Menu Utama

Kenyataan Rasmi SPRM : Kertas Siasatan Masih Belum Dihantar Ke Pejabat Peguam Negara.

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM MASIH JALANKAN SIASATAN ISU SRC INTERNATIONAL, KERTAS SIASATAN BELUM DIHANTAR KE PEJABAT PEGUAM NEGARA

Merujuk kepada laporan portal Sarawak Report berkaitan kewujudan draf kertas pertuduhan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa kertas siasatan berkaitan isu SRC International Sdn Bhd masih belum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

SPRM menegaskan siasatan berkaitan SRC International masih berjalan. Oleh itu, tidak timbul isu sudah ada draf kertas pertuduhan berkaitan kes yang sedang disiasat ini.

Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 30 Julai 2015, bagi melengkapkan siasatan berkaitan isu SRC International Sdn Bhd, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting.

Pada masa yang sama, SPRM menekankan bahawa SPRM tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan hasil siasatan kepada mana-mana pihak kerana ia satu tindakan bertentangan dengan undang-undang. SPRM juga mengulangi bahawa tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah, dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM akan menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
31 JULAI 2015






14 Komen to Kenyataan Rasmi SPRM : Kertas Siasatan Masih Belum Dihantar Ke Pejabat Peguam Negara.

  1. Abu Bakar says:

    Harapnya kenyataan SPRM ini adalah kenyataan yang benar dan dari Tan Sri Abu Kasim Mohamad, bukannya dari pihak lain yang telah dibeli.

    Isunya kini hingga kini Najib tak berani nafikan apakah dia pernah membuka dua buah akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudian menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13, dan dikatakan juga RM 2.63 bilion, bersamaan USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun-akaun itu, dan mengapakah akaun itu dibuka hanya untuk tempoh yang singkat, tak pula dijelaskan.

    Sedarlah, kalau nak menipu perkara sebegini, pastinya akan terbongkar juga, isu 1MDB adalah salah satu contohnya, tipu sana sini itu ini sebelum ini, tapi akhirnya terbongkar, maka nak kacau siasatan supaya kes ini jadi dapat diselewengkan, maka buat alasan dengan melantik Pengerusi PAC jadi timbalan menteri, manakala seorang ahli PAC dilantik jadi menteri, dua orang lagi ahli PAC dilantik jadi timbalan menteri, tujuannya supaya kes ini tergendala kerana PAC dah tak ada pengerusi dan PAC tak mempunyai komposisi wakil parti mengikut komposisi supaya kes ini dapat dilengahkan dan dibiarkan tergendalah, kena tunggu seawal-awalnya bulan 10 nanti baru boleh buat lantikan baharu, hampir 3 bulan lagi.

  2. adi says:

    Ingat lah hidup ini hanya perjalanan ke alam akhirat. Kita pandang dgn mata belum tentu perbuatan mereka salah atau betul. Ia bergantung pada niat ( hati ) mereka maka kita jangan berburuk sangka.

  3. Rosman Mansur says:

    xnampak dah muka2 bos SPRM..smlm pun krluar knytaan media saja..

    #JibbyCelaka

  4. Abu Bakar says:

    Adi ini bukan masalah buruk sangkat, tapi perbuatan Najib itu sendiri menunjukkan dia sedang cuak dengan apa yang berlaku sekarang ni, macam-macam perkara pelik berlaku.

    Malahan dalam siasatn 1MDB, pasal apa dia tak tunggu hingga siasatan ini selesai baru lantik Pengerusi PAC dan ahli-ahli PAC ke dalam kabinet? Sekarang ini perancangan dan siasatan PAC untuk soal siasat Arul Kanda CEO 1MDB, dan Shahrol Halmi mantan CEO 1MDB pada bulan Ogos nanti dan siasatan terhadap Jho Low pada bulan September nanti akan ditangguhkan, sekarang siasatan ini dah diganggu, sebab itulah Najib perlu ‘berehat’ dari jawatannya sebelum ini, kerana Najib adalah suspek kes itu, kalau dia masih ada kuasa untuk buat itu dan ini untuk ganggu kes berkenaan, jadi macam sekarang inilah, semuanya dilingkupkan kerana Najib nak ‘beli masa’ untuk buat penyelewengan lain bagi menutup penyelewengan sebelum ini.

    Ini melibatkan kepentingan rakyat, bukannya harta peribadi Najib atau harta peribadi adi sahaja, kalau harta Najib, nak melingkup itu dia punya hal, kalau harta adi nak diberikan kepada Najib untuk dipelingkupkan juga, itu lantaklah, harta kau, tetapi apa yang melibatkan 1MDB ini adalah harta kerajaan, wang pembangunan untuk rakyat yang dilingkupkan secara kurang ajar sebegitu.

  5. saifulnizamjohar says:

    setuju dengan pandangan adi, berlapang dada dan serahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dan mengeluarkan kenyataan rasmi. terlalu banyak pandangan tanpa tauliah pada masa ini yang tidak membantu tetapi menambah masalah.

    janji Allah tetap akan berjalan jika kita yakin dan beriman pada-Nya. percayalah Allah melihat dan setiap perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

  6. Abu Bakar says:

    Isu kes skandal jenayah Najib ni menjadi tumpuan dunia.

