Menu Utama

#MH370: Penemuan Serpihan Dipercayai Dari Pesawat Yang Hilang

mh370Serpihan yang didakwa milik Pesawat MAS MH370 ditemui di Lautan Hindi, mengikut laporan The Telegraph.

Xavier Tytelman, bekas juruterbang tentera yang juga pakar keselamatan penerbangan menerima panggilan dari lelaki tempatan yang tinggal di Pulau Reunion, Perancis pada pagi Rabu, yang kemudiannya menghantar beberapa foto serpihan kapal terbang yang dijumpai.

Setelah mengkaji ratusan foto dan berbincang dengan beberapa rakan, Xavier percaya bahawa serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik Boeing 777, sama seperti pesawat MH370 yang hilang.

Mengikut siasatan awal polis tempatan, serpihan tersebut dipercayai sudah berada di dalam laut sekitar 1 tahun, jangkamasa yang sama dengan kehilangan MH370.

MH370 hilang bersama 239 anak kapal dan masih menjadi misteri kepada penyiasat dan juga keluarga mangsa sehingga kini. Pelbagai teori wujud berikutan kehilangannnya yang misteri, termasuklah dakwaan pesawat tersebut telah mendarat di Diego Garcia, atau terbang ke Korea Utara.

Mengikut Xavier, Lautan Hindi merupakan kawasan yang berkemungkinan besar untuk laluan pesawat terbabit. Masih belum dapat dipastikan lagi, namun Xavier percaya dan tidak menolak kemungkinan bahawa serpihan tersebut adalah milik MH370.

mh370 1

Apa yang menjadi persoalan hangat di kalangan mereka yang melihat foto-foto berkenaan adalah kod yang ada pada serpihan sayap tersebut, iaitu BB670. Mengikut Xavier, nombor berkenaan tidak merujuk kepada nombor plat pesawat, atau nombor siri jentera.

Jika benar serpihan tersebut milik MH370, maka kod tersebut pastinya dapat membantu dalam proses mengenalpasti. Mengikut Xavier, dalam beberapa hari sementara penyiasatan dijalankan, jawapan yang sahih tentang penemuan ini akan diperolehi.






27 Komen to #MH370: Penemuan Serpihan Dipercayai Dari Pesawat Yang Hilang

  1. Abu Bakar says:

    Dalam isu MH 370 ini, menjadi persoalan apabila pihak Tentera Udara mengesan objek yang tidak dikenali masuk ke ruang udara Malaysia, sepatutnya pihak Tentera Udara akan menghubungi objek berkenaan, dan jika tiada respon, maka pihak Tentera Udara perlu memintas objek berkenaan dan memaksa objek berkenaan supaya ikut dan mendarat di tempat yang ditentukan oleh pihak Tentera Udara untuk tujuan siasatan. Ini adalah prosedur operasi seragam (SOP) mana-mana Negara di dunia ini.

    Tetapi dalam isu MH370, sepatutnya pihak tentara udara mengambil tindakan memintas pesawat itu, bukannya membiarkan pesawat itu berlalu begitu sahaja.

    Malahan kandungan kargo yang dibawa oleh MH370 pun diragui juga, apa kejadahnya nak membawa bateri lithium dengan banyak menggunakan kapal terbang? Malahan barang-barang yang dibawa selalunya diperiksa dengan teliti di lapangan terbang sebelum dibenarkan di bawa masuk ke dalam kargo, tak tahulah apakah ada barangan lain yang dimasukkan secara tidak sah ke dalam kargo kapal terbang berkenaan tanpa melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa.

    Isu di sini adalah melibatkan nyawa ratusan orang yang menjadi korban, memanglah takdir, itu kita faham, tapi kalau ada unsur-unsur kecuaian, unsur-unsur salah guna kuasa atau penyelewengan dalam isu ini, ini sepatutnya diambil tindakan tegas.

    Siapa ye menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan masa itu ye? Masa dia jadi Menteri Dalam Negeri timbul isu pencerobohan di Lahad Datu, masa dia jadi menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan timbul isu MH 370 pula.

    Tak tahulah apa nak jadi, kalau ada orang yan sanggup lakukan konspirasi untuk kepentingan dirinya hingga menyebakan ratusan orang kehilangan nyawa dengan begitu tragis, orang itu perlu dikenakan hukuman yang sangat tegas dan keras sebagai menuntut keadilan kepada orang yang teraainaya itu.

