Menu Utama

Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

image

Sejak Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail mengumumkan bahawa enam akaun bank yang dibekukan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat berkenaan isu 1MDB siang tadi, penulis masih menunggu mana-mana pihak yang semalam mendakwa 3 akaun terbabit adalah melibatkan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun malang, tidak ada seorang pun yang tampil meminta maaf atas tuduhan semberono mereka semalam, seolah tiada dosa yang mereka lakukan terhadap Najib.

Semalam, bukan main lagi mereka mendakwa kononnya dari ‘sumber luaran’lah, ‘sumber dalaman’lah, itulah, inilah, semua ‘sumber’ mereka petik. Hari ini, bila ditegaskan bahawa tiada satu pun akaun Najib terlibat dibekukan, semua buat bodoh macam ayam berak kapur…

Ke mana perginya “sumber” mereka? Siapa ‘sumber’ mereka? Boleh dedahkan? Atau terlalu takut untuk didedahkan, risau jika Ketua Polis Negara ketuk pintu rumah ‘sumber’ mereka? Apa yang ditakutkan kalau ‘benar’ sangat perjuangan yang dilaungkan?

Sekiranya yang menuduh itu adalah mereka yang terdiri dari golongan bukan Islam, mungkin penulis dapat menerimanya kerana mereka itu bukannya mengambil peduli tentang soal dosa pahala atau hukum hakam. Peliknya, mereka yang beragama Islam pun turut bersikap seperti golongan bukan Islam? Di mana maruah mereka agaknya?

Penulis melihat tuduhan yang kononnya tiga akaun bank yang dibekukan itu merupakan akaun bank Najib merupakan satu dakwaan yang berunsur fitnah, syak wasangka buruk dan berniat jahat. Belum pun ada fakta yang sahih, cepat saja mereka buat tanggapan sesuka hati. Ramai pula yang terpengaruh dengan dakwaan mereka.

Soalnya, tidakkah mereka tahu tentang hukum hakam Islam tentang tuduhan yang tidak benar? Dakwaan yang palsu? Malah menyebarkan laporan yang berunsur syubhah pun sudah berdosa, apatah lagi menyebarkan sesuatu yang tidak benar sama sekali. ‘Sipi” pun langsung tidak mengena…

akaun

Berat sangatkah mulut untuk memohon maaf? Besar sangatkah ego untuk meminta kemaafan? Tidak perlu minta maaf pada penulis, sila minta maaf pada individu yang menjadi mangsa pembohongan semalam. Atau mereka semua sememangnya bertaraf Rasul yang bersifat maksum?

Penulis mengharapkan agar tidak timbul sebarang spekulasi terhadap Perdana Menteri memandangkan siasatan sedang dijalankan. Cuba lihat apa yang terjadi bila menuduh sesuatu yang tidak sahih. Siapa yang malu? Lainlah kalau yang menuduh itu tidak punya maruah diri, kan?

Misalnya, seorang lelaki yang sedang dibicarakan atas kesalahan jenayah. Belumpun mahkamah memutuskan dia bersalah, tiba-tiba kita yang duduk di Cerok Tun Kun dan hanya dengar khabar angin saja menuduh lelaki itu bersalah. Jika terbukti dimahkamah bahawa lelaki itu tidak bersalah, siapa yang dapat dosa percuma?

Jadi, memandangkan ada pihak yang terlepas cakap menuduh kononnya 3 akaun bank milik Mohd Najib bin Abdul Razak itu dibekukan disebabkan isu 1MDB, maka kita tunggu mereka ‘beratur’ seorang demi seorang meminta maaf pada Perdana Menteri.

Jika mereka gagal meminta maaf, maka tidak perlulah kita mengambil peduli lagi dengan dakwaan mereka kerana hanya golongan yang bercakap bohong dan berdosa besar memfitnah sesuka hati ini memang dimurkai Allah. Untuk apa kita dengar cakap mereka lagi, kan? Memang tidak boleh percaya pun… #harapterasa!






