Menu Utama

Mungkin Ada Konspirasi Tuduhan Palsu Ke Atas Perdana Menteri – Peguam Negara

Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, tidak menolak kemungkinan wujud usaha mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan aktiviti jenayah melalui pemalsuan dokumen dan maklumat haram.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar menafikan tuduhan Sarawak Report bahawa Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk membuat pendakwaan ke atas Mohd Najib pada hari Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Abdul Ghani Patail ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan.

“Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami,” kata Apandi.

Namun Apandi tidak menolak hakikat kemunculan kertas pertuduhan dan tuduhan palsu ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadapnya, dengan maklumat palsu dan memperolehi maklumat secara tidak sah.

Sebelum ini, bekas perunding editorial Sarawak Report, Lester Melanyi, mendakwa terdapat usaha “To Criminalize Najib” oleh beberapa pihak dengan kerjasama Sarawak Report.-MYKMU.NET

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA

30 Julai 2015

1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.

3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.

4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah.

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

30 July 2015

1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false.

2. T‎he alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers. ‎

3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance.

4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.

5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty. ‎

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA






61 Komen to Mungkin Ada Konspirasi Tuduhan Palsu Ke Atas Perdana Menteri – Peguam Negara

  1. Abu Bakar says:

    OK saya terima dahulu kenyataan dari Peguam Negara ini buat masa ini, tapi kena ingat, kenyataan rasmi ini adalah dokumen rasmi kerajaan, memberikan kenyataan palsu dalam dokumen rasmi kerajaan boleh dianggap menipu kerajaan dan boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun berdasarkan Penal Code seksyen 128. Saya yakin ‘Peguam Negara’ yang baharu ini lebih memahaminya.

    Malahan kita mahu tindakan penyiasatan ini disegerakan, jangan nak lambat-lambatkan pula dengan berbagai alasan bodoh.

    Selamat menjalankan tugas dengan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang dan rukun negara serta paling penting tanggungjawab kepada amanah yang dipikul atas dasar agama.

  2. Pak Tho. says:

    Macam ni lh bagus. Cepat dan pantas beri penjelasan. Tak de lh fitnah berluasa. Cuma penjelasan Najib tentang persoalan dana dipindahkan kedlm akaun peribadinya. Krikk….. Krik…krikk sampai skrg.

  3. Badrole Amin says:

    tak payah kata terima dahulu kenyataan dari AG munafik oi, cakap je tak percaya walaupun sudah dinafi AG

    munafik(abu bakar) tak nak kata nak dengar pengakuan dari bekas AG juga ke?

  4. Abu Bakar says:

    Tak kisahlah kau nak tuduh aku munafik ke apa ke, sebab entah-entah kau tu yang munafik + asobiyah, buat jahat pun kau sokong tak terhingga sebab mentality CASH IS KING wahai Badrole Amin.

    Kalau betul apa yang dinafikan itu tak apalah, saya terima, kalau terbongkar sesuatu yang mana penafian itu merupakan suatu pembohongan, maka terimalah padahnya.

    Perlu diingat bahawa memberi kenyataan palsu kepada kerajaan, adalah salah besar dan boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun berdasarkan Seksyen 128 kanun keseksaan. Ini kerana kenyataan rasmi dari ‘Peguam Negara’ baharu ini adalah dokumen rasmi kerajaan, rasanya dia sendiri lebih faham pasal hal ini.

    OK saya terima dulu, tapi bersyarat seperti di atas.

  5. Hadi says:

    Abu Bakar, entry sebelum ni engkau komen mahu AG beri penjelasan, sekarang dah dapat masih tak hadam? Lapangkan dada engkau Abu Bakar

  6. Abu Bakar says:

    Meskipun begitu, Najib tak berani pula buat kenyataan rasmi sebegini menafikan dia pernah buka dua buah akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13 dan dalam tempoh akaun aktif dimasukkan pula USD 700 juta dollar bersamaan RM 2.63 billion ke dalam akaun-akaun itu.

    Sila Najib buat kenyataan rasmi sebegini kalau dia yakin dirinya tak salah. Tetapi saya meyakini Najib takut nak buat kenyataan rasmi sebegini, kerana Najib di pihak yang salah, sebab itu dia takut berhadapan dengan kebenaran.

    Malahan juak-juak Najib pun makin hari makin begong, macam Tun Faisal, Penasihat JASA, ada ke patut dia kata isu wang USD 700 juta yang disyaki masuk ke dalam akaun Najib itu tak perlu dipedulikan oleh Tan Sri Muhyiddin. Malahan Tun Faisal siap kata lagi itu hak Najib nak terima wang dan hak orang yang nak memberi wang itu.

    Tetapi Tun Faisal ni bengong pula tak faham bahawa Najib berjawatan Perdana Menteri, segala perlakuannya yang meragukan akan memberi kesan kepada kerajaan.

    Malahan jumlah yang terlibat itu bukannya RM 700.00, tetapi USD 700,000,000.00 (USD 700 juta), bersamaan RM 2,630,000,000.00 (RM 2.63 billion) sungguh pelik, siapalah yang nak beri sampai banyak tu, Raja Arab Saudi ke? Kalau Raja Arab Saudi sekali pun, Najib sebagai anggota kerajaan yang boleh dikategorikan sebagai penjawat awam perlu mengishtiharkan hartanya, pasal apa sampai akaun dah tutup masih tak ishthar pasal kemasukkan wang itu ke dalam akaunnya jika benar?

    Memang lingku JASA orang macam Puad Zarkashi dilantik jadi Ketua pengarah, Tun Faisal dan Lokman Adam dikutip jadi pegawai tinggi JASA, memang lingkup. JASA kini dah tak seperti di zaman Allahyarham Datuk Fuad Hassan yang mana masa itu JASA bertenaga, serta banyak membantu kerajaan menangani isu semasa dan membantu menarik sokongan rakyat kepada kerajaan, tetapi dengan orang macam Puad, Tun Faisal, Lokman Adam ni dikutip masuk JASA, ibarat mengutip sampah masuk JASA sahajalah, mereka ni hanya tukang merapu yang tak tahu nak buat kerja.

  7. Abu Bakar says:

    Hadi, saya setakat ini menerima penjelasan dari ‘Peguam Negara’ yang baharu itu, kerana kenyataan yang dibuat adalah kenyataan rasmi yang menjadi dokumen rasmi kerajaan.

