Menu Utama

Laporan interim 1MDB telah siap akhir Jun- Jabatan Audit Negara

Jabatan Audit Negara hari ini mengesahkan bahawa Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) telah siap mengikut jadual iaitu pada akhir Jun lalu.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, laporan itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika taklimat kepada jawatankuasa berkenaan yang dijadualkan 9 Julai ini.

‘‘Laporan interim ini merupakan hasil pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara bermula 10 Mac hingga 15 Jun lalu.

‘‘Pengauditan Jabatan Audit Negara terhadap 1MDB masih berjalan dan satu laporan lengkap akan diserahkan kepada PAC secepat mungkin dalam tahun ini,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporan itu akan diserahkan bagi pemeriksaan telus kepada PAC.

Utusan



« (Previous News)



Satu Komen to Laporan interim 1MDB telah siap akhir Jun- Jabatan Audit Negara

Leave a Reply

Threesome