Menu Utama

Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu – Pejabat Peguam Negara

Pejabat Peguam Negara menafikan deraf Kertas Pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Shamsul Anuar bin Sulaiman yang disebarkan di laman-laman sosial merupakan dokumen dari pejabat mereka.

“Dokumen tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata,” kata sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi sebentar tadi.
SR-Tuduhan

Hari ini beberapa portal berita mula memaparkan apa yang mereka dakwa sebagai deraf kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri menyeleweng Wang Kumpulan Amanah Pencen (KWAP) melalui SRC International.

Portal SarawakReport yang menerbitkan dokumen tersebut mendakwa deraf tersebut menjadi punca Tan Sri Ghani Patail dipecat isnin lalu.

Menurut sumber, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Sementara itu dari penyelidikan kami juga mendapati kertas pertuduhan tersebut bukan format biasa Pejabat Peguam Negara yang sepatutnya mempunyai nama lengkap dan no kad pengenalan.

contoh pertuduhan






32 Komen to Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu – Pejabat Peguam Negara

  1. Abu Bakar says:

    Patutlah Tan Sri Muhyiddin dipecat, Datuk Seri Shafie Apdal dipecat, malahan Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatan secara tergesa-gesa, kononnya sakit sedangkan Tan Sri Gani bukannya sakit telantar di hospital sampai tak boleh bergerak.

    Saya meyakini bahawa draf itu adalah draf yang tulen, cuma sekarang ni Najib dah buat ‘baik punya’ rancangan, dia ganggu siasatan, pecat peguam negara, kemudian lantik pengerusi PAC dan tiga orang ahli PAC jadi timbalan menteri dan menteri, lepas tu tiba-tiba saja bagunan PDRM boleh terbakar, terbakar di tempat fail pula tu.

    Sampai bila Najib dan kuncu-kuncu terutama Ketua Polis Negara yang penipu iaitu Khalid Abu Bakar tu boleh nak kelentong rakyat Malaysia? Terutama Khalid Abu Bakar tu, jawatan sahaja Ketua Polis Negara, tapi perangai mengalahkan penjenayah, membela penjenayah, baju seragam yang dia pakai tu tak hanyalah gimik, dia hina pakaian seragamnya sendiri kerana kemaruk dengan jawatan, harap Najib sambung jawatannya, teruskan membodek, teruskan mentekedarah rezeki haram, dah tua pun tak sedar diri, halal haram pun tak tak dipedulikan.

    Rakyat mahu Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dokumen yang disiarkan itu adalah tidak benar dan bukannya draf asal pertuduhan berdasarkan siasatan oleh pihak Pasukan Petugas Khas dalam semua akhbar utama dan dalam semua media, itu pun kalau betul pihak Pejabat Peguam Negara mendukung kedaulatan undang-undang serta menjunjung tinggi Rukunegara Malaysia.

    Selamat menjawab.

  2. System baru says:

    Betul itu abang aku penah dapat surat peguam sebab tak bayar hutang ada no ic
    Kalau tak ada no ic macam mana nak sah, serupa kes akaun rosmah dulu macai pembangkang pandai tambah (a) Dalam dalam surat transfer 2juta itu, nampak sangat penipuan serawak report itu, berasal dari england itu

  3. System baru says:

    Macai anwar itu abu bakar dah meroyah kot, pesan pada kamarudin yg kahwin umi itu najib tak akan lakukan bil out untuk selamat syarikat dia ada faham, selamat syarikat dia dengan fitnah itu ada faham.

  4. KuntaKinte says:

    bukankah itu baru DRAF ,, ada pembetulan dan penambahan dimana perlu, butir2 lain spt IC akan dimasukkan nanti..

  5. Abu Bakar says:

    System Baru, nama pun deraf, bukannya bukannya surat pertuduhan yang dah lengkap lagi, itu pun tak tau nak fikir ke?

    Kita sama-samalah tunggu kenyataan rasmi dari Pejabat Peguam Negara esok, apakah pihak Pejabat Peguam Negara melalui ‘Peguam Negara’ yang baharu itu berani atau tidak membuat kenyataan rasmi menafikan dokumen tersebut bukanlah draf asal pertuduhan untuk mendakwa Najib itu.