    Cuma saya nak ingatkan sahaja bahawa kalau terbongkar bahawa penafian ini juga suatu penipuan, maka saya tak terimalah penafian ini lagi, kerana telah berlaku pembohongan.

    Takkan ini pun kau tak faham.

  8. System baru says:

    CASH IS KING, esok kau akan cakap konparasi,bila cet det tulis buat akan buat jamban berkembar pun kau akan cakap, kalau betul kenapa tun m itu tak tumpu pada beribadat je, kalau aku jadi dia akan tumpu ibadat je usia macam dia,
    Aku tak sebodoh abu ya suruh buat perakuan berkanun itu. Ribuan orang pun buat perakuan berkanun itu di pejabat suruhanjaya sumpah tak pun seorang di tangkap di sana itu sebab tugas dia bukan tangkap orang dan siasat orang.
    Suruh anwar itu buat perakuan berkanun itu dia tak meliwat saiful itu, aku tengok anwar tak pun lakukan nya,lupa kau tak tahu maksud apa perakuan berkaunu itu.

    Barang kali ini perbalasan apa tun m lakukan pada tun razak itu,Sepatut usia macam dia tumpu ibadat lihat mana kurang dulu sebelum hadapi maut

  9. Abu Bakar says:

    System Baru, kalau berlaku kemungkaran, maka wajib dicegah, takkan kerana Tun Dr. Mahathir dah berusia 90 tahun maka dia perlu disekat untuk mencegah kemungkaran?

    Ini bukan soal umur, tetapi soal integriti.

    Juak-juak Najib bila berhujah memang teruk, entah apa-apa, mencerminkan mentaliti rendah mereka yang berfikiran CASH IS KING sahajalah, tak reti guna otak untuk fikir, dan tak tahu guna akal untuk fikir.

    Sedarlah.

  10. Abu Bakar says:

    Pasal Pengakuan Berkanun itu, sudah Najib kata proses nak ambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal ambil masa yang agak lama, kononnya melibatkan pihak luar negara.

    Maka paling kurang, Najib buatlah Pengakuan Berkanun terlebih dahulu untuk membuktikan dirinya serius tidak terlibat dalam apa yang dituduhkan itu.

    Tapi sampai kini bukan setakat Pengakuan Berkanun, nak keluarkan kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri pun Najib cuak, takut terbongkar makin banyak pula segala salah lakunya selama ini.

    Sedarlah.

  11. Abu Bakar says:

    Lagi satu, apa yang Tun Dr. Mahathir buat benda yang tak baik terhadap Tun Razak?

    Tak payah nak fitnah tak tentu hala pula ye.

    Pasal Anwar tak buat pengakuan berkanun, maka dia tak serius nak menafikan kegiatan kelakuan tak senonohnya itu, maka dia diheret ke mahkamah untuk diadili dan didapati salah dan dihumban ke penjaran.

    Maka Najib pun patutnya macam itu jugalah, dah takut nak nafikan, buat salah le tu, patutnya pihak polis dah lama tangkap Najib ni untuk disoal siasat dan didakwa di mahkamah untuk diadili, tetapi kerana Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara yang penipu itu kemaruk jawatan, mahu kontrak jawatannya disambung lebih lama lagi selepas ini, maka dia biarkan Najib bebas berbuat sesuka hati sedangkan dalam konteks undang-undang, Najib sekarang ini adalah suspek jenayah.

    Tapi apakan daya, kerana kemaruk nak kontrak jawatan disambung lebih lama lagi, maka Ketua Polis sanggup buang prinsip dan integriti dia, kerana kontrak jawatan lebih utama dari tugas bagi Khalid Abu Bakar ini, macam juak-juak Najib jugalah, duit lebih utama dari semua perkara, CASH IS KING, ada CASH sanggup jual maruah membela kemungkaran Najib tanpa pedulikan dosa atau pahala, baik atau buruk pun dah tak kira dah.

  12. System baru says:

    ingat abu bakar apa tun m lakuakan pada tun razak dulu,
    Dunia setiasa berputar, sekejap je tun m akan dapat pembalasanya
    Tunggu masa dan ketikanya. Ia akan pinggirkan seperti dia lakukan pada tun razak,dulu, aku lihat sekarang tun m hanya di kelingi kroni yg tak berguna itu
    Raja jatuhkan orang tak akan kekal lama allah setiasa di pihak benar
    Lihat je anwar hasil didikan tun m itu dia dah dapat pembalasan nya,

  13. System baru says:

    percaya dengan media asing menipu itu abu bakar

  14. System baru says:

    Kenapa kau takut perangai tun m terdedah raja jatuhkan orang jika orang tak nak ikut cakap dia

  15. Abu Bakar says:

    Ini bukan soal percaya atau tidak percaya kepada media asing, tetapi isunya Najib telah didakwa dan didedahkan oleh beberapa pihak mengenai isu penyelewengan di dalam 1MDB, serta isu RM 2.63 billion bersamaan USD 700 juta di dalam akaunnya di AmBank serta isu bininya dan wang RM 2 juta tidak dinafikan oleh Najib laki isteri secara rasmi.

    Hingga kini tak ada tindakan saman terhadap pihak yang Najib kata fitnahnya itu.

    Malahan Najib juga tak berani buat pengakuan berkanun menafikan secara terperinci sgala yang dituduh itu.

    Malahan Najib juga tak berani nak buat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri untuk menafikan secara rasmi semua tuduhan tersebut secara terperinci.

    Kalau Najib sendiri tak berani nak berhadapan dengan kebenaran, dia sendiri takut nak nafikan akan perbuatannya sendir samada dia buat atau tidak perbuatan itu, maka susahlah nak percaya kepada Najib ni.

    Saya tetap dengan pendirian saya yang mahukan penjelasan Najib mengenai perkara yang dituduhkan itu samada Najib ambil tindakan saman terhadap pihak yang dituduh memfitnahnya itu, atau Najib buat Kenyataan Berkanun menafikan segala tuduhan itu secara terperinci, atau Najib buat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri menafikan segala tuduhan tersebut secara rasmi dan terperinci.

    Itulah yang rakyat mahukan, penjelasan mengenai perkara yang mejadi isu itu.

