Menu Utama

Mohd Salleh Sedia Dengar Pandangan Dalam Pelaksanaan Dasar Kerajaan

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak berkata beliau sentiasa bersedia mendengar pandangan-pandangan membina dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Ini, katanya, sejajar dengan konsep kepimpinan kerja berpasukan yang menggunakan pendekatan mendengar dan melihat apa yang terbaik agar rakyat dapat memahami dengan jelas dan menerima dasar-dasar kerajaan.

“Dalam bekerja kita tidak boleh bekerja seorang diri, kita kena melihat idea-idea di luar sana dan lihat bagaimana untuk memperbaiki keadaan,” katanya kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Negara di sini hari ini.

Upacara itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen.

Dr Mohd Salleh kemudian mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan sebagai menteri persekutuan bersama beberapa anggota baru jemaah menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pengumuman senarai Kabinet yang baharu menamakan Mohd Salleh sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam reaksi awalnya semalam, Mohd Salleh berikrar untuk memastikan semua dasar di bawah kepimpinan Najib akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya.

Pada upacara angkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Negara pagi ini, Speaker dewan itu Abu Zahar dalam ucapannya meminta Mohd Salleh supaya memainkan peranan dalam menyatupadukan rakyat terutamanya dalam situasi negara yang dilihat bergelora sejak kebelakangan ini.

“Pengalaman dan ilmu YB (Yang Berhormat) semasa menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menjadi perkara yang penting untuk dipraktikkan sebagai menteri,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, jawatan yang disandangnya dari tahun 2011.

— BERNAMA






17 Komen to Mohd Salleh Sedia Dengar Pandangan Dalam Pelaksanaan Dasar Kerajaan

  1. Abu Bakar says:

    Sebagai Menteri Komunikasi, patutnya Salleh Keruak menjelaskan mengenai apa yang berlaku di dalam 1MDB sebenarnya, bukannya apa, sebelum ini bukan main lantang Sallah Keruak jadi barua Najib, menghentam secara melulu Tun Dr. Mahathir yang mendedahkan penyelewengan Najib di dalam isu 1MDB itu.

    Kita mau lihatlah apakah ‘kehebatan’ Menteri Salleh Keruak ini hingga dia dilantik menjadi Menteri, apakah hanya kerana habuan dia menjadi barua Najib melalak membela Najib tanpa sebarang bukti dan menuduh yang bukan-bukan kepada Tun Dr. Mahathir sebelum ini.

    Kita lihatlah nanti.

    Lagi satu, kalau Najib tu betul-betul tak bersalah, sila Salleh Keruak ni aturkan sesi soal jawab antara Tun Dr. Mahathir dan Najib di RTM, itu pun kalau betul-betul berasa di pihak yang benarlah, kalau di pihak yang salah, saya rasa mereka akan panggil Ali Tinju untuk mengelupur di depan pintu pagar RTM dan Ketua Polis Negara menggunakan alasan Ali Tinju menggelupur tak tentu hala tu sebagai ‘faktor keselamatan’.

    Blah la.

  2. Abu Bakar says:

    Buat sesi soal jawab tu secara siaran langsung supaya tak boleh diedit itu dan ini.

  3. abuya says:

    Apa la Abu Bakar ni. Simpan simpan la perangai tak baik dan ketidak cerdikan awak tu. Biar awak sorang je tau. Malu la kalau orang lain tau…..

  4. Abu Bakar says:

    Apahal kau ni abuya, sudahlah kau tak dapat menjawab soalan saya mengenai isu 1MDB dan akaun Najib di AmBank, sekarang kau nak melalak tak tentu hala pula, apahal kau ni, sakit ke?

    Saya nak berhujah saya punya pasal, yang kau naik cuak sangat ni pasal apa? Tak suka, jangan baca, lantak awaklah, tapi jangan kacau saya nak berhujah!

    Kalau pandai sangat, sila jawab, apakah bidang pelaburan yang dilaburkan oleh 1MDB melibatkan dana RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, GIL Funds, dan Aabar Deposti itu, apakah bidang agensi membekal chinadoll ke pusat maksiat? tananaman kangkung hidroponik? jualan kapcai? video lucah? Night Club? Pub? Karaoke? Disco? perjudian? bidang apa? sila jelaskan, jangan melalak tak tentu hala saja.

    Kalau tak tau nak jawab duduk diam-diam, jangan nak berlagak pandai seperti ada ijazah, sedangkan tak pernah bersekolah.

