Menu Utama

Muhyiddin Akan Lepaskan Jawatan Dalam Parti?

Semua pemerhati politik tertumpu kepada gerakan yang akan dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau menyatakan akan mengada sidang akhbar di kediamannya di Bukit Damansara jam 11 pagi ini.

Muhyiddin mempunyai beberapa gerakan yang perlu difikirkan dengan mengambil kira risiko yang bakal beliau hadapi.

Pertama, Muhyiddin akan mengumumkan untuk terus memegang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Presiden UMNO dan menjadi ejen “Check and Balance” kepada pentadbiran kerajaan.

Jika keputusan ini diambil, UMNO akan terus berada dalam keadaan tidak tenteram dan kacau bilau buat beberapa ketika lagi.

Keputusan ini juga akan menyaksikan Muhyiddin berhadapan risiko seperti mana Timbalan-timnbalan Presiden UMNO terbuang sebelum ini. Sama ada mereka dimalukan seperti Tun Musa Hitam atau berhadapan dengan pemecatan dari parti seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah membuktikan beliau bersedia bertindak drastik, “kejam” dan kasar jika ia perlu untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Kedua, Muhyiddin atas sikap sayangkan parti membuat keputusan melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi memberi laluan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memangku dan menyusun semula UMNO bagi berhadapan pilihan raya umum.

Dengan cara ini beliau boleh sahaja kembali mencabar kepimpinan parti jika Barisan Nasional mendapat keputusan yang lebih buruk atau bersara secara terhormat.

Muhyiddin boleh menurut jejak langkah Musa Hitam dan Anwar Ibrahim menentang UMNO. Kita tahu di mana dan apa pencapaian mereka hari ini.

Namun Muhyiddin juga berhadapan dengan faktor usia. Pada usia 69 tahun, Muhyiddin tidak mempunyai kelebihan faktor usia seperti mana Musa dan Anwar untuk terus kekal relevan dalam jangka masa yang panjang.

Dalam mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh tahun lalu, Muhyiddin menyatakan ini merupakan penggal terakhir beliau sebelum bersara. Namun peluang yang terhidang sejak 6 bulan lalu mengubah persepsi Timbalan Presiden UMNO.

Muhyiddin mungkin menyangka ada peluang mencabar kepimpinan Mohd Najib dan merampas kepimpinan. Beliau juga mungkin diberi gambaran salah oleh kumpulan Tun Mahathir bahawa mereka mempunyai cukup kekuatan dan kemampuan untuk menjayakan konspirasi menjatuhkan Najib.

Namun pemilihan telah ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya. Penangguhan ini turut dipersetujui oleh beliau.

Muhyiddin mungkin berharap jika diasak cukup kuat oleh beliau, Shafie Apdal dan Tun Mahathir, Mohd Najib akan berundur secara sukarela dan memberi lalu “permaidani merah” kepadanya. Namun jelas ia tidak berlaku.

Sebaliknya Mohd Najib mengadakan rombakan bagi mengukuhkan pasukan pentadbirannya dan tiada siapa pernah terfikir Perdana Menteri yang diejek lembik dan lembut ini menggugurkan Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden.

Justeru, pilihan terbaik buat Muhyiddin ialah bersara secara terhormat dan menanti peluang untuk membuat “comeback” jika ada peluang.

Apapun keputusan terletak kepada Muhyiddin sama ada mahu mencari jalan penuh risiko pada usia 69 tahun, atau mencari jalan damai dan akan dikenang ramai sebagai “orang parti tulen” seperti mana allahyarham Tun Ghafar Baba.-MYKMU.NET






28 Komen to Muhyiddin Akan Lepaskan Jawatan Dalam Parti?

  1. dkds says:

    Bertindaklah seperti Allahyarham tun ghaffar itu lebih baik, jgn pula menjadi seperti Anwar…

    tapi adakah dia lebih sygkan jawatan dari parti ? Benarkah dia percaya pada qada dan qadar ?

  2. rockers says:

    soalan tu ko pun patut tnye najib..

  3. zainol says:

    Apa pun alasan KuntaKinte, kedudukan TMY lebih kuat nak bandingkan bekas2 TPM yg dah berlalu.
    1 – Najib banyak scandal
    2 – Masalah 1MDB semakin parah.
    3 – BN memang dah tak kuat
    4 – TMY tak ada scandal

  4. Anak_Nogori says:

    relek jelah midin…jaga cucu je..

  5. Anak_Nogori says:

    Kan midin terima dgn hati yg terbuka…

  6. rockers says:

    rileklah najib.rahsia 1mdb x de sapa tau nye.yg x blh kow tim dh dipecat.we love pm.