    Kalau Pejabat Peguam Negara berani membuat penafian rasmi mengenai perkara ini maka saya terimalah, tetapi perlu diingat, jika terbongkar Pejabat Peguam Negara yang diketuai oleh ‘Peguam Negara’ yang baharu ini menipu, maka terimalah akibatnya, kerana bak kata Tun Dr. Mahathir, kalau menipu orang untuk kali pertama dalam sesuatu isu, bila terbongkar sesuatu mengenai isu itu, maka susahlah nak selarikan penipuan pertama dengan penipuan kedua untuk menafikan perkara yang terbongkar itu, buktinya macam isu 1MDB ini, Najib sampai dah tak ada arah nak kelentong lagi dah, semuanya berkecamuk, sebab itulah ganggu siasatan dengan melantik Pengerusi PAC jadi timbalan menteri, kemudian dua ahli PAC juga jadi timbalan menteri, manakala seorang lagi ahli PAC jadi menteri pula. Sebabnya nak menyebabkan penyiasatan kes ini tergendala, macam tak boleh tunggu hingga kes selesai nak lantik mereka itu, lambatkan sikit rombakan, patutnya hingga kes selesai, tapi ini tidak, tengah siasat kes masa itu jugalah dia nak buat hal ganggung siasatan kes hingga tergendala, kena tunggu lebih kurang 3 bulan lagi kerana persidangan dewan rakyat dijangka dalam bulan oktober nanti. Dalam tempoh 3 bulan ini, makin syok Najib dan kuncu-kuncu kacau siasatan kes, mereka boleh akses kepada bukti kes, boleh akses kepada laporan kes, bolehlah putar untuk menipu rakyat selepas ini.

    Tapi sedarlah, di dunia ini, kebaikan akan mengatasi kejahatan, itu adalah fitrah di dunia ini yang ditentukan oleh Allah Taala sejak azali lagi.

    Sedarlah.

  6. sman says:

    SR dah tahu ada gulungan yg mudah dia nak tipu,jadi dia hentam saja lah apa yg dapat.Nanti ada orang yg akan sambut dgn tulisan berjela-jela,dgn hujah yg dangkal,yg berselera utk di baca.

  7. sman says:

    SR dah tahu ada gulungan yg muda dia nak tipu,jadi dia hentam saja lah apa yg dapat.Nati akan ada lah orang yg sambut dgn tulisan berjela-jela,hujah yg dangkal dan soalan yg tak intelligent ,langsung tak berselerea utk membacanya.

  8. Forestal says:

    Peguam Negara nafi ke atau Mykmu yang nafi? Hihihihi

  9. Rosman Mansur says:

    Tanya Ghani Patail..dia ada jawapan sebenar…jgn ingat org bodoh la…tanya anjing mmg menyalak kata palsu la..taktik aljuburi freemanson anjing2 ni

  10. sman says:

    PM Najib yg nafi.So what?.

  11. Abu Bakar says:

    Makin bengong juak-juak CASH IS KING Najib ni menjawab soalan, walau apa pun, sama-sama kita nantikan hingga esok, apakah Pejabat Peguam Negara melalui ‘Peguam Negara’ yang baru itu berani menafikan perkara ini atau tidak, dan seperti ingatan saya sebelum ini, kalau nak nafikan tu, pastikan apa yang dinafikan itu benar, kerana kalau nak kelentong, bila dah terbongkar apa yang sebenarnya nanti, tahulah akibatnya, jadi macam 1MDB lah, nak kelentong sana sini konon, akhirnya dengan Najib, dengan Arul Kanda, dengan Shahrir Samad, Tunku Aziz, Salleh Keruak, pun dah bengong sendiri tak tau nak kelentong macam mana lagi bila segala kelentong mereka itu terbongkar.

    Sedarlah.

  12. Pak Tho says:

    Wat pe kita nak kecoh. Kita tunggu je penjelasan Ghani Pathael. Kan SR kata draf tu dibuat oleh beliau. Biar tuan punya badan yg jelaskan. Tuuuuugguuuuuuu.

  13. FORESTAL says:

    Hehehehe Peguam Negara tadi semasa ditanya dia kata dia belum tengok. Dia cakap dia terlalu penat dan tidak mahu komen apa2 bila ditanya wartawan. SAH MYKMU YANG NAFI DAN BUKAN PEGUAM NEGARA. Untuk bagi nykmu cerdik sikit, hanya Peguam Negara boleh bagi kenyataan media dan bukan mana2 pegawai lain dari Jab Peguam Negara. hi hihihihi

    http://mmy.malaysiakini.com/news/306779

    AG baru tak tahu menahu tentang ‘kertas pertuduhan’ terhadap PM
    Draf yang dikatakan berupa kertas pertuduhan yang…
    M.MALAYSIAKINI.COM

  14. Abu Bakar says:

    Sebentar tadi Tun Abdul Majid Timbalan Peguam Cara Negara 1 menafikan melalui twitternya mengenai draf kertas pertuduhan terhadap Najib dan dua orang yang disyakit terlibat dalam isu USD 700 juta dalam akaun Najib di AmBank itu.

