Menu Utama

Konspirasi

chedet-claireOleh Tun Mahathir Mohamad

1. Terdapat banyak perbicaraan oleh orang-orang tertentu tentang konspirasi untuk menggulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri.

2. Adakah terdapat konspirasi? Adakah terdapat seseorang atau beberapa kumpulan bersubahat, iaitu bergerak secara rahsia di bawah tanah untuk menggulingkan Najib? Mungkin terdapat sebelum ini, tetapi selain daripada orang-orang yang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran Najib, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau. Itu bukan menyatakan bahawa mereka sebenarnya mengalu-alukan idea beliau meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan bawah tanah yang aktif dan tindakan tidak ada.

3. Apa yang kita tahu sekarang adalah bahawa saya telah secara terbuka menggesa beliau meletak jawatan. Tiada konspirasi. Hanya pengakuan terbuka kepada seluruh negara bahawa saya ingin melihat Najib terhenti menjadi Perdana Menteri.

4 Oleh itu, jika ada apa-apa penyiasatan mahu dibuat, tidak ada keperluan untuk detektif atau ejen khas. Ujudnya langkah atau desakan untuk Dato Sri Najib berundur diri diketahui semua orang.

5. Jadi sekali lagi, di mana konspirasinya!! Ini adalah semua terbuka. Tidak ada keperluan untuk bersubahat. Terdapat kempen terbuka untuk beliau berhenti daripada menjadi Perdana Menteri.

6. Akhir-akhir ini kita melihat banyak kenyataan yang melucukan. Utusan dengan lantang menyatakan bahawa Perdana Menteri telah mengambil tindakan terhadap Wall Street Journal.
7. Sebenarnya ini bukan tindakan undang-undang atau saman malu. Ianya hanya tertanya dengan sopan kepada Wall Street Journal mengapa mereka menerbitkan artikel itu.

8. Adakah keperluan untuk menanyakan soalan yang bodoh itu? Bukankah ianya jelas bahawa sebagai akhbar maklumat yang diperoleh oleh Wall Street Journal adalah sensasi. Mana-mana akhbar yang yakin dengan kesahihan maklumat itu pasti mencetaknya. Sudah tentu akbar-akbar utama tempatan tidak akan berbuat demikian atas alasan-alasan yang jelas.

9. Untuk mendamping diri dengan Perdana Menteri mereka lebih sanggup menyesatkan orang. Sub-editor pandai menulis tajuk utama yang mengelirukan. Sebagai contoh, apabila kenyataan dibuat untuk membiarkan pasukan petugas empat orang melakukan kerja mereka, ini ditajuk utamakan sebagai sokongan kepada Perdana Menteri.

10. Kemudian ada pula seorang menteri yang selepas mengatakan bahawa laporan interim menunjukkan tidak sebarang yang salah dengan 1MDB, kemudiannya menasihatkan orang ramai supaya jangan berkata sebarangan mengenai 1MDB sehingga laporan itu disiarkan. Tetapi dia sendiri telah membuat kenyataan terlebih awal.

11. Bagi semua komen yang dibuat terhadap 1MDB, jawapan standard ialah menafikannya, mengatakan “Bukan, ia tidak benar.” Ia ibarat seseorang apabila ditanya sama ada dia telah mencuri wang seperti yang didakwa, hanya menafikan bahawa dia telah mencuri, mengharapkan hakim akan membebaskannya kerana ia menafikan.

12. Tidak ada penafian bahawa wang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada UMNO adalah bahawa ia adalah untuk pilihan raya. UMNO nampaknya berpuas hati. Tidakkah mereka tahu bahawa wang Kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik memenangi pilihan raya? Tetapi wang ini adalah dari sumbangan, Siapa yang menyumbangkan 2 bilion Ringgit? Tiada jawapan.

13. Bagaimana pula dengan BR1M? Bukankah is wang Kerajaan, semua 7 bilion Ringgit itu dan banyak lagi. Itu bijak. Ianya bukan untuk pilihan raya tetapi diberikan sebelum mana-mana pilihan raya, dengan janji lebih jika parti menang, bukankah ini hal menggunakan wang kerajaan untuk memenangi pilihan raya?

