Menu Utama

KSN Baru Bangun Tidur?

KENYATAAN AKHBAR KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA
 
1. Saya mengambil maklum dan memandang serius terhadap beberapa perkembangan semasa dalam negara yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
 
2. Ini termasuk tuduhan dan laporan berikutan siasatan pihak polis negara Thai bahawa ada pihak tertentu dalam negara bersama anasir luar terbabit dalam satu konspirasi terhadap kepimpinan negara untuk mengganggu gugat proses demokrasi negara ini.
 
3. Perkara-perkara seperti ini boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara serta merupakan tindakan khianat terhadap negara.
 
4. Justeru itu, penjawat awam juga adalah diingatkan untuk terus memberikan tumpuan dan komitmen dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Nasional dengan tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau perbuatan yang boleh disifatkan sebagai mencemarkan imej perkhidmatan awam dan menjejaskan ketenteraman dan keselamatan negara.
 
21 July 2015
 
TAN SRI DR ALI BIN HAMSA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA






7 Komen to KSN Baru Bangun Tidur?

  1. tengkudin says:

    kenyang makan ketupat ni..

  2. brekpit says:

    ekkkk,,,sedawa plak..

  3. ToraTora says:

    entah-entah dia pun tak suka Najib…slow je buat keje..heh3

  4. brekpit says:

    wake up call ksn…

  5. WTF says:

    Susah kalau ada KSN camni

    Tak kiralah apa pekerjaan anda, silalah bersikap jujur dan amanah dalam menjalankan tanggugjawab anda

    Dan JANGAN BERTELOR!!!

  6. semangat dato' haron says:

    X percaya KSN. Sama bangsa ngan Mamak Kutty yg selective memory recall tu. Ingat mamak ingat kejatuhan Melaka.

Leave a Reply