    Meskipun begitu, pihak Pejabat Peguam Negera perlu mengeluarkan kenyataan penafian seara rasmi untuk menafikan perkara tersebut.

    Malahan kita juga berharap Tan Sri Abdul Gani Patail agar dapat memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

    Semoga Tan Sri Abdul Gani dapat memberikan penjelasan kerana isu ini adalah isu mengenai kepentingan Malaysia, perkara tak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menyebabkan masalah perpecahan kepada rakyat, serta menyebabkan ekonomi negara akan terjejas.

    Saya menantikan pihak Pejabat Peguam Negara dapat mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Kertas Pertuduhan melibatkan isu kes Najib dan dua orang kuncunya itu. Ini kerana kenyataan twitter Tun Majid tu bukannya kenyataan rasmi Pejabat Peguam Negara, itu hanya penafian peribadi oleh Tun Majid sahaja.

    Harapnya juak-juak Najib jangan melalak tak tentu hala, kerana kenyataan rasmi Pejabat Peguam Negara mengenai perkara itu, adalah bersifat rasmi, sedangkan kenyataan dalam twitter Tun Majid hanyalah bersifat peribadi, tak mewakili pendirian rasmi Pejabat Peguam Negara, nanti takut pula bila dah terbongkar isu sebenar kat twitter kena hack pula, tapi kalau kenyataan rasmi dari Pejabat Peguam Negara dah tak boleh nak putar belit dah sebab ia dah jadi dokumen rasmi kerajaan.

  15. gunting says:

    Udah2 lar tu.
    Sumber dari lubuk yahudi pun kita nk percaya bulat2.
    skarang ni zaman it…
    Passport pun org blih copy
    Kalau yer pun benggang kat Najib …asal nmpk dokumen bodoh cam tu pun nk trus telan dan spin smp x ingat agama.
    Kalu fakta tu bagus sngt.
    Buka blog….bro….maki hamun kat blog sndri….

  16. Hadi says:

    dan makin bengap pula penyokong Tun aka DAP supporters soon to be … Dah kian tumpul akal fikir. Bagaimana kalau duit yang di masukkan ke dalam acc Najib itu dari seorang hamba beriman untuk di salurkan kepada saudara-saudara nya yang seiman? Ingat! Tun bukan Tuhan, Najib tidak sempurna, tapi fitnah yg anda benarkan akan membawa kehancuran pada agama dan bangsa.

  17. Abu Bakar says:

    Hadi, jika ada hamba beriman yang salurkan wang itu, patutnya Najib kena buat penjelasanlah, bukannya hanya mendiamkan diri dan menjadikan isu ini makin tak tentu arah, hinggakan ada yang dipecat ada yang dilantik jadi timbalan menteri dan menteri kana nak kacau proses penyiasatan.

    Kalau betul ada orang beriman mana entah yang beri wang USD 700 juta itu, sila nyatakan siapa yang beri dan untuk apa dia beri, dan sila nyatakan mengapakah di masukkan ke dalam akaun Najib yang hanya dibuka beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan sebelum PRU 13 itu, apakah rasional membuka akaun dalam tempoh yang singkat itu?

    Najib perlu jelaskan, segala huru hara yang berlaku kini kerana Najib sibuk nak selindungkan apa yang dipercayai salah laku, penyelewengan dan penyonglapan yang dia telah buat itu.

    Sila beri tahu perkara sebenar, kalau tak bersalah tuntunya berani beritahu perkara yang sebenarnya, kalau bersalah tu maka akan buat macam-macam untuk haling kebenaran terbongkar.

    Sedarlah.

  18. Abu Bakar says:

    Gunting, tak kisahlah kau nak merapu apa pun, yang pentingnya esok Pejabat Peguam Negara kena keluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut yang mana kenyataan rasmi itu adalah dokumen rasmi kerajaan, kalau beri penipuan dalam kenyataan rasmi itu, maka tanggunglah akibatkan berdasarkan seksyen 128 Penal Code, boleh dipenjarakan hingga 3 tahun.

  19. Badrole Amin says:

    SR ni kan kitab baru buat ‘abu bakar’ & yang lain, wajib percaya

  20. Pak Tho. says:

    Sebab itu rakyat hendak Najib beri penjelas. Selsgi beliau berdiam diri, semakin banyak spekulasi dan fitnah bertebaran. Susah sangat ke dia nak beri penjelasan.. Kesian rakyat tertunggu tunggu.