  7. sepang tiger says:

    Senang cakap Najib yang kena segera dipertanggungjawab di atas segalah masalah yang beliau cipta sendiri, beliau wajib berundur secara terhormat. Setelah bertindak zalim kepada pemimpin Umno lain beliau pasti akan dapat balasan. Sesungguhnya Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa dan membimbing hati ahli2 Umno untuk membuat keputusan membuang beliau daripada parti keramat Umno. Bukan segala benda boleh dibeli dengan wang ringgit. Beliau hanya boleh memegang tengkuk para pengampu yang tamak haloba juga si Isteri yang terlalu cintakan dunia. .. Najib must go..

  8. azhar daeng says:

    TMJ bermadah hari ini ” Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai”
    … orang dah lemas tahi pun sanggup digapai wahhh boleh jadi pelampung juga tahi
    ….bangsa Johor tolak pemimpin bebal mcm mat maselan h20 azlinatomboy
    Muka-muka pengampu dan muka-muka kitar semula dlm kabinet baru..alahai

    Itulah politik Malaysia. Dan orang melayu cuba dibodohkan dengan perkara-perkara seperti ini. Perkara asas tentang tata kelola pentadbiran negara langsung tak der. Semua nak carik makan..nak ada pangkat..bodek kuat..dapat jawatan. Lepas tu, guna nama Allah swt dan agama untuk menghalalkan cara…Letih tengok situasi politik Malaysia..Ekonomi teruk langsung tak di tangani. Duit jatuh, barang mahal GST semua rakyat kena tanggung. Mereka yang juak2 diatas beretorik bagi janji manis! Yg kita pulak dok sokong la juak2 ni..Hanya di Malaysia.

  9. Pak Tho says:

    UMNO semakin nazak. Tunggu masa untuk di TALKIN kan. Pengguguran TMY memberi untung kepada pembangkang bukan utk UMNO. Pemimpin atasan syok sendiri sedangkan di peringkat cawangan seperti hidup segan mati tak mahu. Tak percaya. Kita tunggu Pru 14 nanti.

  10. Anti Pengkhianat says:

    Najib bin Razak,
    Muhidin bin Yassin;
    Ajib yang nazak,
    Midin yang dibacakan yassin.

    Donya! Donya! sampai kiamat pun tak akan aman

  11. Abu Bakar says:

    Tan Sri Muhyiddin Yassin tak perlu lepaskan jawatan, teruskan dengan jawatan itu, kasi ajar sikit kepada Najib bahawa dia boleh pecat Tan Sri Muhyiddin dari jawatan Timalan Perdana Menteri kerana itu jawatan lantikan oleh Najib, tetapi Najib tak boleh nak pecat Tan Sri Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri secara suka-suka kerana Tan Sri Muhyiddin dipilih oleh ahli UMNO untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.

    Tan Sri Muhyiddin perlu terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO hingga tamat penggal yang ditambah lagi 18 bulan itu, barulah Najib tak boleh bertindak sewenang-wenangnya untuk mempergunakan parti untuk serakahnya itu.

    Tan Sri Muhyiddin boleh menjadi suara rakyat bagi memastikan UMNO tidak dipergunakan oleh Najib yang sanggup mengkhianati parti kerana serakahnya itu.

    Teruskan perjuangan Tan Sri Muhyiddin, jangan letak jawatan dalam parti, tunjukkan taring kepada Najib tu, Najib ingat dia sorang je ada taring.

    Kekalkan jawatan dalam UMNO wahai Tan Sri Muhyiddin demi kepentingan agama, bangsa, dan tanah air.

  12. Abu Bakar says:

    Anak Negori, beritahu pado Montori Bosar Negori Sombilan tu, kalau nak menyokong penyamun harta negara, tak payah jadi jadi Montori Bosar, elok lopeh ajo jawatan, ikut jadi pecacai penyamun tu ajo.

    Laie satu, cakap pado Montori Bosar Negori Sombilan tu, sila beritahu Najib, kalau Najib nak menyamuh harto negaro, elok Najib lotak ajo jawatan, tak guno jadi Perdano Montori kalau menyamun harto negaro, lobih baik Najib poie tubuhkan kumpulan penyamun ajo, Najib jadi ketuo.

  13. bajak says:

    tetapi Najib tak boleh nak pecat Tan Sri Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri secara suka-suka kerana Tan Sri Muhyiddin dipilih oleh ahli UMNO untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.
    ____________________________________________
    SI ABU NI PN LUPE YG NAJIB JUGA DIPILIH AHLI UMNO UTK JADI PRESIDEN UMNO..JADI XBOLE SUKA2 GAK PAKSA NAJIB LETAK JAWATAN..