  5. azhar daeng says:

    inilah contoh kaki mengampu tercapai jadi menteri kayu menteri bebal kuda kayu
    si salleh ni xde bukti dan dia guna air liur jerr persoal tun m
    zaman tun m rakyat tak tertekan dengan beban cukai itu ini caj letrik tinggi petrol naik barang naik GST kena lagi
    zaman tun m terbukti highway utara selatan timur barat jambatan penang klcc kltower klia putrajaya cyberjaya nusajaya monorel lrt
    lebih 30 tahun anak anak tun m telah menjadi ahli perniagaan usahawan korporat
    saya sokong penuh statement tuan abu bakar

  6. Abu Bakar says:

    Terkini: Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dibatalkan pada Jumaat ini.

    Sudah jelas Najib dah goyah akibat perbuatan zalim dia memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang tak ada salah apa-apa, sedangkan Najib adalah suspek kes jenayah pecah amanah, menyelewengan, merompak, mencuri, menyamun, wang hutang milik 1MDB berpuluh bilion ringgit.

    Semoga Ahli Majlis Tertinggi UMNO membatalkan ketetapan bahawa pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan, malahan lebih elok diawalkan pemilihan untuk memulihkan UMNO dari terus dijahanamkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Kepada Najib, sedarlah gelora dalam UMNO berpunca dari Najib sendiri, Najib menyelewengan, merompak, mencuri, menyamun, wang hutang milik 1MDB berpuluh bilion ringgit, tetapi diheret masalah peribadi Najib itu menjadi masalah UMNO, kemudian melarat kepada masalah Barisan Nasional, sudah jelas Najib nak melingkupkan parti, nak merosakkan Barisan Nasional.

    Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO tak boleh biarkan perkara ini berterusan, tak guna hanya syok sendiri hingga sebelum pusat pengundian PRU 14 ditutup sedangkan selepas itu UMNO lingkup, Barisan Nasional hancur, apa gunanya?

    Sedarlah, kita perlu bertindak segera untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Bak kata pepatah, tak guna bila dah terhantuk baru nak terngadah, sebelum terhantuk lebih baik kita perbaiki dan hapuskan segala perosak yang mahu menjahanamkan parti terlebih dahulu.

  7. azhar daeng says:

    saya anak johor
    saya ahli biasa umno yg lahir di era awal zaman tun abdul razak
    saya pernah terpilih sebagai perwakilan bahagian ke perhimpunan agung umno pwtc kuala lumpur
    saya setia kepada parti keramat umno yg lahir di istana besar johor
    bangsa johor merasa terhina dengan pemecatan TSMY atas faktor 1MDB yg sudah terang nyata ada banyak onar pelbagai tipu daya penyelewengan abad ini
    bangsa johor hanya menolak najib dan beberapa orang kabinet kroni nepotisme menteri bebal kuda kayu kaki ampu bodek
    parti umno ni bukan hak milik golongan rakus kuasa untuk mudah balun duit projek sana sini

  8. Abu Bakar says:

    Setuju dan sokongan kenyataan En. Azhar Daeng, UMNO untuk perjuangan Islam dan Melayu serta rakyat Malaysia, bukannya untuk membela perbuatan menyamun harta negara oleh Presiden Parti yang mengkhianati parti seperti Najib ini.

  9. Pak Tho says:

    Saya ingin menasihatkan agar pak menteri jgn melawat kawasan parlimen KUALA PILAH. Dikhuatiri nnti pak menteri akan bertanya pada rakyat setempat. Apakah nama kawasan ini. Nanti rakyat setempat akan jawab ” KOLOOPIR LA MAT SALLEH”

  10. azhar daeng says:

    Pesanan raja ku…..

    Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup. Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita.

    DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

  11. rockers says:

    mane macai najib.

  12. gunting says:

    Sudah2 lar tu dok maki hamun kat cni.
    Kena faham..per ni sdang dalam siasatan olih jawatankuasa khas.

    Kalu Najib jawab kat forum terbuka,nanti interfere dgn proses siasatan.

    Sb Najib masih aktif sbg PM.
    Sb tu Najib x nak jawap dlm temuramah atau bila pemberita tanya.

    Dan tolong jgn dok main sentimen bangsa johor..TMY bukannya dapat undi johor jer…ada bnyak bangsa yang bagi undi kat dia dlm pemilihan dulu.

