Menu Utama

Muhyiddin Digugurkan, Hanya 2 AJK Pemuda Bahagian Letak Jawatan

pemudaJohor-ResignKebodohan apakah Malaysiakini.com apabila membuat berita dua orang pemimpin pemuda UMNO Johor letak jawatan bantah tindakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Lapor Malaysikaini, tanda menunjukkan Umno bergolak ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mula terlihat lebih jelas apabila dua pemimpin pemuda di Johor meletak jawatan mereka hari ini.

Malah salah seorang daripada mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “pengkhianat”.

Pemimpin pemuda peringkat bahagian itu – Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin – adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara.

Menurut Asrul Esreen, peletakan jawatan ini disebabkan perjuangan kepimpinan tertinggi sudah terpesong jauh dari perjuangan asal pemimpin terdahulu.

“Kebanyakan keputusan diambil tidak memihak kepada rakyat. Mana slogan Rakyat Didahulukan?” katanya hari ini.

Ingatkan Ketua Pemuda UMNO Johor, rupanya dua orang AJK UMNO Bahagian Tenggara sahaja. Bagaimana Malaysiakini mentafsirkan kedua-dua AJK Bahagian ini sebagai pemimpin Pemuda UMNO Johor sukar difahami.

Ingatkan ada Menteri Besar atau menteri hendak letak jawatan.






3 Komen to Muhyiddin Digugurkan, Hanya 2 AJK Pemuda Bahagian Letak Jawatan

  1. musanghitam says:

    Celaka punya mkini

  2. rockers says:

    tu baru sikit.tggu je la.

Leave a Reply

Threesome