Menu Utama

MH17: Jasa Najib Jangan Dilupakan

Najib - Alexander Borodai

HARI ini genap setahun kejadian malang yang menimpa pesawat MAS, penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian di timur Ukraine itu, 298 orang penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di wilayah bergolak tersebut.

Maka hari ni, diadakan satu upacara memperingati mereka yang terkorban dalam kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Bagaimanapun, dalam bersedih dan mengenang mereka yang telah pergi dalam kejadian tersebut, penulis suka nak mengingatkan semua pihak akan peranan besar yang dimainkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang dimaksudkan, ia adalah usaha Najib yang akhirnya menyaksikan pihak pemberontak yang menguasai wilayah dimana pesawat itu jatuh, membenarkan semua mayat mangsa terkorban, dibawa keluar untuk dibuat proses pengecaman dan seterusnya dibawa balik ke negara masing-masing untuk dikebumikan.

Penulis masih ingat ketika itu, Perdana Menteri sedang menghadiri program berbuka puasa bersama media di Angkasapuri, meninggalkan juadah yang enak-enak kerana mendapat panggilan dari ketua pemberontak, Alexander Borodai memaklumkan persetujuan untuk membenarkan semua mayat tersebut dibawa keluar dan disempurnakan seadanya.

Besar jasanya ni.  Berunding dengan pemberontak Ukraine bukan benda mudah.

Presiden Russia, Vladimir Putin pun tidak boleh melakukan perkara tersebut tapi Najib boleh.  Ini satu pencapaian sepanjang zaman yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 5 Perdana Menteri sebelum beliau.

Termasuk seorang yang berkuasa selama 22 tahun. Kalau tak sama kesnya sekalipun, sipi, nyaris yang macam itupun tidak ada.  Ceritanya disitu, keupayaan diplomasi diperingkat antarabangsa, Najib ada, itu orang tua adakah?

Mungkin kalau Najib tidak masuk campur, mayat-mayat itu akan berada lebih lama di Ukraine, mungkin sehingga sekarang pun tak keluar lagi. Wall Strait Journal yang konon berpengaruh seluruh dunia itu pun tak boleh bantu, tapi Najib boleh

Justeru, jika tidak ada siapa nak mengingat akan kejayaan ini dan Perdana Menteri pun penulis yakin tidak mahu jasanya itu diperbesarkan, penulis minta kita semua menghargailah sumbangan besar beliau dalam ini.

Penulis memberi tabik hormat kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak, you’re the best Sir!!






4 Komen to MH17: Jasa Najib Jangan Dilupakan

  1. Dayat says:

    Semua blog pro Najib eloklah viralkan kisah ini… ada yang sengaja buat lupa dan tak anggap penting padahal tindakan PM itulah akar mula kepada proses SAR MH17. Manusia boleh lupa tapi Allah tidak… Allah sedang menguji PM seberat berat ujian, bersabarlah….

  2. omega says:

    Jasa PM dalam isu ini tiada siapa yg boleh nafikan. Kejayaan ini bukan datang tanpa kesungguhan serta komitment semua pihak terutama PM sendiri serta org peantara. Kerana Dasar hubungan luar negara era Najib yg berbaik dengan semua pihak merupakan kunci kejayaan Malaysia.

    Tahniah PM.

  3. naktaujer says:

    Maaf jauh beza jika hendak perbandingkan jasa Najib dengan Tun Mahathir.
    Lupakah jasa Tun pada PRU13 sama-sama untuk memenangkan Barisan National?
    Abdullah dipaksa turun kerana tidak menunaikan janji untuk selesaikan apa yang Tun usahakan. Hingga terdengar ditelinga Tun tiada lagi Demokrasi dalam UMNO semasa Abdullah memegang tampuk pemerintahan.
    Tun juga amat kecewa pada Najib bagai kacang lupakan kulit seperti Abdullah. Teguran2 Tun secara peribadi tidak diendahkan dan selepas itu barulah Tun bersuara secara lantang.
    Tun bagi saya AYAH kepada semua penyokong UMNO khususnya. Tun sudah tua. Seharusnya Najib sebagai anak yang sulung menjaga hati & dengar nasihatnya.Kerana orang Tua INI mudah tersentuh hatinya.
    Tun bagai boleh menjangka senakin berliku org melayu, selepas TUN melepaskan segala jawatannya.
    Tun menangis semasa pengumuman itu kerana Tun tahu Melayu & UMNO akan tempuh jalan lebih berliku selepasnya itu…
    Tun amat berpandangan jauh.
    Tun seakan tahu Melayu & UMNO akan mengalami krisi seperti harini.
    Scandal pemimpin no1 memang memalukan bangsa Melayu & UMNO khususnya.
    Telah mencalar imej Melayu & UMNO khususnya.
    Lupakah Pemimpin UMNO yang telah mendapat mandat dari ahli parti & rakyat jelata?
    Apakah teras perjuangan kita?
    Lupakan kamu semua?.. Ya melayu mudah lupa, melayu mudah lupa..

    “PERJUANGAN UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA ”

    Bukankah itu yang harus kits semua perjuangkan?

    Tugas kita belum selesai rupanya
    Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
    kerana hanya bangsa yang berjaya
    akan sentiasa dihormati
    Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
    Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
    tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
    buat selama-lamanya
    Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
    Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
    Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

    Wassalam

Leave a Reply

Threesome