  14. gunting says:

    Ayat yg sama juga digunakan olih penyokong2 Ku Li,Musa Hitam dan Anwar…bila TDM menzalimi mereka.

    Umno akan hancur.
    Umno akan di talkin kan.
    Kerana kezaliman TDM…
    Tapi Tun in power bertahun2 smp pencen sndri.
    Najib x lah se zalim TDM.

    Najib dah lama sabar…tngk karektor jeneral2 dia..
    Tak membela Najib…bila TDM /pembangkang attack
    Itu Najib x kisah…

    Tapi joint sekali ngan TDM/pembangkang.
    Tembak Najib dari dalam.
    Yg ni Najib kisah…

    Atau mmng mereka ni lah yg selama ini menjadi TROJAN HORSE TDM yg selama ini dok buat konspirasi…juz utk memenuhi agenda TDM.

    1MDB tu sbg. kenderaan yg mreka naik ramai2 nk langgar Najib.Agenda tersirat adalah utk pastikan Najib turun dari jd PM.
    Tapi malang…Najib checkmate lbh awal…

  15. raplahjingaa says:

    Ntah….aku tak pilih Najib pun…hehehehe, sapa yang pilih aku pun tak tau, tapi yang aku tau tak sampai pun 2000 orang yang pilih dia dari 2 juta lebih ahli UMNO.

  16. bajak says:

    Ntah….aku tak pilih Najib pun…hehehehe, sapa yang pilih aku pun tak tau, tapi yang aku tau tak sampai pun 2000 orang yang pilih dia dari 2 juta lebih ahli UMNO.
    ____________________________________________________
    bape ribu plak dari lebih 2 juta ahli umno pilih muhyidin plak???

  17. Anak_Nogori says:

    MB N9 tu sonang jo ckp…dlm dunio ni ado duo jo yg kito tak buleh pilih..omak ayah…boss…

    Tak suko boss..ko boronti..buek apo sakitkan diri..

  18. Anti Pengkhianat says:

    Aduhai gunting

    Kita kena fahami intipati kenyataan TSMY

    Intipatinya bukan mengkritik 1MDB tapi CARA PENGENDALIANnya yang lemah dan akibat politik dan kerana isu tersebut yang tak ada jawaban tuntas. dipercayai daripada banci yang dilakukan menunjukkan kedudukan UMNO semakin terjejas.

  19. Iken says:

    Ucapan ribuan terima kasih kpd Sdr Abu Bakar kerana mendokumentasikan apa yang sedang saya fikir & rasai…..well done!!!…..

  20. Abu Bakar says:

    Anak Negori, macam pemimpin pula dipilih oleh rakyat, kalau nak menjadi penyamun menyamun harta rakyat, maka pemimpin tu pun boleh boronti jadi pemimpin, jadilah penyamun.

    Kono ingat pemimpin tu dipilih untuk bangunkan negara, bukannya nak menyamun harta negara.

    Beri tahu ko Montori Bosar Negori Sombilan tu, kalau nak menyokong penyamun, boronti ajo dari jawatan Montori Bosar, jadi ahli kumpulan penyamun ajo.

    Ingat, orang undi pemimpin bukannya untuk suruh dia menyamun harta rakyat, itu pun bodo tak boleh fikir ke?

    Sodarla diri, jangan jadi manusia bodo fikir CASH IS KING, tak semua perkara boleh dibeli dengan CASH, sebab itulah ada penerima BRIM tolak dan tak pohon BRIM sebab mereka tau BRIM tu hanya umpan, beri RM 950.00 setahun, tapi kutip balik melalui GST beribu-ribu ringgit setahun.

  21. zack300 says:

    TSMY,antara kau org dah sama2 makan sikit sebanyak harta ‘ghanimah’ negara ni, jadi bila DSN tersangkut kau cover line lah sikit tu. Ni kau join jungkit boss kau pulak. DSN kau tu dahlah mcam2 masaalah nak tanggung, bukan mcam kau TSMY,takda nak pikir apa2- kapalterbang hilang melet up, ekonomi merundum, bini punya hal dan lain2 lagi.semua dia kena tanggongjawab. Kau ada? Kalau aku pon hot bila kau buat perangai mcam ni. Jadi kau duduk tepilah dulu senang.

  22. Abu Bakar says:

    Bajak, orang suruh Najib letak jawatan sebab dia banyak skandal jenayah, malahan Najib sendiri tak berani nafikan dengan bukti berhubung skandal jenayah dia tu.