13 Komen to Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

  1. kerol says:

    Ngokngek…. Pendedahan WSJ ialah akaun tersebut dah ditutup sebelum PRU 13 lagi. Menurut WSJ lagi, akaun yg dibekukan bukan akaun yang didedahkan mereka. Ngekngok

  2. django says:

    3 akaun najib dah tutup doh! apa yang nak dibekukan? 6 akaun-akaun yang dibekukan tu termasuk lah dari 3 syarikat yang WSJ dedahkan dan 3 lagi akaun-akaun lain tempat sebahagian duit di pindahkan, sebab tu kena beku, e.g. boleh jadi akaun kak rossie, etc, :), penyiasat sedang “follow the money trail” BAHLUL !!!

    🙂
    django

  3. Anak_Nogori says:

    Ini laporan dari Malaysiakini dan Malaysian Insider…semua bersandarkan sumber yg tidak dinyatakan siapa.

    4:43PM – 7 Jul 2015
    Sumber: 3 daripada 6 akaun dibeku milik PM

    Pasukan petugas khas mendedahkan bahawa ia telah membekukan enam akaun bank yang berkaitan dengan dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

    Manakala pasukan itu tidak menyatakan pemilik akaun berkenaan, Malaysiakini difahamkan bahawa tiga daripadanya adalah milik perdana menteri.

    Ini menurut sumber yang biasa dengan siasatan tersebut.

    “Ya, tiga akaun kepunyaannya (Najib),” kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan butiran mengenai tiga akaun lain.

    ……………………………………………………..
    3 akaun dibekukan milik Najib
    Published: 7 July 2015 5:11 PM

    Sumber mendedahkan, 3 akaun yang dibekukan semalam adalah milik Datuk Seri Najib Razak di mana 2 daripadanya ialah daripada Ambank dan Affin Bank. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Julai, 2015.
    Sumber mendedahkan, 3 akaun yang dibekukan semalam adalah milik Datuk Seri Najib Razak di mana 2 daripadanya ialah daripada Ambank dan Affin Bank. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Julai, 2015.

    Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
    Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.

    Pembekuan itu berlaku selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Khamis lepas sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

  4. rakyat smart says:

    Mereka tak akan percaya apa pun sekarang sebab nanti cakap Gani Patail tu orang Najib.

  5. tengkudin says:

    fitnah fitnah! ramai betol percaya berkiblatkan Malaysiakini dan Malaysiainsider punya cakap. terbaru Awani pun ikut sama juga

  6. System baru says:

    Korong baca bukti ini lebih yakin dari blog ini, sekarang kita lihat penipuan media barat mereka palsukan bukti ada http://novandri.blogspot.com/2015/07/1mdb-3-akaun-pm-najibrazak-dokumen.html?m=1

  7. Osmani says:

    Sian…. http://www.mykmu.net/ pun org UMNO sendiri meluat nak baca… nnti bungkus la site ni, x masyukkkkk!!!

  8. musanghitam says:

    Aku tgk astok awatni milik kroni madey kutti bernama ananda galak sangat buat berita separuh masak..

  9. reds says:

    osmani….x tinggal komen x semestinya x sokong…..yang nak rebah aku tengok nih pakatan…..kerjasama pon huru hara…pigidah…..

  10. ToraTora says:

    entah..orang bacalah walau pun xkomen..takdelah macam blog2 pro pencacai anwar dan sekutu2nya, walaupun xde apa2 nak komen, tapi tetap nak komen juga..makihamun pun jadilah..janji komen.

  11. ancus says:

    kalau kena beratur nak salam, boleh kalau mereka nak buat tapi kalau sebaliknya Najib kena salam semua rakyat malaysia amacam?

  12. Ali says:

    Kita masih menunggu…. Hahahahahah

Leave a Reply

Threesome