  2. tengkudin says:

    asyik nak cari salah orang aje keje korang ni…sebab ramai nak jadi pakar segala pakar media sosial nilah jadinya..

    macam lah kapal terbangkat udara tu satu sahaja. ingat ultraman atau avengers kah? lompat je terus terbang dan boleh jumpa. gunai akailah

  3. Abu Bakar says:

    Tengku, isunya bila ada objek yang mencurigakan, bukannya soal berapa banyak kapal terbang terbang di negara ini.

    Patutnya pihak keselamatan menghubungi objek yang mencurigakan itu untuk kepastian, jika tak dapat hubungi maka pihak keselamatan perlu mendapatkan objek yang mencurigakan itu dan diiringi untuk mendarat di sesuatu tempat yang selamat untuk tujuan penyiasatan dan pemeriksaan.

    Ini adalah proses prosedur operasi standard di mana-mana negara, jadi tak payahlah nak putar tak tentu hala.

    Saya bukannya menuduh sesuka hati, tetapi kerana saya lihat realiti yang berlaku, pihak Tentera Udara perlu menjelaskan mengapakah mereka tidak menghubungi dan memintas pesawat itu kerana pesawat itu menjadi objek yang mencurigakan yang perlu diambil tindakan, tetapi tak dibuat, ratusan orang mati akibat kelalaian, kecuaian atau konspirasi ini.

    Saya gunakan maklumat yang bersesuaian, kalau tak suka terpulanglah.

  4. rosman mansur says:

    CELAKA NAJIB!!

  5. Meriam Buluh says:

    abu bakar tulis, kalaulah objek berkenaan tidak memberikan respons, TUDM perlu memintas objek berkenaan dan memaksa objek berkenaan supaya ikut dan mendarat di tempat yang ditentukan oleh pihak Tentera Udara untuk tujuan siasatan.

    Katakan objek berkenaan didapati menyerupai pesawat milik Malaysia Airlines atau pesawat penumpang komersial yang lain terutamanya milik negara jiran, apa yang perlu dibuat jika pesawat berkenaan terus tidak memberikan respons, dan tidak mengikut arahan supaya ikut dan mendarat di tempat yang ditentukan seterusnya terus bergerak meneruskan penerbangan memasuki ruang udara negara jiran atau memasuki ruang udara antarabangsa menuju ke mana-mana arah termasuklah ke arah selatan Lautan Hindi? Nak ikut juga ke pesawat tu? Sampai bila? Fuel dalam tangki pesawat pemintas tu terhad dan ada tendency habis lebih awal berbanding pesawat yang ingin dipintas. Nak buat aerial refueling? Negara kita ada kemudahan dan kemahiran itu ke? Nak hello hello kat Amerika atau negara-negara lain untuk follow atau trace route pesawat tu? Sempat ke? Masa suntuk. Negara kita ada kerjasama ketenteraan atau seumpamanya sampai ke tahap itu ke buat masa ini?

    Kalau ikut SOP Tentera Udara Amerika yang ada sekarang, mereka BOLEH (dibenarkan) menembak pesawat yang enggan mematuhi arahan supaya ikut dan mendarat di tempat yang ditentukan jika insiden di atas berlaku dalam ruang udara negara mereka. Kalau pun TUDM ada SOP yang sama, adakah menembak pesawat KOMERSIAL dalam insiden di atas merupakan satu-satunya pilihan yang ada? Berdasarkan risk assessment, tentu ada pilihan-pilihan lain yang lebih baik. TUDM dah bagi penjelasan kenapa mereka tak pintas pesawat yang tak dikenali tu (kalau ada yang belum tahu, sila cari sendiri alasan yang telah diberikan).

    Pencerobohan ruang udara negara kita oleh negara jiran termasuk oleh Tentera Udara Singapura kerap juga berlaku (dan mungkin masih dan akan terus berlaku). Setahu saya belum ada lagi pesawat mereka termasuk pesawat pejuang yang kita tembak semata-mata menceroboh ruang udara negara kita. Mungkin ada yang dah pernah kena pintas. Tindakan negara jiran yang mungkin tidak disengajakan atau mungkin juga provokasi perlu ditangani dengan bijak.

