Menu Utama

Lim Kit Siang ahli silap mata yang terdesak-Rahman Dahlan

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai seorang ahli silap mata terdesak apabila bertindak menyelar bekas editor Sarawak Report, Lester Melanyi selepas beliau mendedahkan perbuatan bekas majikannya dalam konspirasi memburukkan Perdana Menteri.

Abdul Rahman berkata, ahli silap mata sememangnya pakar dalam pembohongan sebab itu Kit Siang dengan pantas mengelarkan Melanyi sebagai ‘sampah bumi’ selepas bekas wartawan itu membuat pendedahan melalui video mengenai dakwaan mengenai pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan beberapa pemimpin pembangkang dalam usaha memburukkan BN serta Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kit Siang sepatutnya menerima pengakuan dan seterusnya meminta polis untuk melakukan siasatan, malangnya Kit Siang memilih untuk tidak menghiraukannya sebaliknya mencerca dan memburukkan pengutus mesej itu.

“Mungkin Kit Siang yang berusia 74 tahun itu mempunyai ingatan lemah, biar saya iring apa yang telah berlaku,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya hari ini.

Jelas Abdul Rahman, lelaki berkenaan mendakwa beliau merupakan bekas pekerja Brown dan telah mendedahkan Sarawak Report telah memalsukan dokumen selain menerima arahan daripada beberapa pemimpin pembangkang bagi memfitnah Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tanpa menyisihkan kata-katanya, malah beliau (Melanyi) juga menamakan individu yang terlibat, dakwaan Melanyi amat serius. Jika perkara ini benar, kesemua individu yang berkomplot dengan Brown dan Sarawak Report yang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan melalui fakta palsu perlu disiasat segera,” tegasnya.

Sehubungan itu, Abdul Rahman memberitahu, secara jelas pendedahan itu membuatkan Kit Siang termasuk pemimpin DAP gelisah sehinggakan penasihat parti itu terdesak dengan mengelarkan Melanyi ‘sampah dunia’

“Secara peribadi saya tidak mengenali Melanyi, tetapi apabila digelar sebagai ‘sampah’ mungkin sebab itu Brown memilih untuk mengambil dia (Melanyi) bekerja khusus untuk memburukkan pemimpin Sarawak bertahun-tahun dan sekarang Perdana Menteri. Lagipun, ia memerlukan ‘sampah’ untuk mengenali ‘sampah’ lain.

“Sementara Brown dan Sarawak Report berterusan menjadi ‘sampah’, Melanyi mengambil keputusan untuk tarik diri, dia tidak mahu terus untuk memfitnah Perdana Menteri. `Sampah dunia’ inilah yang akhirnya telah menemui jalan tuhan dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Katanya, secara jujur bukan mudah untuk membuat pengakuan video apatah lagi melibatkan nama-nama penting.

“Semua ini memerlukan keberanian walaupun bagi seorang ‘sampah’. Ramai yang suka menuduh tetapi tidak mahu mendedahkan nama, tetapi bukan Melanyi kerana dia berani memberikan nama kepada umum.

“Saya juga gembira untuk memaklumkan bahawa polis sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan mengejut Melanyi, dia juga telah memberikan kerjasama penuh kepada polis, biarkan kebenaran mengatasi segalanya,” ujarnya.

Baru-baru ini, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendedahkan video Melanyi yang dikatakan pernah berkhidmat dengan portal berita Sarawak Report bahawa bekas majikannya iaitu pengarang Brown memalsukan bukti bagi menyokong siri pendedahan mengenai skandal syarikat 1MDB.

Utusan






3 Komen to Lim Kit Siang ahli silap mata yang terdesak-Rahman Dahlan

  1. Memang Terok says:

    Kalau tidak atas dayausaha seorang diktator tua yang bersemangat mengembeling tenaga didalam membukti sesuatu perkara ini tidak akan menjadi sehangat begini.

    Dia gunakan seluruh keringat dia, pengalaman dia dan hati kotor dia buat menjatuhkan sesaorang. Pengalaman menjatuh orang yang dia ada memang banyak dan dia memiliki credential hebat menjatuhkan rakan pemimpin nya.

  2. raplahjingaa says:

    Peminat Najib….hehehehe, sedih !

  3. WTF says:

    Lim Kit Siang bukan ahli silap mata yang terdesak, tapi adalah org yg GAGAL dalam hidupnya sampai la ni takkan dapat perintah Malaysia.

Leave a Reply

Threesome