  21. System baru says:

    Aku tak sebodoh abu ya itu suruh orang buat perkuan berkanun itu.suruh anwar itu buat perakuan itu liwat berkanun itu ia, anwar cakap ia kan kerja bodoh,lupa hanya pac je boleh siasat salah laku kerajaan, apa macai abu ya ini, lupa apa mana nak tambah kau kalau surat rapat2 namanya, tak tulis pakai pen kot di bawah, nampak sangat bodoh punya bukti macai anwar ini percaya,

    Yg aku tahu jika ia tuju pada najib itu, benda paling asat pun tak macam mana orang nak percaya
    Nama diatas
    No ic dibawah

  22. System baru says:

    Rakyat tahu berfikir tak termakan dengan main macam ini, abu ya,
    Ingat kes akaun rosma pun macai dah tipu, ingat kes surat pun macai dah menipu, jet kerajaan macai menipu,kes cincin macai menipu lepas apa lagi, kes video konon rosmah abai anak nya macai pkr menipu ,Sebab aku suruh tunjuk bukti 1mbd dalam mana2 blog ada di malaysia macai pembangkang gagal lakukan nya, bagi bukti menipu. Dengan aku tak payah nak berbohong. Hidup kau dengan cet det itu yg menipu , hidup tak senang percaya cakap aku ini. pesan kawan kau sekali Hiduplah dengan finah untuk bayar hutang hidup dia tak akan senang, percaya cakap aku ini.
    Pesan aku pada tun m itu lupa kan kroni tun m merosakan tun m itu. Ia akan menjadi beban pada tun m itu, dekat diri dengan surau dan allah itu lebih baik

  23. Abu Bakar says:

    Apahal ni System Baru, kalau kau nak tengok bukti pasal 1MDB ini, kau kena pergi ke luar negara dan akses laman web Sarawak Report. Malahan kau boleh cari maklumat dalam The Edge, sebab di situ juga dinyatakan bukti serta dokumen mengenai isu 1MDB ini.

    Kau tak payah nak membohong lagilah System Baru.

    Malahan hingga kini Najib atau kuncu-kuncu serta para balacinya tak dapat jawab soalan saya ini:

    Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?

    Malahan sila buat penjelasan umum mengenai apakah Najib pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan berakhirnya PRU 13 dan apakah benar wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib atau tidak.

    Malahan sila Najib berikan penjelasan mengapakah Rosmah si penganggur tua yang haram tak ada pekerjaan tetap boleh ada RM 2 juta dalam akaunnya melibatkan beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang antara RM 150,000.00 hingg RM 300,000.00, dari mana sumber wang itu? Malahan Rosmah melalui peguamnya pun dah mengaku itu akaunnya, tapi dia hingga kini tak menafikan mengenai RM 2 juta itu.

    Tak payah nak putar belit, sekarang ni dah terdedah bahawa Justo tu bukannya memalsukan dokumen 1MDB pun, sekarang kerana nak cover line, maka didedahkan satu watak baru iaitu James Steward pula yang dituduh bersekongkol untuk memalsukan dokumen 1MDB pula.

    Lepas ni kalau kantoi lagi bukan James Steward ini yang memalsukan dokumen berkenaan, saya tak akan tekejut jika juak-juak Najib termasuklah si Khalid Abu Bakar KPN Penipu tu akan menangkap dan menggari seekor beruk di Zoo Negara serta beruk itu diheret ke dalam Black Maria dan dibawa ke Bukit Aman serta dilokapkan untuk dituduh membuat ‘pemalsuan’ dokumen melibatkan 1MDB-Petrosaudi ini.

    Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

    Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

  24. Tun says:

    Abu Bakar July 31st, 2015 at 1:56 AM…kesian aku nengok puak2 CASH IS KING nie berhempas-pulas nak membalas hujah2 ko…dah la tu ada pulak yg bukan ahli UMNO dok sibuk2 nak join sama mcm System baruA…terus-terang la aku suka baca hujah2 ko against Badrole Amin+System baruA+sman+seangkatan dengannya…org2 yg sama je sebenarnya…lawan ko sorang je pun..hehehe…aku setuju dengan kau….akhirnya kebenaran akan muncul jua akhirnya….

    Satu yg nyata puak2 yg aku sebut tadi tu mcm terlalu benci kat Tun M sampai memakan diri…at least aku pernah jugak suka kepada Najib dan menaruh harapan kesinambungan legasi arwah ayah dia mengalir dlm darah dia bila jadi PM nanti menggantikan Pak Lah…tapi sayang…Najib nie totally opposite ayah dia…mcm mabuk wang dan kuasa….dari situ kebencian aku bermula bila UMNO dah makin menjadi mcm milik species CASH IS KING…tiada sekelumit pon rasa bersalah menunggang UMNO demi kepentingan diri…

  25. raplahjingaa says:

    Yup..Abu Bakar, hang dah buat peminat-peminat Najib lintang pukang buat hujah tak tentu hala nak betulkan Najib, keep on pressuring them bro.

