Menu Utama

Lebih Percaya Pada The Edge Berbanding Kerajaan Sendiri?

muhyiddin_the-age_1mdb_600

Penulis memandang tinggi ‘keberanian’ Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan beliau baru-baru ini di Cheras. Memandang tinggi tidak bermaksud menyokong isi ucapannya, namun beliau berjaya menarik perhatian bila ucapannya viral diperkatakan ramai pihak, khususnya pihak pembangkang.

Sudah menjadi budaya negatif di Malaysia, perlakuan yang menongkah arus di zaman ini akan dilihat sebagai “heroic” dan itulah yang berlaku pada Muhyiddin. Maka mungkin sebab itulah juga Malaysiakini, Malaysian Insider dan Sarawak Report cukup popular rankingnya, kan?

Namun “hero” tidak semestinya berada di pihak yang benar. Malah blog-blog pro-pembangkang yang popular itu pun penuh dengan “spin” dan kepalsuan. Bukan penulis yang melabelkan begitu, tapi Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi yang melabel blog-blog berkenaan mengandungi laporan 80 peratus “spin”.

Sekarang Tan Sri sudah popular? Puas hati dengan kenyataan yang diucapkan di Cheras itu? Sudah lihat kesannya? Dan apakah Tan Sri sudah berfikir lebih awal tentang kesannya pada masa akan datang? Ada fikir tentang UMNO? Ada fikir tentang persepsi masyarakat? Siapa agaknya yang menasihati beliau untuk berucap dengan nada itu, kan?

Penulis hairan, mengapa Muhyiddin dalam ucapan tersebut tergamak merendahkan taraf intelektualnya dengan merujuk pada The Edge untuk mengetahui tentang 1MDB. Sangat pelik perlakuan itu dilakukan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Kenapa The Edge menjadi pilihan Muhyiddin untuk mencari kebenaran tentang isu 1MDB? Kenapa blog perniagaan itu yang beliau yakini?

Setahu penulis, kabinet Malaysia telahpun diberi penjelasan panjang lebar tentang isu 1MDB. Malah dikhabarkan bahawa Menteri Kewangan Ke-II, Datuk Seri Husni Hanazdlah pun telah mengedarkan naskhah penjelasan mengenai isu berkenaan kepada kabinet. Mengapa tidak rujuk disitu sebagai sumber yang sah? Kenapa The Edge?

Apakah Muhyiddin tidak yakin dengan penjelasan dari Kementerian Kewangan di depan matanya? Apakah beliau rasa Kementerian Kewangan itu berbohong pada Timbalan Perdana Menteri? Sejak bila Muhyiddin hilang kepercayaan pada kerajaan?

Kini, The Edge sendiri mengaku menipu Justo untuk mendapatkan maklumat tentang 1MDB dalam penulisannya. Justo pula disahkan terlibat dalam agenda terancang memburukkan Kerajaan Malaysia. Pelbagai pendedahan juga menzahirkan The Edge tidak wajar dipercayai, khususnya berhubung laporan isu 1MDB.

Tapi Timbalan Presiden UMNO itu masih lagi merujuk pada laporan akhbar itu sebagai sumber yang sah untuk diterima pakai? Timbalan Perdana Menteri lebih percaya pada pihak asing yang memburukkan kerajaan yang dipimpin berbanding boss beliau sendiri? Apa sudah jadi?

Apakah Timbalan Presiden UMNO itu fikir beliau seorang saja yang mahukan kebenaran tentang 1MDB?

Penulis yakin, seluruh rakyat Malaysia mahukan kebenaran tentang isu 1MDB, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami juga tidak sabar untuk tahu kebenaran dari hasil siasatan Pasukan Petugas Khas yang hingga kini telah menahan reman beberapa individu termasuk seorang “Mat Despatch” baru-baru ini.

Namun, selagi belum selesai siasatan tersebut, tidakkah Timbalan Perdana Menteri itu boleh bersabar dan bersangka baik terhadap Najib? Atau sememangnya benar dakwaan yang mengatakan Muhyiddin mahu “menangguk di air yang keruh” untuk duduk di kerusi Perdana Menteri?

