Menu Utama

Kenaikan taraf Fitch Ratings merupakan pengiktirafan terhadap kekuatan ekonomi Malaysia

“Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana negara telah mencapai kenaikan taraf Fitch Ratings daripada negatif kepada stabil. Ini adalah keputusan kajian bebas oleh pihak luar dan melambangkan pengiktirafan terhadap kekuatan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat.

Tambahan pula, kenaikan taraf ini membuktikan kejayaan Kerajaan dalam memastikan kelangsungan kestabilan ekonomi negara. Kementerian Kewangan dan Bank Negara khususnya telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam memberi penekanan terhadap perkara-perkara positif tentang kisah kejayaan ekonomi kita.

Berkenaan 1MDB, kami telah berbincang dengan Fitch sebelum kenaikan taraf tersebut, di mana kami membincangkan keadaan semasa syarikat dan memberikan keyakinan tentang langkah-langkah yang sedang diambil. Kami bersikap terbuka tentang cabaran-cabaran yang kami hadapi, menggariskan usaha-usaha kami untuk mengurangkan hutang syarikat seperti yang dibentangkan dalam pelan rasionalisasi kami, dan memberikan maklumat mengenai pelbagai langkah yang telah kami ambil termasuklah pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion pada bulan Jun lalu.”

Kenyataan media oleh Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan Dikeluarkan pada 2 Julai 2015 Untuk siaran segera



« (Previous News)



3 Komen to Kenaikan taraf Fitch Ratings merupakan pengiktirafan terhadap kekuatan ekonomi Malaysia

  1. sman says:

    Masa depan ekonomi negara,akan memihak pada PM Najib.Apa yg perlu PM Najib lakukan sekarang ialah memantau dan mengawal gelagat para pemimpin Umno dan kuncu-kuncu mereka agar tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Insyaallah BN dan Umno akan terus berkuasa selepas PRU 14 nanti.

  2. […] kepada pencapaian ekonomi negara yang dianggap memberangsangkan oleh agensi penyelidikan dan penarafan antarabangsa. Namun mereka memilih untuk merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa dengan gosip-gosip […]

Leave a Reply