    Ada bangsa perak.
    Bangsa pahang.
    Bangsa selangor.
    Bangsa n9…sabah…kedah…perlis.etc..

    Ari tu bangsa penang kena terajang keluar dr umno,tak de plak timbul sentimen apa…

    Pak lah yg TDM pekenakan…tak mngamuk pun bangsa penang….geli larr…dok main sebut bangsa negeri ni…esshh..

  13. Abu Bakar says:

    Gunting, siasatan apa lagi? Najib dah ganggu siasatan, dia sengaja lantik pengerusi PAC jadi timbalan menteri dan dua orang ahli PAC jadi timbalan menteri serta seorang ahli PAC jadi menteri kerana nak menyebabkan siasatan terhadap penyelewengan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncu di dalam 1MDB tergendala, kerana nak buat siasatan lepas ini kena tunggu lagi sekurang-kurangnya 3 bulan, kerana perlu buat pelantkan baharu pengerusi PAC dan ahli-ahli PAC melalui kelulusan parlimen, sepanjang tempoh ini, apa akan jadi dengan siastan 1MDB itu?

    Patutnya Najib meletak jawatan, kerana dia boleh ganggu siasatan, dan kini terbukti Najib telah ganggu siasatan dengan membuat taktik kotor melantik ahli PAC jadi timbalan menteri dan menteri serta pengerusi PAC jadi menteri, kesannya PAC sudah tak boleh berfungsi hinggalah pengerusi baharu dilantik selepas diluluskan oleh sidang parlimen sekurang-kurangnya lagi 3 bulan, apa kejadahnya semua ini?

    Malahan Najib juga dah ganggu siasatan mengenai akaunnya di AmBank serta RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta di dalam akaunnya itu apabila memecat Tan Sri Gani Patail dari jawatan peguam negara kononnya Tan Sri Gani Patail sakit, sedangkan Tan Sri Gani elok sahaja ke sana sini, bukannya terlantar dihospital pun.

    Malahan pemecatan Tan Sri Gani adalah tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan melalui perkara 145 (6) yang mana sepatutnya satu tribunal ditubuhkan oleh YDP Agong untuk menyiasat keperluan memecat seseorang peguam negara yang dilantik itu, bukannya dengan hanya pengumuman oleh Ali Hamsa yang merupakan antara kuncu Najib dalam 1MDB kerana Ali Hamsa sendiri adalah ahli lembaga penasihat 1MDB, apa besar sangat ke darjat Ali Hamsa yang nak senang-senang umum pemecatan Peguam Negara sedangkan keputusan perlu dibuat oleh Tribunal yang ditubuhkan oleh YDP Agong, apakah Ali Hamsa ni merasakan dirinya lebih berdarjat dari YDP Agong?

    Sudah-sudahlah nak putar belit wahai Gunting, kau tu ibarat gunting dalam lipatan sahajalah. Dengan jawapan bodoh juak-juak Najib seperti Gunting, Omega, Anak Negori, System Baru, bukannya nak memperbaiki imej Najib, malahan menyerlahkan kebodohan mereka kerana rakyat tahu apa yang berlaku.

  14. Abu Bakar says:

    Dalam isu Pak Lah, memang Pak Lah bermasalah, sudahlah masa mesyuarat pun dia tidur, dalam perhimpunan agung UMNO orang sibuk berbahas tapi Pak Lah sibuk tidur pula, dalam mesyuarat kerajaan pun sama, dia tidur juga.

    Malahan isu penting yang menyebabkan penyingkiran Pak Lah adalah Pak Lah telah menyebabkan kerugian kepada negara apabila menjual MV Augusta dengan harga Euro 1.00 yang bersamaan RM 4.80 ketika itu kepada Givi Spa, sedangkan dalam tempoh tak sampai 1 tahun, Givi Spa dapat jual MV Augusta dengan harga lebih kurang 100 juta (100,000,000) kali ganda dari harga belian oleh Givi Spa kepada Harley Davidson.

    Malahan penguasan saham Telekom oleh Temasek Holding milik Singapura, begitu juga penguasaan oleh pihak Singapura terhadap syarikat bas Transnasional.

    Isu jambatan bengkok yang mana kerja-kerja pembinaan infrasturtur berkenaan jambatan itu dah dibina, kemudian Pak Lah hentikannya kerana takut kepada Singapura.

