Orang kata , jangan terlalu membodek.UMNO ni adalah bertubuhan orang Melayu yang berjiwa nasionalis, bukan harta pusaka Dato Seri Najib boleh buat sesuka hati yang merugikan bangsa dan negara.Beliau ini terlalu leberal dan mengikut telunjuk bini, dan bangsa lain terutamanya bangsa tiongwa di dalam menerajui negara. Apabila berucap selalu menyebut bahawa negara ini mempuyai berbagai bangsa dan ketururunan tanpa menekan bahawa penduduk Melayu adalah majoriti dan penduduk asal di negara ini.Sehingga menyebabkan bangsa keturunan pendatang naik tocang, seolah Melayu yang berasal dari Nusantara ini sama mendatang dari Negara Cina dan India.Kepimpinan terutama hari ini selalu tunduk dan melayan kerenah dan kehendak keturunan pendatang ini.Sistem pembelajaran terdahulu terutamanya di bawah Dato Seri Najib menjawat Menteri Pelajaran hasilnya pada hari ini telah gagal mentarbiah rakyat yang rata-rata berumur 45 tahun kebawah memahami pembentukan negara dan salasiah negara Malaysia ini.Saya sejak PRU dulu mengundi BN mungkin akan beralih dengan keluarga, anak beranak saya yang seramai 7 orang ke parti lain.Ini bukan dari saya sahaja bahkan dari ramai orang Melayu yang saya ketemui dan meluahkan kata apa yang saya rasa.Diperingkat Bahagian UMNO kebayakannya ahli akar umbi merasakan bahawa sokongan mereka terhadap UMNO malin pupus. Ingatkan ketua bahagian bahawa mereka ini tidak boleh mengawal ahli-ahli di peringkat cawangan ditambah lagi pengundi Melayu yang bukan ahli UMNO.Awak penulis jangan kipas terlampau kerana awak bukan menentukan kehendak rakyat di dalam PRU. Apa yang dikatakan oleh Tan Seri Muhyuddin adalah betul.Kamu pergi turun ke cawangan-cawangan dan berjumpa dengan puak marheem kat bawah sana dan buat kajiselidik.Jangan syok sendiri , ingat Dato Seri Najib pernah menang tipis di Parlimen Pekan dengan majori undi 250 lebih sahaja.Saya ingin mengingatkan kamu dan Peminpin UMNO yang ada ini jangan orang melayu melihat UMNO sama seperti sampah dan perasaan getik terlampau.Ingat dibenak bahawa perjuangan UMNO untuk Melayu, Agama dan Negara.Jangan jadi petualang bangsa Melayu untuk kepintingan diri.

  22. rockers says:

    anakmalaysia..
    mcmmana nk sokong najib klu sampai skg pun najib masih membisu.mane x tmy pening kepala.sampai masa rakyat bosan dgn najib.patut najib kena ke depan.bkn macai posmen yg x tau ape2 psl 1mdb yg kecoh.buktikn semua pelaburan 1mdb.duit 700j tu pun najib x leh jwb.yes or no.tu je org nk tau.sokong jgn babi buta.nantikena cop bangang lg dgn najib.

  23. Pemerhati says:

    aku percaya DS Najib menerima dengan hati terbuka apa telah diperkatakan TS Muhyiddin…PM & TPM tidak akan ada apa-apa salah-faham apatah lagi bersangka buruk sesama mereka cuma mereka2 yang dibawah sahaja mengikut lumrah/tabie suka cepat melatah…melatah yang dimaksudkan ialah cepat bersangka buruk, terlebih sudu dari kuah, tidak berapa cerdik membodek(PM), tidak berapa cerdik memberi kritikan ‘membina’ sebaliknya banyak mengikut emosi(sebenarnya meluahkan kemarahan & ketidakpuasan-hati kerana ‘kepentingan peribadi’ tidak mendapat perhatian & layanan dari parti)…mereka ini boleh juga dinamakan golongan opportunis, banyak lagi sikap(positif & negatif) golongan opportunis ini jika hendak disenaraikan

    kalau ada yang rasa atau terasa antara golongan opportunis itu ialah TS Muhyiddin, aku nak kata betul lah tu

  24. Desmond says:

    Karangan penulis ini kata Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan dan Sahabat, tapi aku kata Muhyiddin buat itu demi untuk kebaikan negara MALAYSIA!Najib MUST DOWN!

  25. Omega says:

    Bangsat punya mahyuddin. Tokey direct nego tanah Johor. Org Johor pasti tak lupa kisah dulu kala.

  26. Abdul says:

    Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan dan Sahabat??!!!!!

    Tak perakal langsung. SOKONG TPM SOKONG UMNO. Kalau sokong Njib makna sokong duit berbillion -billion hilang.

  27. ancus says:

    sifirnya senang jer…sama macam kes jam omega…katanya jam ada, suruh ditunjukkan tak mau tunjuk..buah pelxx jadik kepala naga pun takkan ditunjukkan jam tuu.penulis email dgn admin ni 2×5 ni jugakkk..

  28. alyabu says:

    PM Najib tu dah jadi pencuri…takkan kita nak pertahankan pencuri..

  29. […] ini dibuat berikutan ucapan kontroversi Timbalan Presiden UMNO di perasmian UMNO Bahagian Cheras […]

  30. azmi says:

    Salam.. raja adil raja disembah raja zalim raja di sanggah.. saya percaya Tan Sri Muhyiddin hanya pohon supaya Dato’ Seri Najib melakukan pekara yang sepatutnya iaitu beri penerangan tentang 1MDB di mana beliau satu-satunya individu yang boleh beri kenyataan tentang isu tersebut.. bukan desak beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Tak sewajarnya langsung dia dilabelkan pengkhianat hanya apabila mahu tahu apa perkara sebenar yang sedang berlaku, saya sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu juga ingin tahu perkara yang sama. Adakah saya juga pengkhianat?