    P/S: Oleh kerana abu bakar recycle persoalan-persoalan yang dah basi, saya pun recycle soalan-soalan yang berkaitan. Biasanya budaya recycle persoalan-persoalan basi ni amalan dan budaya ramai pemimpin, penyokong dan pendokong pembangkang di Malaysia. Terlalu ramai. Mungkin majoriti walaupun bukan semua. Apa-apa pun, kalau nak tunjuk bebal, mykmu bukan tempatnya..

  6. Abu Bakar says:

    Meriam Buluh, sah kau ni bodoh tak tahu pasal penerbangan, pasal radar, sebab dalam radar, dia tak tunjuk gambar kapal terbang siap ada lambang MAS, Garuda, American Airline, Qantas, JAL, Cathay Pacific, Ettihad dan sebagainya, hanya dalam bentuk titik atau bentuk kapal terbang sahaja.

    Itulah nak meredah tak tentu hala, tak cari maklumat, dah memberi komen secara bodoh pula. Bisalah juak Najib ni jenis mentaliti CASH IS KING, mana tau fikir dengan waras, dalam kepala hanya fikir CASH, CASH, CASH sepanjang hari.

    Ada saya suruh TUDM tembak pesawat tu? Saya hanya kata TUDM patutnya pintas kapal terbang tu, dan diiringi mendarat di tempat yang sesuai untuk siasatan, yang kau melalut pasal Amerika bagai tu pasal apa?

    Dalam isu keselamatan negara, bukan soal sengaja atau tak sengaja, soalnya keselamatan negara perlu diutamakan, kalau macam tu pemikiran juak-juak Najib, alamatnya ramailah yang dibenarkan menceroboh negara ini. Malahan kalau ada pesawat asing nak melalui kawasan ruang udara Malaysia pihak TUDM serta pihak menara kawalan lapangan terbang akan mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut, jadi tak payah nak merapu tak tentu hala komen dengan penuh kebodohan.

    Saya bukannya recycle komen yang dah basi, tetapi meminta jawapan mengenai isu-isu yang tak terjawab hingga kini, macam isu 1MDB, isu RM 2.63 bilion, isu akaun Najib di AmBank, isu RM 2 juta dalam akaun Rosmah di Affin Bank, dan berbagai lagi itu, hingga kini tak dijawab, semua itu melibatkan kepentingan negara serta kepentingan rakyat Malaysia, saya sebagai rakyat Malaysia perlu tahu itu semua kerana ia melibatkan integriti dan peruntukkan pembangunan untuk rakyat.

    Saya tak kisah kalau Meriam Buluh nak serahkan segala hartanya kepada Najib laki isteri dan kuncu-kuncu mereka untuk dilingkupkan, itu lantaklah, sebab harta peribadi Meriam Buluh, tetapi harta negara adalah milik semua rakyat Malaysia, jadi jangan nak seleweng tak tentu hala.

    Sebenarnya yang tunjuk bebal di sini adalah Meriam Buluh serta orang macam Sytem Baru, Sman dan beberapa orang lagi yang komen tak tentu hala tetapi tidak menjawab isu yang dipersoalkan itu.

    Kalau sekadar nak menyemak beri komen bodoh tak tentu hala, saya cadangkan agar Meriam Buluh pergi ke taman permainan sambil main buaian atau main papan gelongsor sahajalah, tak guna nak berhujah jika komen bodoh tak tentu hala.

    Sedarlah semua.

  7. omega says:

    Dah ramai pulak pakar penerbangan. Untung negara Malaysia nie.. ramai pakar. Malangnya pakar dengan teori sahaja. Pada aku senang sahaja, biarlah org yg benar benar pakar dalam bidang mereka yg buat siasatan, rumusan. Tak perlulah nak tunjuk semua perkara kita hebat sebab tak kemana pun teori kita. Bahkan akan memberi gambaran yg bukan bukan pula. Hormatilah perasaan ahli keluarga yg terlibat. Itu pun kalau dalam hati masing masing masih ada rasa simpati sebagai seorang manusia.

  8. sman says:

    Diharap penemuan berkenaan bakal menghurai sebahgian dari msitri kehilangan tersebut.Kalau betul,setidak-tidaknya sekarang ianya dapat membuktikan bahwa pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

    Lebih baik bebal dari gila.

