Menu Utama

Lowyat: Akibat Mudah Percaya Berita Tak Sahih, Laporan WSJ Termasuk

image (1)

KEJADIAN rusuhan dan pergaduhan di Plaza Lowyatt hujung minggu lepas, pada pandangan penulis adalah hasil dari tindakan semua pihak terlibat yang mudah mempercayai berita tidak sahih, seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Yang Melayunya kerana konon insiden tersebut berlaku apabila penjual (cina) menjual telefon klon, tuduh semua cina penipu. Yang cinanya kerana dakwaan mencuri telefon, tuduh semua Melayu pencuri – seolah-olah mencuri dan menipu ini pun mesti ikut kaum juga.

Masing-masing dakwa ada logik masing-masing. Yang Melayu kata pencuri tak mungkin datang balik repeat, yang cina kata kedai tak mungkin jual produk tiruan sebab agen sah dan sebagainya.

Biasanya bila ada masalah macam ini (his words against your word), kita cari penyelesaian dengan pihak berkuasa dan Mahkamah.  Masalah datang bila apa pun tak sahih lagi, semua dah ambil tindakan sendiri, huru haralah negara kalau semua ikut faham macam ini.

Apa pengajaran dari kes di atas?  Mudah saja, JANGAN PERCAYA BERITA BELUM SAHIH.  Sekalipun maklumat itu sahih (mana-mana satu punlah), tak perlu ambil tindakan sendiri, biar pihak berkuasa seperti polis dan KPDNKK menjalankan tugas mereka, itulah semua tujuan kita semua bayar cukai pun.

Samalah halnya dalam dakwaan konon berbillion wang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, ini pun berita tak sahih juga tapi pembangkang dan fanatik Tun Mahathir sudah mengangkatnya sebagai benar dan mahu orang percaya.

Pelbagai kata nista dilemparkan terhadap Perdana Menteri dan isterinya, sekalipun berita ini belum tentu lagi hujung pangkal bagaimana, bahkan, banyak pula yang terdedah mutakhir ini yang mengatakan ini mungkin dakwaan palsu, berdasarkan dokumen yang diragui dan sebagainya.

Anehnya, dalam insiden di Lowyat pembangkang cuba tunjuk suci dengan menasihatkan yang terlibat tidak terlalu mengikut emosi, tunggu siasatan polis dan sebagainya, tapi dalam hal dakwaan WSJ ni, pembangkang jadi dalang menghasut rakyatnya supaya percaya.

Kau ajar orang supaya percaya berita rak sahih, tapi bila kejadian di Lowyat berlaku (akibat percaya berita tak sahih), pandai pulak nak nasihat orang.

Jadi, kalau rasa insiden di Lowyatt itu tak betul dan tak sepatutnya berlaku, maka, tindakan menuduh Perdana Menteri menyonglap berbilion duit dengan memasukkannya dalam akaun peribadi ini pun tak sepatutnya berlaku.






8 Komen to Lowyat: Akibat Mudah Percaya Berita Tak Sahih, Laporan WSJ Termasuk

  1. burrpp.. says:

    Kan…akal ada guna lah

  2. hang jebat moden says:

    Pihak berkuasa…. hihihihihi… selama ni pihak berkuasa tau x wujudnya pusat penjualan barang2 tiruan???? perniagaan haram??? x kan x Nampak @ buat2 x Nampak. nak tunggu ada kes baru nak bertindak….

  3. System baru says:

    kalau bawa Ke tebunel penguna pun ganti rugi pun dibagi barang sama je kita habis duit turun ke tebunel dan habis masa dan tenaga semata minta ganti rugi tak guna juga kalau 2k ‘2k kita dapat ia langsung tak menberi kesedaran pada pihak menipu ini terutama di plazar lowyat itu. Aku minta polis siasat betul siapa salah, aku tengok siapa betul budak itu mencuri atau budak itu ditipu apek kerana talifon tiruan, sepatut ketua polis tak sepatut keluarkan kenyataan sebelum kdnkk menyesat penipuan telifon tiruan itu, aku bukan bela kedua2 pihak tapi kita mahu kebenaran

  4. cina malaysia says:

    system baru jgnlah rasis sgt!jgnlah sokong keganasan!

  5. naktaujer says:

    INI SEMUA TERJADI KELEMAHAN PIHAK PDRM.

    PUNCA UTAMA

    1.Kenyataan oleh Ketua JSJ yang tidak tepat dan mengelirukan lalu disebar di media masa. Kenyataan beliau cenderung untuk semua yakin yang budak Khairul teraniaya dan tindakan mereka atas rasa lahir tidak puas hati.
    Mengapa sebelum ini tidak menjelaskan ada si pulan bernama Shahrul ditangkap kerana tuduhan mencuri? Lalu Khairul dilepaskan?

    2.Kelemahan pihak PDRM mengesan isu ini akan menjadi isu perkauman lantas menjadi hangat.

    3.Kelemahan pihak PDRM menyebarkan maklumat yang sahih bersama fakta untuk semua orang faham kronoligi kes.R
    Kerana ramai yang sudah terkeliru.
    Pihak polis harus menyebarkan hasil siasatan awal agar semua orng faham dan kembali tenang kerana isu ini sudah menjadi isu besar.