  16. Abu Bakar says:

    Tun Dr. Mahathir jatuhkan siapa? Dalam isu Tunku Abdul Rahman, umum mengetahui sebab-sebanya Tun Dr. Mahathir tidak sehaluan dengan Tunku Abdul Rahman, temasuklah 11 orang gerila komunis yang mengkhianati Malaysia diberikan pengampunan yang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman sebelum itu. Yang lain saya tak mau ulaslah, dia pun dah tak ada di dunia ini.

    Kemudian pasal Musa Hitam, sebenarnya Musa Hitam yang letak jawatan sebab tak puas hati dengan tindakan Tun Dr. Mahathir masih mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah di dalam cabinet sebagai menteri selepas PRU 1986 kerana perseturuan lama antara Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh sejak pemilihan UMNO pada awal 1980an dahulu. Tak ada kena mengena dengan Tun Dr. Mahathir pun.

    Mengenai Tun Ghafar Baba (Allayarham), Tun Dr. Mahathir tak memecat Tun Ghafar pun, tetapi Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana permainan licik Anwar yang menggunakan pengaruh beliau sebagai menteri kewangan untuk mempengaruhi bahagian-bahagian UMNO di seluruh Negara.

    Anwar pula dipecat sebab masalah salah laku kelakuan tak senonohnya dan isu rasuah. Anwar diberikan peluang untuk memberi penjelasan kepada semua ahli majlis tertinggi dan Jemaah cabinet, Anwar menafikannya sampai tumbuk meja tetapi tak mampu nak tangkis bukti-bukti yang ada.

    Pak Lah pula sebab pentadbiran yang lemah, banyak kerosakkan kepada Negara berlaku, seperti penjualan MV Augusta milik Proton dengan harga RM 4.80 bersamaan Euro 1.00 pada masa itu kepada Givi Spa, sedangkan Givi Spa dapat menjual semula MV Augusta kepada Harley Davidson dengan harga lebih kurang 100 juta kali ganda, (100,000,000 kali ganda) dari harga belian mereka dari Proton yang mana atas arahan Pak Lah. Malahan Pak Lah kaki tidur, dalam mesyuarat pun tidur, dalam siding parlimen pun tidur, entah apa-apa.

    Jadi tak payah nak putar belitlah ye wahai System Baru, kerana ada bukti sebagaimana yang saya nyatakan di atas.

  17. System baru says:

    Tun m Tulis surat pada tun razak suruh dia berhenti baik ke?
    Pekara sama tun m lakukan pada najib itu suruh dia berhenti
    Dasar DEB gagal sebab menbesarkan kroni tun m yg tak guna

    Tun m suruh buat najib jambatan benkok tapi najib tak buat sebab ada alasan nya ada keselematan negara mesti utamakan
    Tun m ikut ke cadangan bina leburaya Broneo itu sehinggakan anwar tiru balik rancangan tun razak itu, jadi najib terpaksa laksanakan rancangan tun rakzak itu

    Cuba kau jawab abu ya

  18. System baru says:

    Pak lah lemah semua orang pun tahu.
    Ada aku cerita ke pasal pak lah itu? Abu ya.
    Kalau pak lah tak lemah dia tak akan jadi macam itu.
    Satu kelemahan dia gagal kawalan orang bawah dia
    Tun m akan terima nasib sama macam tun hussin dan tun razak jika sikap dia tak nak berubah

  19. Abu Bakar says:

    Bila masa Tun Dr. Mahathir tulis surat kepada Tun Razak suruh dia berhenti? Sedangkan Tun Razak meninggal dunia dalam jawatan kerana dia ada penyakit leukaemia.

    Apa kena mengena Jambatan Bengkok dengan keselamatan Negara? apakah dengan membina Jambatan Bengkok tu memudahkan kegiatan militant ke?

    Sebenarnya Najib takut dengan Singapura, sebab tu batalkan Jambatan Bengkok sedangkan Tun Dr. Mahathir di akhir pentadbirannya, dah mulakan kerja-kerja asas seperti projek CIQ, kerana Tun Dr. Mahathir tahu hak Malaysia boleh buat binaan apa sahaja dalam Negara ini, Singapura tak boleh kacau, kerana Singapura asyik tambak laut tak pula Malaysia halang.

    Tun Dr. Mahathir takut dengan Singapura kerana Singapura negeri kecil yang kalau berperang pun tentunya rakyat singpura tak dapat lari mana, mati lemas dalam laut sahajalah.

    Tapi ini bukanlah Tun Dr. Mahathir sukakan peperangan, beliau tak sukakan peperangan, tetapi dengan negeri kecil macam Singapura tu, Tun Dr. Mahathir tak peduli pun dengan mereka.

    Sedarlah, tak payah nak merapu tak tentu hala pula ye.

  20. System baru says:

    Ia ke bukan dia cerita tun m salah dia kes memali sebab tak lindungi bos dia nak ke china itu, dengan cari alasan tun musa suka main perempuan betul tak fitnah di buat tun m itu sila jawab?, aku bukan ahli umno pun tahu perkara itu

  21. Abu Bakar says:

    Pembetulan:

    Bila masa Tun Dr. Mahathir tulis surat kepada Tun Razak suruh dia berhenti? Sedangkan Tun Razak meninggal dunia dalam jawatan kerana dia ada penyakit leukaemia.

    Apa kena mengena Jambatan Bengkok dengan keselamatan Negara? apakah dengan membina Jambatan Bengkok tu memudahkan kegiatan militant ke?

    Sebenarnya Najib takut dengan Singapura, sebab tu batalkan Jambatan Bengkok sedangkan Tun Dr. Mahathir di akhir pentadbirannya, dah mulakan kerja-kerja asas seperti projek CIQ, kerana Tun Dr. Mahathir tahu hak Malaysia boleh buat binaan apa sahaja dalam Negara ini, Singapura tak boleh kacau, kerana Singapura asyik tambak laut tak pula Malaysia halang.

    Tun Dr. Mahathir tak takut dengan Singapura kerana Singapura negeri kecil yang kalau berperang pun tentunya rakyat singpura tak dapat lari mana, mati lemas dalam laut sahajalah.

    Tapi ini bukanlah Tun Dr. Mahathir sukakan peperangan, beliau tak sukakan peperangan, tetapi dengan negeri kecil macam Singapura tu, Tun Dr. Mahathir tak peduli pun dengan mereka.