  9. Meriam Buluh says:

    Kalau nak pintas sebuah pesawat pejuang lain lain biasanya paling kurang dua pesawat pejuang akan dihantar. Pesawat pejuang sekarang yang dilengkapi radar yang canggih ada kemampuan untuk mengenalpasti banyak jenis pesawat pejuang yang ingin dipintas apabila pesawat yang ingin dipintas tu dah masuk dalam range radar mereka.

    Radar pesawat pejuang yang canggih sekarang mampu membezakan pesawat komersial dengan jet pejuang. Kalau nampak bukan jet pejuang dalam radar, pesawat pemintas akan approach pesawat yang ingin dipintas sehingga suatu jarak yang munasabah untuk mengenalpasti identiti pesawat berkenaan. Dari dalam kokpit memang boleh lihat direct visual pesawat komersial yang ingin dipintas.

    abu bakar, sah ko memang bebal!

  10. Abu Bakar says:

    Omega, tak payahlah nak putar belit, isu yang menjadi persoalan perlu dijelaskan, bukannya merapu tak tentu hala kerana nak alihkan isu utama.

    Dalam isu MH370, semasa objek yang dipercayai MH370 membuat lencongan berhampiran sempadan ruang udara Vietnam dan memasuki ruang udara Malaysia semua, pada masa itu, Malaysia mempunya pengkalan Tentera Udara di Pulau Pinang, sepatutnya pada masa itu, pihak TUDM membuat pertanyaan kepada objek yang dipercayai MH370 itu mengapakah mereka membuat lencongan, jika tiada jawapan, mereka sepatutnya mengerahkan jet pejuang untuk mendapatkan objek yang dipercayai MH370 itu supaya dapat diiringi untuk mendarat di kawasan yang sesuai, itulah yang sepatutnya dibuat oleh TUDM, tetapi mereka tak buat semua itu, dan kesannya nyawa beratus orang penumpang dalam pesawat itu menjadi korban.

    Isu ini perlu dijawab oleh pihak TUDM, kegagalan mereka mengesan dan menghantar pesawat untuk memintas objek yang dipercayai MH370 itu telah menyebabkan masalah yang sangat besar, sedarlah bahawa ahli keluarga para penumpang sangat sedih mengenai perkara ini, kita sebagai orang Islam faham dan tahu pasal takdir, tetapi dalam isu ini, kita tak boleh kata hanya sekadar takdir sahaja, kegagalan untuk menjalankan tugas dengan betul oleh pihak yang bertanggungjawab telah menyebabkan tragedi tersebut.

    Berhubung perasaan keluarga yang terlibat itu, apakah Omega tak kesian ke kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga yang tersayang kerana kegagalan TUDM untuk mengesan dan memintas objek yang dipercaya MH370 itu?

    Malahan apa kejadanya pula kononnya kapal terbang itu dilarikan oleh juruterbang dan menjunamkan kapal terbang itu ke dalam lautan hindi pula, apahal dia tak junamkan sahaja di laut china selatan, sama juga?

    Omega kamu hanya tau kata hormatilah perasaan ahli keluarga mereka, tapi kamu sendiri hanya membiarkan pihak yang bertanggungjawab begitu sahaja, tak buat kerja dengan betul pun tak apa bagi kamu.

    Sedarlah semua.

  11. Abu Bakar says:

    Sman, persoalannya, mengapakah kapal terbang itu terbang jauh hingga ke lautan hindi, apa kejadahnya? Takkan saja juruterbang itu suka-suka untuk terbang ke sana dan junamkan kapal terbang itu ke dalam lautan hindi, apahal dia tak junamkan terus kapal terbang itu ke laut china selatan sahaja?

    Tak payah nak putarlah, banyak sangat kontroversi, isu ini pun perlu siasatan yang teliti, melibatkan ratusan nyawa manusia yang tak bersalah yang menjadi korban yang dipercayai disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

  12. Meriam Buluh says:

    Soalan (ulangan) untuk abu bakar,

    Apa yang perlu dibuat jika pesawat berkenaan terus tidak memberikan respons, dan tidak mengikut arahan supaya ikut dan mendarat di tempat yang ditentukan seterusnya terus bergerak meneruskan penerbangan memasuki ruang udara negara jiran atau memasuki ruang udara antarabangsa menuju ke mana-mana arah termasuklah ke arah selatan Lautan Hindi?

    abu bakar faham maksud ‘memintas pesawat’?