    4.Sebelah petang pada 13/7 semasa sesi perbincangan antara kedua belah pihak berlangsung disaksikan beratus orang.(Siap ada meja boleh minum minum lagi)
    Mengapa pihak PDRM tidak tampil bertindak sebagai orang tengah untuk memberi penjelasan? Mana IO yang dipertanggungjwbkn menyiasat kes ini.
    Mengapa masa itu tidak merebut peluang untuk menjelaskan hasil siasatan ?
    Mengapa sudah berlaku baru pihak PDRM menjelaskan hasil siasatan awal ?

    Seperti pihak PDRM tidak ambil serius tentang kes ini.

    Sikap PDRM menyembunyikan fakta ini maka lahirlah pelbagai spekulasi.

    Jelaslah Pihak PDRM harus dipertanggung jwnkn sepenuhnya atas kelemahan2 mereka.

    Berbalik tentang isu 1MDB. Pelbagai spekulasi berlaku kerana pihak penyiasat menyembunyikan siasatan. Kerana rakyat ingin tahu pekembangan siasatan.
    Apa bila WSJ & SR menyebarkan maklumat yg mereka terima baru lah pihak penyiasat menjelaskan. Apa yang saya dapati bukit yg ada pada WSJ & SR selari.

    1MDB isu national melibatkan pemimpin No1. Hak semua rakyat untuk mengetahui fakta yang sebenar. Jangan menyembunyikan dan mengelirukan rakyat.

    Saya sarankan Pihak atasan yang terlibat dalam penyiasatan isu 1MDB berfikir masak masak sebelum memberi keterangan pada media harus berfikir masak masak agar tidak menjadi bahan spekulasi.

    Jika salah cakap salah. Jika curi cakap curi.
    Jika ada cakap ada. Jangan sekejap ada. Sekejap tiada.

    Jadi jangan salah lapor nanti kreadibiliti akan diragui.

  6. System baru says:

    apek cina malaysia, siapa kata aku sokong keganasan,negara tak akan aman jika sistem pemerintahan tak adil, cuba melebih2 yg kaya tapi golongan Biasa tertindas dengan sistem tak adil.bukan bangga sistem komunis tapi menteri dia china di hukum sebab mati dan harta mereka di rampas disebabkan rasuah di china terlalu melebihkan sesuatu kaum hai menyebab mereka rosak . Apek paling banyak menberi banyak rusuah pada melayu, untuk dapat tendar, lepas diri, yg selalu kena tangkap melayu apek dilepaskan. Di malaysia ini peliwat banggakan,perasuah di banggakan contoh anwar, macam ini kalau tak beli barang itu apek2 paksa dia beli ,perkara banyak berlaku di petaling stereet dan lowyat itu, bila orang tak beli sangup tunjuk parang apa ini dan guna gengstar. Ingat kita orang melayu apa takut sangat ke? bila orang melayu marah cakap resis apa ini, kalau dekat china mana berani kaum lain naik tunjuk muka dan china terlalu melebih kaum hai.sesuatu kawasan milik bukan dari kaum hai pun mahu ambil oleh kaum hai itu jika terdapat ekonomi.itu sikip tak baik. Kalau cakap pasai gay di china ada raja gay sejarah kuno dia orang itu. Apek dap cuba cuba buruk sejarah melayu,baca di china disebab tamak banyak belaku peperangan dengan bangsa dia sendiri disebab tamak ada raja di jatuh kan sebab tamak nak berkuasa, disebab tamak orang cina sendiri dijajah oleh mangoliar itu,disebab tamak belaku perang 6negara, disebab tamak nak jadi raja ‘raja hai dijatukan walau pun dia buat projek terusan sungai terpanjang di china mereka fitnah konon projet terusan sungai mebazir disebab projek terusan sungai itu ramai mendapat mereka berhubung dan Perdangan antara bandar. Baca kau baca sejarah cina kuno itu mana lagi teruk sejarah melayu ke? sejarah cina itu?
    orang melayu tak penah jatuh raja jika tak alasan kalau ada pun sorang je raja di sebab isteri di bunuh, di china banyak kali rajanya di jatuhkan disebab fitnah Dan tamak untuk berkuasa

  7. Anak_Nogori says:

    Malaysia nak menuju wawasan 2020 menjadi negara maju…tapi sebilangan rakyatnya masih tidak boleh berfikir dgn baiknya.

    dlm tidak mempercayai agensi2 kerajaan…masih ajensi2 kerajaan itu jugak mereka tagih memberikan maklumat yg benar..pada hal…maklumat2 yg tidak sahih yg disebarkan melalui blog, fb dan watsap sudah menjadi kitab rujukkan mereka..semuanya benar dan tidak lain adalah benar.

    Ini cara org yg nak maju berfikir..

  8. cina malaysia says:

    system baru lu kata sistem pemerintahan tak adil,nampaknya lu sudah lupa siapakah pemerintah sekarang???

    tak payah lu cerita sejarah di china atau mana2 tempat setiap org pun mempunyai masalah tersendiri cuma macam-mana nak selesai masalah tersebut bergantung kpd kebijaksanaan sendiri…mengamuk bukan penyelesai terhadap setiap perkara!

Leave a Reply