    Lihatlah dalam perbincangan Najib dengan David Cameron, PM Britain ini pun, berdasarkan laporan oleh akhbar The Guardian, Najib tak membuat penafian pun mengenai dua buah akaunnya di AmBank. Najib hanya kata semua skandal jenayah itu adalah konspirasi politik.

    Sebijik perangai Anwar Najib ni, bila orang suruh tunjuk bukti, maka dia kata konspirasi, Anwar tu pun macam tu juga, bila suruh kemukakan bukti dia tak ada di kondominium tempat berlakunya perlakuan tak senonoh dia itu, dia kata itu konspirasi terhadapnya.

    Blah la.

    Sekali lagi saya ingatkan bahawa Sarawak Report berani buat pendedahan itu kerana mereka ada bukti. Malahan saya sangat mengalu-alukan tindakan PDRM nak siasat Sarawak Report pasal kertas pertuduhan itu, tapi yang peliknya, tak berani pula Si Khalid Abu Bakar penipu nak panggil mantan Peguam Negara untuk memberikan keterangan.

    Rakyat Malaysia sekalian, lihatlah akan permainan konspirasi jijik mereka ini, mereka yang buat konspirasi untuk selindungkan salah laku Najib, tapi mereka tuduh orang lain buat konspirasi terhadap Najib pula.

  7. Abu Bakar says:

    Saifulnizamjohar, berlapang dada jadah apa lagi, siasatan apa lagi? Peguam Negara dipecat secara tiba-tiba, kemudian Pengerusi PAC dan lagi 3 orang ahli PAC dilantik sebagai jemaah kabinet, mereka tak boleh terlibat dengan PAC lagi, siasatan dah diganggu, kekhuatiran masyarakat apabila Najib masih jadi Perdana Menteri sedangkan kes yang disiasat melibatkan dirinya itu boleh diganggu oleh Najib sudah terbukti sekarang ini.

    Sekarang ni hanya wayang itu dan ini dibuat, kebakaran di bagunan PDRM Bukit Aman, itu pun di tempat fail pula tu dan pemecatan Peguam Negara secara tiba-tiba dengan alasan dia sakit, sedangkan Tan Sri Gani masih ok lagi, berjalan ke sana ke sini, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal secara tiba-tiba tanpa ada sebab yang munasabah adalah wayang-wayang rekaan Najib dan kuncu-kuncu untuk mengalihkan isu sebenar iaitu penyelewengan 1MDB serta isu dua buah akaun Najib di AmBank yang mana dibuka dalam tempoh yang singkat, dibuka beberapa bulan sebelum PRU 13 dan ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, apa kejadahnya buka akaun dalam tempoh yang singkat? Lebih-lebih lagi didakwa ada wang berjumlah USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun itu, USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion.

    Kalau guna akal fikiran, kita boleh fikir, tentu ada yang nak disembunyikan apabila wayang-wayang merapu di atas dilakukan dan berlaku.

  8. Abu Bakar says:

    Silap hari bulan dengan Ketua Pengarah SPRM pun akan ditamatkan jawatan juga bersekali dengan Timbalan Ketua Pengarah Operasi SPRM yang serius menjalankan tugas dan tak mau menjadi balaci Najib.

    Malahan Gabenor Bank Negara pun silap hari bulan pun ditamatkan pekhidmatan dengan alasan dah tamat kontrak dan sebagainya, sedangkan kes penyiasatan Najib tak selesai lagi.

    Wayang-wayang merapu Najib ini hanya menyebabkan rakyat bertambah benci dengan perlakuan buruk Najib itu.

    Sedarlah.

  9. safuan bensa says:

    Apa nak hairan jika siasatan ini memakan masa bertahun?? Kes liwat Anwar lebih lama dari ini ,, harap bersabar

  10. rockers says:

    makin menarik jln cerita ye.psl draf kertas pertuduhan tu aku rasa yg blh jawsb cuma gani patail.knp kpn x nk soal gani ye.’peguam negara’ plak yg lebih.

  11. Tun says:

    Sekarang wayang tamil baru sudah bermula…pelakon2 baru sudah beraksi…director still sama yakni Mr Najib “The Boss”. Pelakon2 lama sudah habis skrip…so sila nikmati 1MDB Saga: The Empire Strike Back ala versi tamil….tak tau la pasni ada adegan2 panas ke dok..yg aku pasti akan ramai lagi yg akan “sakit” bila sampai ke penghujung skrip.

  12. esamanja says:

    Biarkan Najib selesaikan masalah 1MDB, apa yang kita sebuk2, pokok pangkalnya semua hutang 1MDB dibayar. Duit kerajaan dalam 1MDB hanya RM 1 juta aje. Berilah dia peluang untuk selesaikan. Kepada menteri yang x boleh membantu, sila angkat kaki beri kepada orang yang boleh membantu PM. Xkan sebab 1MDB nak lingkupkan 1 Malaysia. Pada awalnya Najib berlembut tapi kini cacing dah naik ke mata. Saya sokong tindakan Najib yang berani dan tegas.

  13. Tun says:

    esamanja August 1st, 2015 at 5:14 PM…Simple je ko ek. Biar la PM setel…yg penting sume hutang 1MDB bayar…duit gomen sejuta je. Sapa yg tak bantu…sila angkat kaki…hohohohoho…merepek la ko.

Leave a Reply

Threesome