    Aku dulu defending Najib macam nak rak, bebudak-bebudak baru kat sini tak wujud lagi pun….malah artikel writer MYKMU yang patriotic pun dah lama menyepi, sampai bila kita nak haramkan yang halal dan halalkan yang haram, aku dah tak sanggup lagi bersekongkol dengan kelemahan Najib dan kerakusan Rosmah, sekarang ni tinggal 2,3 ekor writter macam pasangan kunta kinte dan adamyan yang terpaksa menjadi penulis comedian untuk pastikan minyak kereta depa berisi dan perut depa terus buncit.

    Well done….Abu Bakar, kelakar aku baca komen-komen peminat Najib lompat sana lompat sini….dah macam yang kat dalam zoo tu.

  26. Younger But Wiser says:

    Do not believe all that you see nor half what you hear.

    Usah percaya semua apa yang anda lihat, apalagi apa yang anda sekadar dengar [maksud pepatah Arab].

    Sikap malas mencari kebenaran yang sahih terutamanya oleh golongan muda yang terlalu mengharapkan dan mempercayai ‘maklumat di hujung jari’ telah merosakkan ‘minda malas’ anak-anak muda kita dengan budaya pembohongan dan budaya fitnah yang kini semakin menjadi-jadi. Tidak mustahil negara kita dan umat Islam di negara kita akan hancur angkara fitnah yang bertali arus mengulangi sejarah berakhirnya Khilafah Uthmaniyyah.

    Nauzubillahi min zalik.

  27. Meriam Buluh says:

    July 31st, 2015 at 10:29 AM, raplahjingaa wrote:

    “Yup..Abu Bakar, hang dah buat peminat-peminat Najib lintang pukang buat hujah tak tentu hala nak betulkan Najib, keep on pressuring them bro.

    Aku dulu defending Najib macam nak rak, bebudak-bebudak baru kat sini tak wujud lagi pun….malah artikel writer MYKMU yang patriotic pun dah lama menyepi, sampai bila kita nak haramkan yang halal dan halalkan yang haram, aku dah tak sanggup lagi bersekongkol dengan kelemahan Najib dan kerakusan Rosmah, sekarang ni tinggal 2,3 ekor writter macam pasangan kunta kinte dan adamyan yang terpaksa menjadi penulis comedian untuk pastikan minyak kereta depa berisi dan perut depa terus buncit.

    Well done….Abu Bakar, kelakar aku baca komen-komen peminat Najib lompat sana lompat sini….dah macam yang kat dalam zoo tu.”

    KOMEN:

    ORANG YANG BERTERUSAN MEMBUAT FITNAH DIBERIKAN PUJIAN.

    Kasihan..kasihan..

    Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

  28. Tun says:

    Meriam Buluh July 31st, 2015 at 1:03 PM…btol laa ckp ko: ORANG YANG BERTERUSAN MEMBUAT FITNAH DIBERIKAN PUJIAN. Tak tau la…aku yg buta atau ko tapi yg aku nampak mcm berkabut je otak2 pembela2 Najib nie termasuk la ko….satu demi satu kemungkaran pengampu2+ warlord2 + TUAN2 BESAR UMNO=CASH IS KING di depan mata tapi buta mata dan hati nak mencegahnya. Kutuk la apa saja dan kami akan tetap berpegang apa yg nyata di depan mata…kalau benar kami akan kata benar dan salah kami akan cakap salah.

    Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

  29. rockers says:

    yang blh mengesahknnye cuma gani patail je.klu ‘peguam negara’ yg ni susah nk percaya.kita blh nampak game najib.pecah dan perintah.

  30. raplahjingaa says:

    Diakhir zaman…yang betul akan dipersalahkan dan yang salah akan dibetulkan, menteri cabinet ditukar supaya yang salah jadi betul, orang PAC tiba-tiba diberi jawatan cabinet..supaya yang salah jad betul….

  31. safuan bensa says:

    Kalau benar palsu , apa tunggu lagi ? TANGKAP !!! jangan tidur lama sangat

  32. […] dalam satu  kenyataan akhbar menafikan tuduhan Sarawak Report bahawa Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk membuat pendakwaan ke atas Mohd Najib pada hari […]

Leave a Reply

Threesome