  13. Abu Bakar says:

    Meriam Buluh, kau pergi main di taman permainan kanak-kanak sahajalah, komen merapu tak tentu hala.

    Isu di sini, takkanlah Malaysia tak ada dua buah jet pejuang untuk pintas objek yang dipercayai pesawat MH370 itu?

    Sebabnya di zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, Malaysia telah membeli Jet Sukhoi, antara jet pejuang tercanggih di dunia, mengapakah tidak digunakan jet pejuang berkenaan untuk tujuan tersebut? Malahan ada banyak lagi jet pejuang jenis lain yang ada yang boleh digunakan, pasal apa tak digunakan, nak buat perhiasan atau untuk dijadikan alat permainan oleh Hishammuddin bila melawat pegkalan tentera udara?

    Perbezaan yang dapat dikesan samada pesawat pejuang atau pesawat komersil itu bukannya isunya, tetapi menjadi tanggungjawab pihak TUDM untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan ruang udara Malaysia dari kegiatan-kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman terhadap negara ini. Bila ada yang meragukan, perlu ambil tindakan yang sepatutnya, bukannya biarkan begitu sahaja dengan andaian sesuka hati.

  14. Abu Bakar says:

    Bila pesawat itu tak respon, pihak yang bekenanan tu boleh tengok melalui kokpit. Malahan pihak Tentera Udara Malaysia tentunya ada prosedur bila dalam keadaan begitu, mereka ikutlah prosedur itu.

    Malahan jika pesawat itu dipercayai dirampas, maka pihak TUDM perlu mendapatkan bantuan apa yang patut berdasarkan peraturan pihak tentera termasuklah meminta bantuan dari negara jiran yang berkaitan untuk membantu jika diperlukan.

    Pesawat komersil bukannya seperti pesawat pejuang, dia bergerak lebih lambat dari pesawat pejuang, malahan kalau ada orang yang merampas pesawat itu pun, pihak tentera boleh berkomunikasi dengan mereka untuk tujuan rundingan,kerana matlamat utama adalah untuk menyelamatkan penumpang di dalam pesawat itu.

    Jangan fikir cara bodohlah wahai Meriam Buluh, takkan pihak keselamatan nak biarkan sahaja pesawat itu dirampas tanpa sebarang usaha? Inilah jenis manusia tak berfikir guna akal, merapu tak tentu hala dengan komen-komen bodoh sahajalah.

    Pergilah ke taman permainan wahai Meriam Buluh, pergi sambung main permainan lain pula, main jongkang jongkit ke, ajak rakan-rakan CASH IS KING seperti omega dan sman tu sekali, malahan System Baru pun patut diajak juga, memberi komen bodoh tak ada gunanya lebih baik kamu pergi ke taman permainan dengan rakan-rakan CASH IS KING kamu itu.

    Sedarlah.

  15. Meriam Buluh says:

    abu bakar, isunya bukan sama ada Malaysia ada dua buah pesawat pejuang untuk memintas…(hello, tolong jangan divert the real issue)

    Pesawat pejuang pemintas kalau dihantar sebuah, dua buah atau lebih pun masih TIDAK menjamin pesawat MH370 dihalang daripada meneruskan penerbangannya ke mana-mana arah termasuk selatan Lautan Hindi, dan masih TIDAK menjamin MH370 daripada hilang atau sukar untuk ditemui.

  16. Meriam Buluh says:

    abu bakar, you are keep suggesting that the plane was hijacked.

    Kalau kena hijack sekali pun, apa yang perlu dibuat jika pesawat berkenaan terus tidak memberikan respons, dan tidak mengikut arahan supaya ikut dan mendarat di tempat yang ditentukan seterusnya terus bergerak meneruskan penerbangan memasuki ruang udara negara jiran atau memasuki ruang udara antarabangsa menuju ke mana-mana arah termasuklah ke arah selatan Lautan Hindi?