    Sedarlah, tak payah nak merapu tak tentu hala pula ye.

    Sudah-sudahlah nak merapu, sah kau ni tak tau sejarah dan tak ada maklumat, entah jadah apalah kau tuduh Tun Dr. Mahathir tulis surat kepada Tun Razak suruh dia letak jawatan, sedangkan tak ada pun kejadian sedemikian, tak payah nak membohonglah, ada juga manusia macam ni, dah membohong pun tak sedar diri lagi.

    Sedarlah.

  22. Abu Bakar says:

    Tu dia, melalut ke kes memali pulak dah. Tadi menipu pasal kononnya Tun Dr. Mahathir tulis surat kepada Tun Razak suruh letak jawatan sedangkan Tun Razak meninggal dunia dalam jawatan kerana sakit leukaemia.

    Sekarang merapu pasal isu memali, isu tun musa hitam main perempuan bagai, entah bengong apalah yang menguasai pemikiran tolol kau ni System Baru, inilah terlalu bermentalitikan CASH IS KING, sampai jadi bengong beri hujah yang menipu pula.

    Sedarlah.

  23. Abu Bakar says:

    Tu dia, dah tukar artikel pula blogger MYKMU, dari artikel pasal penafian ‘Peguam Negara’ yang baharu pasal kerta pertuduhan jadi pasal konspriasi pulak dah.

    Komen saya yang diatas sekali itu mengenai isu penafian pasal kertas pertuduhan oleh ‘Peguam Negara’ yang baharu, bukannya pasal konspirasi ini, apa punya blogger, menipu sampai macam ni sekali.

  24. bangKano says:

    Kalau ada bukti kukuh seperti dokumen & individu yang berkaitan dengan rasuah,salahlaku & pecah amanah yang membabitkan Najib…ayuh bawa & tunjukkan kepada pegawai PDRM & SPRM untuk memulakan siasatan,pendakwaan & penghakiman. Melalak dalam media sosial bukan rumusan yang jitu malah menambahkan kekeliruan di kalangan awam yang serba jahil lagi pandir……..bersikap adillah dalam isu ini.

  25. System baru says:

    kerja tun m itu mula2 suruh tunku addul raham kemudian suruh tun razak letak jawatan memang tak ada kerja lain tun m itu , semua pm malaysia dia letak jawatan betul tak abu ya

  26. Tun says:

    System baruA…July 31st, 2015 at 2:45 AM…punya la berjela2 ko komen rupa2 nya ko bukan ahli UMNO….hehehehe…daftar la dulu jadi ahli apa2 hal pon…ko nie mmg species System baruA…ntah2 geng DAP sesat ko nie eh?

  27. Tun says:

    bangKano July 31st, 2015 at 3:15 AM….nak wat camna…kalau ada pon bukti2 kukuh against Najib silap2 haribulan kena C4….takpon kena masuk spital heart attack…pegi report kat balai polis kang terbakar lak balai mcm HQ Bukit Aman aritu…silap la kalau ko anggap dikalangan awam nie jahil lagi pandir…kalau nak bersikap adil suruh Najib jgn belit2 mcm keling.

  28. bangKano says:

    Sebenarnya pembatalan projek jembatan bengkok bukan isunya…tetapi satu helah yang licik dicetuskan oleh Mahadir untuk mengaibkan para penggantinya…Pak Lah & kini giliran Najib pula. Mahathir memang bijak mengatur strategi menghebatkan dirinya di samping melemahkan kredibeliti orang lain. Dia tahu pembinaan jembatan bengkok tidak munasabah dibina kerana kekangan perundangan mengikut perjanjian yang telah disepakatkan oleh British,Singapura & Malaya berkaitan Causeway merentasi Selat Tebrau pada abad ke 18. Jadi untuk menampakkan kehebatan diri Mahathir dia sanggup mengelirukan rakyat Malaysia yang serba jahil…tetapi para penggantinya – Pak Lah & Najib bukannya mudah diperbodoh-bodohkan. Lantas Pak Lah dengan segera menghentikan projek gila tersebut….dengan cara ini memberi laluan pada Mahathir yang gila kuasa & imej sempurna untuk menghina Pak Lah dengan pelbagai tuduhan bebalkan rakyat semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah. Rakyat yang serba pandir bersama-sama melabelkan Pak Lah sebagai pengkhianat negara kerana konon-kononnya telah menggagalkan Wawasan 2020 ciptaannya. Kini giliran Najib untuk dijatuhkan sebagaimana Pak Lah…..malahan Najib semakin kuat mendapat sokongan rakyat membuatkan Mahathir semakin pandir asyik meracau-racau seorang diri ke sana
    sini bagaikan perempuan kematian suami

    Mahathir sudah kehilangan kekuatan fizikal & intelektual…..tidak lagi seperti dahulu semasa ia berkuasa selama 22 tahun…..insaflah wahai Mahathir kita tidak selama-lamanya terus menongkat langit…….!!!!

  29. bangKano says:

    Tak usah buat kenyataan klisye…sudah basipun ungkapan persepsi tuu…..yang penting bersikap rasional bukan emosional membahasi isu-isu yang berbangkit. Penghakiman bukan berdasaran emosi tetapi fakta & realiti…..!!!!!

  30. System baru says:

    menang betul tun razak penyakit leukaemia. aku tengok kepintaran kau putar belik fakta atau tak abu ya, sebenar tun m suruh tunku abdul raham berhenti sebab 13 mei itu suruh tulis surat pada suruh tunku abdul raham berhenti sebab Konon nya tun abdul raham kroni cina itu tuduhan tun m itu pada tun abdul raham itu.bukan tapi tun m pun gagal dalam dasar DEB itu, tun razak berjaya dalam dasar DEB itu dengan membanyak orang melayu memiliki tanah. Macam tun m putar belik macam kau juga ia abu ya, apa aku tulis tun musa betul apa tun m fitnah dia tentang kes memali ditambah kes buatan fitnah tun m konon tun musa gila perempuan,tun itu kau tak tahu tapi di belakang singapore itu yahudi dan amerika itu. Kita singapore itu, cuba tengok dasar DEB tun razak dan dasar DEB tun m mana lebih berjaya, aku tengok dasar DEB tun razak berjaya dasar DEB Tun m gagal sebab hanya penting kroni apek je cuba tengok orang melayu berjaya kuasai tanah , jadi tun hanya cakap tin kosong pada melayu, bak kata orang melayu mudah lupa itu patut ucap pada tun m untuk diri sendiri, melayu bandar lebih dihina oleh apek oleh dasar tun m berbesarkan kroni yg tak berguna itu, lagi satu siapa kata tun ghafar tarik diri gahafar itu bertanding tapi kalah, fakta itu kau tak ketahui .aku bukan ahli umno pun aku tahu apa berlaku pada umno itu, anwar anak didik tun m itu mengunakan wang untuk menbeli ketua cawangan , perkara itu semua orang tahu, tapi tun m pejamkan mata kenapa ia sila jawab. kes buatan fitnah barat tun m boleh pulak percaya pulak dia ambil tahu. , lupa pesan aku dah baca dokumen serawak repot itu dia terdapat palsu, dan tambah2. Kau patut baca abu ya, tak payah nak jauh pergi siagapore macam dokumen peguam negara pun ditipu serawak repot itu tak ada no ic itu itu di laporkan, apa tulis mykmu betul dokumen palsu serawak repot itu 100% palsu.

