Menu Utama

Ketua Audit Negara Bentang Laporan Awal 1MDB Kepada PAC

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini membentangkan laporan awal mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen.

Laporan yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak itu dibentangkan di hadapan PAC yang diketuai Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed kira-kira 10.30 pagi dan dijangka selesai sekitar 4 petang ini.

Media dibenarkan mengambil visual sebelum sesi itu dimulakan.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan ketua audit negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

PAC sebelum ini dilaporkan memulakan prosiding siasatan pada 19 Mei berhubung isu yang dihadapi syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB susulan mesyuarat khas pada 30 April lepas.

BERNAMA






2 Komen to Ketua Audit Negara Bentang Laporan Awal 1MDB Kepada PAC

  1. sman says:

    Mengikut kenyataan Pengerusi PAC,setakat interim reports ini tidak mendapati ada apa-apa yg mencurigakan, dengan kata lain tidak ada penyelewengan yg disyaki.Rasanya kalau betul wang 1MDB telah di songlap oleh PM Najib,peringkat ini pun team AG sudah dapat mengesannya.Biasanya dokumen utama yg akan mereka audit ialah dokumen yg berkaitan dgn tunai,bagi menentukan kekuatan sistem kawlan dalaman(internal control system) kewangan 1MDB.

    Pengalaman saya deal dgn AG staff adalah sesuatu yg sangat memeritkan.Mereka tidak mudah berpuas hati dgn penjelasan kita.Walau pun mereka menerima jawapan lisan yg di berikan berkaitan dgn soalan-soalan mereka dengan mengangguk dan senyum,namun butiran atau isu yg di soal tersebut akhirnya akan timbul juga dalam lapuran audit mereka,kenalah menjawabnya secara bertulis pula.Nak jawab secara bertulis pun bukan boleh reka sembarangan.Proses audit yg mereka jalankan juga biasanya secara lebih terperinci.

  2. sino says:

    Zaman skrg org lebih mempercayai gossip melalui bisik2 media sosial walaupun hanya ciptaan semata. Khayalan yg digambarkan melalui grafik lebih menarik minat utk dipercayai. Segala lapuran yg dibuat oleh badan pemantau bertauliah dan disokong bukti lengkap dianggap bohong, tipu dan tidak boleh dipercayai.
    Inilah dunia zaman skrg dikuasai secara maya dan di luar reality.
    Bencana akhir zaman sdg melanda dunia hari ini!!!

Leave a Reply