Menu Utama

Konspirasi jatuhkan PM

Polis tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata peguam negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang berkaitan dengan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan Tindakan Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia,” katanya.

“Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.

“…dan ia boleh menjadi sabotaj ekonomi terhadap Malaysia. Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau memalsukan dokumen berkenaan akan berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang,” katanya.

Khalid berkata, tujuan siasatan polis itu adalah untuk mengenal pasti mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu asli atau dipalsukan, seperti dalam kes Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) yang disiasat pihak berkuasa Thailand mengenai dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Polis Thai dilaporkan menahan Justo pada 24 Jun lepas kerana didakwa cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi, yang telah menarik perhatian Malaysia kerana dikaitkan dengan 1MDB.

BERNAMA






2 Komen to Konspirasi jatuhkan PM

  1. naktaujer says:

    Penyebaran atau membocorkan hasil maklumat siasatan bukan Konspirasi Jatuhkan PM.

    Tiada siapa hendak gulingkan PM yang menang dari proses pilihanraya.
    Tiada siapa hendak gulingkan PM yang jujur berintegriti dan dahulukan kepentingan rakyat.
    Tiada siapa mahu gulingkan PM yang bersih dari sebarang kontroversi.
    Tiada siapa mahu gulingkan PM yang berani bersemuka dan menjawab segala soalan dengan jelas, jujur dan meyakinkan.

    Konspirasi membocorkan maklumat Hasil siasatan adalah..
    Konspirasi untuk memastikan poses pendakwaan nanti berjalan dengan jujur dan telus.
    Agar tiada maklumat siasatan dipadam atau disembunyikan menyebabkan gagalnya pendakwaan.
    Semua ingin perbicaraan berlaku dengan jujur dan telus.

    Sebab ini kes berprofil tinggi dan pertama berlaku di Negara Kita melibatkan salah urus dana.Kesudahan masih menjadi teka teki.
    Pasti menjadi perbincangan hangat sesama keluarga pada Lebaran Nanti.

    Ke biasaannya maklumat yang diterima hanya disembunyikan pada yang didakwa.

    Sepatutnya yang didakwa bersukur mendapat advantage kerana tahu butir2 hasil siasatan.Maka boleh team mereka merangka apa soalan yang akan dikemukakan oleh pendakwaraya.
    Bak kata orang sebelum engkau soal aku dah tahu apa jawapannya.

    Jadi kita boleh juga menyatakan kospirasi pembocoran maklumat ini.

    Konspirasi Untuk Menggagalkan Proses Pendakwaan.

Leave a Reply

Threesome