Menu Utama

Laporan Palsu WSJ Antara Punca Iraq Diserang

Judith-Miller-006_FEATURED

PERKEMBANGAN muktakhir dalam soal fitnah Wall Street Journal (WSJ) ke atas Perdana Menteri, peguam beliau telah memulakan tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut hari ini.

Laporan itu bukan setakat palsu malah cuba membodoh-bodohkan seorang Perdana Menteri Malaysia.  Apa cikai sangat ke Perdana Menteri kita nak masuk ‘duit songlap’ dalam akaun sendiri – kalau betullah Perdana Menteri ada songlap duit?

Bodoh betul siapa yang percaya kepada laporan itu.

Cakap pasal percaya, penulis hairan kenapa WSJ dengan reputasi buruk ini menjadi kitab rujukan penyokong pembangkang, terutama yang beragama Islam.  Asal ada kait-kait dengan Perdana Menteri saja, cepat dah angkat dakwaan itu betul padahal, apa pun tak terbukti lagi.

Satu lagi, rakyat Malaysia jangan lupa bahawa dosa WSJ ini kepada rakyat Iraq dan ketamadunan manusia keseluruhannya adalah begitu besar sekali.

Dek kerana satu laporan akhbar tersebut pada tahun 2003 kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD), menjadi antara punca negara itu  terjebak ke kancah huru hara sehingga sekarang.

Artikel yang ditulis oleh Judith Miller itu turut menjadi bahan propaganda paling berkesan oleh pentadbiran George Bush pada waktu itu untuk mewajarkan serangan ke atas Iraq kerana kononnya Saddam akan menggunakan WMD ini untuk membahayakan dunia.

Di akhirnya, beratus ribu rakyat Iraq mati, negara itu berpecah belah sehingga kini, Saddam pun digantung sampai mati tapi WMDnya tidak dujumpai juga!!  Hujah WSJ untuk mempertahankan dakwaan mengenai wujudnya WMD di Iraq pada ketika itu sama macam sekarang – kononnya ada maklumat dari sumber yang sahih, walhal apa pun takdak.

Oleh itu berhentilah mempercayai laporan WSJ ni.  Tak payah tunggu lama, dokumen yang mereka dedahkan semalam, satu pun tak menunjukkan dengan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat sebab tak terdapat nama beliau dimana-mana, belum pertikai sahih ke tidak lagi dokumennya tu.

Lagipun tindakan undang-undang dan siasatan oleh pasukan petugas khas sedang berjalan, tunggu sajalah keputusan.






11 Komen to Laporan Palsu WSJ Antara Punca Iraq Diserang

  1. Dr Abd Rahman says:

    #mykmu.net Sbgai blogger, level IQ anda wajib berada di paras lebih tinggi jika dibandingkan level IQ pembaca. Siasatan BELUM TAMAT kamu dah kata itu laporan PALSU. Tak habis lagi siasat le woi tapi setakat yg dah siasat LAPORAN ITU BOLEH DITERIMA.
    1- Blogger jangan tunjuk kebodohan sendiri kalau mahu blognya dapat pelawat yg ramai.
    2- Dan yg kedua, JANGAN JADI MACAI UMNO kerana macai dirujuk kepada kumpulan manusia yang BODOH, BAHLUL, BANGANG dan SUKA MENIPU/BOHONG.
    3- Sedarlah lebih 2/3 rakyat sudah meluat dgn Najib/1MDB dan 9/10 rakyat AMAT BENCIKAN ROSMAH. Mengapa kamu masuk dalam kumpulan kecil yg mendewa-dewakan najib & rosmah?

    Yang lain, kamu fikir sendiri. Buat solah istiqarah, mohon petunjuk dari ALLAH.

    TQ

  2. dkds says:

    Wsj ini umapama DAP lah buat penyokong pembangkang…duk kata tolak hudud bagai , tetap bersama juga..hehehe

  3. musanghitam says:

    Penyokong madey otak berselut , tak boleh pakai sama macam penyokong pembangkang
    bodoh yang tiada kemaafan , media yang dah banyak membunuh umat islam di dunia ini pun diangkat sebagai kitab suci

  4. brekpit says:

    Saya setuju dengan komen Dr Abd Rahman(fake acc I guess).
    1.Disebabkan IQ pembaca lebih tinggi dari penulis,pada awal2 lagi sudah dapat mengetahui samada bukti2 yang dikumpulkan boleh dikategori ‘doctored’ atau tidak.Berapa ramai letak email gmail akaun guna nama sendiri?Siasatan mengenai akaun bank juga suspicious,kalau ditanya orang bank,jika ada kemasukan wang yang begitu besar,sudah tentu mereka lebih mengetahui & dialu-alukan,sebab utama,bank akan mendapat faedah dari kemasukan wang tersebut.Dengan kata mudahnya,mereka akan dapat bonus dari biasa walaupun hanya dimasukan untuk beberapa hari.