    Pesawat pejuang pemintas kalau dihantar sebuah, dua buah atau lebih pun masih TIDAK menjamin pesawat MH370 dihalang daripada meneruskan penerbangannya ke mana-mana arah termasuk selatan Lautan Hindi, dan masih TIDAK menjamin MH370 daripada hilang atau sukar untuk ditemui.

    Bantuan daripada negara jiran masih boleh diminta tetapi ia masih TIDAK menjamin pesawat MH370 dihalang daripada meneruskan penerbangannya ke mana-mana arah termasuk selatan Lautan Hindi, dan masih TIDAK menjamin MH370 daripada hilang atau sukar untuk ditemui.

  17. Abu Bakar says:

    Meriam Buluh, kau ni bodoh tahap apa? Nak trick aku konon, aku dah jawab bahawa pihak TUDM tentu ada peraturan bila keadaan macam tu berlaku, maka mereka ikutlah peraturan yang ada, takkan mereka nak biarkan kapal terbang itu dirampas begitu sahaja.

    Itulah, pergilah sambung main di taman permainan lagi, kau tu bengong tak tentu hala, komen pun sengal saja.

    Sedarlah.

  18. Abu Bakar says:

    Kalau bodo tu, makan kismis 5 lori pun tetap bodo juga, sebab tak guna akal dan otak untuk berfikir. Sedarlah diri wahai Meriam Buluh.

    Takan pihak TUDM tak ada peraturan dan undang-undang untuk menghadapi kejadian sedemikian?

    Kau ni betul bengap, itu pun ada hati nak merapu tak tentu hala dan nak trick saya pula.

    Sedarlah.

  19. Meriam Buluh says:

    abu bakar, TUDM dah bagi penjelasan kenapa mereka tak pintas pesawat yang tak dikenali tu (kalau belum tahu, sila cari sendiri alasan yang telah diberikan.

    TUDM dah buat apa yang mereka fikirkan perlu.

    Anyway, you STILL keep suggesting pesawat MH370 dirampas…

  20. Meriam Buluh says:

    abu bakar, TUDM dah bagi penjelasan kenapa mereka tak pintas pesawat yang tak dikenali tu (kalau belum tahu, sila cari sendiri alasan yang telah diberikan).

    TUDM dah buat apa yang mereka fikirkan perlu.

    Anyway, you STILL keep suggesting pesawat MH370 dirampas…

  21. Abu Bakar says:

    Apakah pihak TUDM ada berkomunikasi dengan pesawat MH370 itu? Itu adalah prosedur pertama yang perlu dibuat.

    Kalau buat komunikasi pun tidak, tapi main pakai agak-agak saja, macam mana pegawai yang menguruskan sistem komunikasi TUDM itu buat kerja? Di buat kerja ke tidur?

    Isunya di sini adalah nyawa beratus orang dalam pesawat itu jadi mangsa kerana tak ikut SOP yang sepatutnya, tak pastilah samada pegawai itu tidur, atau makin poker bersama kawan-kawannya yang lain dan tak peduli pasal kerja, atau mereka diarahkan oleh pihak tertentu supaya membiarkan sahaja pesawat itu berlalu pergi tanpa sebarang tindakan.

    Guna otak bila nak berhujah, elok sambung pergi main teng teng pula, lepas tu main masak-masak, tak payahlah nak komen kalau komen pun bodo piang tak tentu hala wahai Meriam Buluh.

    Sedarlah.

  22. Meriam Buluh says:

    abu bakar, selagi awak tak faham penjelasan yang TUDM telah diberikan, selagi itulah awak akan buat andaian yang bukan-bukan. Saya kasihan lihat awak; lemas dalam imaginasi sendiri..

  23. Meriam Buluh says:

    abu bakar wrote:
    “Apakah pihak TUDM ada berkomunikasi dengan pesawat MH370 itu? Itu adalah prosedur pertama yang perlu dibuat.”

    abu bakar, awak nak mengajar pegawai TUDM SOP bidang mereka?

    Kasihan..kasihan..

  24. Abu Bakar says:

    Meriam Buluh, saya hanya tanya, saya bukannya nak mengajar TUDM, apakah TUDM di Pulau Pinang membuat komunikasi dengan objek yang mencurigakan itu, kamu tu bodo tak faham apa yang saya tulis.