  31. Tun says:

    bangKano July 31st, 2015 at 4:06 AM…aku setuju sgt berkenaan statement ko “Penghakiman bukan berdasaran emosi tetapi fakta & realiti…..!!!!!”.

    Sepanjang isu2 panas pasal skandal2 Najib nie berbangkit dah terlalu banyak kelompongan dlm usaha2 kerajaan utk menyakinkan org2 UMNO sendiri….apatah lagi satu dunia dah mula memperkatakan dlm media2 massa diorang. Realiti skrg ialah satu demi satu usaha terdesak Najib menampakkan pekung2 yg cuba ditutup….sikit2 konspirasi menjatuhkan kerajaan walhal kita cuma mau tukar PM jer sebab pekung makin berbau…kerajaan tetap kita mau UMNO/BN. Takde sapa pon dlm blog nie pak menteri2…sumber2 ko cuma apa yg Najib cakap + google….dan sumber2 aku adalah apa yg Tun M cakap + google…Yg nyata perasaan benci ko terhadap Tun M mcm meluap2 seolah2 takde apa yg berguna drp bekas PM yg proven berjaya membangunkan Malaysia selama 22 tahun…susah dan senang. Aku tak hairan la apa saja pasal Tun M ko akan beremosi tak sudah2 dan apa saja pasal Najib dan lain2 ko telan bulat2. Ini la ukuran penghakiman yg adil di pihak ko yg ko anggap fakta & realiti…kan?

  32. Tun says:

    System baru July 31st, 2015 at 4:18 AM…ko sendiri mengaku ko BUKAN AHLI UMNO…apasal ko dok sibuk2 ek nak balas hujah2 saudara Abu Bakar? Apa2 pon daftar la dulu jadi ahli brader!

  33. tengkudin says:

    kenapa la fitnah ni dah jadi makanan halal yang beria ia nak jatuhkan seseorang.

    p/s: kalau tak jadi ahli tak leh bersuarakah? aduh aduh aduh..

    emosi sangatlah korang ni.hehehe

  34. Tun says:

    tengkudin July 31st, 2015 at 7:27 AM…wow…bila Tun M kena maki+fitnah berbakul2 takde pulak sapa2 kata halal haram…sampai sanggup bertandang blog UMNO semata2 nak “bersuara”…mcm lebih sudu daripada kuah lak…relaks la brader…bukan emosi tapi menyampah jer..

  35. rakyatbiasa says:

    Isunya ialah 1MDB yang melabur entah kemana, penjelasan politik untuk orang kampung bolehlah dan semua akan mengangguk kepala walaupun tidak faham macam faham aja.Persoalannya jika diberikan kepada orang yang memang dasarnya seorang otak peniaga, seorang otak yang lebih bija, penjelasan yang diberikan masih lagi belum lengkap. Itu saja, apa kehalnya dikaitkan dengan semua bekas Perdana Menteri nak tuding jari yang mengatakan yang bertanya dan menegur tu pulak yang salah. Jika dinilai balik, Najib tidak pernah menafikan kemasukan wang ke akaun peribadinya, beliau hanya menyatakan tidak menggunakan wang rakayat. kan ada beza itu. Orang politik bercakap maksudnya lain.

  36. dkds says:

    dari dahulu lagi cara pembangkang bagi memenangi PRU adalah menimbulkan persepsi buruk imej kerajaan atau pemimpinnya dimata rakyat.

    Namun pada kali ini ianya tidak membabitkan pembangkang namun dipercayai penglibatan tertinggi oleh pemimpin BN dalam konspirasi terancang .

  37. bujuk says:

    Assalamualaikum..
    Lama tak jengah sini, rupanya ada perang saudara. Berjangkit dengan PAS agaknya. Dlm PAS masing2 mengaku betul, tapi dlm UMNO masing2 mengungkit kesalahan, keburukan dan kelemahan.
    Tuan2 semua, iklaskan hati dan jangan emosi atau diremotecontolkan oleh orang lain. Allah bagi kita akal.. guna. Isu 1MDB ni Najib tak urus dengan baik atau memang ada yg mahu disembunyikan. Jangan salahkan orang lain, jambatan, NGO, parti politik, pemimpin yg tak sependapat dll. Ia akan memburukkan lagi pesepsi rakyat salam dan luar negara pada Najib dan Msia.
    Apa yg terbaik Najib cuti dan bagi Zahid handle kes, jika TSMY tak baik, takkan Zahid yg dia sendiri pilih nak jatuhkan dia juga. Semua kita tahu, politik adalah pesepsi… jadi jangan rosakkan pesepsi rakyat pada UMNO dan Najib. Rata2 rakyat dah tak percaya Najib dan lebih percaya pada akhbar… walaupun kjaan kata tak betul.
    Jadi Najib takda pilihan… Bagi laluan siasatan adil atau akan diturunkan rakyat cara paksa. Masa akan menentukannya.. Najib semakin kurang masa. Pilihan yg salah akan jadikan Najib semakin dengan Anwar d sg.buluh.

  38. raplahjingaa says:

    Perkataan Persepsi, filasi..ntah apa-apa lagi digunakan untuk kaburkan mata manusia dalam melihat kebenaran. Tapi saying…Najib lupa 70% rakyaat Malaysia adalah lebih bijak daripada dia ! hehehehehe….