  31. Azam says:

    Salam,
    Kita sibuk sangat dengan bangsa. Kalau perangai bangsa sendiri tak elok tak kan kita kena lindung. Kalau bangsa lain elok kata lah elok. Apa masalahnya? Kita nak biasakan bangsa sendiri berterusan sampai bila-bila macam ni ke? Perangai buruk pun kena kata baik juga cuma sebab nak lindungi bangsa?

    Hai.. perkara senang macam ni pun kita susah-susahkan. Yang tak betul tetap tak betul… bukan kena tengok bangsa apa dulu.

  32. Jamaluudin says:

    Since when is a Malay deemed a traitor if he ask for the truth?

    We are taught to tell the truth in our own family.

    So is now suddenly because of this missing millions of ringgit, we are traitor if we want to find out what is going on?

  33. Jiwa says:

    Sudah 30 tahun dasar ekonomi baru/DEB, yang kaya kroni2 UMNO dan projek alibaba je, yang kenyang Cina MCA/DAP . Walau MCA dan DAP membangkang sesama sendiri tapi ukuwah bangsa Cina tetap mereka jaga .

  34. taroo says:

    Episod ini menguji sejauh mana kebijaksaan Melayu itu mentadbir tetapi jangan sekali nak mencuba pentadbiran yg baharu dari pihak pembangkang yg nyata akan dijadikan boneka oleh bukan Melayu.

  35. bravoria says:

    Maaf. Pandangan penulis Amin Yatim sangat cetek. Isu besar macam 1MDB tak boleh nak disorok sepertimana kes Altantuya. Dalam UMNO ada budaya jilat dan ampu hingga boleh menggelapkan mata serta kewarasan berfikir seseorang. Seorang PM mesti ada credibility dan must be seen to be clean. Najib dah hilang 2 benda ni tapi masih nak bertahan. Dia berani berbuat demikian kerana ada orang seperti penulis tersebut dibelakang beliau!!

  36. Bebas Sokmo says:

    Senang cerita….ambik quran dan tafsir. ambik juga hadis2 nabi junjungan besar kita. belek dari muka surat 1 hgga habis dan fahami suruhan dan panduannya. sapa kena buat tu. UMNO dan PAS lah…….buang ego dan rasa benci dan rasa sinis dan rasa cuak dan rasa jelek dan rasa hina menghina…tgk kulit kita yg kalau cantik mmg kita sama2 cantik dan kalau hodoh mmg kita sama hodoh. terimalah masing2 ada kelemahan dan kelebihan… lps tu berkerja samalah dgn megambil dari kedua2 quran dan hadis itu. dan jadikanlah bangsa melayu islam ini menjadi tuan mutlak dlm negara ini…..kalu tidak, akan jadi anak cucu kita pelarian dlm negara sendiri…aku ni Bebas Sokmo..bukan penyokomg tegar UMNO dan PAS sbb itu komen aku x tersembunyi sekelumit hipokrit kepartian tapi mmg aku anti DAP, MCA.GERAKAN, MIC dan HARAPAN BARU……kalau nak bedal aku pun bedal lah….aku peduli apa…

  37. capt razak says:

    Ok kalau tuduh tan sri muhyudin pengkianat kenapa tak gelar najib juga pengkianat.1mdb ditubuh tampa perbincangan dan kelulusan kabinet..ini pun dah terbukti najib bertindak bersendirian dalam mengunakan duit rakyat.kenapa najib boleh mengendalikan hutang 1mdb berjumlah 42 billion.bukan sikit.bila ts ghani patail siasat 1mdb beliau juga dipecat.sedangkan beliau dah dekat nsk pencen.
    Lu fikirlah sendiri

  38. Firus Che Man says:

    Peri pentingnya sekarang soal HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA Dalam bidang Ekonomi…
    Kenapa aku SEBAGAI BUMIPUTERA susah sangat minta geran UNTUK biaya perniagaan yang aku jangkakan akan mendatangkan hasil UNTUK negara selain aku dan rakan kongsi perniagaan, tengok depa hmmm… senang ja BOLEH geran sampai ratus juta, aku minta 4 juta jaa… Huhuhu… konpius!?!?!!!

    Nak buat pinjaman depa nak statement akaun rolling berjuta,… fuuu… Mana aku ada duit… dah usaha dapat sokongan masyarakat, persatuan nelayan, pejabat JPS, pejabat Tanah dan pejabat perikanan dah bg KELULUSAN dikawasan koordinat yang telah ditetapkan, tu pun berpuluh ribu juga dah habis, cuma nak buat PROJEK Ternakan ikan sangkar laut… konon nak jadi usahawan penternak, hmmm… pakai lopong laaa, bila ku FIKIRKAN balik, apa KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA sebenarnya???
    Yang tak punya Hak keistimewaan BUMIPUTERA pun BOLEH pinjam sampAi 42billion pulak tu… Hang ingat sebagai AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN… aku pikiaq apa???
    Seronok…
    KALAU ADA PELUANG BOLEH BANTU AKU, Sebelum 15.8.2015
    BOLEH call direct line 0166997475 Firus Che Man…

  39. Firus Che Man says:

    Nak tahu perkembangan BOLEH @ TAK BOLEH tolong, call aku Admin..
    Dalam 3 hari dari kenyataan ni…

Leave a Reply

Threesome