Menu Utama

Lihat Kemeriahan Raya, Tidak Ada Bukti Rakyat ‘Sengsara’

hiway_sesak

HARI ini masuk raya ketiga.  Ramai orang yang esok mula bekerja, beransur pulang dari kampung – termasuk 500,000 lebih kenderaan yang memasuki Kelantan nak raya hari tu dan sekarang bergerak keluar pulak.

Cakap pasal Kelantan, perasan atau tidak, kerana kemajuan (yang diusahakan kerajaan BN), dah takde lagi dah istilah Raya Haji lebih meriah berbanding Raya Puasa di Kelantan.  Sekarang ini, apa raya pun pun Kelantan meriah sebab rakyatnya yang merantau ke luar, lebih mudah balik beramai-ramai ke kampung halaman masing-masing berbanding dulu.

Dulu, kerana semuanya payah nak balik ke Kelantan nun (kemudahan jalan tak macam sekarang), orang Kelantan memilih untuk ‘memeriahkan’ Raya Haji berbanding Raya Puasa sehingga jadi tradisi sebab tak berkongsi dengan orang di negeri lain yang tak berapa  nak meriah sambutan Raya Haji ni. Sekalipun jalan-jalan di Kelantan masih tak banyak berubah, laluan menghala masuk ke Kelantan tu, dari Johor, Terengganu, Pahang dan sebagainya, sudah bertambah baik.

Pembinaan LPT juga memudahkan lagi untuk orang Kelantan dari bahagian selatan pulang beraya, bersesak sesak pun sanggup.  Untuk rekod, semua negeri-negeri itu, temasuk pembinaan LPT adalah ditadbir dan diusahakan pembinaannya oleh kerajaan BN.

Semua ini menunjukkan kemajuan, semua ini menunjukkan kesenangan dan semua ini menunjukkan BN sebagai sebuah kerajaan telah melaksanakan tugasnya dengan baik untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Jadi melihat kepada ini semua, mana dia cakap-cakap yang mengatakan rakyat negara kita ni terjejas dan sengsara dengan polisi-polisi yang diperkenalkan kerajaan seperti GST, pemansuhan subsidi minyak (?) dan sebagainya?

Rakyat kita majoritinya nampak makmur dan bahagia, malah kalau perbandingan Perdana Menteri dulu dan Perdana Menteri sekarang sekalipun, hampir tidak ada apa yang berubah, baik dari suasana Ramadhannya sehingga kepada sambutan Syawalnya, semua masih sama malah dalam banyak hal, bertambah baik pulak lagi.

Contohnya, ‘mengubah’ tradisi Raya Haji lebih meriah di Kelantan tadi, ini bukan mudah untuk berlaku sebab melibatkan terlalu ramai orang.  Apa yang mengubahnya, polisi kerajaan persekutuan itulah kerana ia memberi kesan kepada semua.  Baru buat perbandingan di Kelantan, belum negeri-negeri lain lagi.

Jadi, sekadar nak menyebutkan, inilah hakikat sebenar yang berlaku di negara kita – berlawanan sama sekali dengan permainan persepsi bahawa rakyat menderita di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Sebetulnya, tidak ada Perdana Menteri di Malaysia ini yang rakyat tak menderita seperti dicakapkan pembangkang, semua pun menderita, tapi dengan perkembangan teknologi, hari ni lebih hebatlah penyebaran dakyahnya.

Selamat Hari Raya dan berhati-hatilah di jalanraya.

7 Komen to Lihat Kemeriahan Raya, Tidak Ada Bukti Rakyat ‘Sengsara’

  1. Mek esah says:

    Kenyataan bodo…malas nak baca

  2. bajak says:

    malas nk bace tp ko bace gak..bodo nye statement mek esah

  3. Anak_Nogori says:

    Entahnya..kalau ada nak bantah tulisan tt..bentangkan lah.

  4. System baru says:

    Lupa pesan macai rafizi menipu korang itu mana ia
    Lupa konon bagi jalan percuma kerajaan selangor bersungguh2 nak kan kenaikan tol,milik kerajan negeri
    Lupa pesan nak jalah percuma macam finland itu sangup kah macai pkr bayar gst 10% macam finland itu,
    Nak yuran univesiti percuma macam brazil, lupa brazil gst nya 17%
    nak kena cukai saham pada rakyat nanti terutama bumiputera pencin swasta dan rakyat bergantung pada dividen asb pasti akan marah itu pun pun rafizi tak berfikir.
    Bagi aku gst bulan ini baru aku belanja kan baru 10rm je, yg macai pkr ambil br1m itu 300rm 3xsetahun, macai itu tak bising pulak ia,
    Lupa pesan anwar jika menang nak bagi 1k pada rakyat tapi duit cukup dari mana.

    Dari gst itu kita buat utc,rtc kilinik 1m, jalan percuma untuk sabah dan serawak nanti macai pkr cakap idea leburraya borneo itu idea anwar, di borneo itu tak jalan lama untuk menghubungkan mereka, lupa pesan leburraya borneo dari idea tun razak itu.

  5. Ikut Sedap Mulut Ja says:

    Tak bermakna org balik beraya menampakkan rakyat selesa.
    Takkan nk ikut ckp Syed Abd Aziz kut? Nak Jimat Jangan balik raya.
    Nak tak nak kena balik. Pandai2 berjimat.

    Takkan nak heboh aku takde duit naik beraya kot dkt org.

    GST perlaksanaan tak telus. Banyak harga naik kerana di manipulaai oleh pemborong & supplier menyebabkan peniaga terpaksa naikkan harga barangan.
    Mereka sengaja menanbah 6% dari harga asal mengaut keuntungan berlebihan.

    Penguatkuasaan yang lemah. Isu gst syarikat telekomunikasi smpi sekarang tiada kesudahan. Kerajaan takut dgn syarikat2 besar. Tidak utamakan kebajikan RAKYAT.

    Belanjakan GST hanya rm10 sebulan? Lagi2 bulan puasa & raya.. Jgn jadi bodoh. Baju raya tak kena gst? Service kereta tak kena gst? Harga Mknn dkt pasar ramadhan naik bukankah kerana gst? Own beli dkt Kedai runcit.. Perasan tak harga Kedai runcit & kedai mkn sudah naik disebabkn utk menyerap kenaikan gst.

    So jgn bangga sgt ckp baru belanja rm10 utk gst. Adakah perbelanjaan harian anda taksmpi rm160 sebulan?. Jangan nk kencing. Ckp tak berfakta… Nk tipu org berpada2.

  6. Senyum says:

Leave a Reply

Threesome