    2.Aku rasa baik ditanya MalaysiaKini berapa ranking dan hasil iklan yang dia dapat dengan berita-berita sensasi.

    3.Apakah anda juga macai PR?yang mengambil kesempatan dari isu ini.Sudah tentu PR terutama DAP & PKR mendapat ‘laba’ dari hasil isu ini.Apakah Dr M boleh membuat kritikan diluar negara,tanpa disoal balas oleh sesiapa? “The pot calling kettle black”

    4.two third majority doesn’t like najib?u ask david cameron,how much conservative wins the seat while in GE 2015? Undi fofular ker?

  5. gunting says:

    Yang rendah IQ adalah doktor di atas..
    Sepatutnya iq doktor tinggi dari pesakitnya..
    Ni lah jadinya bila hati busuk menguasai perasaan.
    Iq tinggi2 campak dalam longkang.
    Tolong semak Al Quraan dan Hadith mengenai
    YAHUDI DAN NASRANI..

    ALLAH suruh umat Islam berhati hati dengan agenda orang yahudi yang siang malam kerja mereka nak porak perandakan umat Islam.

    Janganlah kerana kebencian anda terhadap sesama Islam anda bersekedudukkan dengan gulongan munafik dan yahudi membantu mereka memusnahkabn saudara se ugama

    Sumber rujukkan AWSJ adalah maklumat dari dalam negara ini.Kebiasaannya musuh2 UMNO khususnnya parti2 pembangkang tidak akan melepaskan peluang untuk sensasikan berita ini kerana ia bakal memberikan political mileage dan impak yang sangat dahsyat kepada yang membongkarnya.

    Kenapa perlu guna AWSJ.?

    Boss konspiritor kamu pun dah zip mulut sekarang ni..
    Cakap pun dah bisik2….dah cuak..lartu bila Najib nak bongkar satu2 ..pakatan jahat mereka.

    So doc ..tolong bagi service terbaik pada pesakit dan jangan dok melalak nak jatuhkan sesama saudara muslim hanya dengan satu berita dari puak2 yahudi..
    Nama dah sedap dah mak bapak bagi..
    Perangai pulak cam yahudi…

  6. Osmani says:

    Allah telah tunjukkan kebenarannya… tetapi macai hanya macai IQ 3.86. Belum siasat lagi dah kata semua tu PALSU..

  7. sman says:

    Kes sodomi Nuar yg dah ada pemereiksaan dna pun ambil masa 6 tahun nak capai keputusan muktamad.Tiba-tiba tang Najib terus puak macam dr.Rahman tu confirm betul.walhal bayak isu ‘kecacatan’ bukti mereka yg telah di timbulkan,mereka tak leh jawab pun.Yg mereka mampu hanya menungu-nuggu SR dan WSJ keluar cerita baru.Dari mereka sendiri,habuk pun tarak.IQ tinggi ke dia orang tu,atau busuk hati yg lebih?.Alaihai cermin lah diri tu.

  8. halim says:

    Masuk akaun peribadi?
    Kakkakakakakakakkakakakakaka
    kakakakkakakakakakakaaka
    kakakakakakakkaakakaa

    Bodohnya yg percaya!! Kena kencing hidup2..
    kalau nk tahu wsj ni dan negara barat ingat malaysia ni mcm Mundur sgt..
    dia org ingat rakyat kita ni masih ketinggalan zaman..
    Itu sebenarnya.. Dia tk pernah dtg mesia pon..
    Dan dgn gempaq kat paper mcm tu boleh tipu kita la..
    Org tk heran pon. Yg bodoh ja persoalkan betul atau tidak..
    Madir buat2 tak paham.. Saja ja nk jatuhkan pm.. Bukan apa..

  9. halim says:

    Madir ni.. Hormat tu hormat jugak. Tp kalau sampai tahap ni..
    Rasanya lebih baik pm saman madir supaya tutup mulut..
    Merosakkan kerajaan sendiri

  10. ToraTora says:

    buang ajelah ‘dr’ kat pangkal nama tu..

Leave a Reply

Threesome