  39. remBULAN says:

    Wow..tuan Abu Bakar.. engkau sorang ja dah membelasah Macai-macai MyKMU… aku heran dengan MyKMU sekarang ni.. tak macam Kelab Maya UMNO dan MIRC#KMU era penghujung tahun 90an. berjuang untuk Parti

    Tabik Tuan Abu Bakar… teruskan perjuangan

    saya Ahli UMNO Papar, Sabah

  40. Omega says:

    Tak pun korang agak la Abu Bakar pun fake jugak.. haa..haa

    Bujuk pun dah jengoi.. Alhamdulillah. Panjang umur Bujuk. Kan bagus, makin meriah lah ruangan komen mykmu. Bujuk, lupa pulak saya.. Selamat Hari Raya yer..

  41. Younger But Wiser says:

    Do not believe all that you see nor half what you hear.

    Usah percaya semua apa yang anda lihat, apalagi apa yang anda sekadar dengar [maksud pepatah Arab].

    Sikap malas mencari kebenaran yang sahih terutamanya oleh golongan muda yang terlalu mengharapkan dan mempercayai ‘maklumat di hujung jari’ telah merosakkan ‘minda malas’ anak-anak muda kita dengan budaya pembohongan dan budaya fitnah yang kini semakin menjadi-jadi. Tidak mustahil negara kita dan umat Islam di negara kita akan hancur angkara fitnah yang bertali arus mengulangi sejarah berakhirnya Khilafah Uthmaniyyah.

    Nauzubillahi min zalik.

  42. System baru says:

    Abu aku minta bukti gagal bagi, harap serawak repot itu, umno bagi bayak berjasa pada orang melayu pas, pkr, dap dan parti macai apa mereka buat tun, abu bakar , bujur, sikip tun m sekarang nak menjahanam kan umno itu walau pun aku jadi ahli umno atau tak aku tak biar macai yg tak tahu hutang budi pada dimusnahkan umno ada faham, tun m gagal dalam majukan 30% ekomomi bumiputera dok.cakap.melayu mudah lupa, progaram bicara pm bersama ngo pun tun m memdapat sokong dari apek untuk bantai pm dengan sokong lim kot wing itu ada faham, macam ini apa laporan aku lihat pada serawak repot semua palsu gambar ubah suai dan selalu menyerang kepimpinan serawak itu, kalau di betul kenapa pemilik media serawak itu orang putih tak duduk di malaysia ini, nampak sangat ada rancangan jahat di buat untuk menghasut rakyat tempatan, rakyat bukan bodoh tapi kenapa fintah di gagal pencah belahkan rakyat serakwak itu, kena ingai wsj penah buat laporan palsu kononya sadam husin simpan sejata kimia dan macam2 laporan palsu buat. Orang berkibelat media asing tak menyasat nya tak, media gemar buat cerita tak elok pasal negara islam mereka tabur fitnah. Aku masih ingat tun m teperdaya tipudaya sejarah bikin barat konon empayar otoman jatuh sebab gila perempuan dipersidangan oic dulu, tun m tak penah menbaca sejarah otoman itu disebab fitnah barat dan fitnah pada dikalangan rakyat dan fitnah peminpin nak berkuasa empayar yg lindungi orang islam di musnahkan golangan tak percaya pada tuhan itu. Apa tunggu lagi undi je lah pr itu aku nak tengok malaysia tak ubah macam turki itu lupa tuhan. Kahwin lain agama di benarkan , murtad di benarkan , LGBT di benarkan sekarang dah ada tanda2 LGBT bergerak bebas di malaysia ini malah di lindungi oleh orang tertuntu malah anak tun m mariah pun sangup Lindungi LGBT itu.

    Aku minta bukti dalam mana2 blog di malaysia bagi bukti semua dipalsu dan menipu apa kah rakyat malaysia tak reti baca dokumen ke? hampir 99% palsu.
    Masalah paling rangkas pun tak boleh nak jawab contoh no ic tambah (A) akaun rosmah itu dalam laporan serawak repot itu, surat peguam pun tak ada no ic siapa percaya, kalau bukti buat macam rafizi baik tak payah.
    aku tahu mereka ini nak balas dendam sebab najib tak nak sambung krotark Llp itu betul tak, sebab itu kroni melingkup kerajaan itu mengangdu pada tun m itu disebab llp itu tnb tak dapat untung selalu lakukan bil out, lupa kroni apek pun bukan taat setia pada malaysia ingat lagi kes 1998 di indonesia itu apek bawa cubaan bawa keluar wang keluar negara dan lari keluar negara bila negara hadapi krisis ekonomi itu, nasib baik malaysia berjaya sekat mereka ini, dari awal lagi .

    kes 1mbd dah masuk pasar kedua Aku tahu kes 1mbd dah panas bontot macai buat fitnah.
    Aku minta bukti apa dibagi gagal, hanya berpandukan serawak repot itu,aku kurang percaya pada cakap tin kosong harap maklum
    Lupa pesan tun m suruh orang berhenti dan konparasi yg dibuat oleh tun m pada tun Abdul raham, tun musa, anwar, tun kuli dan tun ghafar berhenti,
    Kalau tun m pun dah buat perpecahan umno buat kali ini tun m dah cuba buat pepecahan umno buat kali ketiga
    Aku tak kesah pun jika umno musnah aku bukan ahli umno itu, tapi aku tak nak melayu di pingirkan golongan tamak macam kroni tun m yg tak berguna itu

    Aku lihat zaman najib baru orang melayu meniaga dab kedia melayu nampak, zaman tun m hanya tahu menyalahkan melayu dengan perkataan melayu mudah lupa
    Aku tengok zaman najib ini klia2 melayu dapat tempat, di zaman tun m itu klia dan kLCc pun bagi pada apek , aku tengok di petronas di zaman mahatir produk apek di bawah kedia rasma petronas di zaman najib baru aku nampak produk bumiputera dimasukan. Zaman tun m kroni penuh dengan bumiputera dijual projek Pada apek.