    Dalam isu Pak Lah ini, sebenarnya Pak Lah sendiri yang bermasalah, malahan orang Penang sendiri pun tak berapa suka dengan Pak Lah ni, kos sara hidup pun meningkat dengan mendadak masa zaman Pak Lah ni.

    Jadi janganlah nak membohong tak tentu hala, ramai orang tahu pasal hal ni.

    Sudah-sudahlah nak putar belit wahai Gunting, kau tu ibarat gunting dalam lipatan sahajalah. Dengan jawapan bodoh juak-juak Najib seperti Gunting, Omega, Anak Negori, System Baru, bukannya nak memperbaiki imej Najib, malahan menyerlahkan kebodohan mereka kerana rakyat tahu apa yang berlaku.

  15. saifulnizamjohar says:

    Buat abu bakar, percaya kepada qada dan qadar yang Allah tetapkan. Terus istiqamah dan reda kerana sebagai orang beriman kita kena yakin Allah akan membalas semua perbuatan yang kita lakukan.

    Percayalah, Allah itu ada dan setiap yang berlaku adalah atas izin-Nya.

  16. Abu Bakar says:

    Saya memberikan keizinan kepada sesiapa sahaja untuk copy paste apa yang ditulis oleh saya ini untuk disebarkan ke dalam blog di dalam atau luar negara atau membuat bahan cetakan untuk diedarkan di dalam atau di luar negara supaya kebenaran dapat ditegakkan dan kepentingan nasional Malaysia dapat diselamatkan dari penjenayah rakus seperti Najib ini.

    Kepada Najib, sedarlah diri kau adalah suspek jenayah, kau masih bebas sekarang ini sebab balaci kau si Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara yang penipu tu tak mau tangkap kau sebab nak bodek kau supaya kontrak jawatannya disambung dengan lebih lama lagi, itulah sebabnya.

    Sebenarnya Najib, tempat kau sekarang ni bukan di Pejabat Perdana Menteri, tetapi dalam lokap di Bukit Aman untuk disoal siasat mengenai penyelewengan berpuluh bilion wang hutang 1MDB serta penyonglapan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion wang hutang 1MDB ke dalam akaun kau di AmBank sebelum ini yang mana akaun itu dah ditutup selepas hanya beberapa bulan dibuka.

    Malahan bini kau si Rosmah tu patut dihumban ke lokap di Bukit Aman untuk soal siasat mengenai isu RM 2 juta dalam akaunnya itu, bagaimana Rosmah yang tak ada pekerjaan tetap yang bergaji boleh mempunya RM 2 juta dalam akaun pada satu masa melibatkan transaksi antara RM 150,000.00 dan RM 300,000.00 dalam beberapa transaksi. Dari mana wang itu?

    Kepada Ketua Polis Negara, kenapalah kau buta perut dan bodo sangat membiarkan suspek jenayah seperti Najib dan Rosmah ni bergentayangan berterusan membuat jenayah sesuka hati mereka?

    Yang kau sibuk tangkap adalah mat despatch tukang hantar surat 1MDB, sedangkan penyamun sebenar dibiarkan bebas riang di luar sana sambil menindas menteri kabinetnya sendiri.

    Kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tidak malukah kamu semua bila kamu masih berketuakan seorang suspek kes jenayah? Malahan kamu semua mengikut segala arahan suspek penjenayah tersebut, tak malukah kamu semua?

    Isu perangai buruk Najib ni dah menjadi bahan berita lawak jenaka di luar sana, malahan Gordon Brown PM Britain pun dikecam hebat oleh warga Britain kerana bersekongkol dengan Najib mengenai isu 1MDB ini.

    Ahli-ahli UMNO tak malu ke dengan keadaan ini?

    Sekarang ini Najib perlu dipecat dari UMNO dan ditangkap kerana dia merupakan suspek jenayah, itu yang perlu dibuat, tetapi apakah ahli-ahli UMNO celik hati nak buat begini, apakah Ketua Polis Negara tu ada akal nak bersikap adil dan menghormati pakaian seragam yang dipakainya itu?

    Lantaklah kalau nak kata saya menghasut ke, saya bukannya menghasut, saya menerangkan apa yang benar, maruah Malaysia hancur di persada antarabangsa kerana sikap buruk Najib dan kuncu-kuncunya.

    Sedarlah semua.

  17. System baru says:

    buat apa fitnah kau buat abu bakar, aku tetap undi bn.
    Sekiah terima kasih

Leave a Reply

Threesome