    Kalau betul pihak TUDM dapat berkomunikasi dengan objek yang mencurigakan itu, patutnya TUDM menyatakan apakah komunikasi tersebut, bukannya melibatkan sebarang perkara rahsia pun.

    Tapi kalau tak membuat sebarang komunikasi, lepas tu main pakai agak-agak saja, itu adalah suatu kesalahan yang sangat besar, perlu diingat bahawa tragedi ini melibatkan lebih 230 orang yang terlibat menjadi mangsa.

    Meriam Buluh, berdasarkan komen bodo kau tu, kau ni bukannya tau apa, hanya melalak saja lebih, prosedur pun tak tau, kau hanya tau jadi pecacai Najib sahajalah, manusia jenis pemikiran CASH IS KING katakan, beginilah.

  25. Meriam Buluh says:

    abu bakar wrote:

    “Apakah pihak TUDM ada berkomunikasi dengan pesawat MH370 itu? Itu adalah prosedur pertama yang perlu dibuat.”

    “Meriam Buluh, saya hanya tanya, saya bukannya nak mengajar TUDM, apakah TUDM di Pulau Pinang membuat komunikasi dengan objek yang mencurigakan itu, kamu tu bodo tak faham apa yang saya tulis.”

    KOMEN:

    Wahai abu bakar, ayat kedua dalam baris pertama:

    “Itu adalah prosedur pertama yang perlu dibuat.”

    Itu BUKAN ayat pertanyaan. Itu ayat kenyataan.

    Awak tu yang bodoh tak nak mengaku apa yang awak dah tulis.

    abu bakar also wrote:
    “Tapi kalau tak membuat sebarang komunikasi, lepas tu main pakai agak-agak saja, itu adalah suatu kesalahan yang sangat besar, perlu diingat bahawa tragedi ini melibatkan lebih 230 orang yang terlibat menjadi mangsa.”

    KOMEN:

    Statement di atas cukup untuk membuktikan bahawa awak memang tidak faham SOP TUDM. ‘Risk assessment’ tak sama dengan “main pakai agak-agak saja.”

    abu bakar, tulislah lagi apa yang awak rasa nak tulis. Komen-komen awak dalam posting ini pun dah cukup untuk saya membuat kesimpulan bahawa awak ni jenis ‘pandai tak boleh nak diikut, bodoh tak boleh nak diajar’.

    Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

  26. Badrole Amin says:

    kan aku dah kata ‘abu bakar’ memang bodoh, hehehehe

    kalau pesawat dirampas pasti TUDM akan mendapat maklumat(pemberitahuan) dari pihak DCA mengesahkan pilot ada membuat hubungan memberitahu pesawat telah dirampas tapi dengan transponder/ACAR dimatikan bagaimana DCA & TUDM boleh mendapat tahu pesawat telah dirampas ‘abu bakar’ yang bangang oi?

    misal kata TUDM scramble juga jet fighter mereka ke lokasi pesawat, apakah TUDM(jet fighter) boleh berkomunikasi dengan pilot pesawat jika transponder/ACAR telah dimatikan? jika tidak dapat membuat komunikasi, apa harus TUDM(jet fighter) lakukan ‘abu bakar’ yang bangang untuk memintas pesawat? apakah maksud mememintas itu ‘abu bakar’ yang bangang mahu jet fighter TUDM tembak jatuh pesawat? apakah ikat tali pada pesawat supaya jet fighter TUDM dapat tarik pesawat ke lapangan terbang terdekat?

    hehehehehehe

    pasti ‘abu bakar’ mahu jet fighter TUDM mengekori pesawat & bila hendak kehabisan minyak TUDM harus memberitahu & mengarahkan tentera udara Indonesia scramble jet fighter mereka pula untuk mengekori pesawat sehingga ke lautan hindi & ‘lokasi ajal’

    hehehehehe

    ——————————————————————————-

    aku rasa pilot dapat mendaratkan pesawat dengan hampir sempurna diatas permukaan laut tanpa menyebabkan pesawat berkecai teruk selepas kehabisan minyak…sesempurna mana pendaratan pasti akan ada bahagian yang tercabut seperti ‘flap’ pesawat…jika bukan mendarat hampir sempurna pasti setahun yang lepas dapat ditemui dengan mudah banyak bahagian2 pesawat yang berkecai

Leave a Reply

Threesome