    Sepatut macai kroni tun m bankrap sedar diri mereka itu mereka yg gagal bantu bumiputera ada faham tak, bila kaya tak sedar diri, bila kaya sikit dah bermewah2, bila kaya sikit nak kahwin dengan artis itu berlaku pada macai kroni tun m itu. Korang fikirkan lah

  43. Tun says:

    System baru July 31st, 2015 at 1:01 PM…aku nie puji jugak la semangat melawan ko…aku baca dgn teliti setiap apa yg ko bentangkan drp zaman ottoman sampai la ke era Tun M…samada ko sedar atau tidak apa saja berkaitan dgn Tun M ko akan samakan dgn sifat2 yahudi yg mahu menjahanamkan org2 melayu…kalau nak ikut formula matematik ko Tun M=Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir hayat ko…sedar tak sedar ini la resepi geng2 anti-UMNO dan musuh2 melayu nak menjahanamkan melayu. Apa yg pasti selama 22 tahun di era Tun M takde sapa2 melayu yg teraniaya kecuali geng2 yg bermuka2 dlm mengubah nasib melayu termasuk la yg luar nampak melayu tapi di hati “CASH IS KING” yg berada luar dan dalam UMNO….org2 yg semacam ini la yg Tun M dok peringat kat kami sifat2 melayu haprak yg mesti diawasi. Selama 22 tahun itu la species2 ini bersembunyi…bermuka2 sehingga AKHIRNYA diberi kepercayaan oleh Tun M lantaran terlalu sempurna lakonan2 “hidup melayu”+”mr clean”+”Pertahankan Islam”….modal tu jer species2 nie pakai bertahun2 sehingga la belang masing2 terserlah. Setelah abis keringat Tun M membela org2 melayu selama 22 tahun + bertahun2 berkata benar di era sebelum dan selepas merdeka….menongkah arus semata2 mahu melihat melayu berjaya…melayu2 yg gagal dan kecewa ini lah yg berterusan meracun pemikiran anak2 melayu betapa Tun M= Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir hayat. Betapa tak adil dan busuk hati korang2 nie….pesan aku teruskan legasi lakonan2 “hidup melayu”+”mr clean”+”Pertahankan Islam” PLASTIK korang tu selama mana yg korang mahu…..sampai generasi akan datang pon takpe sebab akan ada generasi2 yg mcm kami yg akan mempertahankan apa yg benar dan apa yg batil. Oh ya…jgn lupa bagitau semua keturunan anak cicit ko resepi memajukan melayu terkini: CASH IS KING dan jugak turunkan “cerita rakyat” ko pasal Tun M=Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir hayat…

  44. Tun says:

    Oh ya…“cerita rakyat” ko pasal Tun M=Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir zaman tu…teramat la penting sgt2 ko adunkan sekali dgn elemen2 “hidup melayu”+”mr clean”+”Pertahankan Islam”+menda2 GAH skit pasal melayu termasuk la lagenda pahlawan darah bugis sebab anak cucu cicit kita nanti akan tanya dari mana datang KLIA+PLUS Highway+Cyberjaya+Putrajaya++++etc dan apasal masih ada melayu2 yg masih tak kenang budi dgn jasa2 pemimpin lagenda mcm Najib yg berjaya membuktikan CASH IS KING di minda anak2 melayu sebagai resipi kejayaan org2 melayu…hehehehe

  45. Tun says:

    Laaa…lupa lagi satu…BUKTI…so ko jgn lupa sertakan bukti2 ko sekali pasal apa yg ko akan story mory dgn anak cucu cicit ko nanti…BUKTI KEJAYAAN resipi CASH IS KING…sebijik mcm apa yg ko bagitau kami2 di forum perdana mykmu ni haaa…

  46. Tun says:

    Same goes to all the CASH IS KING retarded supporter of Najib and the Wolf of Putrajaya..hehehehe…Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

  47. remBULAN says:

    Betul tu Tun…. Beritahu juga pada cucu-cicit bahawa Lebuh Raya Utara Selatan..Dajjal yang bina, KLIA Dajjal yang bina dan jangan lupa Putrajaya… tu pun Dajjal Melayu yang bernama Tun M juga yang bina dan banyak lagi.. tapi yang herannya kenapa Dajjal ini yang belasah Yahudi?

  48. System baru says:

    Tampa ahli sokongan umno 22tahun tak guna juga, cuba tengok juga.
    Semua pelaburan 1mbd dah cakap ada macai ini nak terima
    Jawapan mudah je 1mbd tak nak bagi kroni apek tun m itu bil out kan
    Kalau ikut bil out puluh bil out dibuat oleh tun m itu, nanti macai kroni akan cakap malaysia Jadi macam greece itu alasan macam kroni dan macai RBA itu,

    Yakin korang dengan buku jinggay pkr itu aku sendiri tak yakin lagi lakukan banyak bil out itu, korang yakin, kalau dulu orang sangup tunggu siasatan pkfz dan perwaja dari zaman tun m hingga zaman pak lah ini kes 1mbd tak sanggup tunggu, nampak sangat macai macam bujur dan abu ya ini cuba laga2 ahli umno itu, ingat kroni tun m anda adalah orang gagal tolong bumiputera, memang patut pun dipinggirkan oleh najib itu

  49. remBULAN says:

    Semua lah palsu.. tapi mana yang Aslinya

  50. Tun says:

    System baru July 31st, 2015 at 2:22 PM…btol…btol…masukkan sekali cerita ko pasal kroni2 Tun M+bail out Tun M+apa saja la sebab sume2 yg ko dok cerita tu adalah subset kepada formula matematik yg aku dok cerita tadi yakni Tun M=Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir zaman…dan Najib=Lagenda Pahlawan Bugis, penentang segala kemungkaran and the father of “CASH IS KING”…the golden days of UMNO under his premiership and the dawn of the planet of the apes…hehehehe

  51. System baru says:

    Jasa apa benda nya bagi projek pada kroni kemudian jual pada apek itu sikap kroni tun m itu, Highway pun jasa tun razak itu.lembah filam pun gagal puterajaya itu ya aku akui ia cyberjaya tiru silicon Valley itu, yg banyak berjasa umno bukan tun m itu kalau bukan sokong ahli umno dah lama tun m tendang keluar, tun m dan anwar patut jawab kenapa dasar DEB 30% ekonomi bumiputera itu gagal setelah 22tahun menerintah apa orang melayu dapat apa, semua dibuat kroni tun m itu china only, bahasa menderi untuk berkerja. Letak dalam stor, sikip resis. Bagi aku dasar DEB lebih berjaya hanya dasar tun razak itu menbanyak orang melayu memiliki tanah, apa bila masuk DEB tun m itu gagal sebab penting kroni apek. Tun m gagal bangunkan logstik dan pembekalan barangan untuk orang islam semua bagi pada apek itu
    Ada faham tak