Jika mahu duduk di kerusi Perdana Menteri, mengapa setuju untuk tangguhkan pemilihan UMNO? Atau tempoh penangguhan itu sengaja dirancang untuk memulakan tempoh berkempen menimbulkan keraguan ahli parti terhadap Presiden UMNO sebelum pemilihan berlangsung nanti?

Penulis memohon maaf pada Muhyiddin. Selaku ahli biasa UMNO, penulis memohon maaf sekiranya penulisan ini menyinggung perasaan Timbalan Presiden. Namun penulis juga yakin pada “freedom of speech” di dalam UMNO untuk menegur pemimpin yang bertindak diluar kewajaran sebenar dari sudut pandang peribadi.

Apa yang penulis boleh sarankan pada Muhyiddin sekarang ialah supaya beliau segera bertemu dengan Mohd Najib bagi meleraikan kekusutan hasil dari ucapannya di Cheras itu. Berbincanglah dari hati ke hati dan berterus-teranglah antara satu sama lain. Inshaallah, Allah akan lorongkan jalan yang terbaik.

Tidak perlu meletak jawatan memandangkan Muhyiddin sendiri adalah antara tokoh yang bagus di dalam UMNO dan sangat sesuai untuk membantu kepimpinan Mohd Najib. Namun, ikhlaslah pada UMNO dan kepimpinan parti. Lainlah kalau ada agenda tersirat di sebaliknya, kan?






7 Komen to Lebih Percaya Pada The Edge Berbanding Kerajaan Sendiri?

  1. semangat dato' haron says:

    #SayNO!!!toKJ

  2. adamyussof says:

    kenapa rakyat mempertikaikan jumlah rm yang dimiliki oleh pm ? itu perkara biasa !!! sedangkan ramai rakyat biasa yang mempunyai wang yang lebih banyak dari itu…..kenapa rakyat tidak mempertikaikan jumlah wang yang dimiliki oleh anwar ibrahim dan sekutunya…yang sah sah dari sumber tak sahih…kenapa pencacai pkr tak mempertikaikan seorang pemimpin pkr yang menjual isterinya ?
    Pada aku pm sekarang lebih hebat secara realitinya kerana telah membela nasib rakyat miskin dan pada masa yang sama telah membangunkan negara

  3. Rakyat Jelata says:

    rakyat mempetikaikan duit yang didapatkan dari pinjaman 1MDB..masuk ke akaun personal Ah jib gor..tu yg rakyat tanya..sbb kalau betul duit tu ada masuk akaun dia..duit tu lar yang rakyat kena tanggung bayar….

  4. Pak Tho says:

    Tak ada siapa nk pertikai jika mendapat penjelasan yg sewajarnya. Jgn kata PM. Ketua bahagian pun ramai yg kaya raya dan berbini 2 lagi. Kita klau nak tahu kelemahan diri. Jgn tanya pd org yg rapat pada kita. Tanya lh pada musuh kita. Pasti kita akan dapat jawapan yg JUJUR. Baru boleh memuwabahah diri dan baiki kelemahan. Sebab itu segala pertanya hendak dijeaskan bukannya mengharap orang lain dan masa akan mendiamkan sesuatu isu yg berbangkit. Apa pun nilaikan dulu segala maklumat yg kita terima agar ianya tdk menjadi fitnah dan tdk adil kpd yg diminta beri penjelasan.

  5. Rakyat Jelata says:

    Macam mana orang nak percaya kat kerajaan..sbb tindak tanduk yang diambil pun dah menimbulkan ketidakpercayaan.PAC ke..audit ker..4 Tan Sri ke..semuanya pada pandangan adalah tidak bebas dan berkecuali..disbbkan org yang menjadi suspek utama masih menjadi Ketua Kerajaan dan semua badan2 penyiasat ni pada pandangan umum akhirnya akan melapor pada suspek utama…

  6. shimo says:

    Yelaaa…pnulis ni artical ni pn lame dh jd TMP…in out tahu smua…bodo pnye muhyiddin

Leave a Reply

Threesome