    Sedangkan Tan Sri Muhyiddin tak ada skandal jenayah, apahal pula nak pecat Tan Sri Muhyiddin.

    Kau ni fikir tak pakai otak kot, macam antara orang mati dan orang hidup, yang nak kena kebumikan adalah orang yang dah mati, bukannya nak kebumikan orang yang masih hidup, itulah ada otak tak nak gunakan untuk fikir dengan betul, asyik fikir CASH IS KING sahajalah.

  23. Abu Bakar says:

    zack330, kau ada bukti ke? Apakah dalam melakukan perbuatan jahat pun boleh bertolong-tolongan? ajaran mana yang kau ikut? Sedangkan kalau ibu bapa pun, kita boleh tak ikut arahan ibu bapa kalau arahan itu bertentangan dengan syariat, inikan pula macam Najib tu menyamun sana sini, nak suruh Tan Sri Muhyiddin bela dan sorokkan segala salah laku Najib tu?

    Hanya orang yang bodo sahaja yang berfikiran seperti zack300 ni.

  24. Abu Bakar says:

    1. Tunku Abdul Rahman dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia.

    2. Tun Abdul Razak dikenang sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

    3. Tun Hussein Onn dikenang sebagai Bapa Perpaduan Malaysia.

    4. Tun Dr. Mahathir dikenang sebagai Bapa Permodenan Malaysia.

    5. Tun Abdullah Badawi dikenang sebagai Bapa Kaki Tidur.

    6. Najib dikenang sebagai Bapa Penyamun Sepanjang Zaman!!!!!!!!!!!!

    Sekarang ni apa dah jadi dengan siasatan 1MDB, semuanya terbengkalai, Najib nak kelirukan rakyat dengan melantik pengerusi dan ahli PAC sebagai timbalan menteri dan menteri, kesannya sekarang PAC tak dapat berfungsi, Najib laki isteri dan kuncu-kuncu akan puas hati dapat menyonglap apa yang masih berbaki.

    Kemudian pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail dibuat secara tergesa-gesa, dituduh sakit dan tidak melalui tribunal yang menjadi undang-undang berdasarkan Perlembagaan Negara bagi tujuan pemecatan Peguam Negara. Tujuannya adalah supaya bukti penyelewengan Najib tidak dibawa ke mahkamah.

    Memang sesuai Najib dikenang sebagai Bapa Penyamun Sepanjang Zaman!!!!!!!!!!

  25. taroo says:

    Jika semua itu dilakukan dengan berlandaskan perlembagaan dan peraturan, maka jgn dipertikaikan kerana siapa pun yang memerintah cara begini akan digunakan.

  26. dotdot says:

    abu bakar tu ada bukti ke najib menyamun,,,kes dalam siasatan lg,,,lu plak yg lebih2 tahu,,,,,kah kah kah…hebat la lu,,,patut nya lu ni jd pegawai penyiasat,,baru la cepat settle kes…aiseyyyy…apa kata lu pegi tawar diri atau pn lu g siasat sendirian,,,dh kompom najib penyamun dan bukti yg nyata,,,lu pangil semua akhbar dan lu prove kan,,,setakat sembang dalam ni dengan cerita ntah betul atau tidak baik x payah

  27. Bebas Sokmo says:

    Lama Bebas Sokmo x menyampuk….nak tuduh DS Najib susah sbb bukti soheh x dpt lagi tp yg pasti di zaman DS Najib ni adalah zaman paling menderita pada rakyat…
    1) Harga minyak dunia turun tp harga myk kita naik.
    2) nilai ringgit menjunam sehinggakan paling teruk di Asia sekarang ini.
    3) GST- harga brg byk naik dari turun. dulu ahmad maslan kata byk brg turun…
    4) skandal 1MDB yg dah beberapa bulan berlalu tp masih teraba2 penyelesaiannya.
    5) Harga share FGV terlungkup…asset melayu yg nilai umpama emas jadi lebur.
    6) wawasan2 2020 utk jadi negara maju hya tinggal angan2..
    7) hutang negara jadi berganda tigginya…
    8) janji tol akan dikurangkan tp melopong sampai kini…….

    apa lagi sbb musabah2 yg kita blh harapkan DS Najib blh dikekalkan sebagai PM malaysia……..tlg jwb dan debat dgn ikhlas…….

  28. Anak_Nogori says:

    jadi alih isu lain lah plak..ingatkan ada bukti najib bunuh altantuya atau najib songlap duit rakyat 1MDB beratus2 bilion.

    So…sudah tukar lah…

    Tun apa khabar?.

Leave a Reply