  52. Tun says:

    remBULAN July 31st, 2015 at 2:28 PM…kalau ikut formula CASH IS KING punya species, PALSU=BENAR dan ASLI=KONSPIRASI=FITNAH. Mudah je nak paham….bapak segala formula utk Tun M pada benak puak2 mcm depa nie ha…Tun M=Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir zaman…dan formula tu merangkumi subset2 mcm kronism+bail-out+pemecah melayu+haprak+mamakkutty+etc yg mana2 berkaitan dgn perangai dajjal. Wow…tak sangka jugak aku bila review balik komen2 puak2 nie betapa formula nie fits perfectly well dalam setiap komen2 diorang…dan paling aku tak sangka ialah selepas 22 tahun kita berada dlm era Dajjal nie ramai org2 melayu dah jadi mcm planet of the apes….beruk2 pon bleh jadi pandai sampai jadi MP…jadi warlord…jadi ketua2 cawangan….

  53. Tun says:

    System baru July 31st, 2015 at 2:43 PM…ye la…ye laa…aku pahammm…Tun M=Geng kroni apek+takde jasa langsung…aku dah paham berdasarkan formula ni haa….Tun M=Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir zaman…dan Najib=Lagenda Pahlawan Bugis, penentang segala kemungkaran and the father of “CASH IS KING”…the golden days of UMNO under his premiership and the dawn of the planet of the apes…bukan nak memperlekehkan hujah2 ko tapi kalau ko simpulkan mmg sebijik mcm formula2 yg aku bentangkan tu.

  54. System baru says:

    Orang kampung bukan bodoh dia ada intenat. Mereka tahu kenang jasa umno. Diaorang itu macam tun m itu tak suka keluar dari umno bila suka masuk umno balik, itu perjuang taik kucing ada faham. Dia dalam fikir tun m dia je yg betul, aku sokong umno aku bukan fanatik macam pengikut tun m, najib dan anwar itu. Tengok jika najib tak betul aku basok dia, tun m tak betul aku basok dia ada faham.

    Aku nak tengok mainan tun m itu
    Zaman tun abdul raham Dulu tun m merajuk pecat keluar umno
    Dah pujuk masuk umno balik zaman tun razak
    Zaman pak lah dulu merajuk keluar umno
    Dah pujuk oleh najib masuk umno
    Dalam perjuang tak istilah merajuk,
    Walaupun ramai tak suka kita ini

    Kena ingat Tun m bukan budak kecik nak pujuk mak dia ada faham

    Apa lagi mainan tun m

  55. rockers says:

    aku tggu komen gani patail je.’peguam negara’ dh awal ckp najib mangsa konspirasi.

  56. Tun says:

    System baru July 31st, 2015 at 2:56 PM….aku semakin pelik la ada sorang non-UMNO member mcm ko nie yg beriya2 nak jahanamkan Tun M pada masa yg sama memuji2 UMNO….mcm terlebih sudu dari kuah. Nak tanya la..Tun M ada menganiaya ko atau family ko atau kerabat2 ko ke? Maksud aku mcm sapa2 yg apply projek di zaman Tun M dan tiba2 tak dapat lantaran Tun M sendiri yg reject? Maksud aku melayu2 yg lain sibuk membela nasib diri masing2 kerana tersedia peluang2 di era Tun M tetapi melayu2 yg kemaruk CASH IS KING sibuk memperlahap projek2 kerajaan sampai berebut2 sesama mereka? Atau gagal masa study sebab ikut si peliwat negara berdemo…tak pasal2 JPA suruh bayar balik?

    Keluar masuk UMNO semasa hayat Tun M adalah kerana prinsip perjuangan beliau…dijemput masuk balik pon kerana terserlah kewibawaan beliau mempertahankan prinsip…jadi PM 22 tahun dgn sokongan 2/3 tanpa kalah pon disebabkan menda yg sama…sokongan rakyat jelata tanpa mengira kaum. Takan parti UMNO nak Dajjal melayu masuk ye tak? Pujuk masuk balik UMNO tu sebab geng2 CASH IS KING tau aura Tun M bersama org2 melayu khasnya dan rakyat jelata amnya dan bukan plastik despite apa yg ko tohmahkan tak sudah2 pasal beliau. Mana logik akal ko bila ko bicarakan “permainan tun m” dan pada masa yg sama menafikan realiti yg org2 kg dah jadi pandai pon sebab peluang2 di era Tun M?

  57. Tun says:

    rockers July 31st, 2015 at 3:14 PM…Nak tunggu Ghani Patail punya komen kena tunggu la skit sebab geng2 cash is king dah kasi dia sakit…biasa la…zeti pon sakit…pada masa yg sama kita pon terkena sekali sakit…SAKIT HATI…AG terbaru nie kena la tunjuk aksi2 membela Najib nie…kalau tak akan terkena sakit jugak.

  58. raplahjingaa says:

    Tun berkata..

    ” System baru July 31st, 2015 at 2:56 PM….aku semakin pelik la ada sorang non-UMNO member mcm ko nie yg beriya2 nak jahanamkan Tun M pada masa yg sama memuji2 UMNO ”

    dia tu anak menakan sepupu Najib kot….hehehehehe

  59. rockers says:

    nasib baik zeti tu bijak.kira kebal jugalah..klu x dia pun kena pecat.agong je yg blh pecat dia ..x psl2 skg sibuk nk ungkit skandal zeti ….kena tggu 72jam lg la.hehe.1mdb dh jd skandal umno. tmy dh komen negatif psl 1mdb, maka macai n pembodek najib tentu setuju tmy dipecat dr umno.kita tengok ade telur ke…hehe

  60. Tun says:

    rockers July 31st, 2015 at 8:11 PM…Zeti tu anak Prof Diraja…hehehehe…bijak tuu…

  61. abumansur says:

    Bagaimana nak nafikan gambar2 najib buat hubungan rapat dgn jho low dan orang2 petrosaudi tu. tak kan itu pun nak kata gambar edit. Haron idris dulu pun kena jel sbb pecah amanah yg mana katanya duit tu nak tolong umno.

Leave a Reply

Threesome