Menu Utama

Kerajaan komited bantu usahawan bumiputera – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan terus memastikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dijadikan sebagai agenda nasional negara.

Susulan itu, katanya beberapa siri perbincangan dengan usahawan bumiputera akan diadakan bagi menghasilkan formula jangka panjang yang terbaik bagi meningkatkan kesinambungan usahawan tersebut.

“Agenda pemerkasaan bumiputera tetap merupakan agenda nasional negara dan ia adalah bagi melahirkan usahawan yang boleh bersaing di pasaran terbuka dan global,” kata Najib pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM).

Beliau berkata salah satu cabang penting dalam mengukuhkan agenda tersebut ialah pembangunan vendor bumiputera yang mampu melahirkan golongan usahawan boleh berdaya saing di pasaran terbuka.

“Cabaran kita adalah untuk memastikan tempoh syarikat yang diletakkan di bawah program ini dan menjadikannya mantap dan seterusnya melepaskan syarikat tersebut untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya

Menurut beliau lagi, pelaksanaan agenda itu yang bersandarkan kepada lima teras utama sedikit sebanyak telah mula menampakkan hasil kejayaan.

Justeru, Najib berkata kerajaan amat komited serta bersungguh dalam membantu golongan ini untuk terus berjaya.

“Kita amat komited dan amat serius untuk membantu pengusaha-pengusaha bumiputera. Selagi kerajaan BN berkuasa, kita akan terus jadikan pemerkasaan bumiputera sebagai dasar nasional,” tambahnya.

sumber Awani






6 Komen to Kerajaan komited bantu usahawan bumiputera – Najib

  1. Abu Bakar says:

    Bantu usahawan mende Najib, tanah TRX yang dirancang kononnya nak dibuat pusat komersil bumiputera, sekarang ni apa dah jadi? Semua tungngang langgang.

    Tak payah nak berdrama lagilah, mana dia agena Memperkasa Ekonomi Bumiputera (MEB) yang kau canangkan selama ini?

    Tanah di TRX pun dah jadi tunggang langgang, pusat komersil bumiputera pun dah lesap macam tu saja.

    Tak payah nak berpura-puralah Najib, kononnya memperkasa bumiputera konon.

    Blah la, dasar penipu!

  2. Abu Bakar says:

    Najib, apa dah jadi dengan Edra Global Energy? Kononnya nak bangunkan stesen janakuasa elektrik Jimah Timur 3B, tapi akhirnya paksa TNB untuk beli ekuiti projek berkenaan pula, yang paling mangkuk adalah tapak projek pun tak disedaikan lagi, tak pasal-pasal TNB kena belanja sampai RM 11.7 bilion untuk projek berkenaan, manakala 1MDB selaku induk kepada Edra dengan senang-senang mendapat untuk atas angin dalam urusniaga berkenaan, tak tahulah berapa bilion disakau oleh 1MDB dari TNB kononnya ‘urusan jual beli ekuiti’.

    Harapnya juak-juak Najib dapat jelaskan mengenai isu ni.

  3. Abu Bakar says:

    Macam mana Edra Global Energy nak disenaraikan di bursa saham kalau nak buat projek macam stesen janakuasa ni pun tak mampu sampai main cara perniagaan ali baba, apa semua ni?

    Boleh percaya ke Edra ini akan disenaraikan di bursa saham, ada pelabur ke nak melabur dengan Edra kalau melihat prestasi buruk Edra ni?

    Sedarlah.

  4. rockers says:

    retorik.pls explain the 2.6b.not from ahmad maslan.

  5. rakyatbiasa says:

    Tidak perlulah bercakap ingin memperkasakan kaum bumiputra. Siapa lagi yang nak di tipunya.

  6. GT86 says:

    Jari telunjuk… kelingking berkait

Leave a Reply