14. Sesungguhnya tunai adalah raja !!

15. Kemudian terdapat desakan bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa pun mempunyai sebarang hak untuk menuntut beliau berundur.

16. Betapa pendek ingatan mereka. Tidakkah mereka ingat Abdullah yang juga telah dipilih diminta oleh Najib untuk berundur. Dan dia lakukannya.

17. Dan saya sendiri, juga seorang PM yang dipilih, berundur pada tahun 2003.

18. Di seluruh dunia Presiden yang dipilih dan Perdana Menteri telah diminta atau terpaksa berundur dan mereka semua melakukannya. Malah di sesetengah negara, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, Menteri-menteri, Perdana-Perdana Menteri akan meletak jawatan.

19. Janganlah jadi bodoh dan menuntut bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa yang mempunyai hak untuk meminta beliau untuk berundur. Abdullah memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2008 daripada Najib pada tahun 2013. Jika Abdullah bersedia untuk meletak jawatan, Najib selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum sepatutnya tidak menawarkan diri untuk menjadi PM. Dia harus meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO dan ketua BN dan biarkan orang lain memimpin dan menjadi PM.

20. Terdapat pandangan ini bahawa pindaan kepada peraturan pilihan raya dalam UMNO adalah bertujuan untuk menjadikannya lebih demokratik. Lebih ramai ahli akan mengundi dalam pilihan raya UMNO daripada 2,000 atau lebih perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

21. Sebenarnya niatnya adalah untuk menghadkan bilangan entiti yang terlibat dalam pilihan raya. Pemenang adalah mereka yang mendapat bilangan terbesar undi bahagian. Keberkesanannya bererti pemilih sebenar telah dikurangkan dari 2000 kepada kira-kira 190 bahagian UMNO. Bilangan ahli yang mengundi untuk calon dibatalkan. Jauh daripada membuat pilihan raya UMNO lebih demokratik, Najib sebenarnya telah menghadkan hak mengundi ahli-ahli biasa kepada bahagian sahaja. Dan Najib mempunyai pegangan ke atas sebahagian besar ketua-ketua bahagian.

22. Begitulah untuk demokrasi yang lebih dalam UMNO.






7 Komen to Konspirasi

  1. […] tulisan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, “konspirasi” nyata negarawan ini bertekad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dengan apa […]

  2. James Wong says:

    Pada zaman Tun M dulu. Sesiapa sahaja yang menentang kerajaan, akan disumbat dalam tahan ISA, sehingga menganiayai kebebasan rakyat untuk bersuara. Apa cerita?

  3. lama dah says:

    Memang la Tun bertempik suruh Najib berundur dgn cara terbuka…tetapi isu yg Tun gunakan supaya Najib letak jawatan sehingga kini masih berbentuk fitnah dari anasir luar…blum terbukti lg….sabar2 la sikit…tunggu smpai penyiasatan selesai…org tua kena la byk bersabar….ingat negara ni Tun punya ke?…ingat Tun sorang je yg sygkan negara ni…malah pekik lolong Tun dh membuat ahli2 UMNO terbelah & berbalah sesama sendiri..kebaikkan utk siapa sebenarnya Tun…

  4. Pemerhati says:

    mahadey cuba menutup pekungnya yang sudah bernanah

  5. semangat dato' haron says:

    Dear Tun, bglah masa pd Najib. Semua tahu serangan plg hebat ke atas Najib bkn dr pembangkang tp dr Tun sendiri. 1MDB belum lg bankrap tp Bank Bumiputera bankrap di zaman Tun sendiri x termasuk pelbagai entiti kerajaan yg diswastakan terpaksa diambil alih semula oleh kerajaan. Kalo skandal pembunuhan altantuya dihebohkan, banyak juga skandal yg lebih kurang sama di zaman Tun disenyapkan sahaja. Bglah peluang pd Najib sebagaimana beliau membantu Tun di zaman krisis UMNO ketika beliau menjawat jawatan ketua pemuda. Tanpa bantuannya, sudah pasti Tun sudah lama tewas di tangan Ku Li.

  6. Ramli Ahmad says:

    pening dgn tun m

  7. Meriam Buluh says:

    Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada Tun. Aamin Ya Rabbal Alamiin.

Leave a Reply